Cerita dsebalik MARA @ Annual Camp PALAPES UiTM 2010


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Bile dengar Annual Camp, sume yg bkal terlibat akn menjerit
Arrrrhhh tidak!!! hehe,, tp x sngke dh abes dan x der sape yg syahid.. hehe
Kenape berkata tidak?? hanya kami yang tahu..
dan insyaallah tahun depan kami akan berkata Yahoo!! sbb dpt elaon.. hua3..

Malas nk cite panjang2,, nk cite ap yg nk dicerite je..
Fasa yg paling best + letih + relex + susah + banyak makan + byk tdo = fasa mara
Nak cite masa mara
Best sebab dapat main ujan,, jalan2 makan angin n buang angin.. ops.. hehe
masa makan angin tu boleh makan sekali. Nyam3.. toilet pon free je.. x yah bayr 3kupang. hehe
Bile dh lapar, bukak beg banyak makanan.. so makan lh..
Bklan air x putus2.. mineral melambak2 smpi x lrt nk bwk.. so, sblm mara esoknya, kene abis kn air tu
mlalui pelbagai cara.. caranya? biar kami yg tau.. hehe.

Malam nk serang musuh,, kitorang brgerak mara kul 12 mlm..
OTW jalan, gelap, xleh bkk lmpu suloh.. so jln dlm gelap..
Lepas melepasi kegelapn ladang kelapa sawit,
tibe2 je dberi cahaya sedikit oleh allah dengan bntuan cahaya bintang.

Jln2 smbil melihat bintang,, sungguh indah. best nye kolo dpt pndang bintang2 tu smpi tertdo..
Akhirnya,, hajat tercapai bila dberi rehat selama berapa lme ntah..
Time tu,, Q lihat bintang.. cantik nya ya allah.....
Indahnya ciptaan Mu.... "Subhanallah" tidak lekang dbibrQ pd wktu tu.
Sehingga ak terpandang lintasan yg sgt mengkagumkan ak iaitu,, tahi bintang..
Allahuakbar,, satu lagi ciptaanmu yg membuat aku terpaku..
Bersarnya kekuasaan Mu mencipta langit dan bumi.. Kagum ak padaMu...
Indahnya malam tu,, semua keletihan berjalan,, ketakutan elang melihat keagunganMu..
Seolah2 aku je yg ad kt situ.. aku dan Kamu ya allah...
Ak pndg lngit dn bintang sehinga ak tertidur..
Alhamdulillah, impianku tercapai.. buka2 je mata,, nmpk lg tahi bintang.. Wah!!! lg cntik dri yg tadi.
pd mlm tu saja,, 6 kali aku liht tahi bintang..

"Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya." (Surah Al Nahl Ayat 12)

Alhamdulillah Ya Allah, kerana kau libatkan aku dalam pasukan ini kerana kau
memperlihatkan keagunganMu padaku yang selama ini kubiar sepi tanpa pengisian.
Bukan sume orang dapat rasa apa yang aku rasa malam tu..
Alhamdulillah...





 

Menjana Pendapatan RM2K - RM4K Hanya Dengan Bisnes Topup Easyreload







 

Apakah Ini

Ya Allah,
Aku telah berjanji sebelum hidupku
Untuk taat kepadaMu
Mencintaimu dengan sesungguhnya
Menturuti perintahmu seadanya
Meninggalkan segala larangan Mu seutuhnya
Kemudian kau kirimkan aku kedunia
dan memegang janjiku itu.

Ya Allah,
Bermulanya degupan nadiku, aku mula merasakan nikmatnya hidup diduniaMu
sebelum aku masih belum melihat duniaMu yang sesungguhnya.
Setelah 9 bulan dikurung dalam jagaan yang rapi, peliharaanMu
Aku mula menarik nafas dengan sendirinya udaraMu,
Kemudian aku mencelikkan mataku melihat keagunganMu
Aku bersyukur kerana berjaya menjadi hambamu di dunia setelah sekian lamanya aku menunggu.

Ya Allah,
Kehidupanku pada waktu itu umpama kain putih yang tiada kekotoran,
Aku dijaga rapi, disusun dan diatur sehingga pada suatu saat, mereka melepaskan aku.
Aku terpaksa menjaga diriku ini. Pada waktu itu, mereka hanya mampu memerhati dan
tidak lagi menanggung aku. Segala apa yang aku lakukan, itu adalah hak aku. Dosa-dosa itu
adalah milikku, segala maksiat itu juga tanggunganku. Mereka hanya mampu berdoa agar
aku dilindungi oleh Mu. Aku turut sama berdoa agar kau peliharakan kehidupanku.

Ya Allah,
Pernah kau turunkan padaku hidayahMu
dimana saat itu, aku sungguh kesepian, menagihkan sayang Mu, perhatian Mu.
Pada saat itu, hanya engkau yang satu. Paling bermakna dalam hidupku.
Indahnya Saat itu. Kemudian setelah sekian lama, kau berikan lagi kepadaku.
Aku diberi kesepian, kesunyian dan kerinduan ku kepadaMu semakin kuat,
Indahnya saat itu.

Ya Allah, aku punya cinta. Maka cinta itu kau peliharalah.
Aku punya sayang, maka peliharalah sayang itu keranaMu,
Aku punya rindu, maka tetapkan lah rinduku itu hanya untukmu.
Pelihara aku ya Allah..
Aku buntu kamu!!

Ya Allah, peliharalah akhlak ku,, imanku, aqidahku, pakaianku, pergaulanku, pertuturanku,
kerenahku, makananku, dan segala yang ada pada diri ku ini. Mudah-mudahan ia mampu membawaku ke firdaus Mu..
Amin
 

Manusia yang didoakan oleh Malaikat

Manusia yang didoakan oleh malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman"Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya."(Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf."(hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan..'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."(Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.

Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.Semoga dgn sedikit info ini dpt membantu antum semua..INSYAALLAH..

kekalkan momentum kita semua..semoga kita semua lbh istiqamah.

Sumber : Shukur.Org

 

DOA BAGI MEREKA YANG WASWAS DALAM BERIMAN

Hendaklah memohon perlindungan kepada Allah. Berhenti memikirkan perkara yang meragukan. Kemudian bacalah:

آمَنْتُ بِاللهِ وَرُسُلِهِ

Maksudnya: “Aku beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.” (Riwayat Muslim jil.1, hlm. 119-120)

Kemudian baca surah al-Hadid ayat 3:

ھُوَٱلْأَوَّلُ وَٱلْأَخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلْبَا طِنُۖ وَھُوَبِکُلِّ شَیْءٍعَلِيمﹲ

Maksudnya: “Dia-lah yang awal dan Dia-lah yang akhir, Dia-lah yang zahir dan Dia-lah yang batin,

Dia-lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.”

 

ADAB KETIKA MARAH


Rasulullah s.a.w. pernah menasihatkan seorang lelaki: “Jangan marah”. (Riwayat al-Bukhari). Menurut al-Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-sebab yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu yang mengarah kepadanya. Mari perhatikan adab-adab ketika marah seperti berikut:

JANGAN MARAH KECUALI KERANA ALLAH

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kecuali kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah.” ( Riwayat al-Bukhari no.6404)

INGAT KEKUASAAN DAN KEAGUNGAN ALLAH

Ingatlah kekuasaan dan keagungan Allah ketika marah agar marah kita dapat dikawal.

MENAHAN MARAH

Allah menyukai orang yang menahan marah sebagai firmanNya yang bermaksud “.... dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” ( Surah Ali ‘Imran 3:134)

BERLINDUNG KAPADA ALLAH KETIKA MARAH

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika marah seseorang yang marah mengucapkan ‘A’uzubillah’ (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya.” (Riwayat Ibn ‘Adi)

DIAM

Daripada Imam Ahmad, maksud sabda Baginda s.a.w.: “Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah diam.”

MENGUBAH POSISI

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

BERWUDUK

Marah itu api syaitan. Oleh itu, sejukkan marah itu dengan berwuduk.

BERSABAR DAN MEMAAFKAN

Sebaik-baik orang yang marah, memafkan orang yang dimarahinya. Maksud firman Allah yang bermaksud, “Dan jika mereka marah,mereka memberi maaf.” ( Surah al-Syura 42:37)

JANGAN BERDENDAM

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.” (Surah al-Nahl 16:126)


sumber: solusi

 

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK S.O.L.A.T


Semua orang tahu bahawa meninggalkan solat itu dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita jika meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku mendapat zuriat, aku akan minum air kencing anjing hitam”.
Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan anak. Apabila mendapat anak, lelaki itu pun rungsing. Dia sudah bernazar dan kena minum air kencing anjing hitam. Syarat pada zaman Nabi Musa, berbeza dengan syariat yang turun yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi dikenakan denda (dam) atau sedekah. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun benda haram tetap kena laksanakan nazar itu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tersebut tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati dan menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa itu tadi.
Lihatlah betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tidak uzur) air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang meninggalkan solat. Tak gamak kan?
Tetapi lain pula halnya dengan kita ini. Pagi petang, mamak! The tarik satu, roti canai satu. Ada pula segelintir tukang masak yang tidak solat. Kita pun makan bekas air tangan mereka. Gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Hati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui isra’ mikraj sedangkan kawajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril . Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam).
As-solah as solah wa amalakat aimanukum
“Solat, solat jangan sesekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tangungganmu”
Jadi sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan solatlah yang pertama ditimbang di Mizan kelak.
Sumber: IMAM (Ikatan Mahasiswa Madani) UiTM Perlis
 

Pesanan Rasulullah sebelum Tidur ( 1minit )

( 1minit please.. )
FW:
Assalamualaikum...

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


 

Kisah di sebalik M . C . D.


Assalamualaikum wbt
Masih sempat lagi nak ucap selamat hari raya kan?? hehe

S . E . L . A . M . A . T H . A . R . I R . A . Y . A A . I . D . I . L . F . I . T . R . I


Nie nk cite skit nie psl aku kua raye semalam... mcm2.. hehe

Plan nk raye ngn kawan skolh bermula leps kwan ak xckp nk kua raye.
Then, tarikh dh dapat iaitu pada 13 September bersamaan 4 syawal.
Set kul 10 tp janji melayu, maka kul 10.25 mereka sampai umah ak.

Dok umah aku smpai 11.00 kerana seronok borak gn tuan rumah. hehe

Then koll Cikgu yg bakal kitorang p. Beberapa cikgu telah terpilih tp hanya 1 sj y
ktorang bole p sbb yg len msih kt kg halaman depa.

Gerak ke Kampung Sempang. dn smpai.. borak pnya borak p umh kawan plk,, Hafiz. then p umah
kawan mell plk.. pastu dh x tau nk p mana,, kitorang amik keputusan tok beraya d
M . E . L . A . K . A
hEHEe~

Jalan2 kt Dataran Pahlawan dgn ayunya sbb pkai bju kurung.. haha comel.. hehe
Aku smnjk kblkangn nie kolo jln mne2 mate dok tgok kemere.. hehe
Kolo nmpk DSLR,, aku mcm kene pukau,. haha
Bukan pe, teruje je.. haha..
amek ksemptn skali dok survey harge yg best.
yg ak nmpak Nikon D5000 smlm hrge nye Rm2500
Agk mahal d situ..
xpe2 sabau,, nt akan turun.. hehe
_.S.T.O.P._
Hbs cite psl SLR..

Next_go to cite sebenar....
Ak n geng skolh ak iaitu, Mellyawatie, Hazwani, Nabila bersama adik tercinta.. haha
P kt Mc'D sbb ak yg ajak..
Sblm nie ad dpt cite yg Mc'D tu haram.. Hmmm.. yeke?? huhu
Ad jgk x mkn mcd sbb boikot punye pasal..
tp,,, dh lme x mkn punye pasal,, ak nk makn jugak!! hehe

Lpas order set,, jumlah sume skali ialah RM50.95
Ak bg dia RM51.00
Then, de bagi baki sebanyak RM49.05
Mase tu ak blur dpt duit bayk tu,, ak bwt budu je lh.. msukkn dlm wallet dn
makan ape yg bru d beli.. hehe
Semasa menikmati makanan yg terhidang, tbe2 ak terpandang resit kt tgn..
Dan aku terfikir balik....

Knape bg duit bayak sgt nei.. dn aku tnye rakan dn taulan aku..
Bincaang punye bincang,, memang ternyata de egt ak bg de rm100 td.
Lepas abis makan berge tu,, ak p jmpe blik mamat tuh..

Berato tunggu turn dn smpai giliran..
"Ye nak makan apa? Makan sini bungkus?'' Kata mamat yg bernama Hanis tuh.
Mane tau nama?? de kn pkai tag,, so ak pndang je lh nme de.. hehe
Aku pon kuaq kn resit dn duit yg de bg kt ak.. dan dialog bermula

Aku: Tadi total saya kene bayar Rm50.95, sya bg awk rm51. tp awk bg sya balik an rm49.05.. knape??"[ muke baik,, hehe ]

Dia: Akk mang bagi saye rm100 td [ berkata dgn muke blagak dn penuh yakin skali ]

Aku: Aik???? [buat muke confused ],, eh,, batol lh sye bg awk rm51 je td,, mang x lebih dari tu..

Mell: Btol lh,, ak pon pelik knpe de bg ko lebh, bkan ko bg 50 je ke td??

Aku: Mang lh, ak x bwk 100 pon ari nie... aku egt.. bazilah tgk duit ak td,, mang de kuakn 50 je. ko pon tgk td kn dwet ak?? [ pelik dh muke aku, hehe ]

Mell: aku pon pasan, 50 ko ad skeping je..

Dia: Bek akak cek elok2 duit kt dompet,, mane tau kot2 kurang 50 ke.. kolo akak bg sye duit nie,, nie dh kire duit raye akak bg kat sye lh.. x sayang ke??[ dgn nada tinggi ]..

marh lh tu sbb ak kaco waktu keje de, egt ak nie ad mase ke nk jumpe org,, egt ak nie nk usya de ke?? hello,, sori sket,, buang mase je.. time ni dh rase nk bla je.. kte nk bg hak dia,, de marah kite plak.. ape lh...

Aku: hek elleh,, btol lh,, sye bg awk duit 50 sekeping je lh,, tp duit tu terlipat 2..
Dia: kolo x caya sya bole tunjuk duit akak bg kt sya td.... tnggu jab...
Aku: Ok,, tp sya mang yakin bwk xsmpai 100.

Lepas de layn sorang pelanggan tu,, de p blakang panggil org y jaga kunci mesin duit tu,, de dtng bersama-sama resit yg ak bg de td n dialog pon bermula balik

Dia: td mang akak bg kt saya rm50,, nie duit akak,,

Aku: tau pon,, so balik an yg patut sya dpt td 5sen je,, tp knpe bg smpai 49??

[ marah + blur sbb terpikir, mcm ne de bole kuakn blik duit aku td.. hehe ]

Dia: ok3.. so baki akk patutnya, rm10 lebih lh kn??

Aku: ape nye nie,, balik an sya 5sen je lh,, knape nk bg smpai 10 lebih nie,,

Lalu aku pon terangkan balik kt de dgn pnuh kesabaran.. Lame jgk de nk faham.. ish.. penin pale aku dok terangkan... akhirnye de paham jgk.. fuhh,, selesai....
Last kata aku kt de,,, ''Nengkali hati-hati buat keje tuhh"

Nie nak cakap perasaan aku mase tu.. mcm2 persoalan dn sesal wujud mase tu...

1. Salah ke kalau kita J U J U R?
kenapa aku cakap macam ni? Macam cerita aku tadi, aku jujur pada hak orang lain, duit orang aku pulang balik. Balasan yang aku dapat dari dia apa? Dia tinggikan suara kat aku. Setimpal sungguh dengan apa yang aku buat kat dia kan? aku bukan marah dia masa tu, aku cakap elok je dengan dia, tapi apa yang aku dapat? Cuba bayangkan kalau orang lain yang dapat. Boleh ke dia dapat balik duit dia tu? Bukan aku ni baik sangat, cuma aku fikir, itu adalah hak orang, aku tak berhak amik hak orang. Lagi pon kalau bab makanan berbayar ni aku jaga batol2. Haram duit tu kalau aku buat tak tau je duit tu. Menggigil tangan aku masa tu sebab fikir duit tu. Cuba bayangkan kalau dia kata aku memang bagi dia 100 tp aku memang yakin sangat2 duit aku ada 50 je. Mana aku nak letak duit rm49 tu. Haram.. haram.. haram.. Makan hak orang tu haram.
Fuh,, nasib baik batol, dia amik duit dia balik. kolo x? duit tu aku letak kt tong samaph je kot, x pon bagi kat tempat yang sepatutnya. Ish3...

2. Perlukah membalas teguran yang baik dengan meninggikan suara?
Aku sedih dengan mamat tu. Kita cakap elok-elok kat dia, dia marah kita pulak. Sedih... Dia x patot bwt cam tu.. Bukan apa, aku nie senang terasa sampai ke kalbu kalau ada orang tengking o tinggikan suara kt aku.. Terasa beb... nak bla je mase tu. Naseb baik aku ni sabau lh jgk time tu.. huhu

Kalau lah korang d tempat aku,,, ape yang korang buat erk?? huhuhu
 

Pengakap | Pramuka

P.E.N.G.A.K.A.P | P.R.A.M.U.K.A

Kenape letak tajuk nie erk?
Ni nak cerite skit isi hati
>>>h u h u<<<

Aku masuk pengakap sejak aku tingkatan 1.. First perkhemahan aku,, khusus ketua patrol. Mmm, memang best. Lepastu aku join Jambori Melaka ke 5. Tahun yang sama jugak aku wakil Melaka p Jambori Johor. Tahun 2004.

Bile aku tingkatan 2, skit je, Perhimpunan Pengakap Melaka, Khusus Pertolongan Cemas, Perkhemahan Muda & Remaja. Time nie Perdana Menteri Malaysia ke 5 turun kem Pengakap Melaka. Pastu, Kawad Kaki & Tongkat Negeri Melaka, ( N. Johan ) kategori Pengakap Remaja walopon kitorang masih pegakap mude. huhu..

[mls nk taip dh hehe]

Tingkatan 3, Perhimpunan Pengakap Negeri Melaka, Jambori Malaysia ke 11 kot.. huhu.. Nie je kowt..

Tingkatan 4,, Jambori MElaka ke 5, gn ape ntah.. hehe.. Tp yg pling best, aku p Indonesia camping kt sane.. huhu.. nak tau pengalaman aku p indon.. p kt post yg dolu2.. hehe

Tingkatan 5,, nie lg best.. byak sgt, international peace jamboree dgn kerjasama international union of muslim scouts,, dn yg last skali antara yg len,, aku diiktiraf sebagai pengakap raja.. yahoo!!

Tp tu impian mse skolah.. impian skang nie impian aku nk dpt 1 paku kt bahu selepas ditauliahkan sbg Leftenan Muda / young officer ( YO )... tu pon kolo ak mmpu bertahan d uitm... hahaha

Back 2 topic.. hehe
Pengakap dan pramuka adalah sama. Pramuka tu pengakap indonesia..
Tapi kenape aku dok letak tajuk cm nie??

Nie nk cerita psal perbezaan pramuka dan pengakap.
Kolo korang perasan,, dorang x penah tanggalkan skaff merah putih dorang walopon dorang dpat scaff jambori or skaff malaysia.. tp budak pengakap?? renung2kan lah,,,

Nie nak pesan skit lh kt budak2 pengakap yg p camping kat oversea trutama indonesia lh.. korang tu bawaklah spare skaff kebangsaan dalam beg n pkai time nk blik msia nt.. Skaff korang msti dorang mintak tukar punye... Bile korang dok tukar sume skaff korang,, abes,, ble ko blik msia nt,, korang nk pkai skaff ap?? nk pkai skaff dorang?? ke x pkai langsung..?? kolo korang x pkai,, ad cantek lh jugak,, tp x sempurna... Kolo korang pkai skaff merah putih tu, dgn uniform pengakap... ape rupe?? cantik sangat ke?? Please lah,, buruk tau x... geram sangat ble tgok budak pengakap pkai x sempurna rupe ble dlm uniform..
Hal yg lain,,, bile korang dlm uniform,, pkaian mstilah kene cantk.. baru sedap mate pandang... yg perempuan tu,, bile pkai uniform,, bju jgn masuk dalam... dan tudung wajib masuk dalam... lelaki,, baju wajib masuk dalam... cantek kan.. kolo pakai beree tu pkai btol2 jgn lh mcm pkai songkok.. ble tgok korang beruniform mcm2 rupe,, mmg skit mte pandng.. Cube bayangkan reaksi masyarakat kolo pakaian korang x betol..
Kolo korang dh penat sangat or rimas dgn uniform tu,, ape kate korang pkai half uniform... x yah lah nak sengseng tangan or bukak butang baju tu.. gengster sgt ke??..

Bukan nk tunjuk bagus sangat,, cuma sakit mata pandang je... Gerek sangat lah dengan org len punya... Nak tunjuk yg korang tu baru balik negara orang?? Korang piker,, dorang penah ke pkai skaff kite ble de on uniform dorang?? x der kn?? sebab skaff dorang tu sgt bernilai.. ibarat nyawa dorang.. sebab tu dorang x tinggal.. time aku dlu,, skaff x leh jejak lantai.. x tau lh korang ditekankan ke tidak..

Ape pon,, sape yg bakal camp ke oversea tu,, bwk lh speare scaff.. x der lh mcm badot kolo tgk..
Tahniah,, spe yg penah wakil negara.. n good luck smpi king scout k.. yg dh jdk kelana or sbgainya,, dapatkanlah manikayu seberapa banyak bit yg boleh.. hehe

Jika terkasar bahasa,, harap maaf tapi memang marah sangat..
Apa pon once scouts always scouts.. YEY!!

Salam Pengakap
PErsaudaraan Serantau!!..
 

Welcome To UiTM Arau Perlis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada update kali ni cuma nak cakap
''Selamat Datang Ke UiTM Perlis''
kepada semua pelajar lama dan terutamanya pelajar baharu.
dah nak nek sem baru dah kan.. huhu

Nie nk cerite skt pasal uitm perlis.
Terletak di Arau. Mempunyai 2 pintu masuk shaja..
Sape2 yg baru nak daftar masuk sem nie, terutama yang datang dari jaoh
Mai daftar awal na, nt sesak plak.
Sebab dijangka berapa ribu yg daftar sem nie. pelajar baharu sahaja..
Bley daftar sehari sebelum hari daftar spt kawan2 saya buat dlu..
tp x tau lh sem nie de ubah..
Untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung terus ke uitm perlis




Masuk2 je pintu A uitm perlis nie,, akn jumpe stadium.. sbbtu sya tulis,, segalanya bermula d sini
Nie lah bende pertama saya nampak masuk uitm nie.. hehehe


Nak keluar pintu B,, akan jumpa perkataan nie kt atas bukit...
cantik tempat nei tau.. huhu



Nie HEA.. atopon hal ehwal akademik..
Pape je pasal academic urus kat sini..


Nie plk anjung siswa atopon lebih top dgn panggilan mushroom.
Nak tau nape? sya pn x tau.. haha
Kolo ade pape even akn bwt kt sini lh.. mcm karnival ke pape ke..
nk beli pape pon kt sini.. ada ATM BIMB, ATM MAYBANK
CC, kedai top up.. pape je lh..


Bile dh jdik student uitm,, pelajar diwajibkan mengambil kokurikulum
Sampai 3 semester
Kt uitm perlis nie ad dua pilihan iaitu:
Kesatria> 3 semester
Palapes (ROTU)> 6 semester
Saya x tau sgt pasal kesatria sbb sya rotu.. huhu

nie nk cite skt psl palapes
Kenapa palapes smpai part 6?
Sebab palapes nie under ATM malaysia, bukan under uitm.
Uitm mewajibkan studennye ambil koku smpi 3sem..
Kolo dh msuk palapes or rotu nie, mstilh masok smpai abes or smpai tauliah
Baru puas hati kn kolo dpt 1 paku kt bahu.. mcm senior sye.. hehe.. dorang dh jdk pegawai skg..

Sape2 yg berniat dn terniat nk masuk rotu nie,, kene prepare fizikal n mentel..
Pling sye sesak nfz dulu time kene lari 2.4km dlm mse 15 minit kot lupe lh.. huhu. tu bg
PKW ( Pegawai Kadet Wanita / siswi )
Kolo PK ( Pegawai Kadet / Siswa ) lupe plk.. hehe
Sesak jugk lh nfaz nie sbb x prepare.. haha
Ad lg sbnrnye,, ap pon,, kolo dh minat x de yg bley halang kn??
So prepare lh.. huhu..

Ape yg bes nye rotu nei?
1. Pengalaman yg x leh dibeli kt luar.. org len x pt, kite dpt..
2. Dpt elaon.. hehe
3. Men m16 smpai x termen.. haha dpt gune pluru hidup smpai x lrat nk gune dh,, hehe
4. Masuk baru tau.. hehe

Pape pon,, selamat mencuba... "Susah nk msuk, bile dh masuk jgn suke2 nk kuar plk.. Sbb rmai lg nk masuk"... Kate stap.. hehe

Chayookk!!

Owh lg 1,, sape2 yg dapat course Diploma Sains Geomatik sama ada
AP120 ( Pure )
AP121 ( Sistem Maklumat Geografi )
AP122 ( Sumber Alam )

Subjek nie ada berkaitan tentang pengukuran.
Subject sem 1 ada fizik, matematik tambahan, agama, komputer, dn introduction for surveying.
Just nk bg tau, ramai yg repead math n phy.. so prepare e..

Good Luck untuk sume plajar baru n plajar lame.. terutama diri sendiri,,
Jangan banyak men semnie... kene blajar betol2!!
Amin...





 

F . R . E . E P . A . L . E . S . T . I . N . E | S . A . V . E G . A . Z . A



FREE PALESTINE | SAVE GAZA

Assalamualaikum.
Apa nak jadi gn dunia sekarang nie??
Yang Lemah di tindas.
Kekuatan kita lemah. kerana Kita
T I D A K | B E R S A T U

Tapi Alhamdulillah, masyarakat kita sudah mulai sedar.
Bantuan sukarelawan telah dihantar.
Walaupun mendapat halangan besar, tapi semangat tetap ada

Lihatlah sahabat kita. Umur sekecil ini sudah berhadapan dengan ancaman keganasan
Patutkah ini berlaku? Bayangkan jika di Malaysia...
Maka bersyukurlah dengan nikmat keamanan yang ada.
Alhamdulillah.


Bendera berkibar megah, semegah semangat jihat mereka


Si kecil diacukan senjata. Apa yang dia fikirkan?
Apakah kanak-kanak itu akan bertindak ganas?


Dia tidak sepatutnya berhadapan dengan ini.



Apa yang mereka buat? Mereka mempunyai senjata? Mereka mempunyai bom?
TIDAK sama sekali.
Tetapi kenapa dilakukan seperti ini?


Selamatkan bumi Palestine Ya Allah!!!


Apa yang dia cari? Renung-renungkan.


Sahabat senegaraku, kekejaman mereka menindas sahabat kita harus di beri perhatian.
Tapi, apa yang kita buat untuk membantu mereka? Apakah kita juga ingin berhadapan dengan perkara yang sama di negara kita sendiri.
Usaha kita di sini, doakanlah keselamatan mereka disana.

Ya Allah
Selamatkan saudaraku disana
Janganlah kau membiarkan mereka sentiasa ditindas
Kuatkanlah semangat jihat mereka agar terus mempertahankan kedaulatan negara
Lindungilah mereka
Kasihanilah mereka
Mudahkanlah urusan mereka
Amin...

 

Lets Join Us