Sebuah Pepisahan Persahabatan

Tatkala aku merenung kehadapan,
aku sudah memandang kesunyian yang bakal mendatang.
Tentangan antara mataku dan dia disaat itu sungguh bermakna
Lantas terpancar sinar kaca yang menyatakaan bahawa saat perpisahan itu telah tiba.
Aku cuba untuk menahan, tetapi yang nyata, kesakitan kaca itu menanganiku.

Genggaman tanganku yang erat, sukar untuk dilepaskan.
Namun aku terpaksa akur pada ketentuan.
Perpisahan tetap akan berlaku.

Sukar rasanya bagi aku untuk meninggalkan saat itu.
Tatkala aku meratapi perpisahaan yang berlaku
Pelbagai memori bersama telah diungkit kembali.

Sangat pedih dan perih untuk mengenang detik ketika bersama.
Pada waktu itu, aku mula mempersoalkan
Mengapa perlu ada kenangan dalam kehidupan
Kerana kenangan itu membuatkan hidupku kesepian tanpa teman.

Aku bertuah kerana dapat meratapi saat akhir.
Namun mengapa mesti aku yang menghadapi detik yang sangat perit itu.
Mengapa perpisahan ini mesti berakhir dengan kekecewaan ramai pihak?

Aku cuba untuk memujuknya kembali bersama kami,
Namun desakan hati dia menguasai dirinya.
Dia seolah-olah ingin belajar untuk berpisah,
Ingin belajar untuk melupakan,
Dan ingin belajar untuk menyakitkan.
Sebenarnya bagi dia, itu adalah yang paling menyiksakan.

Pertemuaan saat akhir itu aku hargai dengan sebaiknya.
Aku rasa, dibawah redupan senja, hanya aku yang menguasai dunia.
Aku bertuah kerana dia memilih aku sebagai temannya disaat akhir pertemuan.
Saat yang sukar untuk aku lupakan.
Saat yang pedih jika diratapkan
Saat yang manis jika dikenangkan.

Walaupun kenalan kita belum mencecah usia matangnya seorang yang baru lahir,
Tempohnya yang tidak selama menyemai padi hingga menguning emas.
Namun dalam tempoh itu, kau memberikan kami kenangan begitu berharga,
Nilai yang tidak setanding dengan kilauan emas, kerdipan berlian juga permata.
Nilai yang tidak mampu dimiliki oleh insan lain, yang hidup didunia ini.
Kenangan kau bersama kami adalah aset yang paling bernilai dan berharga bagi kami.

Segala masa yang kau luangkan kepada kami
Membuatkan kami rasa disayangi
Dihargai, dan dikasihi.

Saat kita bersama,
Diwaktu suka dan duka,
Itulah nilai yang kami sayangi.
Yang paling kami hargai.

Aku sayang tempoh itu,
Tempoh yang tidak sampai lima bulan purnama
Kini telah berakhir.
Walaupun hati berkata tidak,
Namun masa berkata Ya.

Aku cuma manusia biasa yang tidak mampu menghentikan masa
Namun, pasti akan ada hikmah disebalik perpisahan ini.
Tetapi, aku masih mencari, apakah mutiara hikmah itu.

Perpisahan yang sementara ini ku harap tidak lama.
Semoga kita berjumpa lagi.
Hanya sekecil ini yang aku pinta darimu,
Jangan lupakan kami sepertimana kau lupakan mereka.
Mereka yang kau tinggalkan dahulu.
Kita tetap sahabat walaupun berlainan pangkat.
Kenangan antara kau, aku dan mereka,
Janganlah ditinggalkan sepi di sisi.
Janganlah cuba untuk kau lupakan.
Janganlah cuba untuk kau lepaskan.

Cintailah kami sepertimana kami mencintai kamu,
Sayangilah kami sepertimana kami menyayangi kamu,
Hargailah kami sepertimana kami menghargai kamu,
Rinduilah kami sepertimana kami merindui kamu.

Kenangan tinggal kenangan,
Kini kita telah berpisah
Walaupun tidak aku duga bahawa begini akhirnya saat perpisahan kita.
Kau menyepi dan menyendiri sendiri tanpa khabar.

Kami ingin memelukmu disaat akhir pertemuan kita,
Namun kau pergi.
Walaupun aku tahu, mengapa kau lakukan itu,
Tetapi, kesihan mereka.
Apapun, aku hargai tindakanmu.
Jika itu adalah yang terbaik untukmu.

Mengapa?
Setelah aku memerhati, perpisahan cara ini adalah yang terbaik untuk kami.
Walaupun hati banyak berkata tidak.Namun, jika itu yang terbaik
Aku redho pada ketentuan ilahi.

Pesananku kepadamu,
Belajarlah untuk matang,
Belajarlah untuk 'seimbang'
Belajarlah untuk mengelak dari kesunyian,
Belajarlah untuk menerima kenyataan,
Belajarlah untuk berhadapan dengan kesepian,
Belajarlah untuk lembut hati,
Belajarlah untuk segala yang terbaik.
Itu bukan untuk sesiapa, tetapi untuk mu.

Yang terakhir bagiku
Kenangan itu tetap berharga bagi ku kerana
Kenangan tersebut tidak mungkin ku jumpa di masa akan datang
Terima kasih kerana mendermakan masa mu bersamaku, bersama kami.
AKU RINDU KAMU SANGAT-SANGAT.Kami akan sentiasa merinduimu.
Rindu saat kita bersama.

Ya Allah, berkatilah perpisahan ini. Mudah-mudahan perpisahan ini mampu bagi kami untuk berhadapan dengannya. Tabahkan hati-hati kami untuk berhadapan dengan ujianmu ini. Pertemukanlah kami, dalam keadaan kami yang sempurna. Peliharalah keperibadian kami, jangan sampai perpisahan ini merubah apa yang telah kami bina. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi. Amin...
 

Lets Join Us