Ia Jatuh Semula


Kutitipkan doa agar ia tidak berlaku kembali,
Cucuran permata itu tanda keinsafan,
Jangan ia hanya sementara,
Mengapa perlu aku laksanakannya.

Dosaku sempurna gunung,
Tingginya selangit ke 7,
Luasnya seluas lautan,
Mana mungkin Dia memaafkan.
Aku cuba meninggalkan,
namun dia masih bisik yang dosa itu indah,
aku terus laksanakan,
setelah sedar dalam sedar,
Aku lakukan lagi dosa,
Sesungguhnya aku masih tiada keinsafan.

Ya Allah,
Di mana letaknya iman yang kucari,
Dimana kekuatan taqwa yang ku kejar,
Dimana pegangan aqidah yang aku jaga,
Dimana rinduku pada mu tercapai,
Jika hidup berterusan dengan dosa.

Aku tahu kewujudanmu,
Aku tahu kekuasaan mu,
Aku tahu kau punya segala,
Namun aku ingkar arahanmu.

Allah,
pelihara apa yang aku cari,
yang aku kejar,
Aku takut ia akan menjadi turutan,
Aku takut pada kuasamu,
aku takut... aku takut.. aku takut allah,,,

Berilah aku kekuatan iman dan jangan gugurkan ia,
Susah untuk ku dakap kembali iman itu.
Mahkota iman yang kucari amat susah untuk ku jaga,
Dirampas, dizalimi olehku.

Indahnya iman hanya sedetik cuma,
Mengapa sukar untuk ku dakap kembali.
Aku tahu iman itu merinduiku,
aku juga merindui imanku.
Maka ya allah,
tetapkan iman itu dalam dakapan ku,
kerana aku rindu,
rindu pada iman itu.

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Ia Jatuh Semula Dicoret oleh NH pada hari Isnin, 26 Disember 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Ia Jatuh Semula
 

Lets Join Us