PERLUKAH AKU KHABARKAN
Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan
Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku
Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi
Kumohon pada tuhan
Berikan kekuatan
Untuk kuhadapi semua ini
Tuhan kuterus berserah
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah
Apa jua yang bakal aku hadapi;
Mungkin kemanisan yang aku nikmati,
Kepahitan yang terpaksa aku amati,
Biarlah ia terselit disanubari.
Mana mungkin mereka mengerti apa yang aku hadapi
Kerana sesungguhnya,
Kehidupan aku dan mereka tidak sama,
Kitaran masa kita memang serupa,
tetapi langkah kita berbeza,
Pengisian dan kekosongan kita tidak sama.
Aku curi masa untuk mereka
Disaat akhir perkenalan, baru ku mengenali mereka,
Namun, adakah mereka boleh menerima kehadiranku,
Genggaman keakraban semakin utuh,
Pelukan kasih sayang semakin erat,
Kepercayaan semakin kuat.
Ia hadir cuma disaat akhir.
Mengapa bukan dahulu?
Sesungguhnya aku punya alasan sendiri yang mana;
Perlukah Aku Khabarkan?
Aku mencari mangsa,
tapi siapa yang perlu aku khabarkan?
Teman? sesungguhnya dia telah lama meniggalkanku dengan duniaku
Tapi itu dulu, sekarang hadir yang baru.
Adakah dia bisa menjadi mangsa yang baik?
Banyak teman yang aku punya,
cuma dia yang aku cinta, yang aku sayang, selain dia yang telah meninggalkan.
Aku khabarkan semuanya ke dia,
Ya Allah,
Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Pastikah akan terjawab semua
Perlukah aku khabarkan keaibanMu
Semuanya terletak dalam hati kecilku.
Sesungguhnya pendirianku kini,
Biarlah aku, dia dan Dia sahaja yang mengetahui apa yang perlu aku khabarkan
kerana, dunia kita berbeza.
Itu lah akhirnya. Penantian kesakitan hanya tinggal 12 bulan purnama saja lagi
Selepasnya kesiksaan malam terakhir itu, segala penyiksaan dalam 'dunia' ku ini juga berakhir
Yang aku harap, Allah beri aku kekuatan menjalani sisa hidup ku dalam 'dunia' ini.
Berkekuatan menghadapi umat-umat, mahluk-mahluk dalam 'dunia' ini.
Aku harap dalam antara penghuni dunia ini menyedari kewujudan mahluk-mahluk ini yang sentiasa membuat hati kami 'gembira' :)
Maaf, hidup ku adalah hidup ku, Hidup mu adalah hidup mu
Kita berbeza. Bukan beza pangkat mahupun darjat,
Tetapi kita memang berbeza.
Tidak perlulah aku khabarkan.
Biar aku selit sempit dalam hati ini.
Sehingga hujung nyawaku.
~Terus jaga rahsia itu~
Jangan mempermainkan masalah itu,
Jangan mempergunakan isu itu,
Aku sangat membenci itu.
Tawaku tak bermakna suka
Diamku tak bermakna marah
Bisingku tak bermakna ceria
Senyumku tak selalu indah.
Kataku tak selalu mulia.
Perlukah Aku Khabarkan?
Sekian, Wassalam.