Gerhana Bulan 2011


Assalamualaikum WBT
Pada pagi nie, sya baru shaja balik dari melihat kejadian gerhana bulan yang berlaku pada 16 Jun 2011 bertempat di Padang Rani, UiTM Arau Perlis. Waktu kejadian sekitar 2am-4am kot. huhu.
Rupa bentuk sebenar gerhana tersebut tidak begitu jelas kelihatan kerana cuaca mendung awan yang tebal menutupi bulan. Namun, disediakan screen besar untuk tatapan kami melalui software yg menunjukkan pergerakan bulan tersebut.

Oleh kerana tidak dapat dilihat dengan jelas bentuk bulan pada waktu itu, gambar yang tertera ini menggambarkan rupabentuk bulan pada waktu tersebut. (screen besar melalui software)


^ pada 2:26am




^
pada 2:24am, pada waktu ni, telah menunjukkan proses gerhana sedang berlaku.


^
pada 2:59am. Gambaran menunjukkan hampir separuh bulan tidak kelihatan

Selepas melihat kejadian gerhana bulan, sume bergerak ke Pusat Islam ( Masjid Al-Nur) untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan.
sya xjoin sbb xbwk telekung, bwt kt bilik je :(

sedikit info tentang solat sunat gerhana bulan/matahari

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مؤكدة )
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

Selain tu,, kami APD5Fl smpat juga meraikan befday Zaitul Azariah yang ke 20. Menyambut bersama-sama gerhana bulan. Bertuah,, semoga mendapat keberkatan Allah. Insyaallah.
Patut Bz jwab call.. haha

Terima Kasih kepada Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) kerana mengelolakan aktiviti ini serba sedikit memberi pengalaman kpd kami terhadap 1lagu bukti kebesaran Allah ini.
Tak lupa lecturer2 yang terlibat dan sesiapa sahaja yang amik port dlm aktiviti nie.

Sekian, Wasalam





Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Gerhana Bulan 2011 Dicoret oleh NH pada hari Khamis, 16 Jun 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Gerhana Bulan 2011
 

Lets Join Us