PS lagi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Tak ada kerja lain ke akau ni? Menghadap komputer je." hehe. AAK lalala~
Tapi, dalam banyak2 item yang boleh diedit, kenapa Rotu? Entah lah.. 
Sebenarnya tak sabar nak habiskan aktiviti ni, nak bersara dah. Jadi, tak sabar nak habiskan. Apa ulang-ulang ayat da~ hehe. 
Minggu depan akan ke Alor Star kemudian ke Arau, kemudian ke Dungun, kemudian ke UUM Sintok Kedah, kemudian ke Arau semula dan berakhir penjelajahan sebagai seorang ehem dan kembali ke kampung halaman sebagai manusia biasa.. We~ merdeka. Tempoh yang agak lama dalam 1bulan itu , buat apa je? Entah la, mesti lebih mencabar daripada sebelumnya. Agaknya lah..

Tak sabar nak habiskan penjelajahan. Kalau sambung digree nanti [kot lah], as a normal student. yippie. Tak  mahu lapor unit ke? Entah lah, tak terfikir lagi. 

Kepada yang masih jauh perjalanan tu, habiskanlah walau terpaksa menapak ye. Gud luck untuk my inter and asspesiiolly my lover junior. Chaiyyok ye. Walaupun kalian tak pernah jumpe blog ni, kalau jumpa tu, tinggal-tinggal lah jejak. hehe

Ok cukup setakat ini, salam

 

BAJU Oh BAJU

[gambar hiasan::Edit with PScs3]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sangat sibuk pada minggu lepas. Semua perkara nak dibuat pada minggu lepas. Antara perkara yang dilakukan pada mingu tersebut ialah:
-Mengemas rumah dan seantero dengannya
-Misi mencari serai. 5 rumpun tuh siap disiang sekali. Gatal ow..
-Membakar timbunan sampah belakang rumah. Seronok dapat main asap :)
-Misi membuat dadih. Nyam-nyam
-Misi mencari dan makan durian, rambutan dan manggis. Sedap2..
-Kenduri kahwin sepupu. Penglibatan 3 hari berturut-turut.
-Men'design' baju untuk salah satu badan beruniform universiti.

Kerja mendesign baju tu seharusnya disiapkan lama dah. Beberapa hari sebelum kenduri kahwin berlangsung. Tetapi, no idea lah. Jadi, kerja tersebut ditunda-tunda sehingga siap sepenuhnya pada hari ini. Kerja mendesign ni sebenarnya hanya kurang 2 jam, tetapi, malas punya pasal. Tertunda berhari-hari. Sebab tu ramai orang pesan, jangan tangguh-tangguh kerja. hehe. 

Mana desing baju tu? Nanti lah ye, bila da present pada pihak terlibat baru disiarkan. Insyaallah.. 
Design yang buruk lagi hodoh tu mesti akan ditolak mentah-mentah. Selera masing-masing kan? Terima dengan redo. huhu.

Bila bekerja dengan seni ni, payah sangat-sangat. Tak boleh dikerah, dipaksa dan dijanji masa untuk submit bila belum biasa dengan kerja-kerja macam ni. Papepon, alhamdulillah, tugas terlaksana.
Wee~
 

Ketahuilah

[kredit]

✿~ Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..

✿~ Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan
PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..


✿~ Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.

✿~ Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

p/s : Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain..♥♥

[Kredit:: Pn Irdina]

Assalamualaikum,

Benar, siapa tahu orang itu senyum dikalayak ramai namun menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya. 

Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar. 

Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Wahai dia, 
Hati mu itu, cekalkanlah.
Aduanmu itu, simpanlah
Kecewamu itu soroklah,
Ketidak puasan hatimu itu jauhkanlah,
Marah itu, padamkanlah
Sayang mu itu junjukklah
Cinta mu tonjolkanlah
Senyummu itu lahirkanlah
Walau hatimu pecah, merekah.
Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah itu yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
24jam tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Kerana DIa adalah sebaik-baik pendengar.

Cukuplah untuk itu
 

SYUKUR

[kredit]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini keputusan final untuk sesi diploma keluar. Tak adalah baru sangat, beberapa minggu sebelum ni. Target untuk praktikal A, tak kisah sama ada + ataupun -. Subject Phy sekadar lulus sebab tak larat nak study dah. hehe. Tetapi bila keluar result, CGPA bawah 3.5. Harapan untuk dekan punah :( 
Hampir-hampir tetapi sikit jauh. Alhamdulillah, dapat konvo on time.

En Pahrol dalam penulisan beliau selalu menyatakan, "What you give, you get back". Benar, apa yang kita bagi, itu yang kita terima balik. Itu yang kita dapat. Sebagai contoh, subjek fizik. Belajar serupa tidak. Nasib baik rajin pergi kelas, kalau tidak tak berkat juga ilmu belajar kerana tidak dapat restu cikgu yang mengajar kita. Paling tidak, cikgu yang mengajar kita itu kenal dengan effort yang kita beri dalam kelasnya. 

Semasa belajar di universiti tidak sama dengan belajar di sekolah biasa. Situasi berbeza. Penanda kertas peperiksaan adalah cikgu kita sendiri, bukan seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya yang cikgu tersebut tidak kenal kita langsung. Oleh kerana itu, cikgu-cikgu yang mengajar di universiti ini harus kenal dengan pelajarnya kerana ini mampu untuk membantu pelajarnya untuk lulus mahupun gagal. Namun letaknya perkenalan cikgu dengan pelajar adalah pada pelajar itu sendiri bukan pada cikgu itu. Hal ini kerana, cikgu tersebut mempunyai berpuluh mungkin ratusan pelajar untuk diingat. Sedangkan pelajar hanya perlu mengenal cikgunya kurang dari sepuluh orang. Macam mana untuk dikenali cikgu? Bukan untuk bodek, bergesek dan pelbagai teknik kotor yang lain, cukup sekadar hadir pada kelasnya jika boleh tidak ponteng dalam kelasnya. Itu sudah cukup untuk cikgu tersebut mengenali diri kita sebagai seorang pelajar yang rajin ke kelasnya. Dia mengenal usaha kita walau mungkin dia tidak kenal siapa kita, bagaimana rupa kita dan sebagainya. Namun jika dapat memberikan lebih dari itu lebih baik. Contoh, aktif dalam kelas. Bukan bising dan lompat-lompat. Cukup pada tumpuan yang lebih dan bertanya. Namun, tidur dalam kelas pun mampu menarik minat cikgu untuk mengenal kita :p Tapi tidak digalakkan kerana itu sifat yang negatif. :)

Kembali pada tajuk. Syukur. Syukur ini tidak ramai yang praktikkan. Syukur dalam erti kata lain, terima kasih. Kadang-kadang kita sesama manusia pun susah untuk berterima kasih inikan dengan Allah. Apabila diberi betis, sudah tentu nak peha. Pepatah melayu kebanyakannya tidak pernah silap. Hampir betul keseluruhannya. Inikan pula al-Quran dan Hadis. Apa maksud diberi betis nak peha ini? Sebagai contoh, cukuplah lulus tetapi apabila keputusan keluar dan dapat tahu rakan-rakan lain lebih baik, mula berkata, "Kenapa tak dapat macam mereka?" Bila sudah dapat 3.00 hendak pula 3.50. Bila sudah 3.50, hendak pula  4.00. Ini wujud setelah ada orang yang lebih baik dari kita, terutama mereka rakan-rakan saingan/baik kita. Tidak salah jika mahu lebih baik, namun harus diiringi dengan syukur yang sebenar-benarnya. Mahu lebih baik untuk akan datang diiringi dengan usaha dan doa yang lebih dari sebelumnya. Bukan jealous tak semena-mena tanpa mengambil iktibar atau pengajaran. Jika  jealous tersebut mendatangkan motivasi tak apa, tetapi jika wujud iri hati sudah muncul penyakit hati. Maka, bermulalah fitnah-menfitnah kata bodek cikgu, tiru dalam peperiksaan, soalan bocor dan sebagainya. Sedangkan diri sendiri yang tidak betul. Dosa pun bertambah jika apa yang dikatakan kepada orang yang tidak betol. 

Manusia tidak akan puas jika tidak bersyukur. Dalam al-Quran ada merakamkan, "Sangat sedikit daripada kalangan hambaku yang bersyukur." ( 34:13). Kita selalu lupa bahawa lebih ramai sahabat- sahabat kita yang kurang bernasib baik. Bukan kerana mereka tidak berusaha, namun mereka belum punya rezeki untuk lulus dan itulah ujian bagi mereka dalam usaha menjadi manusia lebih berjaya jika mereka mengambil sudut positif dari apa yang berlaku. Riwayat Muslim merakamkan bahawa Nabi Muhamad 
صلى الله عليه و سلم bersabda yang bermaksud, "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripadamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak mempertikaikan nikmat Allah." Bukan tidak boleh melihat orang yang diatas, tetapi cara kita memandang mereka, apakah dengan iri hati ataupun dengan bermotivasi? 

Sekarang ini, ramai golongan bijak pandai. Sedikit yang kurang pandai. Di Malaysia terlalu banyak makanan, hanya sedikit yang dimakan. Terlalu banyak buku namun hanya sedikit sahaja yang dibaca. Terlalu banyak senjata M16 namun hanya beberapa yang dipakai. Eyh. hehe. Apa yang cuba dikatakan disini, masih ramai yang 'sedikit' walau realitinya 'banyak'. Apa yang sedikit dan apa yang banyak? Renung sebentar... Tarik nafas, dan hempus. Ok. Dalam buku tulis sekolah dulu-dulu, berapa helai kosong dan berapa helai yang digunakan? Kebanyakannya mesti kosong melaikna subjek-subjek yang tertentu sahaja. Dalam helai yang digunakan, berapa perkataan atau ayat yang kita manfaatkan? Kolej dan universiti mampu mengambil pelajar baru dalam kuantiti yang besar dan konvo sangat ramai, namun berapa ramai yang berkualiti semasa bekerja? Sangat sedikit. Ramai yang bangga dapat PMR dan SPM banyak A. Tetapi A dalam subjek apa? Bukan mempertikaikan subjek tertentu, namun subjek tesebut belum tentu mampu memasarkan diri kita untuk melanjutkan pelajaran. Ramai orang tanya, "Berapa A kamu dapat?" Tidak ramai yang bertanya, "Subjek apa yang kamu dapat A?" Soalan ini akan diajukan selepas soalan no 1 tadi. Benar?

Jadi apa maksud sedikit dan banyak ini? Na, langsung tidak ada kaitan dengan perkara diatas, hehe. Apa yang cuba dikatakan disini, jadilah golongan yang sedikit daripada golongan yang banyak. Ramai yang pandai, tetapi berapa ramai yang bersyukur? Golongan orang yang bersyukur sangat sedikit. Maka jadilah golongan yang sedikit itu. Banyak makanan yang ada di Malaysia ini, semua mampu dibeli tidak kira burger tepi jalan mahupun McD. Banyak minuman sama ada air paip yang dirawat mahupun Pepsi. Namun berapa ramai yang berdoa sebelum makan/minum dan bersyukur mendapat rezeki walaupun hanya air paip terawat atau tidak? Di negara ini ramai sahaja golongan bangsawan dan dermawan, namun berapa ramai yang menderma atas nama 'hamba allah'? Ramai sahaja kawan didunia ini, namun berapa ramai yang mampu menjadi sahabat dunia dan akhirat? Golongan kedua ini selalunya tidak kelihatan dalam keramaian. Namun, golongan kedua inilah yang memenatkan malaikat kanan kita bekerja. Tak cukup kertas, pinjam pada malaikat kiri kita. Bila menerima buku amalan, diterima dengan tangan kanan dan lebih tebal malah berganda-ganda daripada kamus dewan ataupun kompilasi lawak kampus, wah,, alhamdulillah... amin.

"Sangat sedikit daripada kalangan hambaku yang bersyukur" (34:13)
Mudah-mudahan kitalah kalangan yang sedikit itu. Amin. InsyaAllah. 

Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari hamba. Wassalam


    Rujukan:                           
                            [1] Solusi 43. Subur Dengan Syukur. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
 

Lets Join Us