PALAPES dan Tarbiyah



Apa yang anda tahu tentang PALAPES? ROTU ke? Perkataan PALAPES tersangat sinonim dengan sesiapa yang belajar di university tempatan. PALAPES ini ringkasan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau dalam bahasa orang putihnya ROTU yang membawa maksud Reserve Officer Training Unit. Biasanya budak-budak palapes ni akan lebih gemar menggunakan perkataan Rotu dari palapes. Mungkin. Saya ini bekas PALAPES. Hidup sebagai seorang pelajar dan kadet sangat mencabar. Perlu pandai menuruti atau membahagi jadual hidup yang mana kehidupan sebagai budak rotu tidak akan sama dengan budak awam. 


Bekas itu mungkin keluar dari Palapes, dan mungkin sudah habis. Mungkin bekas kerana keluar sebelum habis. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pengalaman hidup zaman dulu-dulu. Apa yang budak palapes buat, ada yang tidak boleh diketahui umum. Ikrar kami, memegang rahsia negara dengan seketat-ketatnya. Tapi, ini bukan rahsia negara bukan? Ya, bukan rahsia negara. Jika dibongkar apa yang budak palapes buat, risau akan ada pihak ketiga buat laporan polis kata anak teranaya, anak dipukul, anak dibuli, anak kene reging dan sebagainya. Maka keluarlah perkeliling dari Kementerian Pengajian Tinggi kepada unit-unit Palapes ni bahawa, ketua latih dan jurulatih adalah tidak dibenarkan sama sekali memberi punishment kepada anggota Palapes jika mereka bla… bla… bla… Tidak boleh bla… bla… bla… Maka, barisan kedua pertahanan negara ini mahu dibayar untuk melahirkan sampah? Ops, agak melampau perkataan sampah itu. Benar, sampah boleh diertikan dengan perkara yang tidak berguna. Maka, jika budak-budak palapes ini semua tidak boleh dikenakan, kualiti yang bagaimana harus dihasilkan? Kosong. Membazir duit. Hello, barisan kedua angkatan tentera. Jika Lahad Datu itu diserang, sehingga kekurangan anggota, maka yang geng-geng palapes ini lah yang akan meneruskan perjuangan. Tapi, terguling sikit dah termuntah, bagaimana?

Meluahkan perasaan ke apa? Stop.


Seiring dengan tajuk. Mungkin agak poyo tajuk tersebut. Palapes dan tarbiyah tidak akan terpisah? Saya memang bekas palapes, tetapi hasil didikan yang diajar semasa disana masih terbawa-bawa kerana sudah terbiasa dan menjadi tabiat. Maksud? Mohon pencerahan. Maksud terbawa-bawa ialah, cadar mesti mahu tegang, telekung mesti mahu gantung kemas, baju harus lipat ikut warna dan rata, baju dan tudung harus diseterika bagi nampak bucu, meja dan almari mesti kemas, tidak mahu ada habuk termasuk di suis kipas dan lampu. Bilik mesti bersapu, wangi. Pergi kelas mesti awal, kalau pakai seluar pergi kelas nampak janggal. Tidak boleh terpisah.


Jadi, tarbiyah itu apa kaitannya dengan palapes? Saya masuk palapes sebelum terjumpa tarbiyah dan hidayah. Maka saya jumpa disiplin dahulu baru jumpa tarbiyah. Dahulu disiplin cuma kerana ikut undang-undang, kemas bilik kerana arahan, turun training awal untuk mengelakkan kelewatan, berpakaian kemas kerana etika, memberi salam kerana terpakasa, memberi hormat kerana takut tersekat. 


Selepas terjumpa hidayah yang datang entah dari mana, tarbiyah itu yang membentuk diri sebagai seorang palapes muslimah. Err, tak muslimah sangat lah. Tetapi, sebelum bertindak mengikut arahan tuan itu, saya akan pastikan setiap arahan yang bakal saya lakukan itu terkait dengan arahan tuhan. Menepati syariat tuhan sebelum menurut arahan tuan. Kehidupan sebagai palapes bersama tarbiyah ini sangat mencabar. Islam itu mendidik ada peraturannya, manusia mendidik tidak semua menepati seruanNya. Ada yang mesti saya buat dalam palapes, tidak berapa suka oleh Allah. Jika dulu, follow the rule, selepas terima tarbiyah, nak follow the rule akan refer semula pada pembaris Allah. Na, mencabar sungguh jika bergelar palapes muslimah. 


Dulu selalu dipanggil palapes. Seolah-olah empunya diri ini namanya Palapes. Dulu selalu pegang, budak palapes mana boleh nanges. Palapes kan kuat. Tapi ramai orang tak sedar, palapes itu manusia juga. Palapes bukan anggota komando yang hatinya kering. Ada yang kata, palapes tak kan lah nanges, palapes kan hati kering. Allah. Teruk sangat kah budak-budak palapes ni sampai dicop hati kering. Kuat sangatkah budak-budak palapes ini? Fizikalnya mungkin Nampak hebat dan kuat, tapi hati kami ini tetap milik Allah. 


*** [Used of ‘Aku’]


Semasa latihan tahunan, lanjutan dan tempatan, macam-macam kami lalui, kami terpaksa hadipi. Malam-malam pelbagai rempah ratus yang kami terpaksa gauli sepanjang bergelar budak rotu. Ya, berilah apa sahaja yang tuan mampu, walau badan sudah tidak terdaya bergerak, lidah sudah tidak mampu terucap ‘penat’, mata sudah tidak mampu membuka, peluh sudah tidak mahu berhenti dari keluar dari jasad. Aku mampu, kami mampu. Kerana kami dilatih untuk itu. Kami dilatih untuk kuat. Selagi kami diberi berdasarkan sebab kesalahan kami, tidak melanggar syariat tuhan kami, kami kuat. Tidak tidur lebih 26 jam juga kami mampu. Tatapi, jika ada arahan tuan yang melanggar syariat tuhan, sungguh, aku paling lemah walhal aku tidak pernah menangis disaat yang lainnya menangis teresak-esak menahan sakitnya diri termasuk yang lelaki. Disaat yang lain lidahnya sudah maki-memaki, lidah aku masih berzikir pada ilahi. Saat mata yang lain pandang membenci, mata aku pandang dengan penuh simpati kepada yang memberi. Saat yang lain bibirnya terkunci rapat menahan sakitnya diri, bibir aku masih menguntumkan senyuman sehingga aku digelar sudah gila pada waktu itu. Cuma aku yang senyum sedang yang lain menangis.

Aku tidak mahu kalah kepada yang batil kerana aku pada yang hak. Namun, selepas daripada itu, akulah yang paling lemah. Tersungkur dibumi Allah. Saat yang lainnya sudah menarik lafas lega kerana sudah terlepas daripada siksa, hatiku masih terpenjara. Allah, sampai bila perkara ini akan berakhir, apakah adik-adik ku nanti yang berada dijalan ini akan menghadapi apa yang aku hadapi. Kuatkan aku, kuatkan kami, kuatkan mereka untuk tetap menjadi muslim yang sejati.


Palapes ini mencabar, tapi semua orang boleh menjadi palapes. Palapes ini hebat, semua orang boleh jadi hebat. Ramai palapes yang berdisiplin, menurut perintah tuan, kawad itu seragam pergerakan. Namun, berapa ramai palapes yang bertaqwa? Palapes sanggup bangun pagi-pagi untuk turut PT, tapi berapa ramai palapes yang bangun untuk subuh berjemaah? Palapes sanggup tahan stay up untuk sesuatu aktiviti yang sememangnya kita tidak suka untuk hadapi, namun berapa ramai yang sanggup stay up untuk beraktiviti dengan Allah? Palapes suka berpakaian kemas untuk outing, namun berapa ramai palapes yang sanggup berkemas-kemas untuk berdating dengan Allah. 


Membawa tarbiyah dalam kehidupan sebagai palapes itu sangat mencabar. Palapes yang tak ditarbiyah tidak sama seperti seorang palapes yang ditarbiyah. Pandangan mereka yang sudah terima tarbiyah ini berbeza dari pandangan orang lain. Kita kata tidak mahu, mereka kata kita poyo. Kita kata tidak boleh, mereka kata kita skema. Jangan marah mereka kerana mereka tidak menyebelahi kita, mereka tidak tahu. Walhal kita beritahu berjuta kali sekalipun, mereka tidak tahu. Mungkin mereka tahu, tapi mereka tidak sedar. Sedarkah kita, bahawa kita dahulu seperti mereka? Jangan marah mereka, doakan mereka. 


Jika dahulu masuk palapes, tujuannya apa? Ramai yang jawab, saya hendak belajar ilmu perang kerana saya hendak berjihad dijalan Allah. Saya boleh pergi bantu mereka yang sedang bergolak mengangkat senjata. Tetapi alhasil didikan yang diterima, sudah tentu tidak terjangka dek akal. 

Palapes perlu ditarbiyahkan, bukan kita ditarbiyahkan oleh palapes. Jika kita mampu tarbiyahkan palapes, insya allah, kita lahir sebagai leftenan muda yang telah mendapat tarbiyah. Ramai tauliah dengan gelaran Leftenan Muda Bertauliah, tetapi berapa ramai Leftenan Muda yang Bertarbiyah? Jika tauliah bersama tarbiyah, in sya allah tiada istilah 'balas dendam' dan mengherdik dalam mendidik, tiada 'memperlekeh' dalam melatih. 

Ramai golongan yang telah ditarbiyahkan, tetapi dia bukan palapes. Ramai palapes, tapi mereka tidak ditarbiyahkan. Maka, jadilah palapes yang telah terima tarbiyah, itu satu kelebihan. Membuktikan kepada mereka diluar sana bahawa, geng-geng islamic dan muslimah ini juga mampu seiring bergerak bersama.
  
Hidup dalam beruniform ini kadangkala perasaan bangga diri akan terbit, maka rendahkan hati dengan hasil tarbiyah. Kadangkala terpaksa berjalan dengan bangga, maka rendahkan diri dengan hasil tarbiyah.


Pesan diri buat adik-adik yang masih berbaki untuk berbakti, atau mungkin buat adik-adik yang berminat untuk masuk palapes ini. Teruskan. Ilmu allah itu luas. Jika mempunyai cita-cita untuk berjihad, inilah medan ilmu untuk digali. Jika putus asa, ingat kembali tujuan sebenar kita masuk palapes untuk apa. Palapes itu alat, Allah itu matlamat. Jangan jadikan Allah itu sebagai alat, palapes itu matlamat. Buruk padahnya. Jika meletakkan palapes sebagai matlamat, kita hanya kejar duit-duit dan duit. Palapes ini hidupnya berada, hujung sem duit sentiasa ada. Palapes hanya alat untuk mencapai matlamat. Segala apa yang kita buat dalam palapes, sentiasalah kaitkan dengan Allah. Untuk apa kita buat? Kerana Allah.

Bergelar sebagai palapes muslimah yang sentiasa menjaga maruah bukan perkara mudah. Sentiasalah tabah, sesungguhnya Allah bersama kita. Matlamat tidak menghalalkan cara. Ada perkara perlu kita turut, ada perkara perlu kita tolak. Menurut arahan tuan perlu menurut syariat tuhan. Be tough. Kita jangan kalah pada masalah, tapi hadapi masalah dengan mengalahkan masalah. 

Allah kan ada [senyum]

Palapes dan tarbiyah perlu seiring. 

Tarbiyahkan PALAPES, bukan ditarbiyahkan oleh PALAPES

 
** Asal mana-mana uniform sekali pun, tak kira lah PALAPES, SUKSIS, JPAM, KOMANDER, Pengakap, PBSM, KRS, Bomba, Kastam, Jururawat dan sebagainya, iringinya dengan tarbiyah.
 

Memanah

Broga Hill

Sampai bila mahu terus berehat
Mati itu semakin dekat.
Apakah kau fikir dunia ini tempat untuk berehat?

Kiamat semakin hampir
Pencarian akhirat kau semakin mengecil
Apakah kau kira bayang syurga itu boleh dilakar dengan pensil?

Kau kata ingin syurga
Tapi usaha kau besar mana?

Kau bercita-cita menjadi dai'
Tapi perangai kau makin menjadi-jadi
Apakah kau fikir kau layak menjadi murabbi?

Sedarlah wahai diri
Kau cuma hamba abdi
Tak layak untuk bangga diri
Semua itu empunya yang kekal abadi
Bila ditarik nikmat pada diri
Kau hanya punya hati
Tapi,
Bila hati kau telah mati
Sungguhlah rugi empunya diri

Punya harta tidak mahu memberi
Punya hati tidak mahu menginggati
Punya sihat tidak mahu berbakti
Punya rezeki tidak mahu syukuri
Punya ujian tidak mahu disabari

Bangun! Bangun! Bangun!
Sebelum mati baru terjaga,
Bahawa dunia telah tiada

0202_22Feb2014_UTMJB_JDT
 

JUS!


usrah
Jom Usrah!

Ternampak akak-akak pakai tudung labuh kat masjid
Duduk dalam bulatan,
Ada bersama al-Quran
Bukan kat masjid saja, di tepi tasik pun ada lah.
Eh, di hellypad (parking helikopter) pun ada akak-akak tudung labuh ni buat bulatan?
Asal boleh saja -_-

Di tempat makan,
Ada juga lah sek-sek tudung labuh ni buat diskusi kat sini.
Kenapa tempat mereka bergroup ni asal boleh?
Sedang berjalan pun terdengar geng-geng ni dok bercakap pasal agama.

Bila tengok dekat-dekat, usya-usya,
Lorh,,, ada makanan, di tangan ada al-Quran,
ada juga pen dan buku. Apa mereka buat?

Lepas main bola jaring, 
dok bincang apa pulak dah?
Dalam bulatan sorang cakap yang lain anguk-anguk

***
Semua ini poyo! Tunjuk baik la sangat! Hey, tak malu ke, kemana-mana bawa Al-Quran?
Tengah duduk-duduk kat Jusco punya foodcoart pun nak baca al-Quran?
Tengah jalan pun nak baca Quran?
***

Pelik lah mereka ni, mereka tak rasa dipandang pelik dan poyo ke? 
Apa yang mereka buat, apa yang mereka cakap, apa yang mereka tulis, apa yang mereka baca?

__________________________________

Segala kepoyoan yang dipandang oleh masyarakat luar langsung tidak diendahkan kerana keseronokan berada dalam usrah itu lebih menenangkan. 
Betemu dan berpisah kerana Allah.

Telah meletakkan cinta antara satu sama lain. Bagai keluarga.
Mesti perlu berjumpa setiap minggu?
Mesti, 
Agar hati sentiasa terpaut cinta pada ilahi.

Berkumpul untuk membina hati
Hati yang semakin menjauh pada ilahi.

Apa best nya usrah?
Meh saya tanya pula,
Apa bestnya bercouple?

Mesti nak jumpa selalu, kalau tak jumpa tak tenang, resah, gelisah. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. 
Nak meluahkan perasaan, masalah, nak kata semangat, nak bahu. Nak apa-apa sahajalah.
[saya tak tahu apa nikmatnya maksiat (bercouple) sebab saya tak pernah rasa nikmatnya itu. tak reti nak terang]

maka, seperti itu juga usrah. cuma kelebihan usrah,
berkasih sayang, bercerita, berkongsi bertemu dan berpisah kerana Allah. Pengisian menenangkan hati, menaikkan iman, membakar semangat jihad

Couple pun sama, tenang bila dapat dating. 
Tenang apa kakak oi, maksiat itu anda dah rasa nikmat, itu jadi anda rasa selamat. wahai.

USrah ini tak boleh nak dicerita ke best an dia kerana belum cuba belum tahu. 
Usrah ni ohsem tau. 
Bila anda fikir main flippybird tu best, usrah lagi best.
Bila fikir main bowling tu seronok, usrah lagi seronok.
Bila terasa makan Kepci dengan mekdi tu sedap, usrah lagi sedap.
Bila anda menonton wayang tu syok, usrah lebih syok.
Bila anda rasa bercouple tu best, usrah jauh lebih best.

Tipu lah, tak kan lah -_-

Belum cuba belum tahu kawan.
Yang penting hadirkan hati dalam berbulatan gembira.
Ya, anda akan faham kenapa saya tak boleh nak kata usrah ni macam mana bestnya.
Tiada istilah yang mampu menggambarkan perasaan bila sudah jatuh cinta pada usrah

Jus! Jom Usrah!

Saya jamin, wang akan dikembalikan jika anda rasa tak best!
 

DEKAN Kan?

Ilmu Bukan Pada Pointer

|Diskelimer: Ala-ala encik Gabana punya style gitu :D|

Menjelma cuti semester, semua pelajar akan gembira dan menjerit horrey! Namun, dihujung 

pengakhiran cuti semester debaran semakin terasa. Seolah-olah tercabut jantung dibuatnya. Mana 

tidaknya, menantikan keputusan yang mungkin mengecewakan, mungkin memberangsangkan, dan 

mungking meng'hoyyeh'kan. Jika ada terdapat subjek bunuh (baca: killer) pasti akan bertambah 

berdebar terutama mendapat pensyarah yang begitu lurus (baca: strait) dalam memberi markah 

pada sistem pemarkahan. Ditambah pula pada markah dibawa (baca: carry mark) adalah cukup-cukup 

makan ataupun rendah. 


Sebelum sampai pada tahap pendebaran itu, diawal semester semua pelajar akan memasang azam 

yang setinggi gunung dan seluas lautan. Namun hari-hari yang dilalui itu tidak langsung 

menunjukkan mereka [termasuk saya] menuju kearah tersebut. Tidak langsung berusaha untuk 

mencapai azam tersebut kerana memegang alasan 'Bertenang dahulu (Baca:Rilex lu), hari masih 

muda, belum sebulan pun masuk sem baharu. Begitulah alasan yang diberikan sampai ke sudah. 

Penyudahan alasan tersebut akhirnya membawa satu penyelesaian atas alasan yang mana penyesalan 

berpanjangan. Maka mulalah bersuara sedih berkata, "Kalau dari awal sem aku strugle jaga carry 

mark, mesti tak jadi macam ini. Sem depan tak mahu buat dah, tak mahu main-main dah". Namun 

hakikatnya, sehingga bila dapat scroll sijil / diploma / ijazah mereka berkata kepada adik-

adik yang baru nak naik, "Abang/akak/acik/ dulu belajar rilex je, tapi dapat juga ijazah ni 

ha. Rilex sudah" Moral apakah -_-


Itu kebiasaan terjadi kapada para pelajar terutama yang sangat malas untuk belajar. Mulakan 

semester baharu dengan azam yang setinggi gunung, berpandangan azam itu seluas lautan. Namun 

pengakhirannya setinggi busut pun tak tergapai, seluas lecak pun tak tertumpah. hoohoi lah 

pelajar. Kemana menghilangnya kata-kata mu yang begitu indah didengar halwa telinga ibu bapa 

itu. Tak kan lari gunung dikejar, tetapi kalau busut pun tak terkejar ini kan pula gunung. 

Ada juga lah yang buat tugas yang diberikan dalam minit terakhir (baca: Last minute) yang mana 

pada mulanya memegang status 'Bercuti' goyang kaki tanpa mengambil peduli tentang tugasan yang 

diberi yang mana mereka terlupa bahawa tugas bakal bertambah hari ke hari. Oleh kerana 

memegang prinsip 'Hari Masih Muda' sehingga terlupa bahawa Muda itu akan tetap tua dan tugas 

makin bertambah. Maka wujudlah plagarism dalam menghasilkan produk. Salin dan tampal (Baca: 

Copy & Paste) dalam tugasan yang mana menunjukkan kualiti yang sangat teruk dan haprak. Tiru 

meniru dan lebih parah daripada itu dengan menceroboh masuk leptop kawan dan mencuri tugasan 

tersebut dan hantar kepada pensyarah tanpa pengetahuan kawan tersebut. Kesannya, pensyarah 

melihat ketersamaan dalam hasil tugasan dan orang yang tidak bersalah turut menjadi bersalah 

kerana dirasakan oleh pensyarah sebagai berkompromi. Sesiapa yang gemar melakukan hal itu, 

segeralah kembali jalan pulang dan dari balik pintu bilik anda. Jika sesat, sebelum keluar 

dari bilik, ambil kedudukan koordinat bilik anda ataupun nilai X,Y nya agar anda mudah untuk 

pulang. Bukankah masing-masing sudah mempunyai telefon cedik pandai (Baca:Smartphone).


Kadang-kadang kita berusaha setinggi gunung, namun pencapaian nya setinggi busut yang sudah 

dipijak gajah. Kadang-kadang usaha tidak setinggi mana, bagai melepas batuk ditangga, namun 

hasilnya setinggi galah yang mampu menjolok buah kelapa untuk dibuat coconut shake. Ada yang 

usahanya sedikit namun keputusan yang diterima bukan main hebat mengalahkan orang yang belajar 

bukan main nak rak. Ada juga yang menjaga ikhtilatnya demi menjaga hati daripada hitam kerana 

ilmu susah untuk masuk jika hati sudah hitam. Menjaga ikhtilat dengan tidak berkasih-sayang 

dengan bukan mahramnya. Namun, susah juga untuk menerima keputusan yang cemerlang seperti 

empat rata (Baca: 4 Flat). Ada pula yang berkasih-sayang pada yang bukan mahram melebihi usaha 

dia dalam menuntut ilmu, namun keputusan yang diterima terlalu gempak. Lihat permainannya? 

Bukan permainan saudaraku, ini semua ujian daripada Allah buat hambanya sama ada mereka 

bersyukur atau terus tersungkur. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan, jangan tersungkur 

dengan ujian yang diberikan kepada kita kerana setiap ujian itu diberi kerana menguji tahap 

keimanan kita dan meningkatkan iman kita. Setiap ujian itu adalah dihadirkan untuk 

meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan Dia sememangnya rindu untuk mendengan suara kita 

kepadaNya. Nabi Ibrahim ada berkata, 


"Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat". 
[15:56]


Mahukah kita digolongkan dalam golongan yang dikatakan sesat oleh nabi Ibrahim ini? Bukankan 

kita sering berdoa agar ditunjukkan jalan yang lurus, jalan orang yang diberi nikmat dan bukan 

jalan yang sesat? 17 kali paling kurang. Eh bila? Al-Fatihah itu bukan suatu doa? Lihat 

maknanya. Itu semua doa. Surah al-Fatihah itu sememangnya doa dan adab doa ada pada surah itu. 

Dimulakan dengan puji-pujian, namaNya, merintih dan meminta kepadanya. Na, itu adab dalam 

susunan doa. 


Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh namun keputusan masih tidak memberangsangkan. Ingat, 

itu ujian. Allah mahu mendengar doa kita, dia rindu pada suara dan air mata kita. Dia ingin 

berdating dengan kita. Tapi, mamat tu dah lah berkasih-sayang dengan bukan mahram, keluar 

bersama-sama dengan kerapnya, belajarnya entah kemana, namun keputusannya jauh lebih baik dari 

saya. Bukankah bila melakukan maksiat itu, hati akan gelap dan ilmu susah nak masuk. Tapi 

mengapa dia lebih baik dari saya? Saudara, sedarlah, mamat yang kamu sebutkan itu diuji dengan 

nikmat yang lebih dikenali sebagai istidraj. Kembali kepada saudara, jika saudara diuji dengan 

nikmat sebegitu, apakah saudari akan kembali kepada Allah menangis-nangis kerana terlalu 

bersyukur? Kebarangkalian untuk anda bersyukur hanya seketika dan selebihnya bergembira tak 

ingat pencipta. 


Jika diberi sabar dan syukur, orang yang bersyukur itu kurang daripada orang yang bersabar. 

Benar? Bila diuji anda mampu bersyukur, namun bila anda diberi nikmat, boleh gerenti anda 

bersyukur dengan seadanya? Sukar. Jika ada, alhamdulillah.


Dalam mencari ilmu itu, biar jujur. Jangan meniru semasa peperiksaan sama ada test mahupun 

final exam. Bila melakukan assigment itu jangan ada aktiviti plagarism. Ilmu itu perlu 

keberkatan bukan penghormatan dekan. Jika dia kelas pertama sekalipun namun jika ilmu yang 

diperoleh itu dari sumber yang haram, kemana perginya tidak diredhoi. Ingatlah kepada 

keberkatan Allah itu. Biar markah itu rendah, yang penting tinggi disisi Allah. Jika meniru 

dan melakukan aktiviti yang dilarang dan dengan izin Allah mendapat kelas pertama. PTPTN tidak 

perlu dibayar dan mungkin juga mendapat biasiswa kerana mendapat kelas pertama dari hasil yang 

pertama-tama sudah haram. Maka haram juga hasil kewangan itu. Kemudian meminta pekerjaan 

menggunakan keputusan kelas pertama yang haram itu [sumber haram:meniru]. Dapat gaji pula 

menjadi haram kerana asasnya adalah daripada sumber yang haram. Aish, semua haram. Dalil mana 

yang anda pakai ini? Saya bukan ahli kitab juga ahli hadis. Tapi fikirlah, benar atau tidak. 

Pernah terdengar kisah air tangan orang yang tidak solat? Jika belum sila baca. Apa kaitannya? 

Fikir-fikirkanlah. 


Apa juga keputusan yang diterima, redho lah. Semua itu atas kehendak Allah juga. Ingatlah, 

bahawa Ilmu itu bukan pada dekan, tapi keberkatan. Jika berkat walau pointer tidak setinggi 

mana, In Sya Allah, Allah akan bantu dan lorongkan kemudahan dalam pekerjaan dan kehidupan. 

Allah tak akan uji seseorang dengan apa yang dia tak sanggup. Rujuk [2:286]. Dan tak 

semestinya apa yang kita nak itu baik untuk kita dan juga sebaliknya. Rujuk [2:216]

Moga semester mendatang lebih baik dari sebelumnya. Berserah bukan bererti kalah. Tawakal 

bukan bererti berputus asa. Ingatlah formula yang sangat populer ini. Tawakal + Usaha + Doa = 

Kejayaan. Kenapa tawakal dihadapan? Kerana kita harus bertawakal kepada Allah dahulu sebelum 

melakukan apa-apa pekerjaan kerana setiap apa yang kita bakal lakukan adalah dengan izin 

Allah. Berserah kepada Allah dahulu dalam segala urusan. Jika kita sedar bahawa segala perkara 

dalam perancangan Allah, maka apabila pengakhirannya, kita masih sedar bahawa segalanya kita 

telah serahkan kepada Allah dari Awal. Maka kita tidak akan mempersoalkan kepada Allah, 

mengapa kita berusaha namun kita masih gagal. Kita sudah meletakkan Allah yang pertama sebelum 

melakukan perkara tertentu. 


Mulakan segala perkara dengan niat kerana Allah. Insya Allah ibadah buat kita. Semoga berjaya 

untuk masa yang akan datang. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Sungguh, rahmat Allah 

itu luas!


UTMJBJDT_12/02/2014_02:13AM

Dekan | 4 Flat | Keputusan Peperiksaan | Ilmu | Redho
 

Sanah Helwah!

sanah helwah
Selamat Hari Lahir
Setiap orang akan ada tarikh lahirnya. Ya, akan disambut. Sama ada tuan badan ingat mahupun tidak. Saban tahun nilainya akan meningkat. Namun, meningkat tidak bermakna sentiasa meningkat sehingga tiada penghujung. Semestinya akan berhenti pada satu angka yang kita sendiri tidak tahu. 

Kita tidak boleh mengucapkan selamat hari jadi kerana kita sememangnya tidak tahu bila kita dijadikan. Tetapi kita boleh mengucapkan selamat hari lahir kerana sememangnya kita tahu tarikh kita dilahirkan. Namun, apakah kita tahu bilakah tarikh kita akan dimatikan?

Semakin hari, usia semakin meningkat. Namun, apakah peningkatan usia kita itu seiring dengan peningkatan amal juga? Apakah kita sedar bahawa kematian itu semakin mendekat bukan semakin menjauh? Tidak kisahlah kita menyambut ulang tahun kelahiran ke 10, 20, 30, dan seterusnya, jangan dikata usia masih muda walhal anda tidak tahu bila anda akan mati. Jika ditakdirkan usia anda cuma 10 tahun sahaja hidup didunia, jika dinisbahkan dengan orang yang mati pada usia 60, nyata umur anda sudah sama taraf dengan orang yang berusia 60 tahun. Maka nisbah usia ialah 1:6. 

Ingatlah bahawa setiap yang hidup itu akan pasti merasai mati. Sesuai dengan firmat Allah dalam surah Al-Anbiya; 21:35
Surah Al-Anbiya 21:35

Mati itu bila-bila. Tidak akan cepat, tidak juga akan lambat. Walaupun satu saat tidak mungkin bakal tertangguh waktunya.

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatnya. ” 
[7:34]

Apa kita lupa bahawa malaikat menjengguk kita setiap hari sebanyak 70 kali walhal tempoh kita mengingati mati kurang dari angka itu. Bilangan kita mengingati Allah juga mungkin kurang daripada itu.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud:

"Bahwa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang memperhatikan wajah seseorang, didapati orang itu ada yang bergelak-tawa. Maka berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT. untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa. "

Berapa angka kita mengingati mati? Berapa angka kita mengingati Allah? Bolehkah dikatakan bahawa setiap kali kita solat itu kita mengingati Allah? Kita diwajibkan solat fardu 5 kali dalam sehari. Bolehkah kita menjamin dalam lingkungan 5 minit solat kita itu kita tumpukan sepenuhnya pada Allah seterusnya mengingati Allah? Barangkali hanya jasad sahaja dihadapkan kepada Allah namun hati jauh sama sekali. Sedar-sedar sahaja sudah salam terakhir? Jadi, bila waktunya kita ingat Allah langsung mengingati mati? Dalam 5 minit itu boleh jamin 1 minit dihadirkan roh dan jasad pada Allah? Mungkin kurang dan mungkin tidak ada! Maka, hanya kurang 5minit dalam sehari kita mengingati Allah jika kita tidak hadirkan sepenuhnya solat kita pada Allah.

Dalam solat belum menjamin kita hadirkan kita kepada Allah sepenuhnya. Kadang kala malah selalunya waktu sedang solat itu fikiran melayang ingin melakukan sesuatu, teringat sesuatu yang dari tadi lupa, berfikir ingin makan apa dan sebagainya. Jadi, masa mananya kita mengingati Allah? Kita akan ingat pada Allah saat kita sukar, susah, sempit, sakit, sesak, semput, senggugut, selsema, dan segala jenis S dan bukan S yang mana dihadirkan oleh Allah untuk menguji kita. Nah, itu baru benar-benar kita hadirkan diri kita untuk Allah. Baru dijentik sikit, baru mahu ingat Allah. Allahu.

Mungkin ada yang gembira bila sudah capai usia tersebut kerana mungkin, sudah tidak bawah umur. Boleh masuk panggung wayang 18SX, boleh kahwin, boleh pergi luar negara tanpa pengawasan ibu bapa, boleh keluarkan wang di akaun bank tanpa tanda tangan ibu bapa, boleh ambil lesen kereta dan sebagainya yang lebih menunjukkan kearah kebebasan. Ingat, kebebasan itu bukan bermakna anda bebas. Anda lebih terikat. Terikat pada hukum agama, terikat pada amanah, terikat pada tanggungjawab yang jauh lebih mencabar dan besar selepas ini. Namun, tidak semua sedar dengan perkara ini. Mereka hanya menyambut hari lahir dengan meniup lilin pada kek dan berhajat serupa amalan orang kafir. Ehem! Kita bukan berhajat tetapi kita berdoa. Kita berdoa bukan setahun sekali semasa ulang tahun kelahiran juga meniup lilin, tetapi kita berdoa paling kurang 5 kali sehari. Lupa? 

Tinggalkan budaya orang kafir itu. Ganti menyambut ulang tahun kelahiran dengan sujud syukur kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT nafas dan masih berkesempatan untuk bertaubat dan ditiupkan hidayah. Carilah hikmah dan ibrah. Renung, apakah usia kita selama ini tersia-sia mahupun bermanfaat untuk diri dan agama. Apakah ibadah kita setara dengan usia. Apakah amal kita diterima, taubat kita terampun? Apakah rezeki kita itu bersih dan halal? Apakah kita banyak melakukan dosa mahupun pahala? Bagaimana perancangan kita untuk usia kita yang tersisa?

Usia ku kini sudah 23, namun apa bakti-ku pada diri sendiri, ibu bapa, keluarga? Apa pula bakti-ku pada Rasulku Muhammad dan Allah serta agamaku? Sungguh malu pada Ahmad Ammar, usia 20 sudah diagkat syahid dan diberi penghormatan rakyat Turki kerana dikebumikan di permakaman pahlawan-pahlawan Islam dan para anbiya. Bila mana hari kebangkitan, beliau akan bangkit bersama sebaik-baik raja Sultan Muhamad Al-Fateh serta sahabat nabi Muhammad, Abu Ayub Al-Ansari yang berhijrah menyebarkan Islam ke Constantinople dan syahid di tanah Turki juga. Ciri-ciri jenazah beliau juga menunjukkan bahawa dia orang yang beriman kerana dahinya berpeluh. Allahu. Malu juga pada Ust Don seusia dengan aku namun dia punyai ilmu yang tinggi sehingga menjadi rujukan jutaan ummah. Lebih malu pada adik-adik naqibah kerana semangat jihad dalam menyebarkan dakwah sungguh tinggi serta menjadi rujukan yang lain termasuk mentarbiah golongan doktor walhal usia baru 21. Mengapa adik-adik naqibah? Kerana mereka lebih muda dari ku. Lebih malu pada Ibnu Bathoota Osem (FB) [follow lah beliau]. Punyai pengalaman yang banyak serta ilmu juga banyak. Berdamping dengan ramai ulama, mengembara keserata negara. Walhal usianya baru 24 namun seperti sudah 42. 

***

Kad ucapan sanah helwah ini dibuat khas untuk naqibah ku yang genap usianya 21 tahun (bukan hari ini). Buat jam 7.30pm dan siap hampir jam 9pm. Itu jam buat research ayat al-Quran yang sesuai. Itu jam draw khat khufi, itu jam cari backgroud, itu jam cari ayat, itu jam touch up. Alhamdulillah, selesai sebelum beralih pada hari baru. Hasil yang singkat bagiku dan alhamdulillah berpuas hati. Khat itu tertulis "Sannah Helwah Nur Hidayah ke 21. Penin juga menyusun khufi ini bagi memenuhi ruang. Jika kosong kelihatan tidak kemas. 1st try sebenarnya dan dah lama tak hadap Photoshop. Alhamdulillah, Allah beri idea. Moga sifat logam ini dimanfaatkan sebaik mungkin demi menyebarkan syiar Islam!

Khat Khufi | Sanah Helwah | Selamat Hari Lahir 

Edit 6:24PM 2/4/2014
 

Lets Join Us