HABUK






Terbentang luas lautan merentasi bumi tanpa sempadan. Jika diletakkan jari kedalam lautan, setitik air yang tinggal itu, kurang daripada itu sahaja ilmu yang kita punya. Ilmu Allah itu melebihi antara langit dan bumi. Perumpamaan yang menunjukkan bahawa, sehabat mana pun manusia itu menuntut ilmu dan berilmu, tetap tidak dapat mengatasi dan menandingi pemilik alam ini. Alam ini diciptakan dengan sangat teliti. Dari seluas-luas langit, setinggi –tinggi gunung dan sekecil-kecil micro organism dicipta oleh Allah dengan sangat teliti dan terancang. Tidak ada satu pun yang diciptakan oleh Allah dengan sia-sia.

Bilamana diri mengadu lemah dan merasakan diri tidak berguna kapada diri sendiri, keluarga dan juga kepada agamanya, renung semula ayat terakhir perenggan pertama tadi. Tidak ada diciptakan oleh Allah dengan sia-sia. Walau diciptakan sehalus habuk yang dikira sangat menyusahkan oleh manusia, ia tetap bermanfaat.

Bila mana habuk tiada, apakah ia akan mendidik manusia agar sentiasa menjaga kebersihan bilik/rumah? Apakah ia mengajar manusia untuk sentiasa mengambil ibrah dari habuk yang sentiasa melekat di meja-meja juga dimana sahaja sisi di sesuatu ruang? Apakah mengambil sifat habuk itu sendiri? Habuk mampu membuatkan seseorang bersin. Bersin itu akan mengeluarkan virus dalam diri dan mampu mengeluarkan penyakit yang ada. Bukankah itu juga bermanfaat? 

Habuk itu sentiasa istiqamah menjalankan tugasnya walau seringkali dibuang, seringkali dimarah oleh manusia, sering kali dituduh tidak berguna? Habuk tetap pada tugasnya. Jika habuk itu hanya sedikit, tidak terlihat dan mungkin tidak perasan mengenai kehadirannya. Namun bila mana semakin banyak dan menebal, ia sudah nampak menyusahkan dan merimaskan. Sama juga manusia, jika kadang-kadang membuat kesilapan itu tidak mengapa, namun jika sering melakukan kesilapan, orang sekeliling akan bosan dengan kesilapan kita. Perlulah sentiasa meminta maaf dan memohon ampun kepad Allah SWT.

Habuk juga boleh diibaratkan sebagai titik hitam dalam hati. Bila mana kita melakukan maksiat (dosa) yang kecil-kecil, tidak terasa berdosa maksiat tersebut. Namun jika sentiasa melakukan dosa kecil, habuk yang melekat pada hati itu akan menjadi semakin menebal dan boleh menghitamkan hati. Ketahuilah pada waktu itu, orang tidak akan senang dengan perilaku anda kerana hati anda sudah gelap. Roh anda juga memberontak kerana hati tuannya sudah gelap dan tuannya itu masih tetap terus melakukan maksiat tanpa sedar yang dirinya sudah tidak digemari rakan dan rohnya sendiri.  Habuk-habuk diatas meja boleh dilap dengan kain basah, lihat takungkan air yang menyapu habuk tersebut, hitam. Jika hati yang berhabuk itu boleh dilap dengan kain basah, sudah tentu anda akan takut melihat air yang dalam bekas itu. Sudah tentu lebih hitam dari habuk yang melekat pada meja.

Analogi yang begitu mudah, jika anda melihat habuk, fikirkan berapa banyak habuk yang sudah melekat pada hati anda. Apakah anda sudah bersihkan habuk-habuk yang melekat pada hati sebelum ini. Habuk itu sentiasa istiqamah melekat pada mana-mana sudut dan ruang. Begitu juga hati, sentisa dilekati habuk (dosa) sama ada sedar atau tidak sedar. Habuk sentiasa memenuhi diseganap ruang dan sentiasa mengambil peluang untuk bertebaran di ruang udara. Mereka kemudian memarking diri mereka pada mana-mana ruang tanpa mengambil kira keselamatan mereka untuk berapa tempoh yang mereka ada untuk tetap berada pada tempat tersebut. Begitu juga maksiat, mereka berada dimana-mana. Walau anda duduk didalam almari, tetap akan melakukan maksiat bila mana anda hanya duduk dalam almari tanpa melakukan apa-apa perkara yang boleh mendatangkan manfaat buat diri dan agama. Anda membuang masa kerana hanya terperuk dalam almari. Bila mana anda tidak bersosial dan bermasyarakat jangan dikira anda tidak melakukan dosa, ingat 'habuk' itu sentiasa memenuhi ruang dan mengambil peluang untuk melekat pada hati anda. 

Habuk di luar bilik lebih banyak daripada habuk dalam bilik. Habuk diluar rumah lebih banyak daripada habuk di dalam rumah. Cubalah buat kajian. Letak sytotape di dalam bilik, luar bilik dan luar rumah, anda akan dapati kuantiti habuk adalah berbeza. Analogi mudah ini sama seperti, dunia luar itu 'habuk' nya lebih banyak. Mana mungkin kita akan sentiasa terperuk dalam bilik hanya kerana berlandaskan alasan tidak mahu habuk melekat pada hati. Namun, dunia realiti hari ini, sangat menakutkan kerana habuk sentiasa bertebaran. Keluar sahaja rumah, lihat kiri dan kanan anda. Nun sana ada pasangan couple berdating mesra bersama. Nun lagi satu, ada makjemah bergosip-mosip. Nah, jiran sebelah rumah, keluar rumah tak pakai tudung dan lelakinya berseluar pendek atas lutut sambil terlihat busut yang besar terdedah tanpa dia malu. Itu semua maksiat. Maksiat itu bukan berdating ke? 

Maksiat = dosa. Dosa = maksiat. Bukan, maksiat == dosa, Dosa == maksiat. [Phyton Language :p]

Dosa itulah maksiat. Ramai orang memandang bahawa maksiat itu berdosa. Sebenarnya dosa itu adalah maksiat. Maksiat dilihat hanya pada keluar dating. Tidak ye kawan-kawan. Bila mana menggunakan,

A: "Kau ni, buat maksiat je"
B: "Bila pulak ko nampak aku dating?"

Nampak salah faham disitu. Sama juga dengan berkhalwat. Orang akan kata, berdua-duaan ditempat yang sunyi, buat maksiat. Khalwat itu bersendirian. Bersendirian untuk berqiam, beribadah kepada Allah ke. Jadi, kalau ada orang ajak berkhalwat tu dan dia memakai tudung labuh atau serban jangan salah faham ye. [belum pernah lagi orang kat sini ajak berkhalwat :D]

***

Tidak diciptakan oleh Allah itu dengan sia-sia. Ambil ibrah dan buat analogi setiap apa yang kita pandang dengan kaca mata tarbiah. Bila mana kita memandang, kita nampak Allah, nampak kebesaran Allah bukan nampak Allah itu besar. Memandang dengan mata hati, mampu membuat hati itu rindu pada pencipta hati.

Seteruk-teruk habuk yang mengotorkan meja, teruk lagi diri yang masih bergembira tatkala habuk melekat pekat pada hati.

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel HABUK Dicoret oleh NH pada hari Khamis, 10 April 2014. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting HABUK
 

Lets Join Us