Apa yang anda tahu tentang PALAPES? ROTU ke? Perkataan
PALAPES tersangat sinonim dengan sesiapa yang belajar di university tempatan. PALAPES
ini ringkasan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau dalam bahasa orang
putihnya ROTU yang membawa maksud Reserve Officer Training Unit. Biasanya
budak-budak palapes ni akan lebih gemar menggunakan perkataan Rotu dari
palapes. Mungkin. Saya ini bekas PALAPES. Hidup sebagai seorang pelajar dan
kadet sangat mencabar. Perlu pandai menuruti atau membahagi jadual hidup yang
mana kehidupan sebagai budak rotu tidak akan sama dengan budak awam.
Bekas itu mungkin keluar dari Palapes, dan mungkin sudah
habis. Mungkin bekas kerana keluar sebelum habis. Saya tidak mahu bercerita
panjang mengenai pengalaman hidup zaman dulu-dulu. Apa yang budak palapes buat,
ada yang tidak boleh diketahui umum. Ikrar kami, memegang rahsia negara dengan
seketat-ketatnya. Tapi, ini bukan rahsia negara bukan? Ya, bukan rahsia negara.
Jika dibongkar apa yang budak palapes buat, risau akan ada pihak ketiga buat
laporan polis kata anak teranaya, anak dipukul, anak dibuli, anak kene reging
dan sebagainya. Maka keluarlah perkeliling dari Kementerian Pengajian Tinggi
kepada unit-unit Palapes ni bahawa, ketua latih dan jurulatih adalah tidak
dibenarkan sama sekali memberi punishment kepada anggota Palapes jika mereka
bla… bla… bla… Tidak boleh bla… bla… bla… Maka, barisan kedua pertahanan negara
ini mahu dibayar untuk melahirkan sampah? Ops, agak melampau perkataan sampah
itu. Benar, sampah boleh diertikan dengan perkara yang tidak berguna. Maka,
jika budak-budak palapes ini semua tidak boleh dikenakan, kualiti yang
bagaimana harus dihasilkan? Kosong. Membazir duit. Hello, barisan kedua
angkatan tentera. Jika Lahad Datu itu diserang, sehingga kekurangan anggota,
maka yang geng-geng palapes ini lah yang akan meneruskan perjuangan. Tapi,
terguling sikit dah termuntah, bagaimana?
Meluahkan perasaan ke apa? Stop.
Seiring dengan tajuk. Mungkin agak poyo tajuk tersebut.
Palapes dan tarbiyah tidak akan terpisah? Saya memang bekas palapes, tetapi
hasil didikan yang diajar semasa disana masih terbawa-bawa kerana sudah
terbiasa dan menjadi tabiat. Maksud? Mohon pencerahan. Maksud terbawa-bawa
ialah, cadar mesti mahu tegang, telekung mesti mahu gantung kemas, baju harus
lipat ikut warna dan rata, baju dan tudung harus diseterika bagi nampak bucu, meja
dan almari mesti kemas, tidak mahu ada habuk termasuk di suis kipas dan lampu.
Bilik mesti bersapu, wangi. Pergi kelas mesti awal, kalau pakai seluar pergi
kelas nampak janggal. Tidak boleh terpisah.
Jadi, tarbiyah itu apa kaitannya dengan palapes? Saya masuk
palapes sebelum terjumpa tarbiyah dan hidayah. Maka saya jumpa disiplin dahulu
baru jumpa tarbiyah. Dahulu disiplin cuma kerana ikut undang-undang, kemas
bilik kerana arahan, turun training awal untuk mengelakkan kelewatan,
berpakaian kemas kerana etika, memberi salam kerana terpakasa, memberi hormat
kerana takut tersekat.
Selepas terjumpa hidayah yang datang entah dari mana,
tarbiyah itu yang membentuk diri sebagai seorang palapes muslimah. Err, tak
muslimah sangat lah. Tetapi, sebelum bertindak mengikut arahan tuan itu, saya
akan pastikan setiap arahan yang bakal saya lakukan itu terkait dengan arahan
tuhan. Menepati syariat tuhan sebelum menurut arahan tuan. Kehidupan sebagai
palapes bersama tarbiyah ini sangat mencabar. Islam itu mendidik ada
peraturannya, manusia mendidik tidak semua menepati seruanNya. Ada yang mesti
saya buat dalam palapes, tidak berapa suka oleh Allah. Jika dulu, follow the
rule, selepas terima tarbiyah, nak follow the rule akan refer semula pada
pembaris Allah. Na, mencabar sungguh jika bergelar palapes muslimah.
Dulu selalu dipanggil palapes. Seolah-olah empunya diri ini
namanya Palapes. Dulu selalu pegang, budak palapes mana boleh nanges. Palapes kan
kuat. Tapi ramai orang tak sedar, palapes itu manusia juga. Palapes bukan
anggota komando yang hatinya kering. Ada yang kata, palapes tak kan lah nanges,
palapes kan hati kering. Allah. Teruk sangat kah budak-budak palapes ni sampai
dicop hati kering. Kuat sangatkah budak-budak palapes ini? Fizikalnya mungkin Nampak
hebat dan kuat, tapi hati kami ini tetap milik Allah.
*** [Used of ‘Aku’]
Semasa latihan tahunan, lanjutan dan tempatan, macam-macam
kami lalui, kami terpaksa hadipi. Malam-malam pelbagai rempah ratus yang kami
terpaksa gauli sepanjang bergelar budak rotu. Ya, berilah apa sahaja yang tuan
mampu, walau badan sudah tidak terdaya bergerak, lidah sudah tidak mampu
terucap ‘penat’, mata sudah tidak mampu membuka, peluh sudah tidak mahu
berhenti dari keluar dari jasad. Aku mampu, kami mampu. Kerana kami dilatih
untuk itu. Kami dilatih untuk kuat. Selagi kami diberi berdasarkan sebab
kesalahan kami, tidak melanggar syariat tuhan kami, kami kuat. Tidak tidur
lebih 26 jam juga kami mampu. Tatapi, jika ada arahan tuan yang melanggar
syariat tuhan, sungguh, aku paling lemah walhal aku tidak pernah menangis
disaat yang lainnya menangis teresak-esak menahan sakitnya diri termasuk yang
lelaki. Disaat yang lain lidahnya sudah maki-memaki, lidah aku masih berzikir
pada ilahi. Saat mata yang lain pandang membenci, mata aku pandang dengan penuh
simpati kepada yang memberi. Saat yang lain bibirnya terkunci rapat menahan
sakitnya diri, bibir aku masih menguntumkan senyuman sehingga aku digelar sudah
gila pada waktu itu. Cuma aku yang senyum sedang yang lain menangis.
Aku tidak mahu kalah kepada yang batil kerana aku pada yang
hak. Namun, selepas daripada itu, akulah yang paling lemah. Tersungkur dibumi
Allah. Saat yang lainnya sudah menarik lafas lega kerana sudah terlepas
daripada siksa, hatiku masih terpenjara. Allah, sampai bila perkara ini akan
berakhir, apakah adik-adik ku nanti yang berada dijalan ini akan menghadapi apa
yang aku hadapi. Kuatkan aku, kuatkan kami, kuatkan mereka untuk tetap menjadi
muslim yang sejati.
Palapes ini mencabar, tapi semua orang boleh menjadi
palapes. Palapes ini hebat, semua orang boleh jadi hebat. Ramai palapes yang
berdisiplin, menurut perintah tuan, kawad itu seragam pergerakan. Namun, berapa
ramai palapes yang bertaqwa? Palapes sanggup bangun pagi-pagi untuk turut PT,
tapi berapa ramai palapes yang bangun untuk subuh berjemaah? Palapes sanggup
tahan stay up untuk sesuatu aktiviti yang sememangnya kita tidak suka untuk
hadapi, namun berapa ramai yang sanggup stay up untuk beraktiviti dengan Allah?
Palapes suka berpakaian kemas untuk outing, namun berapa ramai palapes yang
sanggup berkemas-kemas untuk berdating dengan Allah.
Membawa tarbiyah dalam kehidupan sebagai palapes itu sangat
mencabar. Palapes yang tak ditarbiyah tidak sama seperti seorang palapes yang
ditarbiyah. Pandangan mereka yang sudah terima tarbiyah ini berbeza dari
pandangan orang lain. Kita kata tidak mahu, mereka kata kita poyo. Kita kata
tidak boleh, mereka kata kita skema. Jangan marah mereka kerana mereka tidak
menyebelahi kita, mereka tidak tahu. Walhal kita beritahu berjuta kali sekalipun,
mereka tidak tahu. Mungkin mereka tahu, tapi mereka tidak sedar. Sedarkah kita,
bahawa kita dahulu seperti mereka? Jangan marah mereka, doakan mereka.
Jika dahulu masuk palapes, tujuannya apa? Ramai yang jawab,
saya hendak belajar ilmu perang kerana saya hendak berjihad dijalan Allah. Saya
boleh pergi bantu mereka yang sedang bergolak mengangkat senjata. Tetapi alhasil
didikan yang diterima, sudah tentu tidak terjangka dek akal.
Palapes perlu ditarbiyahkan, bukan kita ditarbiyahkan oleh palapes. Jika kita mampu tarbiyahkan palapes, insya allah, kita lahir sebagai leftenan muda yang telah mendapat tarbiyah. Ramai tauliah dengan gelaran Leftenan Muda Bertauliah, tetapi berapa ramai Leftenan Muda yang Bertarbiyah? Jika tauliah bersama tarbiyah, in sya allah tiada istilah 'balas dendam' dan mengherdik dalam mendidik, tiada 'memperlekeh' dalam melatih.
Ramai golongan yang telah ditarbiyahkan, tetapi dia bukan palapes. Ramai palapes, tapi mereka tidak ditarbiyahkan. Maka, jadilah palapes yang telah terima tarbiyah, itu satu kelebihan. Membuktikan kepada mereka diluar sana bahawa, geng-geng islamic dan muslimah ini juga mampu seiring bergerak bersama.
Hidup dalam beruniform ini kadangkala perasaan bangga diri akan terbit, maka rendahkan hati dengan hasil tarbiyah. Kadangkala terpaksa berjalan dengan bangga, maka rendahkan diri dengan hasil tarbiyah.
Palapes perlu ditarbiyahkan, bukan kita ditarbiyahkan oleh palapes. Jika kita mampu tarbiyahkan palapes, insya allah, kita lahir sebagai leftenan muda yang telah mendapat tarbiyah. Ramai tauliah dengan gelaran Leftenan Muda Bertauliah, tetapi berapa ramai Leftenan Muda yang Bertarbiyah? Jika tauliah bersama tarbiyah, in sya allah tiada istilah 'balas dendam' dan mengherdik dalam mendidik, tiada 'memperlekeh' dalam melatih.
Ramai golongan yang telah ditarbiyahkan, tetapi dia bukan palapes. Ramai palapes, tapi mereka tidak ditarbiyahkan. Maka, jadilah palapes yang telah terima tarbiyah, itu satu kelebihan. Membuktikan kepada mereka diluar sana bahawa, geng-geng islamic dan muslimah ini juga mampu seiring bergerak bersama.
Hidup dalam beruniform ini kadangkala perasaan bangga diri akan terbit, maka rendahkan hati dengan hasil tarbiyah. Kadangkala terpaksa berjalan dengan bangga, maka rendahkan diri dengan hasil tarbiyah.
Pesan diri buat adik-adik yang masih berbaki untuk berbakti,
atau mungkin buat adik-adik yang berminat untuk masuk palapes ini. Teruskan.
Ilmu allah itu luas. Jika mempunyai cita-cita untuk berjihad, inilah medan ilmu
untuk digali. Jika putus asa, ingat kembali tujuan sebenar kita masuk palapes
untuk apa. Palapes itu alat, Allah itu matlamat. Jangan jadikan Allah itu
sebagai alat, palapes itu matlamat. Buruk padahnya. Jika meletakkan palapes
sebagai matlamat, kita hanya kejar duit-duit dan duit. Palapes ini hidupnya
berada, hujung sem duit sentiasa ada. Palapes hanya alat untuk mencapai
matlamat. Segala apa yang kita buat dalam palapes, sentiasalah kaitkan dengan
Allah. Untuk apa kita buat? Kerana Allah.
Bergelar sebagai palapes muslimah yang sentiasa menjaga
maruah bukan perkara mudah. Sentiasalah tabah, sesungguhnya Allah bersama kita.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Ada perkara perlu kita turut, ada perkara
perlu kita tolak. Menurut arahan tuan perlu menurut syariat tuhan. Be tough.
Kita jangan kalah pada masalah, tapi hadapi masalah dengan mengalahkan masalah.
Allah kan ada [senyum]
Palapes dan tarbiyah perlu seiring.
Tarbiyahkan PALAPES, bukan ditarbiyahkan oleh PALAPES
Allah kan ada [senyum]
Palapes dan tarbiyah perlu seiring.
Tarbiyahkan PALAPES, bukan ditarbiyahkan oleh PALAPES
** Asal mana-mana uniform sekali pun, tak kira lah PALAPES, SUKSIS, JPAM, KOMANDER, Pengakap, PBSM, KRS, Bomba, Kastam, Jururawat dan sebagainya, iringinya dengan tarbiyah.