PERLUKAH AKU KHABARKAN

PERLUKAH AKU KHABARKAN

Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Kumohon pada tuhan
Berikan kekuatan
Untuk kuhadapi semua ini

Tuhan kuterus berserah
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah

Apa jua yang bakal aku hadapi;
Mungkin kemanisan yang aku nikmati,
Kepahitan yang terpaksa aku amati,
Biarlah ia terselit disanubari.

Mana mungkin mereka mengerti apa yang aku hadapi
Kerana sesungguhnya,
Kehidupan aku dan mereka tidak sama,
Kitaran masa kita memang serupa,
tetapi langkah kita berbeza,
Pengisian dan kekosongan kita tidak sama.

Aku curi masa untuk mereka
Disaat akhir perkenalan, baru ku mengenali mereka,
Namun, adakah mereka boleh menerima kehadiranku,
Genggaman keakraban semakin utuh,
Pelukan kasih sayang semakin erat,
Kepercayaan semakin kuat.
Ia hadir cuma disaat akhir.

Mengapa bukan dahulu?
Sesungguhnya aku punya alasan sendiri yang mana;
Perlukah Aku Khabarkan?

Aku mencari mangsa,
tapi siapa yang perlu aku khabarkan?
Teman? sesungguhnya dia telah lama meniggalkanku dengan duniaku
Tapi itu dulu, sekarang hadir yang baru.
Adakah dia bisa menjadi mangsa yang baik?

Banyak teman yang aku punya,
cuma dia yang aku cinta, yang aku sayang, selain dia yang telah meninggalkan.
Aku khabarkan semuanya ke dia,

Ya Allah,
Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Pastikah akan terjawab semua
Perlukah aku khabarkan keaibanMu
Semuanya terletak dalam hati kecilku.

Sesungguhnya pendirianku kini,
Biarlah aku, dia dan Dia sahaja yang mengetahui apa yang perlu aku khabarkan
kerana, dunia kita berbeza.

Itu lah akhirnya. Penantian kesakitan hanya tinggal 12 bulan purnama saja lagi
Selepasnya kesiksaan malam terakhir itu, segala penyiksaan dalam 'dunia' ku ini juga berakhir
Yang aku harap, Allah beri aku kekuatan menjalani sisa hidup ku dalam 'dunia' ini.
Berkekuatan menghadapi umat-umat, mahluk-mahluk dalam 'dunia' ini.
Aku harap dalam antara penghuni dunia ini menyedari kewujudan mahluk-mahluk ini yang sentiasa membuat hati kami 'gembira' :)

Maaf, hidup ku adalah hidup ku, Hidup mu adalah hidup mu
Kita berbeza. Bukan beza pangkat mahupun darjat,
Tetapi kita memang berbeza.
Tidak perlulah aku khabarkan.
Biar aku selit sempit dalam hati ini.
Sehingga hujung nyawaku.
~Terus jaga rahsia itu~

Jangan mempermainkan masalah itu,
Jangan mempergunakan isu itu,
Aku sangat membenci itu.

Tawaku tak bermakna suka
Diamku tak bermakna marah
Bisingku tak bermakna ceria
Senyumku tak selalu indah.
Kataku tak selalu mulia.

Perlukah Aku Khabarkan?

Sekian, Wassalam.

 

U.S.R.A.H

Assalamualaikum,
Dalam mengejar dan mencari ilmu Allah, pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk mengecapinya. Sama ada melalui bahan ilmiah, mendengar ceramah, tazkirah serta menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu.
Mungkin perkara tersebut sebahagian daripada pengisian ilmu agama terhadap diri kita sebagai umat islam. Sememangnya, usrah itu mempunyai kesan yang lebih mendalam terhadap pemahaman kita terhadap isu yang diperbincangkan ataupun terhadap pengisian yang dibekalkan. Usrah mempunyai pemahaman yang halus terhadap mereka yang melibatkan diri secara langsung kerana penerangan dalam bentuk kumpulan yang kecil. Oleh itu, segala apa yang disampaikan mampu terus kepada pendengar.
Kadangkala untuk menghadirkan diri ke usrah sememangnya sangat berat, tetapi tabahkanlah hati dan timbulkan keikhlasan dalam perjalanan menuju ke majlis ilmu itu. Insyaallah ada keberkatannya. Walaupun masa yang diambil tidak sampai 3jam, tetapi pengisisan walaupun sedikit tetap memberi kesan yang mendalam. Paling tidak memperingatkan diri apa yang terlupa dan menegur apa yang leka.
Alhamdulillah, dinegara dan masa sekarang ini, kita masih berkesempatan untuk menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu tanpa perusuhan dan kekangan daripada golongan orang-orang kafir. Kita masih mempunyai kuasa untuk memegang panji-panji Islam untuk terus berdiri kukuh dalam negara sendiri.
 

Apabila Siren Berbunyi

"when the siren sounded at college"
"Perhatian kepada penghuni kolej Kesinai 1...."
Maka berkumandanglah penguguman2 yang seharusnya diumum. Antaranya:
1. Peringatan Mak Cik kolej nak mai cek bilik n steaker
2. Tempahan baju kolej
3. Turun baca yasin / PI / Surau
4. Ada perjumpaan di Dataran Kesinai
n yang paling kerap didengar adalah
5. Koperasi telah dibuka, makanan yang dijual dll.
Tapi, uniknya penguguman kali ini adalah,

"Perhatian, pada cuti pertengahan sem ini, kolej ini akan diduduki oleh (...yg brkaitan...) sepenuhnya, oleh itu, penguni aras 0 dan 1 boleh letakkan barang2 anda di bilik gerakan dan aras 2 dan 3 boleh letak di store aras 3"

Apa? Ada penghuni masa cuti nie? Oh tidak,,, Bukan tak bagi, tapi bila kena kemas barang tu yang letih. huh~ Dah macam nak cuti sem plak da or erti kata lain, clearance. barang2 dah la setimbun, nak punggah pulak. ala~

Persoalan: Jika kiranya annual camp diadakan di uitm arau, adakah kami ditempatkan di kolej yang sama sepertimana mereka dapat? Offkoz d nun~ dahlia. ish3, ksian kmi. xpelah msti ada hikmahnya.. Allah lebih mengetahui.

Ha~, itu siren di kolej je dah buat kita ngeluh trutama bila ada announcement suruh trun bca yasin o surau o PI. cuba imagine bila siren allah berbunyi yang dibunyikan oleh malaikat sangkakala?
adakah kita sempat mengeluh seperti mana kita mengeluh untuk turun baca yasin, surau, dan PI?
"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) sangkakala ditiup, maka terkejutlah apa yang ada di langit dan bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri" (surah27: An-Naml- ayat87)

Bila siren allah berbunyi, taksempat mana nak ngeluh dah,,,
pesanan untuk diri saya sendiri dan semua, trutama penghuni kolej mayang kesayangan nie, rajin2 lah turun baca yasin kolo malas nak p PI skalipon. Jangan nk bgi orang jmput ketuk pintu baru nk kua kot? Bile lg nk baca yasin kolo bkn kt kolej o msa skg nie, nt dah keje n berumah tangga, xde makne nk smpat buat tu sume kolo xlatih diri dari skang nie.. Ikhlas lah sikit kolo beribadah tu, baru berkat idup.. xkesahlah rotu ke komander ke, mpp o civilian ke, turun lah,, jangn kta dh part 5 o 6 o pape part skali pon xmo trun dh sbb xder sediakan steaker. tanggungjawab tetap tanggungjawab. kang tengah2 baca yasin, hgpa dok dalam bilik sorang2 tibe2 pengsan o kata kasr skit, mati, sape tau?? kolo dgh baca2 yasin tu mati, ada jgk berkatnya.. fikir2 lah wahai sahabatku sekalian.
Pakaian tu sopan lah skit. dah dok kolej ni, akur gn kolej nie. peribahasa ada sebut
Dok kangdang kambing mengembek, dok kandang rimau, mengaum. hehe. jgan smakan kolej kmu dlu gn kolej la nie. dah besar kn?

Sekian, apa yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri hamba sendiri.
Maaf jika terkasar bahasa.
Wassalam
 

Lets Join Us