Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada tanggal 16 November 1989, lahirlah seorang hamba allah. Apabila mencapai usia kanak-kanak, hamba allah ini dipertemukan dengan hamba lalu bersahabat. Hamba yang datang sebagai seorang perantau ditempat hamba allah ini pada ketika itu hanya mempunyai beliau sebagai sahabat.
Pada waktu usia 1 tahun, hamba telah berhijrah ke bumi Hang Tuah untuk meneruskan hidup sebagai seorang kanak-kanak biasa dan terus menjadi dewasa sehingga sekarang. Hamba tidak pasti bilakah pertama kali berjumpa dengan hamba allah ini, sesungguhnya hamba yakin, hamba allah ini adalah sahabat dunia pertama bagi hamba. Hamba allah ini telah mengajar hamba erti persahabatan kerana beliau sahaja kawan yang hamba punya pada waktu itu. Orang-orang disekeliling hamba langsung hamba tidak kenal sehinggalah hamba menjejakkan kaki ke alam persekolahan pra-sekolah. Baru hamba mempunyai sahabat yang lain. Tetapi, hamba tetap bersama hamba allah ini.

Kisah hamba allah ini pernah dimasukkan pada entry sebelum ini. Tapi, apabila teringat, mesti tangan ini laju menekan kekunci untuk berkongsi cerita. Banyak kisah hamba bersama hamba allah ini, suka duka dikongsi bersama.

Hamba allah yang menjadi sahabat dunia pertama hamba, mesti istimewa. Hampir semua masa yang terluang akan hamba berborak bersama hamba allah ini. Beliau sangat rajin datang umah hamba, dah macam rumah sendiri. Tapi hamba tak rajin datang rumah beliau sebab dah memang tabiat hamba dari dulu, malas keluar rumah. Jadi, dialah yang datang jenguk hamba ni. huhu.

Tapi, sudah 5 tahun hamba allah ini meninggalkan hamba. Suara dia memberi salam, bunyi motor yang selalu beliau naik, senyuman, gelak, semua peribadi dia masih segar dalam ingatan. Kini, tiada lagi dengar suara dia memberi salam, tiada lagi gurauan, tiada lagi senyuman, tiada lagi berjalan-jalan naik motor bersama. Tinggal kenangan.

Beliau yang pertama. Sahabat dunia pertama hamba dan sahabat pertama meninggalkan hamba.
Jika diizinkan allah untuk hamba allah ini panjang umur, mesti umurnya sebaya dengan senior hamba sekarang.

Kenangan yang hamba allah ini tinggalkan untuk hamba ialah, hasil-hasil kerjasama yang kami lakukan sepanjang hidup beliau di waktu terluang kami. Buat nama guna benang, main lukisan pasir, begitu banyak. Lukisan pasir tersebut tersemat di dinding bilik hamba dan nama benang itu tersimpan rapi dalam laci almari study hamba dirumah. Jika hamba balik rumah dan buka laci, mesti nama benang buatan beliau yang hamba lihat dahulu. Jika hamba rindu, hamba lihat gambar beliau berposing bersama hamba dan scout dalam harian metro yang terpapar pada tarih 30 ogos 2005.

Papepon, allah lebih sayangkan hamba allah ini. Jika dipanjangkan umur sekalipun, mungkin sahabat hamba ini mengerang kesakitan kerana terpaksa menangung penyakit jantung berlubang yang dihinggap oleh hamba allah ini sejak lahir. Mudah-mudahan, allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Al-fatihah

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran~ Dicoret oleh NH pada hari Rabu, 16 November 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran~
 

Lets Join Us