BUNYI APA ITU?


Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Setelah aku usai membersihkan diri, lantas aku laksanakan solat zohor. Pintuku tutup rapat bagi mengelakkan ganguan bunyi dari luar bilik. Seperti biasa yang dilakukan, aku membentang sejadah bewarna coklat dan terus menyarung telekung yang baru sahaja dibasuh. Sebelum itu, tanganku seperti biasa mengapai sebuah kitab dan diletakkan diatas sisi katil kerana malas untuk bangkit mengambilnya kemudian. Kadang-kadang, hanya diletakkan rapi diatas katil, namun malas untuk membukanya. Biasalah, malas itu tetap ada. Seperti rutin biasa yang aku mulapraktikkan di kolej baru-baru ini, sebelum aku mulakan solat zohor dan solat 5 waktu yang lain dengan 'tambahan' perisa. Rasa kehilangan jika aku tidak lakukannya. Malas tetap ada, namun aku utuhkan juga. Akhirnya setelah usai satu rakaat demi rakaat, salam yang terakhir dapat aku ucapkan. Alhamdulillah, selesai tunai kewajipan.

Setelah selesai memberi salam, rutin yang kadang-kadangnya aku suka lakukan, dan kadang-kalanya malas untuk dilakukan. Wirid selepas solat, dimulakan dengan beristighfar dan diakhiri dengan susunan jari jemari menadah kelangit dan berdoa. Kemudian, susunan jari-jemari itu kulekapkan ke muka dengan perlahan. Lantas, aku terus mengambil kitab yang telah aku ambil didalam almari di bilik ku. Usia almari itu sudah memakan usia lebih kurang 13 tahun. Namun, ia masih utuh melaksanakan tugasnya di situ. Aku membuka kitab itu dengan penuh hemah kerana didalamnya ku tempatkan seakan-akan buku nota kecil yang didalamnya ada tercatat wirit al-mathurat. Aku membuka kitab itu sambil mulutku membaca al-fatihah sebagai pembuka bacaan. Pada masa yang sama, jari-jari itu membuka halaman terakhir yang aku baca. Tanda merah itu menjadi tempat terakhir bacaanku sebelum ini. Dimulakan dengan bismillah hirohman nirrohim.. Suaraku bataskan dan perkataan demi perkataan kubaca dengan penuh hemat. Selesai bacaan halaman pertama. Diikuti halaman yang kedua.

Dalam asyik aku membaca, tiba-tiba aku mendengarkan sesuatu yang aneh. Ya, bunyi seakan-akan ada orang meniup dari luar bilik. Aku terus berhentikan bacaan seketika untuk memastikan bahawa aku benar-benar mendengar bunyi itu. Sememangnya bunyi itu datang dari luar bilik. Jelas kedengaran bunyi angin dari bawah pintu itu dengan sangat perlahan. Bunyi seakan-akan ada orang tiup dari luar. Yang terlintas difikiranku pada waktu itu bahawa adik-adik ku yang cuba bergurau dengan aku. Namun, aku teruskan bacaan sehingga pengakhir bacaan pada halaman kedua. Kali ini, bacaanku lebih perlahan daripada bacaan awal tadi. Setelah selesai bacaan, ku tutup rapat kitab itu dan menyusun jari-jari itu dan membacakan doa selesai baca al-quran. Amin. Sepanjang bacaan aku hingga pengakhir bacaan doa, bunyi itu tetap menganggu fikiran aku. Apakah itu?

Perasaan ingin tahu aku sangat kuat. Lantas aku menanggalkan pakaian solatku itu dan diletakkan di atas katil. Aku masih dalam keadaan bersila. Keadaan yang sama semasa aku membaca tadi. Pergerakan ku bataskan kerana tidak mahu orang diluar tahu bahawa aku ingin melihat dia dari dalam. Aku dengan memberanikan diri memandang dibawah ruang antara pintu dan lantai itu. Apa yang aku lihat? Cuma lantai yang tidak ada siapa disana. Dengan erti kata lain, tiada siapa diluar bilik yang sudi menganggu aku tadi. Astaghfirullahal'azim... hatiku berdetik, bunyi apakah itu? Apakah itu? Aku terus mempersoalkan. Setelah perbuatan itu, aku tidak lagi mendengar bunyi itu. Ya, setelah aku mendengar semula, tiada lagi bunyi itu. Bunyi itu telah hilang walaupun kedengaran berpanjangan tadi. Jikalah bunyi itu datangnya pada waktu malam, sememangnya aku terus dapatkan bantal dan tidur. huhu.

Apapun yang terjadi tadi, bunyi itu datang dengan izin Allah, jika difikirkan secara logik, mana mungkin ada bunyi angin begitu kuat jika diluar itu tiada tingkap hanya berdindingkan batu dan tiada kipas terbuka. Mana mungkin boleh datang angin yang mampu hasilkan bunyi yang pelik itu. Insyaallah ada hikmah disebaliknya.

Setelah peristiwa itu, aku lantas menghadap leptop dan jari-jari ini menyusun kata menceritakan apa yang hati ini rasa. Mudah-mudahan, kurang rasa persoalan yang terbuku ini. Mudah-mudahan apa yang berlaku itu, tidak merosakkan apa yang telah aku bina. Amin.






::p/s:: dah lama tak buat karangan, hampir 3 tahun. bila dah terbuat tu, amek,, terabur tatabahasa.. hik3.

READMORE
 

Berakhir Jua




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat serta salam keatas junjungan nabi Muhamad SAW serta keluarga dan para sahabatnya. Semoga mereka ditempatkan di Syurga Firdaus.

Setelah menjejakkan kaki di Bumi Arau, banyak pengalaman yang aku lalui. Pedih, perit, suka dan duka telah mengajar aku lebih dewasa duduk di tempat orang. Tidak pernah aku berjauhan, tetapi dicampakkan nun jauh di utara semenanjung. Alhamdulillah aku berjaya laluinya. Walaupun pernah aku ke negara orang bersendirian, tapi tidaklah sejauh ini. 3 kali ganda jaraknya. Huh~

Sememangnya perjuangan aku belum berakhir. Cuma ingin menceritakan apa yang aku lalui bersama mereka. Siapa mereka? Mereka APD1Hl '09, APD2Hl '10, APD3Hl '10,
APD4Fl '11, dan APD5Fl '11. Juga group lagi satu group G.


Pada awal semester 1, ramai sungguh keluarga AP121 intake July2009. Namun, setelah dimakan arus masa, bilangan anggota semakin hari semakin berkurang. Itulah lumrah alam. Pada semester 1 aku tidak kenal mereka siapa. Semester 2 sudah mula bermanja-manja memerhatikan gelagat mereka. Namun, aku masih sombong bukan kerana sombong, akan tetapi aku masih takut memilih kawan. Aku pegang amanat ayahku, pilihlah kawan yang benar-benar elok. Jangan salah pilih kawan. Ya aku pegang itu. Akan tetapi, dihujung perkenalan baru aku mampu memahami mereka seadanya.

Semester 3 sememangnya semester yang membuatkan aku lebih mengerti siapa mereka dan mereka. Aku belajar hidup berkumpulan kerana dalam subjek 'Engineering Survey II', latihan praktikalnya sangat payah. Kebanyakan kerjanya memerlukan paling minima 3 orang pekerja. Jika hanya aku sorang atau mungkin berdua, mustahil mampu melaksanakan dengan jayanya. Bermula dengan ukur aras ( levelling ), trabas ( traverse ), techonometry, cross section, dan setting out survey, semuanya harus diselesaikan dalam masa satu semester. Kiraan, error, observation tak closed, ulang balik, transfer data, process data, report, semua itu menguji sifat seseorang sama
ada mampu bekerja dalam kumpulan ataupun sebaliknya. Dalam semester ini, aku cuba luangkan masa untuk lebih mendekati mereka. Ya, sekali lagi aku memerhati, siapa mereka. Aku dapat jawapan. Namun, masih belum kukuh. Aku jumpa seorang. Tiba-tiba aku meluahkan perasaan kepada dia. Perasaan yang sudah lama aku pendam. Tak sangka, dia mangsa pertama mendengar masalah aku dalam kumpulan itu. Tapi, dia tak lama, telah dipost ke SA menyambung pengajian ijazah sarjana muda disana. Subjek paling best sem 3 nie dah tentu subjek engineering survey kelolaan en Azwan. Rajin turun field pantau kami buat keje walaupun waktu keje kami luar waktu kuliah. Target A tp dapat B ja. Mana taknya, score masa final, carymark terabur. hehe

Semester 4, aku lebih mengenali mereka.
Dan aku lebih meluangkan masa untuk mereka.
Ya, aku yakin mereka orang-orang yang baik. Insyaallah. Pada permulaan semester, ada modul untuk part 4 dimana modul berteraskan kerjasama ahli kumpulan. Disini aku lihat, persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain sangat kuat. Yang dahulunya ntah pape, tapi bila dalam modul ini, menjadi seolah-olah keluarga yang sangat kuat ikatannya. Alhamdullillah, ukhwah terjalin. Tapi kadang-kadang tu, gaduh jugak. hehe~ Semester ini juga ada subjek hydrographic survey dimana latihan praktikal terakhir dilakukan di Pantai Merdeka. Disini sekali lagi aku melihat keluarga ini bekerjasama antara satu sama lain. Buat traverse sampai ke subuh, semua sedia menanti melainkan aku gugur dalam khemah dalam pukul 3pg kot. hehe. Bila adanya khemah, sudah tentu ada pendirinya. Siapa yang mendirikan? Sudah tentu hero-hero ap121. Mereka rotate jaga kami nie. Almaklumlah, perempuan ditempat orang, yang berharap hanya lelaki-lelaki nie ja lah. hehe. respect kat mereka sebab, sudi dirikan khemah, sudi jaga kami yang tidur dan berjaga, sudi hantar kami sampai depan umah kerana ada yang memerhati kami. Kerana, semuanya lewat pagi hampir ke subuh. Rumah dah lah jauh.. huh~ Sepanjang di pantai merdeka tu, aku perhati, mereka adalah sebahagian daripada aku. Bekerja sampai kesubuh, gelap-gelap buat keje, makan sama-sama, main buaian d taman permainan kanak-kanak sama-sama. Best. Part 4 adalah segalanya. Co-operation dapat dilihat dari awal semester hingga sekarang. Alhamdulillah, ukhwah semakin kuat antara kami. Subjek paling best sem ini dah tentu hydro dan comp survey. Kenapa hydo? Sebab Lp kat luar uitm. Jalan jauh. hehe. Tapi, kenapa comp survey? Sebab banyak kira-kira yang memeningkan (imagenary line kata en khairy.. nge~) dan lecturer best. Sangat garang~. tp sem ini dia sangat baik.. hehe. Target dapat A tp dapat B jugak untuk kedua-dua nye. sedih juga lah, tapi alhamdulillah. Hydro and survey comp, test 2 entah pape markahnya. Tu yang tak capai target kot. huhu

Part 5 lagi seronok walaupun ta ada outing work kat pantai merdeka lagi. hehe. Lagi banyak keje kumpulan dalam sem nie. ETR, GIS Project, Cadastral survey, Photogrammetry. Pening pala owh... Awal-awal sem metting memang tidak ada masalah sebab aku pon free. Tapi dah masuk bulan puasa, aku sibuk memanjang. Training dari 7pagi sampai 9malam. Ntah lah. Geram sangat-sangat kat person nie, bila da buat appointment tu, jangan tunda-tunda atau percepatkan. Ikut masa awal perjanjian. Masa aku dan masa kamu tu berbeza. Jangalah tukar-tukar dok ikut suka hati. Fikirlah masa orang lain. Aku tak free macam kamu tuh. Aku curi masa untuk kamu tapi kamu main masa dengan aku. Tahu tak, aku scuse training sebab nak pi meeting yang tak ada orang datang? Ape cer der? Ingat senang ke nak curi masa? Kene jumpa orang tu, inform orang nie, itu lah, ini lah. Tapi, hasilnya? Apa lah, kamu tak berada ditempat aku. Lepastu, sedap-sedap kata aku tak wat keje. haha,, pape je.. da lepas. mang aku tak suka buat kerja dengan orang yang suka curi masa aku. Jadi, sori =_= Masa bagi aku sangat beharga, patutlah kapt suka bagi kitorang pacak kepala kalu lambat. hehe. Bangun-bangun je kepala macam nak pecah, mcam tenggelam, pening-pening terhuyung hayang. hehe. Pacak kepala tu apa?http://www.youtube.com/watch?v=irdqK39_fq0,, nie lah dia pacak pala aka comando rest. cer try. hehe.

Masa part 5 nie juga ada banyak event yang aku sertai, bermula dengan bbq kelas di rumah en khairy, bbq dengan PA. Bila masuk lab fun of gis je, aku rasa sayang sangat nak tinggal part 5 o tinggalkan kelas. Lepas ni, semua perkara bersama tinggal kenangan.Apa pon, kenangan tinggal kenangan. Hope, selepas ni, masing-masing berjaya dalam hidup dan sentiasa dalam keberkatan Allah. Insyaallah

Walaupun baru je mengenali siapa diri kamu semua. Kamu semua memang best. Cuma tak berkesempatan mengenali lebih dekat. Sesiapa yang dah kenal terlebih dekat tu tau la apa rasa dekat gan dirikuh ini. hehe. Bertuah dapat berkenalan dengan korang sume. Terutama yang pernah jadi member grup. Tq

Video ini khas untuk korang suma. da dua tahun tak bwt editing video. Selekeh ja pon. Papa pon klu nak, HD video boleh mintak direct pada saya o sape2 je yang da ada softcopi nie. Nie video low quality, sbb tu tak cantek view nya. sape2 yg tak ada mukanya, sikit mukanya, terlebih mukanya, maaf sgt2, men amik je. tima kasih. Selamat menonton!






READMORE
 

S.A.B.A.R


Assalamualaikum W.T.B. dan salam sejahtera. Kebanyakan manusia yang hidup di dunia ini akan diberikan sesuatu kepadanya sama ada dipinta mahu pun sebaliknya. Namun, jika apa yang kita pinta tidak kesampaian, kita akan merungut. Jika sebaliknya pula, apa yang ingin kita jauhi, menghampiri. Disini, apa yang kita persoalkan ialah, dimanakah letaknya keadilan. Mula salahkan pihak-pihak tertentu dan juga menyalahkan takdir sedangkan diri sendiri yang harus dipersalahkan. Namun, ada juga kesalahan yang datang bukan dari diri kita. Apa yang harus kita lakukan ialah, renungkan kembali apa yang kita telah dilaksanakan menepati seruan ilahi mahupun sebaliknya.

Berbalik kepada topik yang diketengahkan ini, ‘Sabar’. Sejauh manakah keindahan sabar itu? Sememangnya, kesabaran yang benar-benar sabar susah untuk diperoleh melainkan dengan kekuatan dalaman iaitu iman. Ada orang boleh bersabar namun hilang kesabaran jika tahap kesabarannya telah pecah. Sememangnya bukan itu target kesabaran yang dipraktikkan dalam Islam. Islam mengajar kita untuk bersabar dan terus bersabar, bukan bersabar dan terus melepaskannya bila tahap kesabaran diuji.

Apa indahnya sabar, mari kita kaji ayat Al-Quran. Didalam manual hidup yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya (Al-Quran), Allah banyak menekankan kita sebagai orang beriman agar bersabar kerana “Innallah hama’as sobirin” yang bermaksud“Allah bersama-sama orang yang sabar”. Ada juga firman Allah yang menyebut bahawa “Wallahu yuhibbus sobirin” yang bermaksud, “Dan Allah mencintai orang-orang yang bersabar. Selain daripada itu, rasullullah juga pernah bersabda yang bermaksud “Sabar itu sebahagian daripada iman” riwayat al-Baihaqi. Jelas, tanpa sabar, kurang iman.

Kadangkala masalah yang kita hadapi datang bergolek, belum selesai masalah,datang masalah yang lain. Bak kata pepatah, “Bagai jatuh ditimpa tangga”.Namun, pernahkah kita mengkaji dan meneliti mengapakah masalah itu datang pada kita? Perkara utama sesungguhnya Allah menguji keimanan kita melalui musibah yang kita terima. Jika kita sabar menerima musibah, insyaallah ada balasan yang Allah berikan kepada kita. Bagaimana kamu mengaku bahawa kamu sudah beriman sedangkan kamu masih belum di uji? Ya, melalui dugaan diikuti dengan kesabaran itulah membuatkan iman kita lebih mantap dan kita akan rasa bersyukur dengan dugaan yang kita terima kerana berjaya dalam ujian kesabaran dengan cemerlang!

Merungut dan menyalahkan takdir adalah perkara yang biasa didengar didesingan telinga. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa setiap masalah yang datang itu adalah ujian dan jika kita berjaya hadapinya dengan tenang dan sabar, dosa kita akan terhapus. Selain daripada itu, orang yang bersabar akan dicukupkan ganjaran pahala sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Zumar : 10 yang bermaksud “ Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan”. Selain itu, Allah juga ada berfirman yang bermaksud “Berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, ‘Kami milik Allah dan kepadaNya jua kami akan dikembalikan.’ Mereka itulah orang yang mendapat rahmat daripada tuhannya dan merekalah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah:155-157). Orang yang bersabar juga akan mendapat balasan syurga. Subhanallah, indahnya sabar,besarnya nikmat kesabaran itu.

Kadangkala kita sering memikirkan masalah yang kita hadapi terlalu berat bagi kita, payah, susah, sakit, perit dan sering menangis mengalirkan air mata kerana mengenangkan nasib kita. Air mata yang mengalir sesungguhnya memberi kesan yang positif terhadap tekanan yang kita terima. Setidaknya mampu mengurangkan beban yang terbuku dalam lunak hati sama seperti mengalirnya air mata yang dikeluarkan kerana merasakan sakitnya dugaan yang diberikan. Segala dugaan yang diberikan begitu terbeban dan beratnya seperti ingin hidup jauh dari pelusuk bumi. Bebannya! Tapi, pernahkah kita kembali semula kepada manual hidup kita iaitu Al-Quran? Mari kita lihat ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang sering dibacakan dalam wirid selepas solat terutamanya wirid Al-Mathurat. Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa, Allah itu tidak akan membebani sesorang melainkan dengan kesanggupannya. Ia dapat pahala dari kebaikan yang diusahakan dan dapat siksa dari kejahatan yang dilaksanakan. Melalui ayat ini jelas bahawa, sememangnya sebelum kita terima dugaan, Allah tahu bahawa kita boleh menghadapinya kerana Allah itu maha pencipta dan maha mengetahui. Jadi, perlukah ragu-ragu pada kebesaran Allah? Yakinlah bahawa Allah itu ada dan perbanyakkanlah doa agar kita sentiasa dalam berkat kesabaran.

Sebagai renungan, jika kita merasakan bebanan yang kita terima adalah berat dan tidak sanggup kita hadapi, mari kita kenang dugaan mereka yang terdahulu dimana Rasulullah menghadapi golongn kafir dan berdakwah menyebarkan Islam. Keluarga Yasir yang disiksa. Para sahabat yang berjuang mempertahankan Islam, seseorang pemimpin negara yang menghadapi masalah kegawatan ekonomi negara serta berhadapan kerenah rakyatnya, seorang ayah yang bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal, seorang ibu yang rela berjaga siang dan malam menjaga anaknya yang dalam tangisan. Bukankah itu dugaan? Namun mereka ikhlas dan sabar hadapi semua itu kerana mereka tahu bahawa Allah menurunkan semua itu ada sebab yang tertentu. Ingatlah, jika kita rasa diri kita terbeban, ada lagi yang lebih terbeban. Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah : 216 yang bermaksud " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, pada hal ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui".

Kajilah Al-Quran kerana isinya sangat indah. Jadikalah Al-Quran sebagai teman di dunia dan akhirat. Hadapilah kesabaran dengan senyuman kerana disebalik kepahitan dalam kesabaran itu besar ganjarannya. Jangan mudah melenting tapi berzikir melembutkan hati yang marah. Diam lebih baik. Pendam itu kurang baik. Jadi, lepaskanlah apa yang terkandung itu kepada Allah kerana hanya Allah yang mengetahui perasaan hambanya. “ Kepunyaan Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu. Maka Allah mengampuni sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya; dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu”. (Al-Baqarah:284).

Bazirkan air mata itu hanya kepada Allah kerana mengenangkan dosa yang kita laksanakan kepadaNya. Airmata itu permata yang sangat bernilai dimana tidak ada hak orang lain melihatnya kerana permata air mata itu sangat berharga. Sembunyikan masalah yang kita punya kerana jika orang melihat itu, orang akan mentafsirkan bahawa kita lemah. Jika kita lemah, kita akan ditindas dan terus ditindas. 'Namun setitis permata kerana takutkan Allah ia umpama permata yang indah lagi gemerlapan' (Ustaz Pahrol 2011). Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud "Ada dua titisan yang Allah cintai. Pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah". Jadi mengapa perlu membazirkan air mata untuk perkara yang sia-sia? Menangislah sebagaimana wanita ansar menangis kerana beliau tiada anak untuk dihantar perang. Menangislah sebagaimana Sayidina Omar takut bahawa sekiranya hanya dia yang tidak masuk kesyurga. Serta, menangislah sepertimana Sayidina Ali yang menyatakan " Wahai dunia... janganlah kau tipu aku. Tipulah orang lain". Inilah mereka yang menggunakan permata indah ini hanya untuk Allah semata dan bukan untuk dunia seperti manusia yang cintakan dunia yang menangis apabila hartanya berkurang, menangis apabila masalah datang, menangis apabila tiada jalan penyelesaian. Ingatlah bahawa, penghuni syurga itu banyak dukacitanya didunia dan penghuni neraka itu, banyak sukacitanya didunia. Renung-renungkan...

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia.
Sedekahkanlah sebuah senyuman walau dihati tak mampu lagi bertahan.
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dugaan,
Berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan.

Amalkanlah doa-doa yang diajar dalam al-Quran kerana ia Kalam Allah. Hayati dan amatinya.
"...Ya Tuhan kami, janganlah engau hukum kami apa yang kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana engakau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kami kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir". ( Surah Al-Baqarah 286).

Bersabarlah dalam bersabar kerana dalam kesabaran ada keberkatan yang berkekalan. Sakit dan siksa didunia ganjarannya syurga selamanya jika kita bersabar. Sabar itu indah!


Sumber rujukan::
1) Al-Quran dan Terjemahannya (Resmi Uthmani) terbitan Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
2) Solusi isu no 31 "Sabar itu indah" terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
3) Al-Ma'tsurat Sughra (Imam Hassan Al-Banna) terbitan Al-Hidayah Publications
4) Diari Muslimah 2011 terbitan Kharisma Network Sdn. Bhd.
5) GenQ isu no 2 terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.





READMORE
 

M . E . R . D . E . K . A !

Salam 1 Malaysia.

Sememangnya negara kita telah lama mengecapi kemerdekaan.
Namun telah wujud pendapat-pendapat dari sesetengah pihak yang mempersoalkan pejuang tanah air. Apa input sebenar yang mereka inginkan masih saya tidak diketahui. Apakah mereka ingin mendapatkan publisiti bagi meningkatkan saham politik mereka? Biarlah mereka berkata-kata dengan ilmu mereka itu. Sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan, berfikirlah sebelum berkata-kata.

Para pembuah hasil pendapat, nukilkanlah sesuatu yang berguna, kajilah sejarah negara seadanya sebelum berkata-kata kerana anda bukan pejuang kemerdekaan pada zaman itu. Pedih dan perih pejuang tanah air mengalirkan air mata dan darah demi memperjuangkan maruah negara hanya dijadikan bahan ungkitan bahawa mereka bukanlah pejuang tanah air bahkan pihak yang ditentang itu ditakrifkan sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar? Di mana letaknya kebijaksanaan anda sebagai orang yang berpendidikan?

Jika rakyat Malaysia sendiri mengkritik cara negara memperoleh kemerdekaan, bayangkanlah bahawa individu-individu mahupun pihak-pihak tertentu di luar sana bertepuk tangan melihat kerenah anak bangsa tanah melayu berkelahi sesama sendiri menentang dasar kemerdekaan yang dikecapi. Adakah mereka ingin dijajah semula dan mereka datang menentang penjajah dan di anggap sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar?

Wahai mereka yang berkata-kata, sepanjang kemerdekaan negara, belum pernah ada yang mempersoalkan siapakah pejuang sebenar kemerdekaan kerana sudah termaktub dalam lembaran sejarah bahawa nama-nama pejuang kemerdekaan itu lah yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Setelah lahirnya kamu dalam dunia dimana tidak mengetahui apakah itu senjata api, tiba-tiba mempersoalkan perjuangan pejuang negara. Sejak itu, wujudlah kata-kata yang mempersoalkan pejuang tanah air yang sebenar. Sesungguhnya kamu tidak berada dalam kesusahan pada ketika itu.

Pejuang negara yang dikatakan sebagai pegawai British ( Penjajah ) pada waktu itu tidak dianggap sebagai pejuang, hanya atas dasar bekerja dibawah pentadbiran British? Masuk akalkah itu? Biarpun mereka bekerja dibawah pentadbiran British, mereka tetap berusaha memperjuangkan hak negara. Perjuangan cara halus dimana bukan menggunakan kekerasan untuk memperoleh kemerdekaan. Bukankan itu yang dituntut? Mungkin jika mereka tidak bekerja sebagai pegawai british, sukar untuk mereka berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pegawai atasan untuk memperoleh kemerdekaan. Mungkin juga itu sahaja aliran pekerjaan yang difikir mampu untuk memperjuangkan maruah negara. Ini pendapat saya, jangan salah anggap kerana saya menggunakan perkataan MUNGKIN.

Saya juga tidak hidup pada zaman tersebut. Tapi cukuplah dengan mengenang jasa pejuang negara. Merdeka atas dasar perbincangan dan bukan pertumpahan darah. Sangat sukar bagi negara mahupun pejuang kemerdekaan negara lain mengecapi kemerdekaan melalui cara itu. Tetapi pejuang tanah melayu mampu melakukan itu. Begitu hebat orang melayu. Tapi mengapa sehebat-hebat orang melayu dahulu lebih hebat melayu zaman ini dimana berani mengkritik pejuang tanah air? Sangat hebat dan berani. Ya Allah, mengapa kau biarkan dia berkata-kata seperti itu? Kerana kata-kata itu mampu membuatkan kami berpecah belah. Berilah dia hidayah dan rahmat Mu. Amin~

Kepada golongan muda, kenanglah kepahitan dan kepedihan untuk mengecapi kemerdekaan. Susah, gelisah dan segala harta benda tergadai. Engatlah, selama beratus tahun negara dijajah, pelbagai sistem diubah oleh penjajah dan cara hidup kita juga telah diubah yang membuatkan fikiran kita juga terbantut kerana pernah dijajah dalam tempoh yang sangat lama. Sekarang kita mengorak langkah maju kehadapan mencari semula identiti kita sebagai bangsa melayu dan rakyat malaysia yang bermaruah dan maju. Melayu dahulu pernah megah diserata dunia dan bahasanya telah menjadi bahasa perantara antarabangsa. Itu kejayaan kita sebelum dijajah. Sekarang kita telah merdeka, langkaulah pemikiran daripada takuk jajahan lama kepada luar batas kemerdekaan yang telah dikecapi.

Mari kita imbau sejarah lama, tidak terlalu lama, hanya pada peristiwa Parti Komunis Malaya (PKM) menyerang Bukit Kepong bukan sejauh Bumi Melaka dikepung. 25 pejuang tanah air melawan 200 komunis. Hilang nyawa dan darah, keluarga juga tekorban, dihumban kedalam api dan pelbagai kekejaman pihak komunis menentang polis yang bertahan di balai polis Bukit Kepong yang berlaku kira-kira jam 5 pagi bertarikh 23 Februari 1950. Semua orang tahu bahawa komunis itu seperti apa, pemerintahannya bagaimana, kekejamannya tahap mana. Semua orang ketahuinya. Namun, golongan yang zalim dan kejam seperti itu dianggapnya sebagai Hero Malaya? Ceteknya ilmu sejarah orang mengeluarkan statment seperti itu. Barangkalinya dia waktu belajar matapelajaran sejarah tidur or membuta membuat tahi mata, air liur membasahi meja. Kerana itu dia dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan statment yang tidak berpendidikan itu.

Saya juga tidak suka matapelajaran sejarah, tetapi saya sayang dan cinta pada negara. Merdeka itu susah, saya ketahuinya, saya hargainya, saya syukurinya dan saya amatinya. Sebenci-bencinya saya dengan subjek itu, saya masih mengkaji sejarah negara saya kerana apa? Kerana saya sayang negara saya. Sewenang-wenangnya anda tidak hargai mereka atas kemerdekaan yang mereka bina? Jika anda ditempat mereka, apa yang anda rasa? Anda semestinya tidak rasa kerana lahir-lahir sahaja sudah ada elektrik dan air, jalan berturap dan bangunan sudah terbina. Rezeki merata-rata dan bukan peluru yang berderup laju di atas kepala. Tidak pernah dia rasakan parang tertakuk dileher sedia untuk dikelar. Tidak pernah dia mendengar pekikan tangisan dan laungan kesakitan para pejuang bertaruh mempertahankan nyawa dan hak. Tidak pernah dia mendengar derusan peluru bertaburan memecut laju di awangan jika tersilap, kepala berderai. Tidak pernah dia melihat darah mengalir laju membasahi bumi, tidak juga merasakan gegaran bom yang berkumandang bergegaran mengetarkan diri. Kerana itu dia itu angkuh berkata-kata dan mengagung-agungkan pengganas sebagai hero malaya. Dia nak rasa bagaimana 25 pejuang itu rasa, baru dia merasakan bahawa dia juga akan mengalirkan air mata dan kecewa jika wujud seorang insan menyatakan bahawa pejuang tanah air pada waktu itu sebenarnya adalah pengganas.

Kenapalah kau begitu buta sejarah? Atau saja membutakan untuk menaikkan saham politik? Jika mahu berpolitik sekalipun, janganlah gunakan isu-isu yang dikatakan 'bodoh' ini. Pemimpin yang ingin memimpin dan menakluk Putrajaya mengeluarkan isu yang mampu memporak-perandakan negara seperti ini? Tidak ada isu lain yang ingin diketengahkan? Atau kekontangan idea? Rakyat, lihatlah cara pemimpinmu ini memimpin dan berhujah. Lucu benar cara kamu bermain politik. No more idea to be issued? Bersatupadulah wahai bangsaku. Kita satu bangsa, malulah sikit. Tolonglah hargai kemerdekaan. Hayatilah...

Abdul Rahman bapa kemerdekaan;
Abdul Razak penerus perjuangan,
Hussien Onn mara kehadapan;
Mahathir melangkau batas kemodenan,
Abdullah menerapkan kerohanian;
Najib,, teruskanlah perjuangan!

Jangan suka mengkritik pentadbiran mahupun pejuang negara kerana bukan senang ingin jadi seperti mereka. Memegang satu organisasi sahaja sudah terumbang-ambing, inikan ingin menguasai negara? Fikir-fikirkanlah. Menjadi seorang pemimpin, kaki sebelah berada di pintu neraka. Jika rakyat dusta, pemimpin juga ditarik sama. Seronokkah nak jadi pemimpin kerana tidak sabar-sabar nak masuk neraka? Besar tanggungjawab pemimpin, maka sokonglah pemimpin yang sedia ada selagi dia tidak menentang agama. Mengapa perlu menjatuhkan sedangkan anda masih mengecapi keamanan, kesenangan, kemajuan, rezeki yang melimpah ruah dan bini juga ramai. Selagi pemimpin itu mampu memberikan keadilan, janganlah menjatuhkan. Ingatlah bahawa tugas pemimpin itu sangat besar.

Merdeka, bukan hanya pada nama, tapi pengisian itu sangat bermakna. Jangalah mempersoalkan sesuatu yang sudah nyata kerana ia mampu merosakkan maruah negara. Merdeka itu susah, dijajah itu mudah. Ingatlah.. Peliharalah kemerdekaan ini sehingga penghujung nyawa dunia. Jangan biarkan ia dijajah semula. Sejarah yang baik harus dikenang dan sejarah yang buruk jaganlah diulang.

Sebagai rakyat malaysia dan bangsa Melayu, berbanggalah dengan apa yang anda punya.

"Ya Allah, satu padukanlah kami, hati-hati kami dalam memperjuangkan agama Mu. Janganlah kau biarkan kami berkelahi sesama sendiri hanya untuk kepentingan peribadi. Sempena bulan ramadanmu yang mulia ini, aku berdoa, kekelkanlah kemerdekaan negara ini daripada dijajah semula, merdekakanlah fikiran kami dari unsur-unsur yang mampu membuatkan kami dijajah semula. Berikanlah pemimpin negara kami kekuatan menghadapi kerenah rakyatnya dan kerenah sepenjawatannya. Jadikanlah pemimpin kami, seorang yang adil dan taat pada perintah agama Mu. Amin~"

Salam Ramadan~ Syawal dan selamat menyambut hari Kemerdekaan. Peace no Wars!!





READMORE
 

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Alhamdulillah bertemu kembali dalam bulan mulia ini.

Harapan untuk ramadan tahun ini:

-Memperbanyakkan bacaan al-quran
-Tidak meninggalkan solat tarawih
-Mengelakkan diri dari sumber2 umpatan dan mengumpat
-Menjauhkan maksiat
-Menjauhkan diri dari zina terutama zina mata dan zina hati
-Banyakkan ibadah laen.

Semoga bertemu kembali d ramadan akan datang. I will miss ths month so much!!

p/s: Sila dapatkan Majalah Solusi Edisi Khas Ramadan dan Syawal (isu 34) yang bertajuk "Andainya ini ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya?". Banyak input menarik disediakan. Nak kongsi kat sini, malas nk taip. So cari kt kedai ea n baca. hahaa
READMORE
 

PERLUKAH AKU KHABARKAN

PERLUKAH AKU KHABARKAN

Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Kumohon pada tuhan
Berikan kekuatan
Untuk kuhadapi semua ini

Tuhan kuterus berserah
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah

Apa jua yang bakal aku hadapi;
Mungkin kemanisan yang aku nikmati,
Kepahitan yang terpaksa aku amati,
Biarlah ia terselit disanubari.

Mana mungkin mereka mengerti apa yang aku hadapi
Kerana sesungguhnya,
Kehidupan aku dan mereka tidak sama,
Kitaran masa kita memang serupa,
tetapi langkah kita berbeza,
Pengisian dan kekosongan kita tidak sama.

Aku curi masa untuk mereka
Disaat akhir perkenalan, baru ku mengenali mereka,
Namun, adakah mereka boleh menerima kehadiranku,
Genggaman keakraban semakin utuh,
Pelukan kasih sayang semakin erat,
Kepercayaan semakin kuat.
Ia hadir cuma disaat akhir.

Mengapa bukan dahulu?
Sesungguhnya aku punya alasan sendiri yang mana;
Perlukah Aku Khabarkan?

Aku mencari mangsa,
tapi siapa yang perlu aku khabarkan?
Teman? sesungguhnya dia telah lama meniggalkanku dengan duniaku
Tapi itu dulu, sekarang hadir yang baru.
Adakah dia bisa menjadi mangsa yang baik?

Banyak teman yang aku punya,
cuma dia yang aku cinta, yang aku sayang, selain dia yang telah meninggalkan.
Aku khabarkan semuanya ke dia,

Ya Allah,
Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Pastikah akan terjawab semua
Perlukah aku khabarkan keaibanMu
Semuanya terletak dalam hati kecilku.

Sesungguhnya pendirianku kini,
Biarlah aku, dia dan Dia sahaja yang mengetahui apa yang perlu aku khabarkan
kerana, dunia kita berbeza.

Itu lah akhirnya. Penantian kesakitan hanya tinggal 12 bulan purnama saja lagi
Selepasnya kesiksaan malam terakhir itu, segala penyiksaan dalam 'dunia' ku ini juga berakhir
Yang aku harap, Allah beri aku kekuatan menjalani sisa hidup ku dalam 'dunia' ini.
Berkekuatan menghadapi umat-umat, mahluk-mahluk dalam 'dunia' ini.
Aku harap dalam antara penghuni dunia ini menyedari kewujudan mahluk-mahluk ini yang sentiasa membuat hati kami 'gembira' :)

Maaf, hidup ku adalah hidup ku, Hidup mu adalah hidup mu
Kita berbeza. Bukan beza pangkat mahupun darjat,
Tetapi kita memang berbeza.
Tidak perlulah aku khabarkan.
Biar aku selit sempit dalam hati ini.
Sehingga hujung nyawaku.
~Terus jaga rahsia itu~

Jangan mempermainkan masalah itu,
Jangan mempergunakan isu itu,
Aku sangat membenci itu.

Tawaku tak bermakna suka
Diamku tak bermakna marah
Bisingku tak bermakna ceria
Senyumku tak selalu indah.
Kataku tak selalu mulia.

Perlukah Aku Khabarkan?

Sekian, Wassalam.

READMORE
 

U.S.R.A.H

Assalamualaikum,
Dalam mengejar dan mencari ilmu Allah, pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk mengecapinya. Sama ada melalui bahan ilmiah, mendengar ceramah, tazkirah serta menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu.
Mungkin perkara tersebut sebahagian daripada pengisian ilmu agama terhadap diri kita sebagai umat islam. Sememangnya, usrah itu mempunyai kesan yang lebih mendalam terhadap pemahaman kita terhadap isu yang diperbincangkan ataupun terhadap pengisian yang dibekalkan. Usrah mempunyai pemahaman yang halus terhadap mereka yang melibatkan diri secara langsung kerana penerangan dalam bentuk kumpulan yang kecil. Oleh itu, segala apa yang disampaikan mampu terus kepada pendengar.
Kadangkala untuk menghadirkan diri ke usrah sememangnya sangat berat, tetapi tabahkanlah hati dan timbulkan keikhlasan dalam perjalanan menuju ke majlis ilmu itu. Insyaallah ada keberkatannya. Walaupun masa yang diambil tidak sampai 3jam, tetapi pengisisan walaupun sedikit tetap memberi kesan yang mendalam. Paling tidak memperingatkan diri apa yang terlupa dan menegur apa yang leka.
Alhamdulillah, dinegara dan masa sekarang ini, kita masih berkesempatan untuk menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu tanpa perusuhan dan kekangan daripada golongan orang-orang kafir. Kita masih mempunyai kuasa untuk memegang panji-panji Islam untuk terus berdiri kukuh dalam negara sendiri.
READMORE
 

Lets Join Us