NIKMAT

 
hidup dibawah payungan iman adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan melalui lukisan tangan, tidak mampu diukir di hiasan ukiran, tidak mampu diadaptasi melalui tayangan, tidak mampu di tafsir melalui penulisan, tidak mampu di luah melalui lisan. Sungguh, telah datang kepadaku suatu perasaan yang mana benar-benar memperakui bahawa, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
 
 
Sesuatu kenikmatan itu boleh dirasai oleh setiap manusia dimuka bumi ini. Namun mereka merasai pelbagai kenikmatan yang berbeza sama ada dari segi penghayatan, perasaan dan apa yang mereka nikmati adalah berbeza. Ada yang nikmatnya pada makan yang sedap dan enak, ada yang nikmatnya pada melancong melihat alam, ada yang nikmanya tidur setelah keletihan melaksanakan tugas dunia yang hanya terhenti perhitunggannya di dunia. Ada yang merasai kenikmatan berada dibawah lindungan Al-Quran iaitu as-syahid sayyid Qutb.
 
Kenikmatan berada dalam islam itu terasa sangat indah. Tiada istilah yang mampu diungkai mengenai perasaan tersebut. Mencintai seseorang itu mudah diluahkan rasa cinta dan rindu. Boleh sahaja diluah melalui puitis cinta, boleh diukur dipasir dan batu, boleh digubah melalui kuntuman bunga dan senyuman. Boleh juga dilakar di muka buku dan ribuan tontonan lakaran itu menyukai, lantas percambahan dosa berlaku. Kenikmatan berada dalam iman itu lebih dari itu. Semua orang islam itu adalah islam, namun bukan semua orang islam itu adalah beriman.
 
Agak keterlaluan jika sekiranya aku memperumpamakan bahawa orang-orang islam kebanyakannya menolak kalam-kalam Allah. Mereka tidak memperakui perkara tersebut, namun hakikatnya mereka menolaknya. Jika orang islam ini dikatakan sebagai kafir mereka akan melenting, tidak ketinggalan ada juga yang menfailkan saman. Pada zaman nabi Muhamad SAW, hanya orang kafir sahaja yang menolak ayat-ayat dan hokum-hokum Allah. Namun zaman umat nabi Muhamad, islam itu sendiri yang menentang penyebaran islam. Sungguh, mereka belum berada dalam nikmat islam itu sendiri.
 
Bila mana Allah kata, jangan dekati zina, statistic orang melayu dan islam ini yang menjadi rank teratas pembuangan bayi. Apakah kalian menerima ajaran / arahan Allah?
 
Bilamana Allah kata jangan ambil arak. Lantas, orang Islam itu sendiri yang mengambil Arak. Apakah anda kira anda tidak menolak ayat-ayat Allah.
 
Bilamana Allah kata, taati ibu bapa, lantas kita yang bila mana disuruh melenting dan mengeluh. Apakah kita kata kita tidak menolak ayat-ayat Allah?
 
Bilamana Allah menyuruh kita untuk berjihad berjuang menegakkan agamanya, kita masih lagi tenggelam dengan nikmat dunia yang sementara. Apakah kita kira kita tidak menolak ayat-ayat Allah?
 
Maka, apa kurangnya kita dengan orang kafir? Allah, ayatku ini sungguh kasar bagi mereka yang tidak memahami secara reality dan hakiki. Bacalah dengan mata hati dan bukan mencari isi untuk dibangkangi.
 
Iman itu adalah sebuah mutiara yang sangat bernilai. Tidak dapat diwarisi dan dijual beli. Iman itu yazid wa yanqus. Bila mana naik itu susah dan payah, jatuh itu melulu terjunam. Bila mana merasai nikmatnya iman itu sendiri, dunia ini hanya dihujung jari. Mampu dikawal dan mampu dijentik jauh-jauh jika tidak diperlukan. Bukan dunia ini mengawal jari, bukan dunia yang mengawal diri, bukan dunia yang menguasai hati.
 
Pastikan dunia dihujung jari anda, bukan didalam hati anda.
 
Hanya dengan iman mampu meletakkan dunia itu sebagai item yang sekecil-kecil zarah dan melihat syurga itu sebesar-besar impian. Setiap mahkluk dimuka bumi ini adalah hamba Allah dan sentiasa berzikir kepada Allah. Walaupun binatang haram babi itu juga tetap makhluk Allah. Dia tetap berzikir kepada Allah meskipun dipandang hina oleh manusia. Sedang babi itu tidak pernah menghina manusia yang menyentuh perkara yang lebih haram daripada dia. Babi itu tidak pernah menghina dan mengkeji manusia yang bersentuhan dan bercumbu-cumbuan, tidak pernah mengatakan 'babi kau' kepada manusia yang menolak ayat-ayat Allah. Dia tetap pada tugasnya sebagai abid (hamba) dimuka bumi ini. Ketahuilah kalian bahawa, seharam-haram babi itu hidupnya lebih mulia daripada manusia kerana mereka sentiasa berzikir, sedang kita yang sentiasa menyalahkan babi itu berfikir tanpa zikir. Hanya mampu berfikir bagaimana caranya untuk menyamak perut yang sudah termakan babi tanpa berzikir mengenai kekuasaan Allah, tanpa berfikir dan meresapi sifat-sifat Allah. Hanya berfikir bagaimana mahu samak, tetapi tetap sahaja memasukkan yang haram seperti riba, gaji tanpa amanah, wang sogokan dan sebagainya.
 
Iman, dikejar pasti dapat meskipun lambat, jika ditinggalkan sebenar untuk dunia, pasti iman itu akan lari menjauhi. Wahai insan yang terpilih menjadi islam. Ketahuilah bahawa setiap helaan nafas itu, kerdipan mata itu, denyutan nadi itu adalah milik Allah. Tanpa izin rahmatnya, semua itu tidak akan berfungsi. Mereka itu tetap taat pada perintah Allah meskipun kita menzalimi mereka dengan tidak melaksanakan islam sebagai cara hidup kita. Setiap anggota badan kita ini islam, namun kita yang membentuk anggota badan kita ini melakukan perkara-perkara yang dia laksanakan itu islam, yahudi ataupun nasrani.
 
Sungguh, nikmat iman itu telah membuatkan aku jauh daripada kehidupan reality dunia. Wahai dunia, berhentilah menipu memberi kenikmatan sementara kepada aku. Sungguh, dirimu telah aku letakkan dihujung jari ini pada saat dan detik ini. Bila-bila masa akan aku jentik engkau pergi dari terus menguasai jiwa dan sanubari. Jangan tipu aku meskipun engkau Berjaya menipu jutaan orang-orang kafir bahawa dunia ini segalanya. Hakikat aku tahu, kehidupan hidup didunia ini diperumpakan sebagai sesaat. Banyak kata-kata Allah menegaskan yang dunia ini hanya hiasan, sekiranya kalian baca, sekiranya kalian faham.
 
Dunia kini hanya dihujung jari
 
 
30 Mei 2014 | 30 Rejab 1435 | 0432H | Universiti_Tarbiyah_Manusia_JDT(Jihad.Dakwah.Tarbiyah)


Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel NIKMAT Dicoret oleh NH pada hari Jumaat, 30 Mei 2014. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting NIKMAT
 

Lets Join Us