Wajib Baca!

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Banyaknya entri baru minggu ini. Almaklumlah, duduk kat umah dapat on9 sokmo. hehe

Berbalik pada topik. 'Wajib Baca!' Na, perkataan seperti ini seringkali diletakkan ditajuk-tajuk post, artikel mahupun sebaliknya bagi menarik minat pembaca untuk membaca. Walaupun orang yang akan membaca artikel itu tidak minat membaca seperti saya. hehe. Sebenarnya post kali ini tidaklah menekankan setiap pembaca untuk membaca artikel ini. Kalau diletakkan tahap wajib baca, maka jika tak baca telah jatuh tahap dosa. =p hehe. Jadi, sesiapa yang tak berminat untuk teruskan bacaan bolehlah leave page ini dengan senang hati. =)

Islam itu apa? Bila dibelek-belek pada I/c ataupun identity card tertera perkataan Melayu, Islam dan sebagainya. Tapi, kenapa Islam? Sememangnya Islam itu agama yang diwariskan kepada Rasulullah SAW. Agama Allah yang hanya diterima pakai setelah lahirnya Nabi Muhamad SAW dan menerima wahyu yang pertama. Baginda adalah nabi kita dan kita adalah umat baginda. Jika nak diceritakan kisah baginda, sesungguhnya saya masih belum mengenali rasullullah dengan sesungguhnya. Perkenalan saya dengan rasulullah hanya setakat baginda rasulku dan pesuruh Allah. Usaha untuk mengenali baginda masih lagi diteruskan. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah untuk mengenali baginda dengan lebih dekat. Semakin saya kaji sejarah hidup rasulullah, semakin sayang dan cinta pada dia. Kata orang muda zaman sekarang, handsome tak? Cute tak? Gentlemen tak? Sesungguhnya baginda manusia yang sempurna. Terpelihara daripada sifat mazmumah. Namun sejauhmana usaha kita untuk mengenal baginda?

Sayang pada Allah, Muhamad dan Islam harus lebih dititikberatkan daripada sayang pada perkara keduniaan. Jadi berusahalah untuk mendalami ilmu agama ini agar akidah tidak terpesong dan iman semakin utuh.

Beberapa bulan yang lepas, ada seorang sahabat saya meng'share' satu link blog ini dalam wall facebook beliau. Terdapat beberapa komen daripada rakan beliau yang lain. Pada awalnya saya tidak berminat membaca artikel-artikel panjang-panjang ini. Akan tetapi apabila melihat tajuk artikel itu, saya tertekan link tu. hehe. Mungkin ada perasaan sayang pada Islam. Isu ini dikatakan sudah lama, cuma saya yang tak tahu, almaklumlah malas membaca. Itu yang terperuk ditakuk lama. Berbalik pada isu yang diperkatakan, ada beberapa pihak yang mengomen share post tersebut. Termasuk saya. Bukan apa, sebenarnya malas nak masuk campur urusan orang tua-tua ni. hehe. Tapi, geram! Geram sangat ke? Cuba baca dialog ini, insyaallah akan terbuku nak tumbuk mamat sorang ni.

SA: carita ni da lama da… baru skang ke nak bangkit kan balik?? Hahaha

NE: kadang2 aku pelik dengan orang melayu@islam ni… sampaikan game nak dihubungkan dengan agama.. daripada orang main buat suka-suka, dah jadi syakwasangka..

YY: pendapat aku la NE,SA,, klu game tu tertera letak nama2 Allah atau seantero dgnnya dn lepastu suh kita perang atau musnahkan tmpat tu,, bg aku itu melampau lh. Seolah-olah nk kata islam ni smuanya jahat la.. so jgn men game2 tu tp kli s…[see more] dialog terputus. Hehe

NE:sebab tu aku cakap, tak perlu nak dedahkan semua… kita tak perasan pun, so kita tak anggap yang kita hina Allah.. even benda tu ada..

YY: senang cite tak payah men game trus.. lebih afdal.. haha.. lagipun dh besar2 ni aku rasa mcm mood nak main game tu dah takde.. korang tak rasa mcm tu ke? Ke ak sorang je..

NE: di mana pula wujud hokum tak main game lebih afdal?

BS: aku agree dgn YY part klu da ketara terdapat penghinaan, takkan la kite nak terus men lagik game tuh.. tp aku pon x bape nk agree gak part yg ko kate x yah men game lg afdal.

YY: afdal tu bukan hokum la.. maksud ak lebih baek.. klu orang yang bole control mcm kau aku rase takde masalah.. nie kes yang takle xontrol tu.. hihi ^^

BS: NE plak, ak xbrape agree dgn kate ko yang perlu ke dedahkan semua.. takkan la kite nak membutekan mata, pekakkan telinga n membisukan mulut lak?

NE: aku Tanya ko YY, apa itu haram? Apa itu sunat? Apa itu afdal? Sila fikir balik.. jangan terlalu kecilkan maksud “hokum” tu..

NE: to BS, ok aku Tanya ko, kalau sebelum ni bila ko main game, ko perasan tak semua benda tu? Bila ko main, ko rase ko sedang hina islam ke? Mesti tak kan.. even aku men game bunuh orang, then ada azan.. come on, dekat Negara islam tu.. kiranya depa respect yang islam dengan azan adalah sebati..

YY: speaking from knowledge je, klu tak dapat trima takpe la.. ^_^

BS: mang la aku xperasan dan aku xmenghina islam. Tp klu da de orang bgtahu aku dan aku da tahu,, takkan la aku nak teruskan lagi men game tu? Any how, it depends on your self. Lagipon nie pandangan dr aku yang xbrape nak tahu pape lagi.. klu xpat trima, xpe la =)

NE: sebab tu aku selalu elak baca pasal2 pendedahan semua nie, bazir masa.. dari kita sibuk memboikot, baik kita menguatkan diri sendiri.

NH: Sahabat, elak selagi mampu, kaji demi islam, bila dh Nampak sesuatu tajuk yg didedahkan, apa salahnya bce tuk seketika. Mgkn 5minit dluangkan dri berjm2 luangkan mse pd game or pape je or FB. 5mnit sdikit pengisian dripda beratus mnits lagho. Ble dh bce, bru pertimbangkan sndiri. N sblum mnggunakan apa2 hukum o pendapat brkaitan islam, pstikan diri tu alim (berilmu) agr org len yg bce xslah faham n mgkin bole lri dari landasan akidah, secara xlangsung kita berdosa free ja.. cik BS, tq krana menyebarkan bnd yg mgkin xdktahui umum nie. Pling x, ad jgk jihat dlm mngakkan maruah islam. Dpt lh jgk kbaikan dri usaha tu. Insyaallah.. shbt, jgn cube mengelak jika dh ad dpn mta krana ini bermaknya mengelak menegakkan kebenaran. Jika mengelak, maknya mengelak kebenaran dan menurut kemungkaran. Soal game ni,, maruah islam dicemari, jika kta benar2 syang kt islam, mst kite take note bende noe n bknnye elak dri mengetahui. Perkataan yang baik datang dari ilham allah dan yg buruk tu dating dari diri patik sendiri. Wallahualam~

Na, ini lah dialog antara mereka. Saya pun ada juga terselit dalam tu. Tp part mana, cari sendiri. haha.

Yang terdetik dalam fikiran saya masa tu:

  • Sejauh mana remaja Islam mencintai Islam
  • Sejauh mana remaja Islam mencintai Rasulullah
  • Sejauh mana remaja Islam mengenali Rasulullah
  • Sejauh mana remaja Islam sekarang berusaha mempertahankan maruah Islam
Sejauh mana fikiran anda semasa membaca dialog tersebut? Bayangkan, hanya kerana game, mereka berbalah. Fikir-fikirkan lah. Mungkin terjadi perkara seperti ini kerana kurangnya didikan agama.

Kenalilah rasulullah baru rasulullah mencintai kita. Macam mana nak cinta baginda? Kajilah kehidupan baginda dan cuba terapkan nilai-nilai kehidupan baginda dalam rutin seharian kira. Tak kenal maka tak cinta. Jadi, carilah apa yang mampu tentang baginda. Sama seperti mamat mengintip-ngintip minah untuk mengenali minah dengan lebih dekat. Sebab cintanya mamat pada minah.

Link dibawah merupakan blog yang mendedahkan pendedahan tersebut. Selamat belayar!

Wasalam

http://blog.mfadhlan.com/2011/05/games-yang-menghina-islam-wajib-baca/






Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Wajib Baca! Dicoret oleh NH pada hari Ahad, 2 Oktober 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Wajib Baca!
 

Lets Join Us