Laila itu milikku

[Kredit]

Hah,
Ari begitu letih,
1 jam terlebih kerja, bersama bukan mahramnya dia bersama.
Hati meronta ingin pulang,
Pulang ke pangkuan rumah kecil itu,
Meskipun saiz tu tidak mengambarkan kepuasan,
Namun cukup menenangkan.

Alat itu dibuka,
Namun tiada apa yang menarik perhatian dia.
Ditutup dan digapai penyapu itu.
Rumah kecil itu dirapikan.
Hanya sederhana,
Namun cukup bermakna.
Syukur, Allah memberikan dia perlindungan.
Cukup untuk dia berlindung.

Dalam keletihan,
Dia disapa temannya,
Dalam rancak perbualan dialam maya,
Tertidur tanpa sedar,
Letih yang datang entah mengapa,
Terjaganya dia lantas membersihkan diri.
Jarum itu malamnya ingin lewat,

Kewajipan dilaksanakan,
Kemudian ditelaah beberapa muka kitab itu.
Disambung semula menelaah alat bergambar dan berbunyi,
Yang kadang2nya ingin dibaling ke bumi kerana sudah usang ditelan masa usianya.
Wajar diganti kerana sudah tiada edisi.

Tertidur dibawah dinginnya tiupan angin kipas di langit rumah kecil itu.

Terjaga,
jam menunjukkan 0230
Indah, tenang. Tiada sedikit rasa ketakutan.
Terdengar suara,
Na, rupanya tv itu masih terbuka namun tiada gambar.
Tv itu peneman setiap malam, walau sudah semakin usang.
Mana tidaknya,
Tv itu mugkin sudah wujud sewaktu sekolah tadika ku.

Mata segar,
Walau letih,
Bukan kerana kerahan tenaga seperti seorang askar dilaksanakan siangnya,
Hanyalah kerahan minda,
Namun, keletihannya lebih letih berbanding kerahan tenaga seorang tentera.

Tenang,
Air itu membasahi wajah, tangan dan kaki.
Segar!

Sekali sekala terdengar bunyi kapal yang terbang.
Juga bisingnya serangga menjadi peneman.
Takut? Tidak pernah ada pada saat itu.
Walau duduk sendiri.

Allah,
Malam itu,
Kita bersama,
Hanya kau dan aku,
Aku menakluki malam itu,
Aku penjaga laila pada hari itu.
Indah, tenang...
Kekuatan luar biasa menerpa untuk terus bersamaMu.
Itulah tempoh paling lama pernah kita bersama.
Alhamdulillah,
Kau kuatkan aku, melawan nafsu tidur itu.

Usai,
Sukar untuk melelapkan mata,
Mungkin,
hanya 1jam tidurku.
Namun, terjaga dan bangkitku
untuk subuh itu,
Kuasa luar biasa menerpa!
Segar, amat luar biasa walau seharian malam sukar terlena.

Bila lagi kita akan bersama?
Pada malam yang seterusnya?
Akulah yang perlu berusaha,
Disamping kau penguat aku untuk bangkit!

Semoga kita bersua kembali,
Pada malam seterusnya!
Amin.

 

Lets Join Us