Pengakap Raja 2008

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anugerah Pengakap Raja merupakan anugerah yang tertinggi dalam Pergerakan Pengakap di Malaysia. Pengakap Raja di negara lain menggunakan pelbagai gelaran atau nama seperti Quenn Scouts di England, King Scouts di Thailand, Scouts President di Singapura ( kalau tak silaplah ), Pramuka Garuda di Indonesia. Ini bermakna Pengakap Raja ialah bertaraf dunia. Sijil yang diterima bukan sebarang sijil. Sijil tersebut ditandatangani oleh Yang Dipertuan Agong, dan raja-raja melayu daripada seluruh Malaysia.

Pengakap Raja pada tahun 2008 seramai 104 telah berjaya menempah kejayaan mereka setelah menerima anugerah Pengakap Raja oleh TYT Melaka Tun Muhamad Khalil Bin Yaakob.

Penyampaian anugerah yang berlangsung dengan jayanya telah diukir sejarahnya pada tanggal 13 Disember 2008 di Kem Pengakap Melaka Puan Tan Chay Yan.

Segala persiapan telah dilakukan lebih awal. Setiap penerima anugerah dikehendaki melaporkan diri sehari sebelum majlis penganugerahan berlangsung bagi melicinkan pergerakan majlis. Namun ada beberapa penerima anugerah tidak dapat berbuat sedemikian kerana mengalami sedikit gangguan kerana tempat tinggal mereka ditenggelami air ( macam tu lah ) . Mereka yang berasal daripada Terengganu terpaksa berbuat sedemikian, namun telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pejabat Pengakap Melaka.

Seramai 104 penerima anugerah tersebut, ada beberapa antara mereka dari pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jumlah mereka saya tak ingatlah pulak.

Gambar ini merupakan beberapa detik indah yang sempat dirakam oleh lensa kamera saya...

Ni gambar sy bersama Tyt Melaka. Macam-macam rasa ada pada masa tu. Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
Jika dilihat dan diamati betul-betul, diri sy itu sungguh kecil jika dibandingkan dengan Tyt. Bila salam dengan Tun, hai tak tahu nak cakap macam mana.
Namun segala yang dialami itu merupaka suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bukan semua yang dapat bende nie semua.

Inilah uniform sy yang telah siap dikemaskini. Lencana ni hanya dapat setelah menduduki ujian pentarafan pengakap raja. Tu pun kalau lulus. Masa sy tingkatan satu dulu, sy nak sangat pakai lencana warna kuning dengan tali yang warna kuning di lengan tu. Tapi sy tak tahu macam mana nak dapatkan bende tu semua. Nampak cantik dimata sy pada masa tu. Tapi setelah umur meningkat dewasa, baru sy tahu apa makna disebalik kuning warna rambu dan lencana pengakap raja tu. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak. Rambu pengakap raja, jika dipakai disebelah kiri melambangkan pengakap tersebut belum diiktiraf sebagai pengakap raja. Namun jika pengakap tersebut memakai rambu pengakap raja disebelah kanan, ini melambangkan pengakap tersebut telah diiktiraf sebagai Pengakap Raja yang sah.

Ini adalah sebahagian daripada penerima anugerah.
Walauapapun, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan majlis kami ini. Terima kasih juga kepada pemimpin pengakap sekolah smksm iaitu Pn Nor Azizah Shaari(Pen Pesuruhjaya Negeri) kerana bertungkus- lumus memberikan kami yang terbaik agar berjaya menerima gelaran pengakap raja.
Penerima anugerah pengakap raja SMK Seri Mahkota 2008 ialah Nurul Hanira Binti Rahmat, Nor' Ain Binti Karim, Rahimah Binti Bahari, dan Nor Muhamad Hafiz Bin Kamaruzaman.


:-) kalau ada tersalah tulis, tersalah bahasa bg tau mngkin boleh betulkan...

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Pengakap Raja 2008 Dicoret oleh NH pada hari Khamis, 15 Januari 2009. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Pengakap Raja 2008
 

Lets Join Us