Salam 1 Malaysia.
Sememangnya negara kita telah lama mengecapi kemerdekaan.
Namun telah wujud pendapat-pendapat dari sesetengah pihak yang mempersoalkan pejuang tanah air. Apa input sebenar yang mereka inginkan masih saya tidak diketahui. Apakah mereka ingin mendapatkan publisiti bagi meningkatkan saham politik mereka? Biarlah mereka berkata-kata dengan ilmu mereka itu. Sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan, berfikirlah sebelum berkata-kata.
Para pembuah hasil pendapat, nukilkanlah sesuatu yang berguna, kajilah sejarah negara seadanya sebelum berkata-kata kerana anda bukan pejuang kemerdekaan pada zaman itu. Pedih dan perih pejuang tanah air mengalirkan air mata dan darah demi memperjuangkan maruah negara hanya dijadikan bahan ungkitan bahawa mereka bukanlah pejuang tanah air bahkan pihak yang ditentang itu ditakrifkan sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar? Di mana letaknya kebijaksanaan anda sebagai orang yang berpendidikan?
Jika rakyat Malaysia sendiri mengkritik cara negara memperoleh kemerdekaan, bayangkanlah bahawa individu-individu mahupun pihak-pihak tertentu di luar sana bertepuk tangan melihat kerenah anak bangsa tanah melayu berkelahi sesama sendiri menentang dasar kemerdekaan yang dikecapi. Adakah mereka ingin dijajah semula dan mereka datang menentang penjajah dan di anggap sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar?
Wahai mereka yang berkata-kata, sepanjang kemerdekaan negara, belum pernah ada yang mempersoalkan siapakah pejuang sebenar kemerdekaan kerana sudah termaktub dalam lembaran sejarah bahawa nama-nama pejuang kemerdekaan itu lah yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Setelah lahirnya kamu dalam dunia dimana tidak mengetahui apakah itu senjata api, tiba-tiba mempersoalkan perjuangan pejuang negara. Sejak itu, wujudlah kata-kata yang mempersoalkan pejuang tanah air yang sebenar. Sesungguhnya kamu tidak berada dalam kesusahan pada ketika itu.
Pejuang negara yang dikatakan sebagai pegawai British ( Penjajah ) pada waktu itu tidak dianggap sebagai pejuang, hanya atas dasar bekerja dibawah pentadbiran British? Masuk akalkah itu? Biarpun mereka bekerja dibawah pentadbiran British, mereka tetap berusaha memperjuangkan hak negara. Perjuangan cara halus dimana bukan menggunakan kekerasan untuk memperoleh kemerdekaan. Bukankan itu yang dituntut? Mungkin jika mereka tidak bekerja sebagai pegawai british, sukar untuk mereka berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pegawai atasan untuk memperoleh kemerdekaan. Mungkin juga itu sahaja aliran pekerjaan yang difikir mampu untuk memperjuangkan maruah negara. Ini pendapat saya, jangan salah anggap kerana saya menggunakan perkataan MUNGKIN.
Saya juga tidak hidup pada zaman tersebut. Tapi cukuplah dengan mengenang jasa pejuang negara. Merdeka atas dasar perbincangan dan bukan pertumpahan darah. Sangat sukar bagi negara mahupun pejuang kemerdekaan negara lain mengecapi kemerdekaan melalui cara itu. Tetapi pejuang tanah melayu mampu melakukan itu. Begitu hebat orang melayu. Tapi mengapa sehebat-hebat orang melayu dahulu lebih hebat melayu zaman ini dimana berani mengkritik pejuang tanah air? Sangat hebat dan berani. Ya Allah, mengapa kau biarkan dia berkata-kata seperti itu? Kerana kata-kata itu mampu membuatkan kami berpecah belah. Berilah dia hidayah dan rahmat Mu. Amin~
Kepada golongan muda, kenanglah kepahitan dan kepedihan untuk mengecapi kemerdekaan. Susah, gelisah dan segala harta benda tergadai. Engatlah, selama beratus tahun negara dijajah, pelbagai sistem diubah oleh penjajah dan cara hidup kita juga telah diubah yang membuatkan fikiran kita juga terbantut kerana pernah dijajah dalam tempoh yang sangat lama. Sekarang kita mengorak langkah maju kehadapan mencari semula identiti kita sebagai bangsa melayu dan rakyat malaysia yang bermaruah dan maju. Melayu dahulu pernah megah diserata dunia dan bahasanya telah menjadi bahasa perantara antarabangsa. Itu kejayaan kita sebelum dijajah. Sekarang kita telah merdeka, langkaulah pemikiran daripada takuk jajahan lama kepada luar batas kemerdekaan yang telah dikecapi.
Mari kita imbau sejarah lama, tidak terlalu lama, hanya pada peristiwa Parti Komunis Malaya (PKM) menyerang Bukit Kepong bukan sejauh Bumi Melaka dikepung. 25 pejuang tanah air melawan 200 komunis. Hilang nyawa dan darah, keluarga juga tekorban, dihumban kedalam api dan pelbagai kekejaman pihak komunis menentang polis yang bertahan di balai polis Bukit Kepong yang berlaku kira-kira jam 5 pagi bertarikh 23 Februari 1950. Semua orang tahu bahawa komunis itu seperti apa, pemerintahannya bagaimana, kekejamannya tahap mana. Semua orang ketahuinya. Namun, golongan yang zalim dan kejam seperti itu dianggapnya sebagai Hero Malaya? Ceteknya ilmu sejarah orang mengeluarkan statment seperti itu. Barangkalinya dia waktu belajar matapelajaran sejarah tidur or membuta membuat tahi mata, air liur membasahi meja. Kerana itu dia dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan statment yang tidak berpendidikan itu.
Saya juga tidak suka matapelajaran sejarah, tetapi saya sayang dan cinta pada negara. Merdeka itu susah, saya ketahuinya, saya hargainya, saya syukurinya dan saya amatinya. Sebenci-bencinya saya dengan subjek itu, saya masih mengkaji sejarah negara saya kerana apa? Kerana saya sayang negara saya. Sewenang-wenangnya anda tidak hargai mereka atas kemerdekaan yang mereka bina? Jika anda ditempat mereka, apa yang anda rasa? Anda semestinya tidak rasa kerana lahir-lahir sahaja sudah ada elektrik dan air, jalan berturap dan bangunan sudah terbina. Rezeki merata-rata dan bukan peluru yang berderup laju di atas kepala. Tidak pernah dia rasakan parang tertakuk dileher sedia untuk dikelar. Tidak pernah dia mendengar pekikan tangisan dan laungan kesakitan para pejuang bertaruh mempertahankan nyawa dan hak. Tidak pernah dia mendengar derusan peluru bertaburan memecut laju di awangan jika tersilap, kepala berderai. Tidak pernah dia melihat darah mengalir laju membasahi bumi, tidak juga merasakan gegaran bom yang berkumandang bergegaran mengetarkan diri. Kerana itu dia itu angkuh berkata-kata dan mengagung-agungkan pengganas sebagai hero malaya. Dia nak rasa bagaimana 25 pejuang itu rasa, baru dia merasakan bahawa dia juga akan mengalirkan air mata dan kecewa jika wujud seorang insan menyatakan bahawa pejuang tanah air pada waktu itu sebenarnya adalah pengganas.
Kenapalah kau begitu buta sejarah? Atau saja membutakan untuk menaikkan saham politik? Jika mahu berpolitik sekalipun, janganlah gunakan isu-isu yang dikatakan 'bodoh' ini. Pemimpin yang ingin memimpin dan menakluk Putrajaya mengeluarkan isu yang mampu memporak-perandakan negara seperti ini? Tidak ada isu lain yang ingin diketengahkan? Atau kekontangan idea? Rakyat, lihatlah cara pemimpinmu ini memimpin dan berhujah. Lucu benar cara kamu bermain politik. No more idea to be issued? Bersatupadulah wahai bangsaku. Kita satu bangsa, malulah sikit. Tolonglah hargai kemerdekaan. Hayatilah...
Abdul Rahman bapa kemerdekaan;
Abdul Razak penerus perjuangan,
Hussien Onn mara kehadapan;
Mahathir melangkau batas kemodenan,
Abdullah menerapkan kerohanian;
Najib,, teruskanlah perjuangan!
Jangan suka mengkritik pentadbiran mahupun pejuang negara kerana bukan senang ingin jadi seperti mereka. Memegang satu organisasi sahaja sudah terumbang-ambing, inikan ingin menguasai negara? Fikir-fikirkanlah. Menjadi seorang pemimpin, kaki sebelah berada di pintu neraka. Jika rakyat dusta, pemimpin juga ditarik sama. Seronokkah nak jadi pemimpin kerana tidak sabar-sabar nak masuk neraka? Besar tanggungjawab pemimpin, maka sokonglah pemimpin yang sedia ada selagi dia tidak menentang agama. Mengapa perlu menjatuhkan sedangkan anda masih mengecapi keamanan, kesenangan, kemajuan, rezeki yang melimpah ruah dan bini juga ramai. Selagi pemimpin itu mampu memberikan keadilan, janganlah menjatuhkan. Ingatlah bahawa tugas pemimpin itu sangat besar.
Merdeka, bukan hanya pada nama, tapi pengisian itu sangat bermakna. Jangalah mempersoalkan sesuatu yang sudah nyata kerana ia mampu merosakkan maruah negara. Merdeka itu susah, dijajah itu mudah. Ingatlah.. Peliharalah kemerdekaan ini sehingga penghujung nyawa dunia. Jangan biarkan ia dijajah semula. Sejarah yang baik harus dikenang dan sejarah yang buruk jaganlah diulang.
Sebagai rakyat malaysia dan bangsa Melayu, berbanggalah dengan apa yang anda punya.
"Ya Allah, satu padukanlah kami, hati-hati kami dalam memperjuangkan agama Mu. Janganlah kau biarkan kami berkelahi sesama sendiri hanya untuk kepentingan peribadi. Sempena bulan ramadanmu yang mulia ini, aku berdoa, kekelkanlah kemerdekaan negara ini daripada dijajah semula, merdekakanlah fikiran kami dari unsur-unsur yang mampu membuatkan kami dijajah semula. Berikanlah pemimpin negara kami kekuatan menghadapi kerenah rakyatnya dan kerenah sepenjawatannya. Jadikanlah pemimpin kami, seorang yang adil dan taat pada perintah agama Mu. Amin~"
Salam Ramadan~ Syawal dan selamat menyambut hari Kemerdekaan. Peace no Wars!!