Duduk di rumah tidaklah seperti berehat bergoyang kaki tanpa memikirkan ummah. Malah ia memerlukan kekuatan yang lebih extream kerana dugaan dan ujian adalah lebih hebat daripada jangkauan dek akal. Duduk di rumah itu memerlukan kekuatan yang luar biasa kerana risau, karat-karat jahiliyah yang tersisa semakin membesar dan membusar. Kehidupan di rumah tidak sehebat kehidupan di hostel yang mana di hostel itu adanya insan-insan yang di hantar oleh Allah SWT sebagai memberi peringatan atas asas ukhwah fillahnya. Keterberadaan diri meskipun berada di baiti (rumahku) masih tetap merindui taman-taman syurga dunia yang mana kemana-mana ucapnya hanya pada dasar agama, terdapat unsur ilmiyahnya. Di mana usrahnya dimana-mana tanpa perlu berbulat, tanpa perlu ketetapan masa,
"Bila adik-adik free ye? Akak nak buat usrah"
Usrah yang 'asal boleh' tanpa mengira tempat dan masa, meskipun si penyampai sanggup terpelusuk masuk dibawah meja di makmal komputer duduk bersila. Eh. Meskipun salah seorang menahan sakit tangan yang diurut, dan seorang 'seronok' mencari urat yang tersimpul, saat si Doktor melihat sipi-sipi keberadaan apa yang mereka lakukan dibawah meja itu. Ya, usrah itu boleh dimana-mana meskipun juga berada di perjalanan di dalam kereta, di kedai makan, gerai tepi jalan, semasa berjalan dan juga di stesen bus. Tanpa segan silu membuka Kalam Allah, berbicara tentang agama Allah sehingga mereka terlupa bahawa mereka berada di dunia yang fana sedang mereka terleka kerana seronoknya berada dalam taman syurga. Allah, sungguh diri ini rindu taman syurga itu.
Namun kehidupan ini perlu diteruskan dalam melangkah tanpa teman seperjuangan. Ummah. Sungguh saya melihat ummah ini sangat tenat. Sedang berusaha meng'install' software ERDAS 2011 [perlu ke mention?] tiba-tiba televison itu secara automatik ditukar kapada rancangan khas Korea yang mana saya lupa channel berapa. Kemalasan diri melanda untuk menukar siaran walhal alat kawalan jauh itu tidaklah sejauh mana untuk ditekan butang menukar siaran. Pada rancangan itu menayangkan artis-artis korea [Kpop mungkin] membuat show di sebuah negara bukan Korea. Dari introduction rancangan tersebut terlihat wanita bertudung itu terlalu ramai. Hati terdetik,
"Cara pemakaian tudung seperti orang Turki. Tapi, tak mungkin Turki"
[Husnuzon]
Selepas beberapa gambar artis Korea yang comel-comel [konon] dipaparkan, terpapar beberapa perkataan bahasa Turki dan dikuatkan lagi dengan bendera merah bulan bintang putih serta terpampang perkataan Istanbul dan gambar Masjid Biru serta Laut Marmara. Saya sungguh kenal tempat tersebut kerana bercita-cita untuk kesana. Allahu, di Turki konsert mega KPop ini? Mereka bertudung terlompat-lompat, terkinja-kinja melihat artis kesayangan mereka yang mungkin mereka fikirkan mampu memberi mereka syafaat untuk ke syurga nanti. Atau mungkin artis-artis ini akan memberikan air ketika peminat-peminatnya kehausan kerana terlalu lamanya menunggu waktu untuk dihisab di mahsyar. Atau artis-artis ini akan menyambut menghulurkan tangannya di saat peminatnya ini hampir dan mungkin terjatuh semasa melintasi titian siratalmustaqim. Atau artis-artis sanjungan mereka ini sering kali menangis malam-malam kerana memikirkan dosa peminatnya dan sanggup dihimpunkan kesakitan sakaratul maut peminatnya kepada dia?
Ummah semakin tenat!
Terdengar suara yang berbunyi seakan-akan;
"Ini negara Islam pun buat konsert macam ni, masih lagi ada orang nak pergi sini. Negara Islam ni"
Okeh, pada mata beliau ini adalah negara Islam. Ya benar. Turki adalah negara Islam, tapi 90 tahun dahulu yang mana diperintah oleh Kerajaan Uthmaniyah. Sekarang belum lagi negara Islam dan In Sya Allah akan hadir negara Islam bilamana tertegaknya khalifah. Namun untuk membina negara Islam itu bukan semudah memungut tanda tangan menolak demokrasi dan membuat demontrasi menentang kehadiran Obama, mengedar risalah-risalah menentang pemahaman sekular. Eh. [Moga usaha itu menjadi asbab mereka ke syurga dan memberi sumbangan tertegaknya khilafah]
Islam itu akan tertegak sebuah negara bermula dari pemahaman individu itu sendiri terhadap islam yang mana setiap apa yang dilakukan sebagai muslim itu, dia faham mengapa dia laksanakannya. Sebagai contoh, dia faham makna dan tanggungjawab kalimah syahadah itu sendiri, dia faham mengapa dia melaksanakan solat, menunaikan zakat, puasa dan menunaikan haji. Bukan solat sekadar melepaskan tanggungjawab sebagai abid (hamba). Bila mana individu itu faham, mereka tidak perlu menurunkan tanda tangan untuk menolak kehadiran Obama atau menentang demokrasi, tetapi indivitu itu dengan berani mendekati Obama dan melempangnya dengan selipar Jepun barangkalinya atau menembak dengan M16 buatan negara Amerika itu sendiri. Kerana apa? Kerana dia faham kenapa dia perlu menentang demokrasi dan berani melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Allah ini.
Okeh, semakin jauh dari topik sebenar. Hello, anda berada di mana sekarang. Di Turki, Korea, Amerika atau Malaysia? Maaf ^^,
Bila mana saya melihat wanita-wanita muslimah (wanita/perempuan Islam) ini terlompat-lompat sambil mengalirkan air mata kerana terharu [konon] artis kesayangnya yang seolah-olah mampu memberi syafaat di akhirat kelak ini, hati saya ini memberontak benci. Benci pada diri sendiri kerana apa yang telah saya buat untuk kembalikan ummah kepada fitrah islam. Apa yang akan saya jawab kepada Allah di Mahsyar kelak. Apa bukti saya bekerja untuk Ummah. Saya risau, berjuta muslimah dan juga muslim ini akan menuntut kepada saya, mengapa tidak ditegur keberlangsungan mereka yang keterlaluan terhadap ketaksuban pada hal yang tak sepatutnya.
Untuk membetulkan ummah di Turki itu terlalu jauh, maka diletakkan pada negara sendiri. Malaysia yang dicintai, tanah tumpah darahku. Tapi Malaysia ini terlalu besar walau tidak sebesar Russia, Amerika, Indonesia tapi lebih besar dari Singapura dan Brunai. Maka dikecilkan skop kepada negeri, masih juga terlalu besar, maka dikecilkan kepada kawasan. Masih lagi besar, maka dikecilkan kepada kawasan kampung halaman. Masih tetap juga besar, maka dikecilkan kepada jiran tetangga. Namun masih juga tidak mampu, maka pada keluarga. Allah, belum juga mampu. Maka harus diri ini didakwah dahulu agar menjadi qudwah kepada keluarga dan masyarakat yang lainnya.
Untuk membetulkan ummah di Turki itu terlalu jauh, maka diletakkan pada negara sendiri. Malaysia yang dicintai, tanah tumpah darahku. Tapi Malaysia ini terlalu besar walau tidak sebesar Russia, Amerika, Indonesia tapi lebih besar dari Singapura dan Brunai. Maka dikecilkan skop kepada negeri, masih juga terlalu besar, maka dikecilkan kepada kawasan. Masih lagi besar, maka dikecilkan kepada kawasan kampung halaman. Masih tetap juga besar, maka dikecilkan kepada jiran tetangga. Namun masih juga tidak mampu, maka pada keluarga. Allah, belum juga mampu. Maka harus diri ini didakwah dahulu agar menjadi qudwah kepada keluarga dan masyarakat yang lainnya.
Satu pemerhatian yang dilihat, meskipun negara-negara timur tengah termasuk Turki itu sendiri yang lebih terkenal dengan Islamnya, kegemilangan kerajaan Islamnya pada satu masa dahulu, namun mereka juga sama seperti orang Malaysia. Bertudung tetapi masih tetap berpakaian seksi meksi, bertudung masih tetap melakukan maksiat. Dan disana mereka berjubah, dan beserban tetap juga over night kasi pekena syisya [di Timur Tengah]. Mereka tidak tahu matlamat hidup walau mereka itu orang arab, paham bahasa arab, lebih terkenal dengan 'Islam' itu sendiri. Oleh kerana mereka tidak tahu matlamat hidup, maka serupa sahaja mereka dengan kita. Masyarakat Arab jahiliyah masih ada. Kalau di Malaysia? Masyarakat Melayu Jahiliyah? Err, boleh juga. Melayu dulu pemahaman Islamnya hebat, tetapi selepas kejatuhan Melaka, Islam itu hanya tinggal sejarah lampau yang mana orang Melaka itu sendiri tidak sedar bahawa Islam pernah berkembang hebat di negeri mereka suatu masa dahulu. Namun kini, batu tinggalan sejarah hasil runtuhan masjid yang dibangga-banggakan. Huh!
Begitu berhantunya lagu-lagu Kpop ini sehingga membuatkan para muslimah itu terkinja-kinja. Begitu berhantunya Kpop ini sehingga meruntuhkan harga diri muslimah itu sendiri. Hello, anda yang muslimah terkinja-kinja menjerit bagai orang hilang anak kerana terbunuh dek ditembak / dibom rejim Basyar dan Tentera Israel tu, perlu kah? Malu orang Islam jak oi. Satu dunia melihat anda, satu dunia menonton perwatakan anda yang menggambarkan anda itu orang Islam. Dan satu dunia melihat Islam juga sama seperti mereka. Akhirnya, Yahudi gelak gembira disaat anda menangis terharu melihat artis kesayangan beraksi seolah-olah tidak berbaju itu. Yahudi masih boleh minum kopi panas sambil melihat anaknya menyelesaikan sudoku dan bermain teng-teng serta gasing. Mungkin juga main congkak dan main masak-masak [saya tak rasa anak-anak yahudi buang masa main benda tu semua]. Yahudi masih boleh rilex-rilex lagi sambil main tembak-tembak orang Islam di Palestine. [Ada korang kisah orang Palestine kena main tembak-tembak?]. Ummah masa kini lebih sedih dan meratapi jika sekiranya artis kesayangan mereka mati excident dan tak kurang juga mati bunuh diri [Sebab mereka kebanyakannya tiada agama]. Namun saudara mereka di Palestine, Syria dan Mesir mati secara berjemaah tidak pula dihiraukan.
Hai la ummah.
Saya minta maaf kepada peminat tegar artis-artis Korea terutama peminat KPOP sekalian, bukan niat untuk mengguris hati kalian, cuma saya cuba untuk menjentik hati kalian semua untuk tidak terlalu fanatik terhadap KPOP ni. Walaupun dengar nasyid* itu yang memuja tuhan bagi saya melalaikan inikan pula mendengar KPOP yang kita tidak faham apa yang dipujakan.
*Jika sekiranya dikir (nasyid) yang mengajak mengingati tuhan itu lebih menenangkan dari zikir (mengingati tuhan) itu sendiri, ketahuilah bahawa syaitan sudah berjaya melekakan hati anda untuk mengingati Allah kerana terlalu asyik melayan dikir itu sendiri. [hiburan yang melekakan].
Hai la ummah.
Saya minta maaf kepada peminat tegar artis-artis Korea terutama peminat KPOP sekalian, bukan niat untuk mengguris hati kalian, cuma saya cuba untuk menjentik hati kalian semua untuk tidak terlalu fanatik terhadap KPOP ni. Walaupun dengar nasyid* itu yang memuja tuhan bagi saya melalaikan inikan pula mendengar KPOP yang kita tidak faham apa yang dipujakan.
*Jika sekiranya dikir (nasyid) yang mengajak mengingati tuhan itu lebih menenangkan dari zikir (mengingati tuhan) itu sendiri, ketahuilah bahawa syaitan sudah berjaya melekakan hati anda untuk mengingati Allah kerana terlalu asyik melayan dikir itu sendiri. [hiburan yang melekakan].
Jika Dikir mengajak Zikir itu lebih menenangkan dari zikir itu sendiri, ketahuilah bahawa syaitan telah menang!
Baik datang dari Allah, buruk datang dari diri saya sendiri. Wallahualam
Banchong Village | Umbai | Melaka | 0153H | 26 April 2014