U.S.R.A.H

Assalamualaikum,
Dalam mengejar dan mencari ilmu Allah, pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk mengecapinya. Sama ada melalui bahan ilmiah, mendengar ceramah, tazkirah serta menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu.
Mungkin perkara tersebut sebahagian daripada pengisian ilmu agama terhadap diri kita sebagai umat islam. Sememangnya, usrah itu mempunyai kesan yang lebih mendalam terhadap pemahaman kita terhadap isu yang diperbincangkan ataupun terhadap pengisian yang dibekalkan. Usrah mempunyai pemahaman yang halus terhadap mereka yang melibatkan diri secara langsung kerana penerangan dalam bentuk kumpulan yang kecil. Oleh itu, segala apa yang disampaikan mampu terus kepada pendengar.
Kadangkala untuk menghadirkan diri ke usrah sememangnya sangat berat, tetapi tabahkanlah hati dan timbulkan keikhlasan dalam perjalanan menuju ke majlis ilmu itu. Insyaallah ada keberkatannya. Walaupun masa yang diambil tidak sampai 3jam, tetapi pengisisan walaupun sedikit tetap memberi kesan yang mendalam. Paling tidak memperingatkan diri apa yang terlupa dan menegur apa yang leka.
Alhamdulillah, dinegara dan masa sekarang ini, kita masih berkesempatan untuk menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu tanpa perusuhan dan kekangan daripada golongan orang-orang kafir. Kita masih mempunyai kuasa untuk memegang panji-panji Islam untuk terus berdiri kukuh dalam negara sendiri.

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel U.S.R.A.H Dicoret oleh NH pada hari Selasa, 12 Julai 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting U.S.R.A.H
 

Lets Join Us