Terbuka Hijab

[kredit]

Dengan nama Allah, aku mula menulis. Tergerak hati untuk menulis kerana bimbang dengan peredaran zaman yang mana muslim hari ini terlalu ramai yang menghidap penyakit wahan. Sungguh, sungguh amat membimbangkan. Aku menulis kerana bimbang, walhal terlalu banyak kerja disisi yang masih belum selesai. Kerja itu cuma kerja dunia, tetapi masalah yang aku lihat ini masalah aku diakhirat nanti. 

Masyarakat hari ini aku lihat, selesa. Sangat selesa. Tidur di tilam yang empuk, beralaskan bantal nan gebu. Selimut yang tebal, air yang bersih dan makan yang mewah. Sehingga dia lupa, sebenarnya mereka sedang diuji oleh Allah dengan keselesaan. Apakah hambaNya ini tenggelam dalam nikmat, atau hamba Dia ini bersyukur dengan nikmat. 

Allah, aku melihat, maksiat itu terlalu berleluasa. Muslim hari ini aku lihat, terlalu melihat maksiat itu indah. Maksiat itu ibadah. Itu yang aku lihat. Melihat dengan kaca mata tanpa hijab, tanpa cermin. Mengapa aku katakan melihat melalui kaca mata tanpa hijab, tanpa cermin ini? Allah, sungguh, kau telah membuka hijab ku. Yang dahulunya aku melihat dengan hijab, aku tidak nampak yang selama ini, aku hidup dalam masyarakat yang bergelumang dengan dosa. Aku selama ini hidup dalam keadaan yang dikelilingi dengan maksiat. Aku melihat waktu itu, semua maksiat adalah biasa. Normal. Aku melihat, maksiat itu tanpa perasaan yang itu adalah maksiat. Aku pada waktu itu melihat maksiat itu, 'Sweet'. Alhamdulillah Ya Allah, kau buka hijab ku yang kini aku dapat melihat realiti sebenar kehidupan duniaku kini. Alhamduliilah, selama ini aku sedar, aku juga hidup bersama mereka dan aku turut berdosa kerana biarkan maksiat berleluasa. Alhamdulillah ya Allah, kau buka hijab untuk melihat, realiti dunia sebenar ini semuanya dosa. Amat sedikit pahala.

Muslim hari ini, mereka masih lagi terhijab pandangannya. Sama ada pandangan mata dan juga pandangan hati. Kedua-duanya terhijab. Aku mohom, moga dengan kekuasaan dan kebesaranMu ya Allah, kau tarik lah hijab yang ada pada penglihatan mereka. Agar mereka terbangun dari lena, agar mereka sedar, bahawa mereka berada dalam realiti yang sangat menakutkan. Kadang-kadang aku marah, kenapa mereka masih melihat maksiat itu sweet. Tapi aku perlu faham, mereka tidak faham apa yang aku faham. Pemahaman mereka kurang. Mungkin dia tidak tahu, mungkin dia lupa. Moga, muslim hari ini, sedar dalam lena mereka. Mereka tidak salah kerana mereka tidak tahu. Jadi aku yang perlu tahu kan mereka. Tapi bagaimana? Pelukah aku terpekik lolong membantah, menampar mereka yang melakukan maksiat, report polis? Terus ditertawakan polis sahaja nantinya. Jadi apa yang aku perlu buat? Aku hanya mampu benci dalam hati. Walau ia adalah selemah-lemah iman. 

Masyarakat hari ini bila ditegur, mereka berkata, "Adakah kau sudah baik sangat, alim sangat? Kau dah terjamin masuk syurga ke?" Sedih melihat soalan itu. Aku ingin akan menjawab dan bertanya, " Ya, aku tak alim, aku tak baik, dan aku tak jamin masuk syurga. Tapi aku taknak masuk neraka. Tapi, dengan maksiat itu, bolehkan kau masuk syurga? Macam senang masuk neraka." Masyarakat ini mudah dikata sebagai jahil. Ya, dia tidak tahu membezakan yang hak dan yang batin. Mereka sebenarnya terhijab. Mereka tidak tahu. Yang mereka lihat ialah perkara maksiat itu rutin dan sudah menjadi biasa. Itu yang mereka lihat.

Aku tidak perlu berkata dan menulis terlalu mendalam. Kerana aku tahu, aku akan diuji dengan apa yang aku tulis. Dan aku tidak akan menulis selagi aku tidak berada dalam keadaan stabil untuk menegur apa yang yang salah. Setiap perkataan ini adalah amanah. Janji pada Allah. Perkataan ini akan menjadi bukti, aku bekerja untuk Allah atau aku bekerja untuk manusia. Kata-kata ini menjadi saksi, kata-kata ini akan menuntut hak pembelaan di akhirat. Jadi, cukup untuk aku berkata. Aku ingin berubah, berubah dari jahil ke lebih baik. Dari leka kepada peka. Dari selesa kepada derita. Selesa ini melekakan dan merugikan akhirat aku. Derita itu selesa akhirat ku. 

Moga aku sentiasa dalam jalan mujahadah. Jalan yang mana orang lain pandang tepi, pandang sepi. Yang orang lain melihat jalan ini mudah, tetapi hakikatnya payah. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Allah, kuatkan aku dalam laluan ini. 

Yang Benar,
Hamba yang dambakan Syurga

111220131230H_UTMJB_JDT
 

RINDU MENERPA HATI


Ya Allah, 
Sungguh hati ini merindui mereka yang sekian lama terpisah.
Terpisah jasad belum tentu mampu memisahkan hati yang sudah terikat cinta antara kami.
Sungguh, rindu ini menerpa. 
Walau teknologi kini tidak menghalang meneruskan ukhwah yang terbina,
Namun, semakin hari, semakin merindui mereka.
Mengapa kau hadirkan orang baru pada aku, tidak sama seperti mereka?
Apakah aku yang menjauhkan atau aku dipinggirkan.
Mengapa aku belum dapat menerima manusia baru dalam hidup aku.
Mengapa begitu sukar aku menerima orang baru dalam hidup aku.
Apakah kerana dia yang sukar menerima keadaan aku atau aku yang terlalu memilih.

Allah,
Sungguh, jika kau takdirkan aku bersama orang baru ini.
Aku reda pada ketentuanmu, 
Didiklah aku untuk menerima mereka seadanya,
Cara mereka, lenggok  mereka, perbuatan mereka, pertuturan meraka.

Hati acapkali diguris lembut,
Apakah dia tidak sedar, aku ini tersiksa dengan tindakan itu.
Siapa aku dalam hidupmu?
Ajarkan aku untuk menerimanya Ya Allah.
 Hati ini sunyi,
Pada keriuhan, keharmonian, kebersamaan, toleransi, memahami, 
Aku ingin didengari, diberi perhatian, 
Bagaimana harus aku luahkan bebenan hati ini.

Mujur mereka yang jauh sana sudi mendengar apa yang terbenam dipelusuk hati,
Biarlah jauh masih berfungsi, sedang yang dekat tidak ada maknanya.
Cepat-cepatlah sahabatku,
Hadir bersamaku,
Aku masih memerlukan pimpinan tanganmu,
Kerana, aku masih lagi bertatih berjalan dimuka bumi Allah ini.

Maafkan aku sahabat ini,
Kerana aku masih belum dapat biasakan dengan peribadimu,
Masih belajar memahamimu.
Moga cepat aku dapat memahamimu. 

Amiiin.

UTM_JB_JDT_27OCT2013_1949H

 

Menuju Mujahadah

[kredit]

Assalamualaikum, sekian lama pemergian menjelajah alam merungkai rahsia tuhan. Diri telah menapak selangkah menuju redha Allah. Perjalanan yang penuh liku, dilangkah penuh hemah. Melingkari seluruh pelusuk alam yang tesergam indah. Nyaman udara dihirup dari pelusuk dunia kini terasa. Dari utara tanah air, dirinya dicampak ke satu daerah yang cukup asing baginya. Persekitaran baru. Kehidupan baru. Dia kini bergelar seorang yang bekerjaya.

Tempoh itu digunakan sebaik mungkin, mencari Ilmu untuk digunakan semasa alam persekolahannya kelak. Jika ditakdirkan dia diterima untuk mencari ilmu kifayah itu. Jam berdetik laju, dihuni rumah kosong itu. Sendirian tanpa teman. Tiada hiburan, keperluan asas sahaja yang tersedia. Baginya, cukuplah ada air dan api untuk meneruskan hidup di negeri orang. Alhamdulillah. Diambil kesempatan waktu hidup sendirian yang penuh kesederhanaan itu, dicarinya tali untuk meraih cinta Ilahi. Semakin hari, semakin dekat. Cinta kembali berputik setelah sekian lama menghilang. Kadangkala, tali itu licin, dirinya terjatuh. Sakit bukan kepalang. Hanya air mata yang menggambarkan keperitan yang dideritai. Alhamdulillah, teman itu sentiasa ada menghulurkan tangan membawa diri terbang mencari cinta yang semakin jauh.

Dalam perjalanan bergelar yang bekerjaya, dirinya disapa mesra oleh satu pihak. Tak diduga, tak dipinta, itu yang diterima. Hatinya berat untuk melangkah hari berikutnya. Setelah mendapat buah pandangan dari ramai pihak, akhirnya dia menerima pinangan itu. Selebihnya diserahkan pada penciptanya yang lebih maha mengetahui. 

Hari silih berganti. Dalam menghadapi kehidupan yang biasa, kini menjadi luar biasa. Hadirlah lamaran pertunangan dari pihak itu. Akal berputar laju. Hati terasa berat. Mencari pendapat dan sokongan. 50 dari mereka menyokong, 50 dari mereka membantah. Dia rebah ke bumi. Air itu mengalir tanpa henti, seolah  aliran sungai deras menuju ke hilir. Memerlukan 0.0001% sahaja untuk menyokong atau membantah. Mencari dia, dia hanya kata, "Allahkan ada". Jawapan yang sungguh sistematik dan drastik. Terima kasih untuk jawapan itu. Sungguh sangat membantu. Air mata jatuh. Keputusan harus disegerakan. Akhirnya dia nekad, menerima lamaran itu.

Bukan semudah yang dijangka, prosesnya mudah tetapi disukarkan. Mereka enggan melepaskan dia walau mereka tahu itu terbaik buat dia. Kerapkali dibasuh fikirannya agar tetap bersama mereka. Allah, beratnya. Mengapa begitu sukar mereka melepaskannya. Dia redha. Berganti hari, semakin dekat. Kini dia gelisah. Dia berdoa melalui hati kecilnya, "Ya Allah, bantulah aku dalam ujian mu ini, ringankan hati majikanku untuk merelakan pemergianku. Aku ingin mencari ilmuMu. Bantulah aku, aku tidak segagah orang yang melihat luaranku. Bantulah aku".  

Langkah kanan menerpa dipintu bilik itu, kelihatan muka yang memerlukan sedikit masa lagi untuk berbincang. Dia tahu, bukan sedetik dia akan berada dalam bilik itu. Hatinya ditabahkan juga. Setelah mendengar hujah, pandangan dan pendapat dari pihak majikan, dia tetap pada pendiriannya. Meninggalkan kawasan itu. Akhirnya orang itu merelakan walau wajahnya berat membenarkan. Alhamdulillah! Itulah kalimat paling indah pada waktu itu. Bukan sahaja diluluskan, malah dikurangkan bayaran lebih dari separuh. Walau angka tersebut 1/3 gajinya. 

Hari-hari terakhir, ditatapnya rumah kecil itu. Kini dia kembali sendirian tanpa penghuni. "Rumahku, kamu banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar. Kamu membantu aku mendekatkan diri kepada tuhanku. Kamu dan penghuni kamu yang aku tidak dapat lihat berlaku baik padaku. Terima kasih kerana tidak mengganguku walau hanya kerana aku pendatang baru", kata hati kecilnya kepada rumah itu. 

Melangka ke pejabat zaman British itu, ditatap komputer depan matanya. "Terima kasih kerana memudahkan urusanku. Banyak pengalaman baru aku terima daripadamu. Engkau sumber rezekiku dengan izin Allah" kata dia. Dilaksanakan tugas-tugas terakhir dengan penuh semangat. Namun, masa begitu pantas berlalu, tidak dapat dia selesaikan tugas itu hingga akhir. Sedih hadir. Namun dipujuk bos kecil. "Tidak mengapa, awak dah banyak bantu saya. Yang mana tak siap tu, nanti saya suruh budak baru yang siapkan", kata bos kecil itu dengan wajah yang sedikit sedih kerana masih berat untuk melepaskan. Berbual lama, akhirnya jam memberi isyarat bahawa dia harus segera pulang. Hari semakin gelap. 50 minit berjalanan harus ditempuh sendirian di kawasan ladang kelapa sawit dan getah sepanjang perjalanan. Dia meminta diri, meminta maaf atas segala kekurangan sepanjang dia berkhidmat. Dia meminta doa dari bekas majikannya mengiringi kepulangannya. 

Ribuan ringgit dibelanjakan, kini dia melangkah ke alam baru. Jauh dari keluarga, di negeri orang. Berat hatinya melihat ibu bapanya beransur pergi. Dia harus tabah! 2 minggu bergelar JP. Dalam mendengar kuliah, diri sekali lagi menerima lamaran untuk melanjutkan pengajian ke takuk yang lebih tinggi. Hati dia kini bercampur baur. Ingin diteruskan, tetapi minat masih belum menerpa untuk apa yang dia sedang meniti ini. Hatinya kini berat pada lamaran itu. Dalam lamunan, dia tersentap, Ya Allah, apa kata ibu bapaku, sangat sekali dia kecewa padaku nanti. Setelah diperiksa, ternyata, dia ditawarkan dalam bidang yang betul-betul ditunggu-tunggu olehnya. Hati memberontak ingin pergi. Namun, belum meminta izin pada orang tuanya. Gadjet itu diangkat lalu terus mencari nama " Usrati Ummi". Jantung berdegup kencang, kedengaran suara ibu, lantas hatinya terus lemah untuk berkata-kata. Lidah terkelu. Sangat risau kerana apa yang bakal dipinta mengecewakan. "Ya Allah, bantulah aku." Pinta hati kecilnya. 

Dalam perbincangan itu, biarlah menjadi rahsia. Alhamdulillah, ibu bapa merestui keputusan dia. Redha Allah terletak pada redha Ibu dan bapa. Itu pegangan dia. Jika kedua ibu bapa dia tidak membenarkan, dia harus tetap pada landasan apa yang diinginkan oleh kedua mereka. 

Apa yang bermain difikirannya kini, apa kata masyarakat terhadap keputusan dia. Allah lebih mengetahui. Dia kesempitan wang. Mencari ikhtihar mencari wang perbelanjaan untuk hari mendatang. Alhamdulillah, diterima bekerja di stesen minyak sebagai juruwang. Agak penat, mula jam 6.15 pagi, hingga 3.30 petang. Tugas yang harus dilaksanakan, jaga kaunter wang, mengira stok, menambah stok, membersihkan kawasan dalam kedai. Allah, tidak termampu dia laksanakan semua tugas itu sendirian. Perlu mengira satu persatu stok, dengan pelanggan tak putus-putus datang. Dengan kerenah pelanggan yang bermacam-macam ragam. Mudah-mudahan, rezeki dia halal. Gaji yang RM600 lebih sahaja. 2/3 dari gaji dahulunya. Beginilah rasanya bekerja sebagai jawatan tanpa melihat pendidikan. Mentalnya tidak dikerah, namun fizikal nya dikerah. Gaji yang diterima hanya sekelumit cuma. Alhamdulillah, nilai itu walau sedikit dari apa yang dijangka, cukuplah halal dan berkat baginya.

Kini, dia bergelar sebagai seorang mahasiswa untuk pengajian sarjana muda universiti selatan tanah air. Tidak terjangka, dia dapat menjejakkan kaki di universiti yang terkenal dengan gelaran "Susah Masuk, Senang Keluar". Rata-rata mereka, pointer 3.5 keatas. Dia sahaja yang kurang 3.00. Cabaran besar bagi dia. Kini, apa yang diimpikan tercapai. Azamnya, mencari sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman. Dan target yang paling besar, menjadi murabbi kepada adik-adik usrah kelak walau kelihatan agak mustahil dengan ilmu agama yang tidak seberapa. Allah akan membantu hambanya yang membantu dia melebarkan jalanNya. In Sya Allah.

Semoga sahabat yang aku cintai itu, turut merasakan, seronoknya berada di bumi yang aku pijak ini. Yang indah disini bukan kecanggihan teknologi, itu semua duniawi. Namun, ukhwah yang aku jumpa, lebih bernilai daripada itu. Semoga, murabbi, akak rumate, dan sahabat sebulatan gembira membimbing aku menuju cinta ilahi. 

Sahabatku di lintasan laut china selatan, 
Ketahuilah, jika Allah tetapkan kita untuk bersama menuju jalan mujahadah,
Dia akan meletakkanmu disini,
Untuk kita bersama-sama berjuang mencari redha ilahi.
Namun, jika ditakdirkan dirimu diletakkan jauh dari tempat ini,
Ingatlah, Allah ada lebih 1001 rahsia dan hikmah atas mu.
Berdoalah agar kita tetap bersama, di landasan yang sama.
Amin

1218_26092013_J_Darul_Takzim
Usaha Tawakal Mujahadah
 

Kekok

kerapuhan. kerengganggan.
dirasakan semakin rapuh dan jauh.
mengapa.
saban hari menanti, merindui.
bagai menanti buah tak gugur.
mengadu, namun tidak diambil peduli.
sedih.
lontaran hati dibiar sepi.
mungkin terlalu mementingkn urusan duniawi.
berganti hari,
mengharap perkara yang sama,
merindui.
tetapi dijauhkan juga.
seolah alasan sengaja dicipta.
walau bukan sengaja.
sampai satu tempoh itu,
kekok,
siapakah dia milik suara itu.
jangan,
jangan diperlakukan seperti yang lainnya.
rindu memuncak.
kini ditahan, tidak dilontarkan.
risau,
lontaran itu dianggap palsu dan murahan.
kerana sering menyatakan.
sabarlah,
lama kelamaan,
mampu membiasakan

0040H040813|26Ramadhan
Bandar
 

You Are Not Alone


kredit

Tahukah,
dia kesunyian.
saban hari sendirian.
Tidak punya apa.
Mencari teman berbual,
bagi memecah kesunyian,
Namun dipengakhiran,
Air mata bercucuran.

Tahukah,
Dia memerlukan teman,
saban hari dia kesunyian.
Hidup sendiri,
Tanpa teman.

Berjuta dibelanjakan,
tidak diheran kerana dia tahu,
Pasti akan hilang kesunyian dengan perbelanjaan itu.
Tapi dia silap,
Perbelanjaan yang tidak berbaloi.

Mencari teman,
Untuk dia didengari,
Ungkapan itu umpama duri,
Mencucuk pendengar kata itu.
Bukan niat untuk menyakiti,
Namun tanpa sengaja disakiti.

DIa merasakan,
Dia harus diam.
Bisu dari menyakitkan.
Celiknya dia, tetap buta.
Dengarnya dia tetap pekak.
Berkata dia tetap bisu.
Berteman dia tetap sunyi.

DIa kini sedar,
Sunyinya dia kerana tanpa imannya,
Bisunya dia kerana kurang zikirnya dia,
Butanya dia kerana kurang membaca qalam itu,
Pekaknya dia kerana kurang mendengar ayat suci itu.

Dia silap,
Mencari teman untuk memecah kesunyian hidupnya,
Dia lupa,
Allah itu teman karibnya,
Muhammad itu masih tetap merindui salam dari dirinya.
Ada diari yang masih belum habis dibaca.
Dia lupa,
Allah itu tetap bersama dia.

Di saat dia tersimpuh jatuh,
Bukan nama teman itu disebut,
Namun Allah itu tidak lekang dibibir.
Ya,
Allah itu teman mu!
Jangan berasa sunyi lagi wahai dia,
Hidupkan malammu bersama tuhanmu.
Insyaallah, hidup mu akan celik meskipun kamu buta,
Kamu masih boleh berbicara meskipun kamu bisu,
dan masih boleh mendengar meskipun kamu pekak.

Tidak usah memberi tahu dunia, apa yang kamu rasa dan alami,
Kerana, pemilik dunia dan alam semesta ini lebih mengetahui.

Be stong Nurul,
Allah always behind you,
Don't go far from him,
Because, he is your best 'friend' ever and ever :)

2030H20130121 Darul Khusus
 

:: Nothing to Display ::

|kredit|


Penitian,
Penat,
Mencari masih terus mencari.
Sungai itu direntangi.
Berjaya.
Namun tiada apa yang diperoleh.
Terlihat,
Seorang itu, melintas dengan tenang.
Sempurna.
Sedang aku meniti bagai titian itu penuh ranjau duri.

Mencari,
Meniti dalam kegelapan malam,
Berjaya, namun hampa.
Tiada apa yang dia peroleh.
Kosong.

Dia rindu,
Rindu pada jambatan yang indah dan mudah.
Perjalanan melintasi jambatan itu,
Kelihatannya cahaya dan ketenangan.

Sungai itu deras,
Berjaya dirintangi.
Sungai itu tenang,
Namun,
Kaki bergetar miniti.

Dimana dia yang dicari?
Dimana hilangnya dia yang aku rindui.
Mengetahui keindahan dia sudah lama,
Merasai kemasan dia sekelumit cuma,
Mencari kekuatan dia cukup lama,
Dimana dia?
Dimana?

Dia rindu aku,
Aku juga rindu dia.
Bilakah dapat kita bersama semula?

Mencari,
Kumpulan itu,
Mudahkan urusanku.

Siapa kata cuti itu mudah dan indah?
Cuti itu siksa kerana rindu pada sang pencipta!

Rindu Allah!!!
 

Tanah ini Milik Kita


[kredit]


Saudaraku,
Sedetik terleka cuma, 
Hancur sekelip mata apa yang terbina sekian lama.
Berkelahi sesama bangsa dan agama,
Sedangkan yang lain mengintip bersama kuntuman senyuman,
melihat perbalahan perpecahan antara kita. 

Ini tanah milik ku, milik kita,
Islamnya tanah ini,
Kekalkan keislaman tanah ini, serta penghuninya.

Saudaraku,
Apa guna berkelahi sesama bangsa,
Kita bukan sahaja sebangsa bernama melayu,
tetapi kita seagama berlandaskan kitab al-quran,
berimamkan muhammad s.a.w. dan berkiblatkan kaabah.

Apa guna mengkafirkan antara saudara,
sedangkan musuh utama itu kamu tunduk,
Ingat larangan Allah,
Jangan jadikan mereka teman karib mu, kerana mereka itu musuh yang nyata.

Islam kita kerana satu pegangan,
Bersatu kita teguh,
Bercerai kita akan roboh. 
Jangan mengimpikan sesuatu yang besar,
Sedangkan yang kecil dalam genggaman lari berciciran.

Saudaraku,
Bersatulah demi agamamu dan negaramu yang kamu punya,
Tanah ini milik kita,
Akan dijajah oleh penjajah, bukan british juga belanda,
tetapi rakyat tempatan yang menetap lama,
Yang dahulunya menumpang rezeki di tanahmu.
Dimana pentadbiran bukan berlandaskan tuhan yang utama.

Palestin itu resah,
Mati mereka, syurga menanti.
Malaysia itu, indah.
Jangan mati bergadai mimpi,
Tanah yang kita punya,
Dijajah oleh bukan bangsa kita, bukan agama kita,
Jangan itu menjelma.

Melayu bermegah,
Keluar ditengah kota raya,
Berbelanja besar di dalam bangunan membeli-belah yang gah,
Namun bukan milik mereka,
Itu yang mereka banggakan.

saudara,
Peganglah 5 perkara,
bukan rukun negara, tetapi rukun iman yang perlu dijaga.
Barulah Islam kita bukan sekadar nama.

Pejamkan mata,
Jangkaukan minda,
Beberapa tahun akan datang,
Apa nasib anak bangsa dan agamamu?
Masih dapatkah keistimewaan sebagai bumiputera?
Masih terdengar azan di siaran juga di masjid berhampiran?
Masih boleh berarak memegang sepanduk meraikan maulidurrasul?
Masih boleh dapat cuti panjang untuk melaksanakan haji dan umrah
Masih boleh berdakwah secara terbuka tanpa sekatan?
Masih boleh berhijab bagi wanita?
Semua ini bisa terjadi, kerana negara luar telah merakamkannya.
Namun, perlu terjadi di negara bertuah ini?
jangan! jangan biarkan ini berlaku,
Biarlah jatuh dan bangun negaran ini atas tangan bangsa kita sendiri,
Bukan bangsa penetap lama yang kini bergelar, warganegara.

Saya sayang Malaysia! Tapi saya lebih sayang agama saya dari diperintah dari 
golongan yang bukan beragama yang seagama dengan saya.Tak kisah lah siapa yang perintah 
Malaysia kelak, saya hanya mahu, negara saya Malaysia masih berstatus negara Islam!
Amin!!!
 

Takbir dan Takdir


[kredit]


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dihidupkan selepas mati sementara.Matahari terbit dan terbenam, siang berganti malam, hari berganti hari.Itulah lumrah hidup. Jadual hidup saban hari tiada bezanya. Bangun awal pagi, laksanakan solat, kerja, dan rehat.Tetap sama saban hari. Masa sendiri diurus oleh orang lain. Mereka yang menetapkan, bila waktu kita bekerja, berehat dan balik.Dimana hak kita sebagai pemilik masa diri sendiri?

Satu hari itu hanya terdapat 24 jam. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah masa yang sama setiap hari, cuma tempoh yang diberi berapa hari untuk hidup hayat seseorang itu sahaja yang berbeza. Ada manusia memberi alasan tak cukup masa, sedangkan masa itu tetap sama. Bila cikgu Tanya, “Kenapa tidak siapkan kerja rumah?” Lalu anak murid itu menjawab, “Tak cukup masa cikgu”.

Manusia itu sememangnya sering memberikan alasan. Kesalahan sendiri, tetapi menyalahkan orang lain. Kata pepatah, kuman diseberang nampak. Teringat firman Allah yang bermaksud, “…Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Sungguh, Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.” [3:165]

Jika kita berterusan menyalahkan pihak lain, samalah kita seperti syaitan yang mana menyalahkan manusia itu sendiri jika dimasukkan ke dalam neraka, walhal dia yang menghasut manusia itu. Ada analogy ringkas yang didengari di television sebelum ini yang mengisahakan dua orang iaitu anak dan ibu. Ibunya sedang membuat hasil seni sulaman. Si anakbertanya kepada ibunya, apa yang dibuat oleh ibunya, mengapa tak cantik. Lalu ibu menjawab ringkas, nanti ibu akan tunjuk setelah siap. Namun, perasaan ingin tahu anak itu membuatkan dia bertanya lagi, ibu buat apa? Mengapa jahitan ibu tak kemas? Ibu menjawab dan tersenyum, nanti ibu akan tunjukkan pada adikya. Selang beberapa minit, ibu memanggil anak tadi dan menunjukkan hasil sulamannya kepada anak itu. Anak itu begitu teruja melihat hasil sulaman ibunya yang cantik, kemas dan rapi itu.

Tapi, apakah maksud analogy ini? Ibu yang mengait itu ibarat perancangan Allah dan anak yang melihat dari bawah itu ibarat manusia. Allah yang merancang dari atas telah menyulam sebaik-baik dan seindah-indah perkara untuk hambanya didunia. Namun, manusia yang melihat perancangan Allah dari bawah itu sentiasa melihat bahawa, apa yang dirancang Allah itu menyusahkan, berserabut. Mulalah mengeluh, menyalahkan Allah dan sebagainya. Janganlah terus menyalahkan takdir sedangkan anda sendiri yang salah mentadbir.
Dalam surah An-Nisa’ ayat 79 menyebut, “ Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apapun yang menimpamu, itu dari (kesalahan) dirimu sendiri…” Jika mengeluh ditimpa masalah, beristighfarlah. Jika mengaduh tersimpuh jatuh, bersabarlah. Jika menangis kerana terkenangkan dosa, teruskanlah kerana air mata taubat itu lebih disukai Allah. Insyaallah.

Allah itu Maha mengetahui. “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menyatakan , Allah pasti mengetahuinya…” [3:29]. Allah tahu apa yang ada dalam benak hati kita. Seorang ibu mampu membaca air muka serta lenggok suara anaknya yang mempunyai masalah walhal tidak melihat, inikan pula Allah yang menciptakan ibu kita.Pasti lebih Maha mengetahui. Berdoalah kepada Allah, Allah akan mendengar. Bila dimakbulkan? Berimanlah kepada Allah bahawa sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Kita berdoa, Ya Allah, berikan aku keputusan yang cemerlang. Nah, Allah bagi. Kemudian minta lagi, Ya Allah, berikan aku pekerjaan. Nah, Allah bagi. Bila mendapat keputusan cemerlang namun melihat ada orang lain yang lebih cemerlang, tidak puas hati dengan kurniaan itu. Diberi pekerjaan, tidak puas hati dengan pekerjaan itu. Ah, gaji tidak setaraf dengan kelulusan. Kerja lebih 1 hari dari orang lain. Waktu bekerja lebih. Dan pelbagai macam alasan penambah dosa kerana tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah pada kita.

Anda meminta gaji sesuai dengan kelulusan anda, apakah anda akan dapat pekerjaan tersebut dengan mendabik dada, aku ada ijazah kelas pertama. Aku berhak dapat gaji sekian-sekian. Sedangkan anda bekerja terkial-kial. Anda, apakah dengan kelas pertama itu mampu menjadikan anda seorang pekerja yang berjaya sama seperti anda belajar dulu? Ha, belum tentu. Mungkin anda hebat dari segi teori, belum tentu praktikal anda hebat
.
Berhentilah memberi alasan, mengaduh, mengeluh, selagi kita belum jumpa kemenangan. Kemenangan akan lebih bernilai jika anda mendaki puncak kejayaan dengan kesabaran. Setiap manusia diberi dugaan, cabaran dan rintangan hidup.Semakin sukar, semakin matang dan semakin banyak ganjaran, semakin kurang balasan buruk (dosa) jika anda bersabar.

Mana yang lebih baik?Berterusan memberi asalan tanpa usaha. Berterusan mengeluh menambah dosa. Berterusan menyalahkan takdi rsedangkan anda yang salah tadbir? Jika kita rasa kita susah, ada orang yang lebih susah. Jangan pandang nikmat seseorang, tapi pandang kesusahan seseorang agar kamu tidak kufur nikmat. Allah tak akan membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Jangan kata sampai bila aku harus diuji sebegini? Tetapi, sampai bila aku harus mengalah pada kelemahan diri sendiri. Bila ditimpa dugaan, berkatalah, Tahniah! Aku dalam kelompok hamba yang Allah sayang!
 

Sahabatku

[kredit]

You are my friend
Aa, ano hi no yume
Ima demo mada wasuretenain deshou? 
You are my dream
Aa, hajimata bakka
Kimi wa my long lost friend

Whoa, ima tabidatsu yo! 

Every day, kono saki mo shine de
Kawarazu singin
Hikaru asa no smile

Kore de miosame no fun days
To be the future, mezashita take over
Kokoro no dream on! 

I'll go the distance
Mihatteru sora so full
Norikonda starting

Kore ga saigo no forever trip! 

You are my friend, 
Aa, ano hi no yume
Ima demo mada wasuretenain deshou? 

You are my dream
Aa, hajimete bakka
Kimi wa my long lost friend

Whoa, ima tabidatsu yo! 

Thank you my friend
Aa, ano hi no koto
Ima demo mada oboeteru kara

You are my dream
Aa, mou kondo koso mamoru my way

Whoa The Distance!


|::| for both of you:-
Anna Uhibbuki fillah! Ya Aimie wa Nur [nyza] :)

 

Lets Join Us