Lahir aku tak sesempurna mereka yang punya akal yang pintar;
Lahir aku tidak seperti mereka yang memiliki indah parasnya;
Lahir aku tidak seperti mereka yang terus senang di dunia;
Namun dalam tempoh hidupku, diajar satu perkara,
Jujur dalam sesuatu perlaksanaan.
Aku diajar jujur dalam tutur kata;
Aku dididik jujur dalam perbuatan;
Aku diamanahkan jujur dalam semua perlaksanaan.
Kenapa perlunya kejujuran kerana dalam kejujuran ada kepahitan?
Namun, aku tetap pada kejujuran, kerana aku tahu, jujur itu indah walaupun parah.
Dalam hidupku, banyak benda aku temukan;
Penipuan dalam pertuturan, pengkhianatan dalam persahabatan;
Ketidak jujuran dalam sesuatu urusan, dan yang paling aku sakiti,
Penipuan dalam menuntut Ilmu.
Aku akui, aku tidak sepandai mereka yang lain, otakku tidak secekap otak yang lain,
Tapi, aku tetap pada pendirianku. Pegang pada yang satu, Allah peganganku.
Walaupun diriku tidak dikurniakan nikmat kepandaian seperti yang lain, tapi aku bersyukur
Nikmat yang lebih bernilai iaitu KEJUJURAN.
Sepanjang aku menuntut ilmu Allah, aku melihat ramai orang
Belajar bersama-sama, tetapi result berbeza.
Kenapa dan mengapa?
Sudah tentulah aku yang malas, mereka rajin.
Mereka rajin belajar, mugkin;
Mereka rajin berbincang, mugkin;
Meraka rajin bertanya, mungkin;
Meraka banyak buat latihan, mungkin;
Tidak,
Mungkin meraka meniru dalam peperiksaan.
Mungkin?
Tapi, bukan banyak yang sedemikian perbuatannya.
Aku lihat result lebih tinggi, tetapi meniru dalam peperiksaan.
Dimanakah letaknya keredoan Dia?
Senanglah hidup mu dengan pembohongan dirimu sendiri,
Bergembiralah dengan kejayaan mu yang sementara di dunia,
Berbanggalah dengan kesenangan hidupmu di bumi Allah ini,
Bertambah dengan beberapa perkara yang kau tidak lihat;
Indahnya dosamu, banyaknya ketidakredoan Dia kepada kamu.
Bagi aku, biar markah itu rendah yang penting pahala dan keredoan Allah dalam aku menuntut ilmu.
Biar sedikit yang penting berkat.
Tiada kepuasan dalam menuntut ilmu jika kita meniru,
Biar bodoh, yang penting jujur;
Biar rendah markahnya yang penting berkat usahanya;
Kerana berkat yang dikejar, dosa yang ditimbang, pahala yang dikumpul.
Kepandaian didunia bukan nilai pemberat pahala di Mizannya,
Jika kepandaian datang dari pembohongan semata-mata.
Kepada sahabat yang aku sayang, jujurlah dalam menuntut ilmu Allah,
Kerana keberkatan itu lebih penting berbanding tinggi markahnya.
Meniru bukan kejayaan,
Tidak bernilai dekan disisi Allah, tidak halal gaji yang kamu makan hasil keputusan yang tidak jujur,
Tidak ada berkat dalam hidupmu jika itu yang kamu amalkan.
Aku berdoa, moga-moga mereka yang meniru itu dimahalkan rezekinya agar dia mengimbau kembali kisah silamnya, bukan untuk menakutkan, tetapi, berubahlah sebelum terlambat. Ini sebagai peringatan semata-mata, untuk diriku dan sahabat-sahabatku semuanya.
Engatlah, allah itu adil, dia akan memberi pembalasan setimpal dengan perlaksanaan hambanya.
Insyaallah...
Salah dan silap datang pada diri hamba,dan yang baik datang dari allah.