Aku Jatuh CINTA!!

Assalamualaikum dan salam ukhuwah,,
Hari ini baru sahaja balik daripada program Uhkuwah Forever (UFO) anjuran IKRAM. Program yang berlangsung pada 28 dan 29 Jun 2011 di Denai Larian, Pengkalan Asam Kangar Perlis ini serba sedikit memberi peringatan kepada kami sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini. Walaupun tidak sampai 24jam program berlangsung, namun pengisian yang diberikan cukup bermakna. Biar sedikit, asal berkualiti dan terisi di lunak hati dan diamalkan. Insyaallah.

Habis sahaja kelas jam 5.30pm (28/6 Selasa ) iaitu kelas Mat, sya trus bergegas balik ke bilik nak buat persiapan ke sana. Kalut lah jgak kerna perlu berkumpul jam 8 pada masa yang sama perlu berbuka puasa dan solat. Tp allah permudahkan urusan kami, bertolak ke lokasi pada jam 8.15pm. Dapat tarik nafas sikit. hehe.

Dalam banyak-banyak pengisian yang mereka berikan, satu perkara yang saya tertarik ialah penekanan mengenai Cinta.
C>I>N>T>A ??
Menarik dan sangat menarik. I like! hehe.
Apa yang mereka cuba sampaikan ialah,

B.E.R.C.O.U.P.L.E ITU H.A.R.A.M !

Haha,, haram ke? Offkoz lah haram. Kenapa erk? Kerana bercouple itu menyumbang kepada perbuatan zina. Allah ada menegaskan, janganlah kamu dekati zina. Jangan dekati beerti tak boleh langsung p kat zina tu apakan lagi buat zina. Tu lagi lah haroooomm. ha~
Jab3~ kenapa couple tu haram? Bila bercouple ni, paling tak pon, akan timbul rasa nak mencuba. Cuba apa? Cuba nak jalan jarak2 ke dekat2, cuba nak elak tangan ke pergangan tangan, dari cuma dekat2, kepada lebih erat dan semakin ketat. "Nge~ best2!! dekat lagi.." Kata syaitan kt sebelah tu.." I like~! "...
Apa lah seronok buat zina nie?

"ZINA?? teruk nye bunyi, kitorang xbwt pe pon, jmpe pon sat ja, bukan dok pegang2 tangan peluk2, masg gan call je pon. Tu pun kadang2. Kolo call o masg tu pon bukan kitorang dok jiwang2 karat besi buruk tuh.. " kata mereka yang bercouple.

Apa yang dimaklumkan kepada saya, zina nie ada macam2 Type of Adultery. Ceh2, nak speaking plak dah. hehe. Zina nie ada zina mata, telinga, tangan, lidah, mulut o pape je anggota yang mampu menyumbang kepada zina nie. N zina yang paling susah ialah ZINA HATI. Huh~ mang susah pon. Kadang2 kita xsedar yang kita telah memperlakukan zina. What!?? Betulke?
Mang pon, bila terlintas je kat hati, "Wow, hansome nye mamat nie..." itu juga adalah zina.
Hanya dalam hati yang hanya terlintas xsmpai 5saat tu pun dah berzina inikan colling2, msg2, dating2. Pkir lh sndiri..

Ada jugak yg kata, couple2 jgk, tp dpt restu mak ayh dlu lh, bru berkat. Berkat ap nye klu benda tu dah dekat gn zina. mcm tu pn xpat berkat allah nie kan berkat parent.. Ish3.
ada jgk yag kata, sya couple nie, msg pn kdg2, call xpnah. Klu msgh tu, jst bg peringatan smbhyang o pape je utk ingat memperingati. dalam erti kata laen, bercouple cara muslim. hehe, ada ke couple cara muslim. Mean, de couple tu ingat memperingati solat, posa n bg tazkirah o pape je lah yang islamic. Niat baik lah,, xmo dating2 nie.. konon..
Sememangnya itu adalah tipu daya syaitan yang mengelirukan kita iaitu menghalalkan apa yang haram. Walu apa jua niat kita, ingat satu benda sahaja. Jangan menghalalkan apa yang haram.
walopon niat bek, tp hati tu xlari dri jtuh hati o zina hati pon terlaksana. Bestnye, dapat dosa banyak lah hari nie. hehe.. ksian kat mereka yang bercople.. Harap2 Allah bukakn pintu hati mereka untuk menutup pintu hati cinta kepada yang bukan mahram. amin insyaallah,,,

Banyak lg yang nak cerita, tp xlarat nk menaip. hehe.

Pape pon, program nie ok untuk santapan saya dan umum =)
Biasanya jumaat petang p wat date gan mak cik rohana kt hea brsma2 4kwn sya yg len. Nma mk cik tu, Prof Madya Rohana, mngajar statistic. tp kitorang pggil mak cik je. hehe.. so, spa2 yang nak date gan sya pd hari dan waktu tu, maaf ye, saya dah diboooking lama dah. hahaha
Buat apa? Mane bole tau, rahsia kami.. hehe

Apa yang kurang datang dari diri hamba dan yang baik itu datang dari Allah insyaallah.
Sekian, wassalam....
 

Gerhana Bulan 2011


Assalamualaikum WBT
Pada pagi nie, sya baru shaja balik dari melihat kejadian gerhana bulan yang berlaku pada 16 Jun 2011 bertempat di Padang Rani, UiTM Arau Perlis. Waktu kejadian sekitar 2am-4am kot. huhu.
Rupa bentuk sebenar gerhana tersebut tidak begitu jelas kelihatan kerana cuaca mendung awan yang tebal menutupi bulan. Namun, disediakan screen besar untuk tatapan kami melalui software yg menunjukkan pergerakan bulan tersebut.

Oleh kerana tidak dapat dilihat dengan jelas bentuk bulan pada waktu itu, gambar yang tertera ini menggambarkan rupabentuk bulan pada waktu tersebut. (screen besar melalui software)


^ pada 2:26am




^
pada 2:24am, pada waktu ni, telah menunjukkan proses gerhana sedang berlaku.


^
pada 2:59am. Gambaran menunjukkan hampir separuh bulan tidak kelihatan

Selepas melihat kejadian gerhana bulan, sume bergerak ke Pusat Islam ( Masjid Al-Nur) untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan.
sya xjoin sbb xbwk telekung, bwt kt bilik je :(

sedikit info tentang solat sunat gerhana bulan/matahari

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مؤكدة )
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

Selain tu,, kami APD5Fl smpat juga meraikan befday Zaitul Azariah yang ke 20. Menyambut bersama-sama gerhana bulan. Bertuah,, semoga mendapat keberkatan Allah. Insyaallah.
Patut Bz jwab call.. haha

Terima Kasih kepada Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) kerana mengelolakan aktiviti ini serba sedikit memberi pengalaman kpd kami terhadap 1lagu bukti kebesaran Allah ini.
Tak lupa lecturer2 yang terlibat dan sesiapa sahaja yang amik port dlm aktiviti nie.

Sekian, Wasalam





 

Lets Join Us