Beruang Panda Disusukan


[kredit]

Assalamualaikum.

Kesibukan apa yang membuat ramai manusia yang leka bahawa akhirat adalah selamanya dan dunia ini hanya sementara. Kesesakan apa yang dikejar oleh manusia sehingga manusia itu rela meninggalkan ketenangan yang luar batas dunia yang sekecil cuma berbanding seluruh alam semesta. Kecelaruan apakah yang difikir manusia sehingga memilih yang sementara berbanding yang kekal selamanya. Kejengkelan apakah sifat manusia yang membutuhkan kehormatan daripada manusia yang hina dan hamba berbanding keredoan Allah yang Maha Agung pemilik segala ciptaan. 

Ya, Allah itu tidak mencipta iPhone dan GoogleGlasses, tidak juga mencipta Asimo, apatah lagi secikai-cikai perkara seperti active sensor dan pasive sensor dalam pencapaian image remote sensing yang mana temporal resolution itu mampu membuat analysis statistik yang bakal berlaku pada alam akan datangnya dan sebagainya. Ya, Allah tidak mencipta teknologi seperti itu. Tetapi Allah itu hanya memberi sedikit dari ilmunya yang dipinjamkan buat manusia untuk mencipta teknologi itu. Maka siapa lebih hebat? Pencipta, atau yang memberi sedikit ilmunya agar manusia itu bisa mencipta? Had manusia hanya pada itu, sampai satu masa, ia akan lupus, rosak. Sedang ciptaan Allah itu, masya-Allah, sungguh sangat terbatas akal manusia untuk mengambil dan meneroka seluruh ilmu Allah itu bukan?

Celup jari anda dilautan, maka akan hadir titisan. Kurang dari itu. Ya, kurang dari itu ilmu Allah yang manusia tahu dari seluas lautan dunia seluruhnya. Maka, pelik sungguh manusia, berasa bangga dengan ilmu yang sekelumit cuma, titisan itu jika diratakan dipermukaan, ya. kurang beberapa saat sahaja tersejat ke langit menjadi awan. 

***

Negara ini sangat kaya, sehingga menyewa pasangan panda dari China. Suatu masa dahulu, Melaka melaksanakan hubungan diplomatik dengan negara China. Saya yakin, pada waktu itu, China duluan yang ingin mengadakan hubungan. Kerana apa? Melaka pada zaman itu sudah pasti berada pada zaman puncak kegemilangan. Bahasa melayu bahasa antarabangsa. Maka dapat bayang bagaimana gemilangnya Melaka? Gemilangnya Melaka adalah kerana agama. Apa ya agama yang gah pada waktu itu? Islam tentunya ya. Islam datang ke Melaka melalui pedagang arab. Sejarah bercerita, pedagan arab itu datang untuk berdagang rempah ratus. Itu cuma alasan mereka masuk ke Melaka. Tujuan utama mereka ke Melaka sudah tentu untuk berdakwah kepada penduduk Melaka untuk memeluk Islam. Siapa yang belayar dahulu merentas lautan? Orang Islam. Mana orang-orang Portugis, Belanda, British, Amareka, Jepun, Rusia? Mengapa mereka tidak datang dahulu meyebarkan dakyah mereka untuk agama mereka? Jawapannya, sudah pasti Islam itu berkembang ilmunya dahulu berbanding negara yang lainnya. Negara lain masih berada zaman gelap. Saya ulang, zaman gelap. 

Pelayaran tanpa GPS, perhitungkan tanpa Calculator, kejuruteraan perkapalan tanpa teknologi pembuatan berkomputer, perhubungan tanpa WhatsApp, GoogleStreetView, Waze dan Facebook. Ilmu tanpa PDF, tanpa Google. Tanpa Programming! Sekarang, jika belayar tanpa GPS hanya cerap bintang, orang kata, "Kau Gila?". Sekarang nak cari fakulti juga guna Waze. Berbicara depan semeja juga guna WhatsApp, 7 + 5 juga guna calculator. Cari ilmu dengan Google dan Facebook. Sehingga melepaskan tanggungjawab daripada dipertanggungjawabkan juga hanya boleh di pas-pas (forward) ke setiap group whatsApp.

"Aku sudah sampaikan, sekarang terserah kalian mahu sebarkan pada yang lain atau tak. Tanggungjawab aku dah lepas, kau tak sebarkan nanti kau tanggung kat akhirat"

Huh, semudah itu bukan? Jika nabi beralaskan alasan yang seperti level kain alas kaki seperti di atas tadi, maka kita ini ya, mungkin penyembah patung kepala satu berpuluh tangan itu. Boleh jadi kan?

Otak jadi celaru. Tapi dunia jauh lebih celaru dengan kehidupan manusia yang hidup telah lari jauh dari fitrah malah dibanjiri dengan fitnah! Maka kerana itu ya, Allah barangkali ingin menegur manusia melalui alam. Namun hebatnya manusia itu, membuat analisa dan hipotisis hingusan yang mana lulusan PhD pun kerakusan melepaskan hingusnya berebaran. Erhh, jijik dan memutuskan selera. Tapi itu hakikatnya manusia kelulusan tahap hingusan.

***

Banjir, satu isu yang membuka mata yang selama ini buta. Menghidupkan hati yang telah lama mati. Terbangkit tidur setelah lama terlelap dengkur. Bersabarlah wahai saudaraku. Kemenangan pasti tiba. Kebanjiran itu sebenarnya, pembersihan kepada setiap jiwa yang cinta pada tuhannya. Kebasahan bumi itu, kerana Allah itu ingin menghidupkan lagi jiwa-jiwa yang merdeka dari pelukan hamba kepada negaranya sendiri. Basahnya bumi itu kerana bakal terbit kesuburan tanah dari negeri itu. Bersabarlah, kerana musibah itu bukan menghukum, tetapi proses tafahum. Untuk membebaskan diri dari belenggu sempitnya bumi kepada kelapangan luasnya langit. 

[kredit]
Bumi itu, musnah. Tapi saya yakin, jiwa mereka masih gagah. Bumi itu miskin, tetapi jiwa-jiwa penduduk bumi itu kaya pada kesuburan hati yang basah cinta pada ketentuan tuhannya. Jiwa-jiwa yang percaya pada rahmat tuhannya itu luas dari apa yang dipinta mereka.

Saya yakin dan pasti, walau ramai terbuka mata, walau ramai terbuka jiwa dan hatinya. Namun akan tetap juga ada manusia yang berbagi kasih. Beruang Panda disusukan, sedang anak-anak mati kelaparan, kelemasan, kesejukan.

Berita yang digelapkan. Apakah malang nasib mereka. Kerosakan harta, musnah segalanya. Bumi itu kaya, tetapi kekayaan itu dirampas sang kuasa yang gila kuasa. Nak membangun? Susah. Mudahkan urusan mereka disana Ya Allah. Berdoalah saudaraku, 190, 000 himpunan doa orang yang dizalimi, insya Allah didengari seluruh penduduk langit walau penduduk bumi menutup telinga dari diperdengarkan. Kemenangan itu pasti untuk bumi itu, dan bumi ini. Tetap teguh! Kemenangan itu pasti saudaraku!

* dah tak reti menulis. Emosi terganggu dengan kerakusan kezaliman menimpa penduduk bumi itu. Maka penulisan dihentikan serta merta. Yahudi itu zalim. Termaktub dalam Al-Quran. Tapi,  aku tak sangka, saudara seakidah ini jauh lebih zalim! Kerana apa? Aqidah mereka bukan ber'ilah'kan pada Allah. Tetapi, hmmmm. Moga Allah campakkan hidayah buat mereka dengan sentuhan rahmatNya. 
 

Katak Pengembara


 
Membusuk hati yang riya' dimamah nanah yang berdarah,
tetapi dia bangga dengan keharuman yang diciptanya.
disangka indahnya itu bau syurga,
tapi malang, itu bau bahang rentung pahala yang dulu dijulang bangga.
Tiada guna pandai urus segalanya,
Jikalau yang lima tiada mampu terjaga.
Tiada guna jumpa orang 'besar-besar' 
Kalau tuhan yang Maha Besar masih tak jumpa-jumpa.
Tiada guna posmoterm berjela-jela,
Kalau tiada cerminan muhasabah bahawa diri sendiri yang hina.
Apa guna Allah mencipta manusia itu sempurna,
kerana manusia masih tetap merasakan kekurangan dan meminta-minta pada tuhannya,
tanpa dia taat tetap saja meninggalkan rakaat.
Merasakan diri sudah sempurna?
Ayuh semak wajibnya, subuh mana?
Belum kira tahajud tagih cinta pada tuhannya,
Laksanakan ia hanya kerana mohon petunjuk cinta dan melirih doa kerana kecewa.
Aahhh, belum taat tapi mengaku taat!
Sebelum saat meninggalkan tempat,
kembalilah taat dan segera taubat. 
 Al'asr,
mengapa bukan Assa'ah?
cantik olahan-Nya bukan?
 
 
Apa yang kita banggakan, sedang hati dahagakan iman. Aku lihat kemungkaran itu berleluasa. Terlalu membelenggu jiwa dan hati memberontak marah dan kecewa. Program itu dan ini, kertas kerja itu dan ini. Akhirnya apa? Syaitan bersorak gembira.
 
Budak-budak yang diperbudak-budakkan. Itu hasil yang dibanggakan? Itu kejayaan penggerak kakitangan syaitan, bukan kakitangan penegak iman.
 
Kata Syed Qutb, "Bermain lumpur". Tapi aku lihat mereka bukan bermain lumpur, tetapi melumurkan najis yang lebih berat dari muhaladzhoh! Apa yang dibanggakan? Mencari dana sana sini untuk bermain dengan najis? Majlis Perasmian Penutup Lumuran Najis? Ahh... Aku tahu ayat aku berat. Ayat aku ganas, ayat aku kelihatan aku kolot. Biadab. Tapi, siapa lebih biadab meraikan kemaksiatan (baca: melakukan dosa kepada Allah).
 
Ya, kau cari keberkatan dengan Al-Fatihah dipermulaan. Tetapi pengisian beratnya pada maksiat yang kau banggakan. Jangan perbodohkan aku dengan keberkatan yang kau syaratkan hanya pada Al-Fatihah dikumandangkan dipermulaan. Tetapi akhirnya tunggang-langgang. Laksanakan pelbagai pengisian sampai kelewatan tamatnya, akhirnya subuh mu kemana?
 
Hati aku menangis,
Aku zalim. Tersangat zalim.
Melihat adik-adik yang fikrahnya bersih, kini dilumur dengan kekotoran. Mentransformasikan minda mereka untuk cinta akan dunia. Ya, aku zalim. Jika aku pengarah program, aku laksanakan modul ISK kepada mereka! Itu baru nama Kem Transformasi Minda yang sebenar. Bukan me'restart' fikrah mereka untuk belajar-belajar dan terus belajar. 
 
Jika setiap fasi itu adalah dalam kalangan akhwat dan ikhwah, aku yakin, kelas itu adalah kelas 'Ustaziatul 'Alam'.

 
Ibrah (pengajaran) mereka hanya pada belajar-belajar sampai ke sudah. Tapi ibrah yang aku lihat dari setiap modul itu, jauh lebih luas!
 
Huh! Bukan setakat katak bawah tempurung moden yang dihiasi indahnya tempurung itu yang dicipta mereka, tetapi luar tempurung itu jauh lebih indah jika kita berani keluar dari tempurung mewah itu. Berani berhadapan risiko dimakan ular dan binatang karbivor yang lainnya. Berani berhadapan dengan laluan-laluan keletihan dan panjang. Kerana seekor katak yang dalam tempurung mewah itu, akan sentiasa merasakan dirinya cukup senang, tanpa sedar, tak kan ingin hidup dalam tempurung sampai mati dengan hati yang mati! Tanpa dia sedar, ada lori yang menghampiri tempurung mewah mereka dan menabrak tempurungnya. Lalu apa? Mati katak. Tanpa dia tahu, dunia luar tempurung itu jauh lebih indah! Jika katak itu mengembara, pasti dia melihat suasana yang tidak pernah dia jumpa. Tidak pernah dia rasa. Maka pemikiran katak itu akan terbuka luas. Dia akan Nampak, langit itu sangat tinggi, bulan dan bintang itu sangat indah, air hujan itu sangat dingin dan sejuk, api itu sangat panas.
 
Katak yang diberi kordinat tujuan pengembaraan yang menjanjikan tempat yang jauh lebih cantik dari pandangan sepanjang pengembaraan pasti akan terus berjalan sehingga tiba pada titik keindahan itu. Kerana dia sudah Nampak keindahan-keindahan sepanjang perjalanan walau penat, tapi dia percaya, makin jauh perjalanan, makin luas pemandangan. Pemandangan apa? Pandang bahawa Allah itu lebih dari segala apa yang dia lihat. Jauh lebih indah dari apa yang dia pernah lihat sepanjang pengembaraannya.
 
Mungkin katak itu tidak sempat tiba di titik kordinat itu. Ya, bayang sahaja seekor katak dari Malaysia melompat-lompat ingin ke Paris atau mungkin ke Kota London? Bila saja akan tiba tanpa menaiki kapal terbang? Tetapi dia sudah dapat gambaran keindahan Kota Paris dan Kota London, dia tetap bersemangat meneruskan perjalanan. Jika pengsan dipertengahan jalan sekalipun, paling tidak sia-sia, dia tetap merasakan kenikmatan perjalanan yang panjang sepanjang pengembaraan. Dan pasti, pengembara itu membawa buku catatan, kemana tujuan perjalanannya. Sudah pasti, ada tangan yang mengangkat si katak pengembara itu dan meletakkan jasadnya yang kecil itu ke destinasi idamannya. Sedar-sedar dari pengsan, katak itu tergamam, "Wah, Kota Paris ini jauh lebih indah dari apa yang digambarkan oleh kawan-kawan aku, jauh lebih indah dari gambar yang diupload di facebook dan tweeter" 
 
Si Pengembara Katak Moden. Ada facebook dan tweeter. Meninggalkan kemewahan tempurungnya yang ada wifi dan astro. Dulu goyang kaki depan tv dan computer. Lalu berkata,
 
"Wah... Cantiknya Kota London. Besnya kalau dapat kesana!"
 
Tanpa ada apa-apa tindakan mencari wang untuk membeli tiket kesana. Kerana dia selesa dengan sofa empuk itu. Walau dia tahu, London itu jauh lebih cantik dan indah dari tempurun 'mewah itu'. Tidak mahu bersusah payah mencari wang, walau dia tahu kepuasan jika dapat ke tempat itu.
 
***
 
Ok merapu.
 
***Puisi diatas adalah puisi dalam kefuturan.
Menghiasi futur dengan tidur dan dengkur, membiarkan iman tersungkur-sungkur.
Kemana usaha menarik iman, agar jika mati, adalah secebis iman, jangan sampai ada secebis kefuturan.
 
 
 
 
12 Oktober 2014 | 1312 | 17 Zulhijah 1435
Universiti Tarbiyah Manusia | Jihad Dakwah Tarbiyah
 
 

Dalil Garam

Diskelimer: Dialog hanya rekaan semata-mata. Maka baca menggunakan mata hati, ambil ibrah (pengajaran) dari cerita ini.

Gambar Hiasan


Ini garam memang sangat menyusahkan, memudaratkan tetapi jika digunakan secukup rasa, sangat melazatkan! Bukan ingin disalahkan pada garam yang membuatkan orang darah tinggi, tetapi salahkan orang yang melebihkan garam pada kadar yang sepatutnya. Cara makan garam pun nabi Muhammad SAW ada ajar caranya bukan? [Correct me if I wrong]
 
 
"Aku lebih makan garam dulu dari kau, kau jangan nak ajar aku. Umur baru setahun jagung dah pandai nak berdalil itu ini"
 
Maka sila larikan diri daripada mengeluarkan dalil 'makan garam' dulu. Golongan makan garam ni sememangnya berpengalaman, dan sudah pasti darah tinggi semakin tinggi kalau kita cuba menegur golongan makan garam ini.  Huh! Peluh besar.
 
Jika kita golongan hingusan ini menegur,
"Pakcik, kenapa pakcik tak rapatkan saf?"
"Aish, masjid ni besar, kosong tak ada orang. Buat apa nak berimpit-impit. Kau ni lah"
 
"Makcik, Nampak rambut la. Meh saya betulkan" [badget sweet]
"Eyh tak payah la, Masukkan nanti keluar balik rambutnya. Tak pa, Allah faham la nak"
 
"Wak, aku tengok, kau ni rajin berzanji la. Bagus tu. Tapi kan wak, kalau mengaji (baca Quran) lebih baik kot wak. 1 huruf banyak pahalanya tu wak"
"Ala kau ni, wak dah lama tak praktis berzanji ni. Rentaknya dah banyak lupa dan banyak lari. Ni wak nak catchup balik ni." [Fuh, wak ni cakap BI tu ==" ]
 
Ada orang backup, "Kau ni, biar lah dia nak berzanji pun. Dah pandai nak persoal orang punya ibadah nampak. Kau jangan ingat kau belajar tinggi-tinggi kau boleh nak mempersoalkan orang nak buat apa? Bukan dosa pun."
 
"Ha ini lah, kalau budak baru nak hidup, dah pandai nak mempersoalkan apa yang orang tua buat. Aku ni makan garam dulu dari kau orang ni tahu. Dulu tak ada pula masalah-masalah macam ni, itu tak boleh, ini tak boleh. Aqidah orang-orang yang tak sekolah macam aku ni kuat je. Tak macam budak sekarang, sampai terberanak sana sini, bunuh mak sendiri la, lari rumah la, rogol sana sini."
 
Okeh, peluh besar
 
Golongan makan garam ini hebat pengalamannya, tidak boleh dinafikan. Banyak makan garam bukan sahaja membuatkan penyakit darah tinggi, tetapi penyakit bangga diri. Benar, zaman dulu-dulu tak ada masalah rogol-rogol ni dan lain-lain lagi. Berkawan lalaki perempuan pun tak ada masalah, tak ada masalah mengandung semua tu. Ya, benar. Tetapi janganlah terlalu angkuh dengan pencapaian itu.
 
Pada saya, zaman tersebut masyarakatnya bertatasusila, bermoral, kuat pada pantang larangnya, takut dan patuh pada orang tuanya. Tetapi tidak takut pada tuhannya. Huuoi! Berani anda mengeluarkan kenyataan sedemikian pada golongan makan garam ni? Baik-baik, bertenang. Tarik nafas panjang dan mengucap. Serap sifat Allah bahawa Allah suruh kita bersabar.
 
Ehem, fikir banyak kali juga untuk keluarkan kenyataan ini. Tapi renunglah ya. Mengapa saya kata tak takut pada tuhan? Ya mari kita lihat antara hujah saya yang tak berapa bernas ini:
-Mereka tidak bertudung
-Malah mereka pakai kebaya. Angkat kening you
-Berapa ramai ada kesedaran untuk solat?
-Bergaul lelaki perempuan walau sudah akil baligh
 
Tapi saya tidak pernah menyalahkan golongan makan garam ini dengan menghukum terus. Saya tahu, dakwah pada zaman tersebut tidak sehebat dakwah sekarang. Saya tahu, golongan makan garam ini tidak mempunyai kefahaman yang jelas terhadap Islam itu sendiri. Selain itu, antara asbab utama jauhnya golongan makan garam ini pada peraturan Allah yang sebenar-benarnya adalah kerana penjajahan yang ratusan tahun lamanya di bumi bertuah ini.
 
Zaman kegemilangan Melaka yang mana terkenal dengan perkembangan pesat Islam pada waktu itu sangat mengujakan. Saya kira, pada zaman tersebut adalah sezaman dengan kerajaan Uthmaniah. Yang mana Islam telah mencapai tahap Ustaziatul Alam. Ya, Islam telah menguasai dunia seperti mana Amerika sekarang menguasai dunia. Hebatnya dakwah zaman tersebut sehingga meletakkan status Melayu itu mesti Islam. Islam itu masih kekal sehingga sekarang walau gerakan freemanson menyebar dakyah mereka beratus tahun lamanya ditanah melayu, tetap orang melayu ini pada agamanya.
 
Tetapi, orang melayu hanya berbangga dengan Islamnya, namun sebenarnya islam itu sendiri tergadai tanpa sedar dalam diri orang melayu itu sendiri. Maka sekarang, kebanggaan orang-orang makan garam ini adalah, warisan agama nenek moyang mereka. Samalah seperti orang kafir Quraish Makkah yang berbangga pada agama warisan nenek moyang mereka. Bila mana nabi Muhammad SAW berdakwah kepada mereka, mereka malah menjawab,
"Hey, kami makan garam dulu dari kau lah".
[Ok, mengarut cerita ni]. Tapi lebih kurang lah :3
 
Bila golongan hingusan ini cuba membetulkan fikrah (cara berfikir) golongan makan garam ini kepada pemahaman agama yang sebenar, dan menginginkan golongan makan garam ini turut merasai kemanisan iman yang dirasai, ingin mereka turut rasa bergetarnya hati membaca ayat-ayatNya, indah dan tenangnya jiwa bila mana digambarkan syurga oleh pencipta mereka. Merasa rindu pada kekasih Allah bila membaca kisah-kisah baginda dalam Al-Quran itu sendiri. Memandang alam langsung dapat melihat Allah melalui sifat-sifatnya. Melihat rancangan-rancangan di television segalanya adalah dosa percuma. Dan yang utama, golongan hindusan yang kurang makan garam ini ingin memimpin tangan bersama-sama masuk syurga. Sumpah!
 
Golongan hingusan ini kadang diamnya kerana tidak mahu menimbulkan perbalahan dalam agama. Senyum dia bukan kerana kalah hujah, tetapi melalui senyum itu, hati dia basah dan retak tak terbelah. Basah hatinya kerana menahan sebak air mata. Golongan hingusan tegurnya bukan menunjuk dia pandai ilmu agamanya, alim, bukan. Golongan ini cuma mahu golongan makan garam itu turut merasai apa yang golongan hingusan ini rasa. Tiada langsung sifat aku sudah pandai agama, maka aku kene tegur orang yang jahil ini. Tidak!
 
Golongan hingusan ini menangis dalam diam, sampai bila pemikiran golongan makan garam ini kembali pulih kepada fikrah yang sebenar. Golongan makan garam yang asal boleh, meletakkan dalil akli melebihi dalil quran itu sendiri. Semberono mengeluarkan fatwa.
 
"Asal salam tanpa nafsu, tak ada masalah. Saudara tu! Ikut sangat cakap ustaz yang entah pape tu. Dorang nak popular je tu"
 
"Sebab tu lah aku malas nak baca buku-buku macam ni, macam-macam hukum keluar. Dulu aku hidup ada agama juga, tak da lah sampai itu tak boleh, ini tak boleh. Islam ni kan mudah."
 
Bila golongan hingusan ini mengambil mudah atau terkhilaf, maka mudah menghukum.
"Kau ni, belajar tinggi-tinggi, bodoh juga. Aku ingat dah pandai sangat."
"Iman kau ni tak kuat juga ya, aku tak da lah sampai bla... bla... bla..."
 
"Kau ni, dah pegang kucing, batal tu air sembahyang!"
"Mana ada, basuh jela tangan bukan batal pun."
"Haih, susahlah cakap dengan orang yang terlebih pandai ni. Ikut lah ajaran kau tu. Aku lepas tanggungjawab"
 
Golongan makan garam ini, susah untuk memasukkan gula dalam perisa. Kerana rasa masin itu sudah melekat kuat pada lidah. Mendekati dan berdakwah pada golongan makan garam ini lebih payah dari berdakwah kepada orang bukan islam saya rasa. Golongan makan garam ini hebat cara berfikirnya, tajam! Kerana terlalu tajamlah, meletakkan dalil dan fatwa seolah-olah menghafal setebal-tebal kitab, menghafaz al-quran bersanat. Menggunakan satu ayat untuk berhujah.
 
Golongan hingusan ini tidak pandai agamanya, tetapi golongan hingusan ini telah terbayang syurga. Sebabtu mereka menegur. Kata Dr M pun, saying pemimpin ditegur-tegur. Maka saya sayang pada golongan makan garam ni, saya menegur.
 
Saya sudah cukup pening dengan masalah para pentaksub gerakan Islam yang kadar segera tertegak Khilafah seperti ISIS sehingga memenggal kepada kepada mereka yang menolak cara mereka. Masalh aqidah masyarakat yang semakin tenat. Masalah fikrah golongan makan garam yang masinnya susah nak hilang pada lidah mereka. Masalah saya sendiri melawan nafsu sendiri. Nafsu ini banyak jenis. Maka, tolong berfikiran terbuka.
 
Moga diri diberi kekuatan untuk terus tsabat dijalan ini. Jalan yang susah kerana syurga itu indah!
 
Saya tetap bersalah dalam masalah ummah, akidah, fikrah. Kerana saya tidak menjalankan kerja dakwah dengan bersungguh-sungguh. Aseef atas segala kekasaran dalam berbahasa.
 
Wallahu'alam

 

Selamat Datang ke UTM Skudai, JB

Tasik Ilmu UTM, JB

Assalamualaikum. Ahlan wa sahlan!

Memandangkan keputusan UPU kemasukan 2014 / 2015 sudah keluar, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih untuk meneruskan perjuangan menuntut sebahagian daripada ilmu Allah ni. Bagi mereka yang tidak berjaya untuk terpilih meneruskan perjuangan, percayalah bahawa kalian terpilih untuk disayangi Allah lebih kerana Allah menguji kalian dengan kasih sayang melalui cara Dia. Bukan bermaksud yang terpilih Allah tak sayang, tetapi itulah cara Allah melimpahkan rahmatNya dan memberi ujian kepada setiap hambanya. Terpilih dan tak terpilih adalah ujian, sama ada kita mensyukuri atau mengkufuri dengan ujian.
 
Post pada kali ini adalah dikhususkan kepada bakal pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tahniah! Tahniah! Tahniah kerana anda yang membaca ini sudah pasti bakal melanjutkan pelajaran di sini.
 
Mari saya beri sedikit gambaran tentang UTM JB ni, mudah untuk dicari, keluar tol sahaja ambil signboard Skudai dan akan ada signboard ke UTM. Lebih mudah, sekarang masing-masing sudah ada GPS kan? ;)
 
Saya hanya beri sedikit gambaran tidak rasmi mengenai UTM ni. Saya bukan Majlis Perwakilan Pelajar apatah lagi Pegawai Pendaftaran, tetapi hanya terasa terpanggil untuk anda mendapatkan sedikit gambaran mengenai UTM sebelum anda klik 'SETUJU' pada tawaran tersebut. Atau mungkin yang dah setuju, untuk membuat persiapan apa yang perlu.
 
Sebelum itu, saya bercerita berdasarkan pengalaman saya tahun lepas. Kalau tahun ni lain cara, saya minta maaf ye. hehe
 
UTM ni besar, tersangat-sangat besar sehingga saya juga belum habis teroka Tanah UTM ni. Hehe. Ada banyak pintu masuk, dan yang pasti pintu masuk semasa pendaftaran nanti adalah di pintu masuk utama. Ada banyak kolej (asrama penempatan pelajar) yang mana setiap kolej adalah berdasarkan fakulti dan campur lelaki dan perempuan dalam satu kolej ( tapi lain-lain blok ye). Ada juga kolej yang hanya dihuni siswi (pelajar perempuan) seperti Kolej Tun Fatimah (KTF) dan Kolej Datin Sri Endon (KDSE). Semasa pendaftaran jangan risau, tak jem sangat kot kerana ada pegawai keselamatan yang akan memberi arah kolej yang bakal diduduki. Pendaftaran adalah di Kolej Kediaman masing-masing, bukan di Fakulti. Hari seterusnya baru akan daftar di fakulti sebagai pelajar.
 
Bilik sudah ditetapkan (lain kolej, lain cara) maka tiada perlu risau orang seterusnya (bila beratur) adalah roommate anda jika anda tidak berkenan dengan insan tersebut. hehe. Selepas daftar kolej, boleh terus masuk bilik dan kemas-kemas apa yang patut. Mungkin akan duduk bilik berdua, mungkin akan duduk bilik perseorangan. Petang hari yang sama akan bermula orientasi mahasiswa baru. Oh ya, di kolej hanya sediakan tilam, maka cadar, bantal adalah Sdn. Bhd. :p
 
Pendaftaran di fakulti sebagai pelajar pula adalah mengikut jadual yang disediakan. Dalam minggu orentasi juga akan buat kad matrik. Tetapi untuk pendaftaran kesihatan di Unit Kesihatan mengikut tarikh yang tertera pada surat yang dilampirkan. Tak ikut pun tak pa sebenarnya, tapi bagi memudahkan urusan kan. X-ray dari luar yang baru dibuat contoh baru buat bawah 6 bulan tak silap, boleh digunakan untuk kegunaan UTM. Tapi bawa sekali lah. Sebab x-ray tak leh banyak kali buat dalam tempoh yang dekat-dekat dan jimat kos x-ray nanti dan jimat masa tak perlu beratur buat x-ray. hehe
 
Sepanjang orentasi, jangan risau, tiada buli membuli ni. Tak la stress seperti orentasi di UiTM. Bagi pelajar asasi UiTM atau dari Diploma UiTM akan tahu hal ini. hehe. Orentasi ni rilex-rilex je. Hot sangat bila pergi dewan besar, akan lawan chill (betol ke eja?). Tapi banyak aktiviti di kolej masing-masing.
 
Makanan disediakan sepanjang minggu orentasi, maka jangan risau, usah risau. Bagi perempuan, bawalah tudung hitam dan putih sebagai backup (terutama KTF) sebab mungkin nak Nampak sama dan mudah kenal bila ke dewan besar untuk program-program di sana. Ramai kot, campur-campur kolej, bila sesat jangan menangis. hehe

ATM? Ada CIMB, Bank ISlam dan BSN. Maybank ada, tapi jauh.

Untuk kos lain saya tak tahu, tetapi bagi mereka yang akan mendaftarkan diri sebagai pelajar Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, kita adik beradik. hehe.

Nak cerita sikit pasal kursus Sarjana Muda Sains (Geoinformatik). Tahu GPS? yang guna di handset untuk tahu jalan tu? Ya, itu sebahagian dari bidang dalam kos ini. Ingat kes MH370 yang mereka kata satellite, radar, remote sensing? Itu yang bakal kita belajar. Ada sedikit programming, statistic, buat peta, ukur tanah sikit, matematik sikit, fizik sikit. Subjek lain-lain yang wajib ambil macam Bahasa Inggeris, Keusahawanan, Tamadun Islam (wajib ambil walau bukan islam) kokurikulum (2 semester). Bagi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik, hardcore sikit dari geoinformatik. Bukan nak takutkan, tapi sedikit meletihkan dari geoinformatik. Kenapa? Geoinformatik ni banyaknya kerja-kerja dalam office, geomatik ni kerja-kerja utama adalah ukur tanah dan lebih pada kerja lapangan. Tapi jangan risau, geomatik best! Akan belajar ukur tanah (dengar macam bosan kan? serius best. Mungkin beberapa sem baru jatuh cinta dengan kos ni. hehe), belajar astronomi, hydro, kejuruteraan, satellite, dan lain-lain lah.



Untuk pengecualian kredit, bila-bila boleh buat.

Kokurikulum wajib adalah selama 2 semester. Badan beruniform berelaun (yang saya tahu) yang ada, PALAPES (Tentera) darat dan Laut, KOR SUKSIS (Polis). Ini adalah selama 3 tahun.Bagi Palapes masa diploma dulu, boleh minta pengecualian kredit 2 semester yang penting ada salinan watikah (sudah disahkan) dan hantar ke unit kokurikulum.  Sukan ada macam-macam. Dan yang bestnya UTM nie, ada 3 game sunnah. Apa? 3 game sunnah nabi tu ialah, Memanah, berkuda dan berenang. Kelab pun banyak. Ada kelab Debat, kelab kaunseling, kelab photography, kelab anak setiap negeri, dan macam-macam lah. Kelab keagamaan pun ada. Semua agama utama di Malaysia macam Islam (Ofkoz), Kristian dan Hindu. Budha tak pasti.

Akan ada satu hari dalam minggu orentasi nanti ada buat hari kokurikulum. Maka anda akan tercengang, terpinga-pinga, rambang mata. Tak tahu nak masuk uniform apa, tak tahu nak masuk game apa, tak tahu nak masuk persatuan apa. Silat ada, taekwando ada, macam-macam lah. Persatuan untuk agama Islam pun banyak. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Kelab Rakan Pusat Islam, Kelab Iqra. Maka sebelum menulis nama tu, Tanya betol-betol, bukan apa, nanti pening kepala bila SMS banyak masuk dalam inbox untuk hadir pelbagai program. hehe. wah!

Kepada mereka yang nak sangat-sangat Usrah, boleh lah tinggalkan email di comment ni ya. Boleh la kita kenal-kenal (untuk perempuan je ye. Lelaki, no no no). hehe. Usrah ni apa?

Setiap persatuan islam itu ada usrahnya, tetapi bagaimana pembawakan usrah tu penting juga. Berhati-hati dengan risalah yang tidak meyakinkan sebagai contoh ajak berniaga ke, jual produk-produk ke,  ajak pergi forum-forum, seminar-seminar di luar UTM yang mana nama penaja atau pengelola tidak dikenali atau pelik-pelik, atau tak pernah dengar. Bukan apa, langkah berhati-hati kan. hehe

Ha,, sesiapa yang baca word 'usrah' ni dan allergic dengan perkataan ini (terutama adik-adik dari sekolah agama), jangan risau, usrah sekolah adalah 180 darjah berbeza dengan usrah di university. Serius! Best gile. tapi tak la sampai gila. hehe.

Untuk apa-apa soalan (terutama pasai usrah), jangan malu-malu, Tanya je. Tanya pengalaman ke. nak Tanya pasal PALAPES dan SUKSIS pun boleh.

Tahniah kepada adik-adik semua kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian di sini. Best UTM ni, ada itik dan tasik, rusa, kuda. hehe. Dalam beribu-ribu permohonan, anda terpilih. Ohsem dan jangan lupa untuk besyukur. Sebab ramai orang yang bila diberi nikmat, lupa untuk bersyukur. Apa salahnya buat sujud syukur sikit, tak pun ucap Alhamdulillah. ye dop? hehe

See u September nanti ya! All the best.

Segulung ijazah bukanlah suatu kayu ukur kita berjaya, tetapi yang lebih penting dari itu, cara kita meraih ijazah itu, apakah dengan cara apa yang Allah mahu, atau apa yang Allah murka. Pointer bukan kayu ukur tahap ilmu kita, tetapi keberkatan pada ilmu yang lebih penting. ok beb? Bye3.
 

Terhubung Ke Langit

[Diskelimer: Diolah bahasa dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia, bukan sepenuhnya tapi hampir sempurna salinannya. Dipetik dari Tajuk Terhubung Ke Langit intipati daripada buku Dalam Dekapan Ukhwah karangan Salim A. Fillah. Pihak penaja tidak bertanggungjawab jika tak faham kerana bahasa yang penulis ini gunakan terlalu tinggi sehingga saya sendiri tak faham bagaimana untuk mengolah ayatnya. Hanya sekadar perkongsian yang mana penulisan beliau membasahkan sangat membasahkan hati]

Langit Senja de Ayer Keroh [Sekadar Hiasan]

Bedirimu diwaktu malam, sujudmu yang dalam
mengukuhkan hatimu melebihi gunung membiru
lalu kau terima beban untuk mencintai semesta;
membagi senyuman ketika kau terluka,
memberi minuman ketika kau dahaga,
menghiburkan jiwa-jiwa ketika berduka
 
 
Seharusnya dia beristirehat dimalam hari. Siang demi siang terasa panjang, melelahkan, dan menyesakkan dadanya. Ke sana kemari dia menyusuri Makkah hujung ke hujung, berbisik dan berseru. Dia mengajak orang satu persatu, kabilah suku demi suku, untuk mengimani risalah yang diamanahkan kepadanya.
 
Dia kadang terlihat di puncak Shafa, membacakan ayat-ayat yang dibalas dengan cacian, penghinaan yang menjijikkan dari pakciknya sendiri. Dia kadang harus pergi meniggalkan satu kaum dengan dilempar batu kearahnya dan kotoran sambil digelar gila, bomoh, ahli sihir. Dia kadang sujud di hadaan Kaabah, lalu seseorang akan menuangkan setimba isi perut unta ke kepalanya, atau menjeratkan selendang ke leher di saat dia rukuk. Dia kadang harus menangis dan mengumumkan ketidak dayaannya melihat sahabat-sahabatnya yang lemah disiksa, disaksi pada mata sendiri. Kejam dan keji.
 
Dia sangat lelah. Jiwa serta raga. Dia sangat payah. Zahir mahupun batin. Tenaganya melemah. Luar mahupun dalam. Seharusnya dia berehat dimalam hari, meski kegusaran tetap menghantui dirinya. Tetapi saat Khadijah membentangkan selimut untuknya dan dia mula terlelap dalam kehangatan, sebuah panggilan dari langit memaksanya terjaga.
 
"Hai orang yang berselimut. Bangunlah dimalam hari kecuali sedikit. Separuhnya, atau kurangilah yang separuh itu sedikit. Atau tambahlah atasnya, dan bacalah Al-Quran dengan tertib" [Al-Muzammil 73 : 1-4]
 
Untuk apa?
 
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat" [Al-Muzammil 73 : 5]
 
Seberat apa?
 
"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah hancur disebabkan takut kepada Allah" [Al-Hasyr 59 : 21]
 
Itu kalimah yang berat. Itu beban yang berat. Beban yang gunung-ganang tidak sanggup untuk menanggung. Beban yang dihindari oleh langit dan bumi. Tetapi Muhammad harus menerimanya. Dia harus menanggungnya. Maka hatinya harus lebih kuat dari gunung. Maka jiwanya harus lebih perkasa dari bumi. Maka dadanya harus lebih lapang daripada lautan. Kerana dia harus bangun di waktu malam untuk menghubungkan diri dengan sumber kekuatan yang Maha Perkasa.
 
Maka Sang Nabi pun bangkit. Dia solat.
 
Solat itu adalah kewajiban baginya. Solat itu menjaga dia dari kemungkaran dan kekejian. Dia rukuk. Maha Agunglah Allah dan dia memuji Ilahi. Lalu Allah mendengarkan doa orang yang memujiNya, dia menjawab derap-derap permohonannya yang bergelora. Dia sujud. Maha Tinggi Allah. Dan dia merasakan betapa dekatnya, betapa mesranya, betapa asyiknya bicara pada Rabbnya dalam hening, mengadu, berkeluh, menceritakan kisah tentang segalanya. Tentang beratnya tugas, tentang lemahnya daya dan kekuatannya.
 
Lalu dia memohon kekuatan agar mampu memikul amanah itu. "Ya Rabb", lirihnya. "KepadaMu tempat aku untuk mengadu lemahnya dayaku, kurangnya usaha, dan kehinaan aku di hadapan manusia. Wahai Yang Paling Penyayang di antara para penyayang, Engkaulah Rabb orang-orang yang lemah. Engkalulah Rabb ku... Aku berlindung dengan cahaya wajahMu yang menyinari segala kesukaran dan yang keranya urusan dunia dan akhirat menjadi baik, agar Engkau tak menurunkan murkaMu kepadaku... Tiada daya dan kekuatan kecuali daripadaMu.
 
Maka Allah menjawab, mencurahkan rahmat kepadanya sebagai cinta dari langit untuk ditebarkan di bumi.
 
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berkeras hati, tentulah mereka menjauhkan dari sekelilingmu" [Ali Imran 3 : 159]
 
Dalam dakapan ukhwah, kita rindu mewarisi keteguhan Sang Nabi. Dalam dakapan ukhwah, kita rindu dicurahkan rahmatNya hingga mampu berlemah lembut pada sesama manusia. Dalam dakapan ukhwah, kita berharap tiada yang lari dari sisi kita kerana kekerasan sikap dan kekerasan hati kita. Dalam dakapan ukhwah, kita berambisi dipuji Allah seperti Sang Nabi, "Sesungguhnya engkau berada diatas akhlak yang agung."
 
Maka dalam dakapan ukhwah kita pun bangkint, menegakkan solat, dan mengundang cintaNya dengan segenap ketaatan yang terjangkau oleh kemampuan kita.
 
Orang-orang yang terhubung ke langit, adalah orang-orang yang menanggung beban untuk membawa manusia ke jalan cahaya. Mereka menjadi manusia-manusia dengan ketahanan menakjubkan dalam menghadapi dugaan sesama bertitah. Mereka menjadi orang yang paling teguh hati, paling berlapang dada, paling sabar, paling lembut, paling santun, paling ramah, dan paling ringan tangan. Keterhubungan dengan langit itu yang mempertahankan mereka atas garis paksi kebajikan, sebagai bukti bahawa merekalah wakil yang sebenar-benarnya dari kebenaran.
 
***
 
Kita adalah umat nabi Muhammad, kita adalah pewaris tugas rasul. Rasul itu kita sedia tahu apa tugasnya. Terima untuk dirinya dan juga wajib untuk menyampaikan. Maka kita juga dibebani dengan tugas itu.
 
Seperti mana makhluk dalam kepompong, setelah bebas, tiada pilihan lain dia perlu terbang menghiasi lukisan bumi.
Seperti mana air, setelah mendap takungannya, tiada pilihan lain dia perlu bertebaran membasahi bumi.
Sepertimana matahari, setelah hilang diwaktu malam, tiada pilihan lain, dia perlu tetap muncul disiang hari menyinari dunia ini.
Seperti itu juga manusia, selain melaksanakan tugas untuk dunia, tiada pilihan lain dia juga harus sebarkan kebenaran dan kebahagian ke seluruh bumi.
 
Al-Quran itu diberi kepada Muhammad SAW untuk disebarkan kepada umatnya. Maka Al-Quran itu adalah juga untuk kita. Kalimah yang berat itu sepertimana firman 59:21, tiada pilihan lain, kita yang menanggunya. Sedang gunung pasti hancur menerima ayat itu, kita perlu lebih seteguh gunung untuk menggalas beratnya beban itu.
 
Allahu, menangis dikala dini hari. Apakah kita mampu mengalas beban ini. Maka pohonlah kekuatan langsung dari langit dikala manusia yang lainnya berehat. Maka kita berehatlah dalam mencari kekuatan dari tuhan. Sekiranya manusia yang lainnya tahu bahawa kalimah syahadah yang dibawa itu berat, tersangat-sangat berat. Saya yakin, tidak akan ada manusia lena tidurnya, selera makannya. Tidak akan ada manusia yang akan tersenyum gembira. Bimbang, kerana bimbang setiap manusia yang dia selisih semasa didunia, akan menuntut haknya, mengapa tidak diberi peringatan kepadanya sehingga dia dipersoal dan dipertanggungjawabkan atas mengapa dia melakukan kemurkaan kepad Allah.
 
Kita sudah akad janji pada Allah, sebelum roh ditiup pada jasad. Tiada pilihan lain, kalimah syahadah harus ditegakkan. Syahadatul Haq! Moga kita diberi kekuatan. Ameen


 

Selamatkan GAZA, Bebaskan PALESTIN

[Diskelimer: Moga tak sakit jantung dengan penulisan ini. Hanya berharap mereka yang dalam kalangan tarbiyah sahaja yang baca. Tetapi saya tidak bertanggungjawab jika orang luar tarbiyah membaca ini tanpa pemahaman yang jelas]

kredit
Dunia hari ini terlihat zalim pada manusia. Semua seolah buta melihat banyaknya nyawa tekorban. Semua terpekak dari mendengar pekikan sakitnya ditahan, jiwa-jiwa yang cintakan keamanan dan kedamaian. Mulut seolah bisu dan terkelu membatu dari menyuarakan kebenaran. Maka hadir jiwa-jiwa, walau tiada ikatan darahnya, tetapi kerana ikatan aqidah yang terbina, lantang bersuara menyemarakkan solidaritinya keatas kekejaman dunia yang rata-rata mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat, mempunyai telinga tetapi tidak medengar, mempunyai mulut tetapi membisu. Maka, terkukuhlah firman sang tuhan akan ayatnya dalam surat Al-Araf 7 ayat 179.
 
Bagaimana rakusnya musuh Allah ini membunuh jasad-jasad yang masih belum sempat mengenali bertapa kejamnya dunia, masih belum sempat merasai nikmatnya kehidupan dunia diluar kepompong semenanjung itu. Begitu tiada hatinya mereka membunuh anak-anak kecil yang masih belum tahu berjalan lantas dituduh 'pengganas.
 
Bagaimana terkenalnya mereka dengan kecerdikan mengeluarkan produk-produk ternama, membina laman sosial yang kini diguna jutaan pengguna, penguasa ekonomi dunia dan sememangnya diperakui mereka adalah golongan antara yang terpandai di dunia. Tapi sayang, kerana kurniaan itu, dari dahulu mereka sombong berkata, 'kami golongan terpilih'. Sehingga Allah itu menghentikan pemberi peringatan ratusan lamanya agar mereka tetap dalam kesesatan. Benar, kalian golongan terpilih dan dipilih oleh Allah untuk menjadi bahan pembakar, kalian terpilih untuk tertutup hati dari mengenali hakikat yang sebenar, kalian terpilih untuk tidak dipilih menjadi ahli syurga yang mana nyawa dan jiwa yang kalian banggakan kerana melayangkan nyawa, mereka lagi sedang gembira ria di sana. Dahulunya kalian pernah dikurniakan makanan dari syurga melalui rasul kalian, akan tetapi kalian masih tetap meminta makanan kalian sepanjang perhambaan kalian dengan raja yang mengaku tuhan. Ya, kami kenal kalian dengan sifat bangga diri, sifat tanpa hati, sifat penakut, sifat tak tahu bersyukur dan segala macam sifat telah kami ketahui. Kerana kami punya kitab yang menceritakan tentang hal kalian agar memberi pelajaran buat kami.
 
Penegakan menentang keganasan oleh puak zionis dikecam hebat oleh manusia yang mempunyai hati. Walau tidak terikat aqidah yang sama, tetapi hati-hati ini masih belum buta, masih hidup. Terima kasih kepada NGO yang bergerak hebat dalam usaha memperjelas dan memperjuang hak kemanusiaan kepada masyarakat. Dahulu masyarakat kurang jelas, mengapa dan kenapa. Walau orang Islam sendiri yang masih terpingga-pingga mengapa perlu boikot, mengapa perlu pertahankan Gaza, mengapa tidak lari sahaja selamatkan nyawa. Jazakallah wa jazakillah atas usaha kalian.
 
Begitu banyak nyawa tekorban, namun zionis tetapi tidak mampu membunuh hati-hati manusia itu dari cintakan kematian. Tetap tidak mampu membunuh semangat juang walau ribuan jasad bergelimpangan. Tetap tidak dapat menawan Gaza walau guna pelbagai senjata teknologi perang.
 
Zionis, walau tinggi IQ kalian, tetap tidak dapat menandingi kecerdasan Hamas yang dibantu tentera sang tuhan. Walau canggih teknologi kalian, tetapi kecilnya hati kalian sendiri pada kematuan tidak mampu mengalahkan Hamas yang rindukan kematian.
 
Saya disini tidak selesa dengan empuknya tilam dan bantal, tidak selesa dengan badan yang diselimut lembut kerana memikirkan saudara di Palestin. Kadang saya cemburu pada ikatan aqidah yang begitu hebat dalam kalangan pejuang, pemuda malah anak-anak kecil. Jiwanya sudah terikat, 'Allah'. Berbeza dengan kami di sini, dikala jatuh ibu wa ummi yang dipanggil. Cemburu pada iman mereka yang tetap cinta pada syurga. Cemburu pada mereka kerena sudah pasti ke syurga. Cemburu pada mereka kerana mereka telah Nampak syurga dalam kehidupan mereka. Berbeza dengan kami disini, masih melihat dunia sebagai segala-galanya.
 
Bila saya melihat ratusan jasad para syuhada, menangis dan gembira. Disulami cemburu yang membuak-buak. Hati terdetik kata,
 
"Jika bukan kalian yang memenuhi syurga, mana mungkin kami ini yang masih tertipu dengan dunia akan memenuhi syurga"
 
Gazzah, sudah nyata syurga selepas kematian kalian. Terus berjuang. Kami mendoakan.
 
Maka apa peranan kita?
 
Mantapkan aqidah, kerana itu kekuatan islam yang paling ditakuti yahudi.
 
Malaysia, nama ini sudah dipetik Israel sebagai tempat memberi latihan kepada Hamas. Kemungkinan perang bakal berlaku. Bukan saya minta, tetapi segala yang diberi itu ada 'kebaikan'nya. Perkataan kebaikan itu, perlu dihurai panjang. Namun cukup saya katakan, perkataan kebaikan itu, segala yang dihadapi, diberi, dihadap walau berbentuk dugaan, kesakitan, keperitan, kesusahan, musibah adalah kebaikan jika kita mengambil hikmah dari segala bentuk yang diberikan kepada kita.
 
Ramai antara kita yang sembang kencang mahu cincang jika zionis datang serang. Ya, saya juga mempunyai semangat ingin menembak tepat kepala-kepala yang mengagungkan bintang ini. Bila lagi mahu praktikkan dari lapang sasar ke sasaran sebenar. Musuh Allah. Ya, saya akui saya juga mempunyai semangat itu.
 
Tetapi kembali kepada jiwa, kita hanya mempunyai senjata dan bilangan anggota yang ramai. Tetapi kita kekurangan jiwa yang mengakui sebenar benarnya bahawa Allah itu yang patut disembah, Rasul itu yang patut diikut, Al-Quran itu yang patut di turut. Kaabah itu sebagai qiblat yang harus dihadap rukuk dan  bersujud. Kita kekurangan jiwa yang mempunyai roh.
 
Kita mahu tentera seperti Al-Qassam, mantap fizikal, mantap mental, mantap aqidah. Kita ada segala kemantapan cuma satu kita tiada. Akidah kita masih melemah malah tiada. Mengapa kata tiada aqidah. Saya minta maaf, pemahaman saya terhadap perkataan aqidah lain.
 
Aqidah yang sebenar-benarnya, memperakui bahawa Allah itu tuhan. Dengan sebenar-benar perakuan. Ramai yang mengaku Allah sebagai tuhan, tetapi tiada langsung meresapi keesaan Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi segala segala penciptaan.
 
Saya mahu bertanya, berapa ramai tentera kita yang solat? Berapa ramai tentera kita yang solat berjemaah? Berapa ramai tentera kita bukan kaki perempuan? Berapa ramai tentera kita yang tidak minum arak? Berapa ramai tentera kita yang tidak pegang perempuan (bagi lelaki) dan lelaki (bagi perempuan). Berapa ramai tentera kita yang baca Al-Quran. Jika baca juga tidak, mana mungkin mahu difahami, dihayati, diresapi malah dihafal. Sekali lagi saya minta maaf, tentera yang saya maksudkan bukanlah diajukan kepada Angkatan Tentera Malaysia, tetapi tentera-tentera (manusia) yang ingin menentang zionis habis habisan.
 
Peralatan sudah ada, mental dan fizikal telah tersedia. Maka, kita perlu perkuatkan rohani kita. Itu yang zionis gentar. Bagaimana muslim itu benar-benar merasai bahawa sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara.
 
Mahukan perang di Malaysia?
 
Siapa yang mahu perang? Sudah tentu tidak mahu. Tentera-tentera Israel juga takut mahu perang inikan kita yang cintakan kedamaian. Namun sekali lagi, jika ia adalah kebaikan, mengapa tidak disegerakan?
 
Huh! Pemikiran yang terlalu extreme!
 
Saya yakin, jika ada kesusahan baru mencari tuhan. Baru ingat kematian. Baru sedar dunia hanya singgahan. Maka akidah dibina. Tentera-tentera Allah muncul. Islam sebagai cara hidup. Manusia kembali memahami agama bukan hanya mengenali islam sebagai nama, perkataan yang tercatat di Ic. Paling tidak mati dalam perang yajg mana hati ingat tuhan. Bukan mati di jalanan kerana rempitan, mabukan, kemaksiatan. Kadang saya menjerit, mengapa tidak Malaysia diserang, jika itu akan mengembalikan pemahaman manusia kepada Islam itu sendiri.
 
Huh! Exrtrem. Aseef jidan.
 
Apa beza kita dengan Palestin?
Sama-sama ada manusia, sama-sama makan dan minum. Sama agama. Ternyata ada bezanya. Kita senang mereka susah. Kita aman, mereka terpecah dimusnahkan. Kita Islam pada nama, mereka Islam segalanya.
 
Kita tenggelam dalam kenikmatan keselesaan. Maka saya sangat takut, sekiranya nyawa saya ditarik pada saat iman menjunam jatuh, pada saat melakukan maksiat, pada saat tidak melakukan kerja dakwah.
 
Penulisan kali ini tidak memberangsangkan. Kerana menahan sakitnya badan. Moga diberi kesembuhan. Apalah sangat sakit ini dari sakit saudara saya disana.
 
Maaf atas segala keterlaluan cara saya berfikir.
 

SAMPAH

Kredit
 
 
[Diskelimer: Ada istilah-istilah hyperbola yang mampu membuatkan anda menyampah, tak puas hati, nak lari dsbg. Ada juga istilah yang tak difahami. Maka saya tak bertanggungjawab kalau ada yang bunuh lipas dan lipan kerana melepaskan geram. Eh]
 
 
Sampah.
 
Lebih sinonim dengan bahan atau barang yang telah dipakai dan tidak mahu digunakan lagi serta tiada manfaat lagi untuk pengguna. Contoh mudah, coklat yang dibungkus dengan kertas pembalut itu fungsinya untuk melindungi isi kandungan daripada tercemar. Akan tetapi fungsi pembalut itu sendiri sangat penting bagi melindungi coklat yang sedap dan enak itu. Maka jika coklat itu ingin dimakan, lalu dibuang pembalutnya dan pembalut itu sudah tiada apa-apa manfaat.
 
Itu pendefinasian yang tidak seharusnya dinafikan melainkan anda mempunyai pendefinasian lain sehingga saya tidak mampu untuk menafikan pendefinasian anda. Rasanya ramai insan-insan yang berjiwa sastra mampu mendefinasikan lebih baik daripada saya. Para ilmuan akan mendefinasikan melalui falsafahnya, para saintis akan mendefinasikan yang mana akan dikaitkan dengan istilah-istilah sainsnya, para ilmuan agama akan mendefinasikan melalui istilah-istilah agama mereka, dan budak-budak usrah akan mendefinasikan perkataan itu melalui pandangan tarbiyah mereka.
 
Namun setiap pendefinasian dan penafian adalah berdasarkan kepada pemahaman setiap individu itu sendiri. Jika mengambil sisi putih, maka putih yang akan dia terima. Jika dia memandang dengan sisi hitam, maka hitam yang dia terima. Maka jika saya menggunakan perkataan sampah, penerimaan individu terhadap perkataan itu adalah berdasarkan keterbukaan cara dia berfikir dan berdasarkan pemahamannya.
 
Tajuk sampah ini muncul kerana saya mendapat idea daripada sahabat saya yang mana beliau mendefinasikan jauh lebih hebat daripada pendefinasian saya.
 
Semasa di bulan ramadhan yang lalu, saya dan dua orang sahabat fillah saya berhajat untuk beriktikaf sehingga subuh keesokkan harinya di Masjid Putra. Dalam menghiasi malam tersebut daripada terus terbongkang tidur kerana letih terawikhnya [konon] dan kerana menghadap jalan yang jem pada petangnya, kami sepakat untuk borak-borak di dataran yang berada di hadapan Masjid Putra dan juga bangunan Pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Putrajaya.
 
Sedang mencari tempat-tempat untuk, kami memilih duduk bersebelahan dengan taman menghadap jalan besar dan berbelakangkan bangunan pentadbiran. Dalam mendapatkan keselesaan, ada pakcik tukang bersih [kebiasaan masyarakat gelar sebagai 'Orang Pungut Sampah']. Pakcik tersebut senyum dan lantas memberikan salam kepada kami. Saya yang terpingga-pinga lantas menjawab salam tersebut. Terus terpingga-pingga kerana mengambil ibrah (pengajaran) daripada pakcik tersebut.
 
Teringat zaman Nabi SAW, baginda yang terdahulu memberi salam kepada para sahabat tanpa para sahabat sempat memberikan salam kepada baginda SAW. Rindu zaman itu.
 
Pakcik sampah itu tugasnya memungut sampah, walau kerjanya nampak jijik, sering diherdik, tetapi kejijikan itu lah yang membersihkan kawasan yang kotor. Mengharapkan sang pengherdik memungut sampah tersebut? Huh, si pemungut sampah juga dianggap jijik bagaimana mahu dia memungut sampah tersebut.
 
Orang yang membuang sampah merata-rata akan memberi alasan,
 
"ala~ nanti orang tukang sampah tiada kerja nak buat. Duduk lepak-lepak bawah pokok gelak-gelak. Makan gaji buta".
 
Jika kita memudahkan rusan orang lain, maka Allah akan mudahkan urusan kita. Kita tahu tapi kita tak faham tentang hal itu. Maka wujudlah kata-kata riak seperti diatas. Susah-susah. Sebenarnya dialah sampah yang tidak seharusnya ada dimuka bumi ini. Aih, kasaq bahasa. Well, 'INI LAPANG SASAR, JIKA TERKENA, ALHAMDULILLAH'
 
Pakcik sampah itu kerjanya nampak jijik, kotor, tapi kerja luarannya itu langsung tidak mengotorkan hatinya lantas terus sahaja mendoakan kesejahteraan orang lain melalui salamnya. Tidak pernah bangga dengan kerja yang dilakukan dengan berkata,
 
"Kalau aku tak ada, kotor tempat ini tahu".
 
Berbeza dengan orang yang kerja pangkat tinggi-tinggi lantas berkata,
 
"Kalau bukan kerana idea aku diajukan kepada datuk Bandar, tempat ini tak akan maju, rakyat kat sisi tidak akan senang".
 
"Kalau bukan aku yang beri sumbangan kat masjid ni, masjid ni tak jadi macam ni sekarang".
 
"Kalau bukan aku yang bagi tahu soalan bocor, kau tak dekan sem ni". Eh. Okeh merapu.
 
***
(Adaptasi dari pendapat / huraian / ibrah sahabat saya)
 
Jika dipandang dari sudut tarbiyah dan dakwah, begitulah sang da'e. Da'e (pendakwah / pemberi peringatan / penjaga tepi kain / penceramah jalanan / penyampai / si poyo / Teletubis ) diibaratkan sebagai sang pemungut sampah.
 
 
Tujuan sang dae itu adalah untuk membersihkan hati dan memberi segala yang terbaik agar islam terus difahami bukan sekadar diketahui. Terus menjadi cara hidup bukan sekadar terletak pada IC. Sang Dae itu sering dicemuh, dipandang serong, dipertikai tugasnya, dipandang jijik oleh masyarakat  seperti mana dipandang jijik dan kotornya si pemungut sampah. Walhal tugas si pemungut sampat itu lebih mulia dari mereka yang berjawatan tinggi tetapi menipu, rasuah, makan gaji, joli sana sini, bila ada mensyuarat, buat di hotel besar-besar, mewah-mewah. Alangkah baiknya bersederhana seperti apa yang diajar nabi.
 
"Ah! Kau tak habis-habis nabi, kemon la, dah maju kot. Kene ikut trend la der".
 
Kita mengaku umat nabi, tapi pertikai ajaran nabi. Jangan tangisi jika nabi tak mengaku umat kat akhirat nanti.
 
"Eleh, kau kata kau tak nak kahwin, nabi tak mengaku ummat tahu! Pakai jubah bagai, facebook islamik sana sini, hadis saje status kau, tak nak salam dengan bukan mahram, harooom katanya. tapi tak nak kahwin, kau engat nabi mengaku umat?"
 
Hah, cakap itu berdasarkan ilmu bukan berlandaskan nafsu. Sehingga menunjukkan kebodohan tanpa ilmu. Hanya itu hadis yang anda tahu? Anda yang bersalam sama bukan mahram, anda tidak menegur yang tidak bertudung, anda zalimi isteri anda / suami anda, Terbuka aurat, dan segala sunnah nabi tak buat, segala ajaran nabi tak laksanakan, anda fikir nabi mengaku ummat hanya kerana anda telah berkahwin? Wahai!
 
Bila kita (Da'e) ini memberi nasihat, share ilmu-ilmu agama yang kita tahu dengan niat agar mereka tahu. Melalui kerendahan hati sambil menjaga niat dan berdoa kepada Allah agar tidak tersasar langkah serta diberi kekuatan, para da'e ini menegur, memberi nasihat, memberi pendapat kerana mereka mahu keharmonian manusia hidup dengan islam itu sendiri. Kerana dia sayang, dia menegur. Kerana dia ingin masuk syurga bersama-sama, dia menasihat. Para da'e ini berdakwah bukan kerana untuk lepas tanggungjawab daripada dituntut diakhirat, tetapi untuk menarik tangan orang sekelilingnya untuk bersama-sama berpimpin tangan menuju pintu syurga. Sebab itu sentiasa sahaja datang menjaga tepi kain orang lain erti kata lainnya. Jika tidak, sudah cukup buat para da'e ini menegur sikit-sikit dan,,
 
"ok bye. Semoga kita berjumpa di syurga. Aku dah memperingat, ang tak mau dengaq lantak pi sama ang"
 
=_= " Peluh besar kalau para pendakwah begini buruk perangai.
 
"Ok so? Boleh stop tak? Tak habis-habis lagi ke?" Kata orang yang disantuni.
 
Tersentap hati, kita berusaha untuk menyantuni hatinya, kembalikan dia ke arah pemikiran yang sepatutnya, malah itu yang dihala kepada kita? Cabaran. Dakwah itu adalah jalan yang jarang-jarang orang lalui, kadang-kadang sahaja yang kuat, yang lainnya acap kali jatuhnya kaki terus berdarah. Lantas hati patah untuk terus melangkah dalam jalan yang berduri itu. Namun, syurga itu motivasinya. Dia tetap melangkah kerana dia nampak sepanjang jalan yang berbatu dan berduri itu ada syurga. Dia juga tahu bahawa masuk syurga itu bukan sorang-sorang. Kerana itu dia tidak jemu untuk terus menyantuni hati. In Sya Allah. Moga diberi kekuatan.
 
Tugas dakwah itu mulia tapi dipandang hina. Sama tugas seperti memungut sampah, mulia tapi dipandang kotor. Daie itu memungut sampah-sampah dan membersihkan kawasan sekitarnya agar tampak indah dan segar, tetapi selepas dipungut diindahkan, masih ada lagi orang yang membuang sampah. Malah diherdik benci seolah-olah dia begitu suci.
 
Daie ini tetap sampah, kotor dirinya. Tapi setidakknya bukahlah yang mengotorkan malah dia yang membersihkan walau dia sendiri kotor. Bila kita menasihat, kita bukanlah malaikat. Si daie ini sedar, dia bukanlah sempurna dan sentiasa meraih pahala dan bersih dari dosa. Hakikat dia juga berlambak dosa kurang pahala. Sentiasa khilaf. Dia berusaha membersihkan dosa yang ada sambil mengajak orang lain bersama-sama. Saya ulang, dia (dae) juga sampah.
 
Jika bukan kerana pemungut sampah ini yang kotor jijik lagi hina ini mahu memungut sampah dan membersihkan kawasan yang bersampah, apakah kita mengharapkan orang yang membuang sampah itu dan perasan dirinya bersih dan cukup bersih itu akan memungut sampah? Jauh. Moga diberi hidayah.
 
Bila diberi peringatan dan nasihat, terbukakan hati. Bukan apa, risau hatinya mati. Tertutup rapi daripada mendengar nasihat. Die ini dia sedar, walau dia berpakaian macam [konon] ustazah, tetap buat salah. Tidak pernah dia fikir dia sudah cukup bagus untuk mengajak orang laik ke arah 'bagus' tu. Dia juga fikir apakah dia kuat atau lemah dalam menegur. Ego? Buang jauh-jauh. Perangai syaitan tu.
 
Wahai Dae, jangan menyerah dan berasa kalah pada kebatilan, kerana yang haq tetap akan menang. Yakin Allah itu membantu, jangan buntu. Kerana kita sayang kita hulur tangan membantu, walau yang bakal ditarik bangun itu menarik kita jatuh bersama. Bangunlah semula dengan kekuatan tarbiyah yang terbina.
 
Kata Budak Tomato,
 
Dae Mana boleh Menyerah!
 
Sang dai ini memungut sampah kerana dia tahu, sampah tu berguna jika dikitar semula dan lebih mahal harganya daripada fungsi yang asal :)
 
Saya juga dari sampah dan selamanya sampah. Dipungut oleh sang pemungut sampah yang dahulu juga adalah sampah. walau sampah masyarakat sekalipun, tetap dipungut.
 
 
 
 

Puas atau Puasa

Kredit
 
Adalah masih belum terlambat untuk mengucapkan salam ramadhan kepada semua kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah diberi kesempatan waktu oleh pemilik waktu untuk tidak menzalimi blog ini dari tersarang dan dimakan anai-anai.
 
Ramadhan atau dalam Bahasa Malaysianya ialah Ramadan. Ada orang yang sibuk mempertikaikan perkataan Ramadan dan Ramadhan tanpa menyibukkan diri dengan persiapan menghadapi bulan mulia itu. Ada yang belum masuk Ramadhan sudah mula sibuk membuat persiapan menghadapi Syawal. Ya Muslimun, keberkatan Ramadhan yang dinanti atau kemeriahan Syawal yang dirai. Apabila sunnah memakai baju baru yang dikejar-kejar sehingga terlupa keberkatan pada bulan ramadhan itu adalah lebih baik dipersiapkan. Apabila 10 malam terakhir kita mempersiapkan rumah dan perkakasan sehingga terlupa bahawa lailatul qadar yang sepatutnya dikejar sudah keciciran. Sepatutnya dalam bulan ramadhan itu dibanyakkan sedekah tetapi lebih meletakkan amal memberi duit raya pada bulan syawal. Seharusnya solat 5 waktu itu dilaksanakan secara berjemaah namun solat sunat itu lebih meriah. Maka, ada yang solatnya 2 kali dalam setahun secara berjemaah di masjid dan yang lebih teruk, solatnya 2 kali dalam setahun. Iaitu solat hari raya. Bila mana para ustaz dan ustazah ini tidak melaksanakan solat sunat hari raya, maka timbul desas desus masyarakat bising mempersoalkan kenapa tidak melaksanakan solat sunat hari raya seolah-olah dia full time berjemaah 5 waktu berjemaah di Masjid.
 
Wahai Jemah dan Jeman sekalian, kalian sudah terbiasa dengan solat Jemaah itu hanya pada solat jumaat dan solat sunat hari raya. Mungkin juga solat jenazah. Kita sering mengejar sunnah sekali sekala sehingga terlupa ada sunnah yang lebih besar dari itu yang kita tinggalkan. Kita memegang, "Setahun sekali, rugi tak pergi". Apakah kita fikir, setiap hari, jam, minit, saat dan detik itu juga  adalah datang hanya sekali dalam seumur hidup? Kita terleka dengan penipuan angka yang di'loop' (baca:berulang). Yang mana setiap hari ada 24 jam, setiap minggu ada 7 hari, setiap tahun ada 12 bulan. Oleh kerana itu kita tidak menghargai setiap detik yang datang sekali dalam seumur hidup itu.
 
Analogi mudah, jika kita terjumpa sepuluh sen, kita tidak akan mengambil, tetapi jika kita jumpa RM10 sudah pasti kita ambil. Nilai 10sen itu sangat mudah untuk dimasuk didalam tabung-tabung masjid, namun nilai RM10 itu amat berat. Walhal ia akan mendapat jumlah yang sama jika dikumpul. Barangkali kita terpukau dengan jumlah yang besar dan sekali sekala datang itu. Begitu juga dalam ibadah, masyarakat seolah-olah bermegah-megah dengan solat sunat tarawih dan solat sunat hari raya sehingga mengabaikan hal yang wajib.
 
Apa yang wajib? Mungkin ada yang jarang-jarang solat fardunya, tapi mengancam solat tarawikhnya. Ada yang solat sunat aidilfitri atas tujuan menunjuk-nunjuk bajunya, tudungnya yang bling2 dan tabbarujnya kepada masyarakat. Ada yang usai solat sunat hari raya langsung membuka tudung dan menunjukkan gaya rambutnya yang bewarna-warni. Itu kebiasaan yang dilihat. Belum menyentuh kepada kewajipan yang sepatutnya dilaksanakan. Berapa ramai yang mengimarahkan solat sunat tetapi masih melakukan maksiat (baca: dosa). Baju berjubah tetapi sendat, berbaju kurung tetapi terbelah kain, tangan, kaki, rambut. Aurat wanita yang kita belajar semasa sekolah rendah itu dari mana sampai mana? Mengapa kita tidak memeliharanya. Malah dengan bangga mengupload di laman social. FB nya sunyi tetapi istagramnya riuh dengan logo love yang banyak. Menutup aurat dengan sempurna itu bukan untuk para ustazah, anak-anak ustazah, 'muslimah' (seperti kebiasaan masyarakat gelarkan kepada mereka yang bertudung labuh), tetapi semua perempuan islam yang mengaku Allah sebagai tuhan, Muhamad sebagai rasul, Al-Quran sebagai kitab, Kaabah sebagai Qiblat. Apakah kalian fikir syurga diciptakan untuk para ustazah, 'muslimah' dan ustaz sahaja? Apakah kalian fikir yang neraka itu hanya untuk orang-orang kafar sahaja. Maka, dimana tempat kalian diakhirat kelak? Kalian mengakui bahawa Allah sebagai tuhan, tetapi mengapa mengingkari perintah tuhan? Jika bos memarahi kita kerana tidak menurut arahan, kita sudah takut, tetapi bersenang lenang melanggar perintah tuhan yang menciptakan kita, malah bermegah-megah dan bangga dengan kemurkaan Allah yang telah kita laksanakan. Bila mana Allah murka, kita didustakan, maka tiada sebarang teknologi yang mampu menyekat kekuasaan Allah. Bila mana ditimpa azab dari Allah, tiada sempat kita untuk tweet, moment, FB dan ista.
 
Kegawatan ekonomi dunia dan Negara sangat membimbangkan, namun kegawatan pemahaman dalam agama, langsung tidak dihiraukan. Bila mana masyarakat menjadikan ibadah sunat dalam bulan puasa itu sebagai amalan tradisi turun temurun, maka ruginya umat muhamad ini melepaskan keberkatan yang terdapat dalam bulan Ramadan itu sendiri.
 
Bulan Ramadan bagi ahli ibadah itu adalah bulan yang ditunggu-tunggu. Persiapan mereka adalah beberapa bulan sebelum bertemu Ramadan agar dalam bulan tersebut dapat menjalankan ibadah dengan lebih baik penghayatannya dan kesempurnaan perlaksanaannya. Merasai nikmat berpuasa kerana Allah semata-mata itu bukan hanya semudah dilontarkan dengan kata-kata, dan mampu dinilai dengan mata, tetapi dirasa dihati, dan iman semakin sebati dalam diri. Ayat Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:183 yang mana diperintahkan kepada orang-orang yang beriman agar berpuasa, supaya bertaqwa. Perkataan orang beriman itu bukan lah juga diberi secara mudah kepada orang islam sama seperti gelaran dato' dan datin. Iman itu perlu dicari, digali sehingga terasa bahawa dunia itu adalah tiada apa-apa manfaat. Hanya cintakan akhirat, rindukan syurga, ingin bertemu tuhannya dengan kadar segera. Taqwa itu juga mudah diungkap dengan kata-kata, tetapi ketaqwaan kepada Allah dengan sebenar-benarnya adalah payah dan susah. Allah menyuruh orang beriman untuk berpuasa. Maka persiapan kita bertemu ramadhan untuk berpuasa ialah membina iman dahulu sebaik mungkin, maka barulah kita dapat merasai berpuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga, menahan lidah dari berkata-kata dusta, memekakkan telinga dari kemaksiatan yang mampu menggugurkan pahala. Berpuasa sehinga perasaat taqwa itu terbit. Tiada perkara yang jauh lebih indah selain merasai kemanisan iman itu sendiri.
 
Tidakkah kita terfikir, bagaimana orang yang miskin hidupnya mampu melemparkan senyuman, dan orang kaya masih tetap bermasam muka. Manusia mengukur kekayaan sebagai kebahagiaan dan kemiskinan itu adalah kesusahan. Mereka tidak merasai kemanisan itu adalah suatu nikmat yang tidak dapat dilemparkan dengan kata-kata yang seindah bahasa sekalipun.
 
Ramai yang berpuasa tetapi tidak solat. Sedangkan solat itu adalah perkara paling asas dalam ibadah. Ramai yang solat tetapi tidak menutup aurat, maka apakah maknanya kita solat tetapi tetap tidak capai ketaqwaan kepada Allah kerana masih tetap melanggar perintah Allah. Muslim yang sebenar-benar muslim itu, akan tertunggu-tunggu kehadiran ramadhan dan menangisi kehadiran syawal. Namun kebanyakan mengeluh dengan kehadiran ramadhan dan meraikan syawal. Kerana apa, kerana mereka berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga. Maka apa bezanya puasa kita dengan puasa orang kafir? Mereka juga berpuasa, namun langsung tiada perasaan ketaqwaan kepada Allah.
 
Berpuasa itu mendidik kita untuk berlapar dan dahaga agar tertunduk nafsu. Namun, mata merenung tajam juadah-juadah di bazar dan membeli mengikut nafsu, makan sebanyak mungkin sehingga terlupa bahawa salah satu manfaat berpuasa adalah untuk kesihatan. Maka jangan mempersoalkan mengapa kita berpuasa namun masih tidak kurang berat badan, masih ada darah tinggi dan obesiti. Masih ramai orang islam yang berpenyakit. Jangan disalahkan puasa, tetapi salahkan kepada orang yang berpuasa tanpa mengikut sunnah!
 
Kadang kita mengeluh, mengapa perlu separuh jalan puasanya walhal lagi 15 minit masuk waktu berbuka. Maka, belum mencapai lagi tahap ketaqwaan kepada Allah. Puasa itu masih pada tahap menahan lapar dan dahaga. Jika puasa kerana Allah, tiada masalah walau hanya tinggal seminit waktu berbuka tetapi terbatal puasanya.
 
Puas atau puasa? Puaskah kita berpuasa penuh, puaskah kita bertarawikh penuh, puaskah kita dengan menunaikan solat sunat hari raya dengan baju baru? Puaskah? Jika kita inginkan kepuasan, maka kepuasan itu yang diperoleh. Jika kita berpuasa kerana ketaqwaan, moga Allah beri perasaan taqwa itu kepada kita. Ameen.
 
Wallahu'alam. Semoga ramadhan kali ini, kita benar-benar mendapat ketaqwaan kepada Allah seperti yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah di atas.
 
Kita adalah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan
 
 

Lets Join Us