Aku tak Layak

Assalamualaikum wbt.

Siapakah aku untuk melihat keindahan wajahmu. Siapakah aku untuk mendengar alunan merdunya suaramu. Siapakah aku untuk mendekatimu. Siapa aku untuk hidup bersamamu. Siapakah aku untuk kau tunjukkan wajahmu. Siapakah aku?

Aku umatmu tetapi apa yang kau wasiatkan tidak aku lakukan. Apa yang kau benci dan terlarang pernah aku laksanakan. Apa sunnah mu aku perabaikan. Masih layakkah aku untuk kau perlihatkan wajahmu.

Aku merinduimu, tetapi tidak pernah kau hadir dalam mimpiku.
sesungguhnya aku tahu, aku tidak layak untuk menatap wajahmu.
Siapakah aku, sunah mu kuabaikan, kebencianmu ku laksanakan.
Masih layakkah aku untuk melihatmu.

Sungguh, aku rindu padamu.
Akan tetapi, bila hadir mu dalam hidupku?
Izinkan aku menatap wajahmu cukup sekali dalam hidup duniaku.
Cukup sekali. Hanya itu yang aku pinta.

Ya Rasulullah, hebat pekertimu membuatkan aku bangga denganmu
Kau jadi contoh dan pendorong aku untuk terus maju.
Kau idola ku. kau rasulku, aku umatmu!

Kau mengenali dan sayang akan umatmu, akan tetapi berapa ramai yang mengenalimu dan mengenang jasamu?

Berikanlah kami syafaat diakhirat kelak. Hanya itu yang menolak kami masuk kedalam nikmat syurga tuhanmu, tuhan ku, Allah yang maha esa.

lau kana bainana,, apa yang kita lakukan?





Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Aku tak Layak Dicoret oleh NH pada hari Khamis, 6 Oktober 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Aku tak Layak
 

Lets Join Us