Kau Sahabat Kau Teman

Assalamualaikum,

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Sepanjang hidup ku, dialah yang pertama hadir dalam kehidupan sebagai sahabat yang ku kenal. Dia yang mengajar aku erti sahabat.
Dia yang mengajar aku menunggang basikal, dia juga yang mengajar aku apa yang tidak aku ketahui.

Teringat di saat aku mula melangkah di alam persekolahan rendah, dia yang menemaniku kerana diriku masih belum dapat membiasakan diri di alam persekolahan sebenar.
Setiap waktu dia bersamaku sehingga aku dapat membiasakan diri di alam tersebut.

Hari berganti hari, kini dia mengajar pula aku menunggang motosikal.
Dalam ketakutan, dia sentiasa dibelakang. Menemaniku walaupun dia juga akan terjatuh bersamaku. Usiaku pada waktu itu sudah 6 tahun. Baru pandai menunggang motosikal sedangkan yang lain sudah mampu memandu kereta. Itulah aku.

Hidupku pada waktu itu cuma dia, hanya dia sahabat yang aku paling dekat, yang paling aku rapat. Tiada yang lain. Suka duka bersama, sedikit pertengkaran itu biasa dalam persahabatan. Namun, kami tetap bersama jua walau datang hasutan dari pihak yang ketiga.

Perginya siang, terbitlah bulan,
Hilangnya bulan, maka menjelmalah sang suria yang menerangi kegelapan selepas malam.
Itulah lukisan alam. Tidak sesekali mereka jemu melaksanakan tugas mereka sehingga akan munculnya satu pekikan kuat yang menggegar dunia kelak.

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Pagi tidak selalunya indah,
hari ini kurasakan sepi walaupun masih di bulan yang meraih kemenangan ramadan iaitu syawal.
Minit berputar laju seolah cemburu dengan manusia di dunia.
Petang yang sayu menjelma setelah condongnya matahari hampir menjejak dikaki langit.
Aku mendengar seseorang terpekik menangis. Suara yang tidak jelas untuk difahami. Ku lihat pipinya dibasahi permata yang menunjukkan rasa sayu dalam hatinya dalam ingin menyampaikan sesuatu.
Aku tidak mengerti pertuturan itu. Aku cuba fahami.
Sejelasnya mengambarkan bahawa seseorang telah pergi. Tapi, pergi ke mana?
Aku masih tidak mengetahui. Namun, aku teliti, aku amati pertuturan tadi.

Ya Allah, dia sahabat, dia teman, kini telah pergi meninggalkan aku sendiri. Pergi menghadapmu kepada pencipta dia.
Ya Allah, aku tiada lagi sahabat, tiada lagi teman. Begitu cepat Kau mengambil dia.
Begitu singkat tempoh pinjaman yang kau berikan kapada aku.
Namun, aku redho dengan ketentuanMu.
Aku redho.

Ya Allah, tempatkan dia bersama kekasihmu, bersama-sama orang yang beriman.
Kini, aku menemukan sahabat yang mengajar aku lebih mendalam tentang agama Mu.
Alhamdulillah. Terima Kasih kau gantikan dia dalam hidupku.
Walau ada yang bersyakwasangka terhadap kami. Tapi, aku dan Kau tahu apa yang mereka tidak ketahui.

Lagu ini khas untuk sahabat ku,, rindu kat dia,,,,

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Kau Sahabat Kau Teman Dicoret oleh NH pada hari Sabtu, 14 Mei 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 2 Any komen dan kritik: di posting Kau Sahabat Kau Teman
 

Lets Join Us