Paksa kepada Paksi Rela


Relakan keterpaksaan dalam menjalankan pekerjaan.

[Perhatian, malam ini akan diadakan perjumpaan kelab untuk membuat kain rentang pasukan masing-masing]

"Ah! Apakah ini semua? Perlu ke buat kain rentang semua ni. Kerja lain menimbun, esoknya test dan kuiz lagi. Allah, apa kepentingan aku hadir dalam perjumpaan ni. Apa kepentingan perjumpaan ini untuk agama aku? Apa yang perlu aku niatkan untuk agamaMu? Niat bagaimana harus aku pasang agar ia berpaksi pada seruanMu?" [Bercelaru]

Tindakan tetap dilaksanakan atas dasar keterpaksaan. Niat dipasang, 'Ini tanggungjawab aku sebagai ahli kelab'

Hari kejadian.

"Niat apa pula perlu aku pasang hari ini? Ini semua alat. Allah, niat apa perlu aku pasang. Tiada manfaat langsung untuk agamamu." [Bercelaru lagi]

***

"Al-Asrar, sini sebentar"

"Ya kak" Jawab dia lembut. Sememangnya Al-Asrar mempunyai perwatakan yang lembut

"Akak nak minta tolong ni, tolong tegur akak bila akak lupa dan leka. Tolong tegur akak jika akak ter'over'. Ini amanah akak bagi pada Asrar ye." Bisik lembut ke telinga Asrar.

"Baik kak, akak pun sama. Saya bagi amanah yang sama. Baru adil bukan?"

***

 "Akak,"

"Ya, kenapa?"

"Nak cakap sekejab. Tapi macam malu pula"

"Cakap saja lah, dengan akak pun nak malu ye?

"Hurm,,, akak, jom kita istighfar. Dah banyak sangat largho dan gelak dah ni"

"Ha ah. Terima kasih ingatkan" Sambil senyum.

***

"Asrar, akak nak tanya ni"

"Ya kak, tanya lah"

"Asrar datang sini pasang niat apa?"

"Hurm, entah lah kak"

"Mana boleh entah, nanti datang dapat penat tanpa manfaat. Cepat tajdid niat. Masih belum terlambat"

"Nak tajdid apa, saya tak tahu nak niat yang macam mana lagi. Saya cuma letak tanggungjawab dan terpaksa. Serius, saya tak tahu nak niat apa. Nak ikutkan memang tak nak datang. Kerja banyak sangat dengan test dan kuiz, assigment lagi"

"Asrar, kita apa-apa yang kita buat kena meletakkan Allah sebagai matlamat bukan?

"Ya"

"Jadi, kita kena fikir, niat apa yang boleh kita tetapkan agar selari menjadikan Allah sebagai matlamat kita hari ni"

"Ok, akak niat apa?"

"Akak penat juga lah fikir nak niat macam mana datang sini. Fikir punya fikir, tak ada pun manfaat untuk agama. Tetapi Alhamdulillah akak dapat tajdid niat meletakkan Allah sebagai matlamat dan program ni sebagai alat."

"Apa kak?"

"Apa mawasafat tarbiah?"

"Ala, saya tak ingat. Apa ye kak?"

"Akak pun lupa, tapi salah satunya apa? Maksud akak yang berkaitan dengan apa yang kita libat ni?"

"Apa kak ye, no idea la"

"Sihat tubuh badan bukan?"

"Ha ah. Jadi?"

"Kita meletakkan ini sebagai asas. Menjaga amanah yakni tubuh badan kita. Allah bagi amanah untuk jaga badan kita. Kalau kita duduk sahaja dalam bilik, apakah kita akan sihat tanpa bersenam? Kemudian kita fikir mudah sahaja, sekarang ni kita sedang memudahkan urusan orang. In Sya Allah akan datang Allah akan mudahkan urusan kita. Kita sekarang dalam kesempitan dan kesulitan. Tapi percayalah pada Allah, Allah akan mudahkan"

***

Dalam setiap perkara yang dilakukan, niatkan kepada matlamat yang sebenar. Melakukan atas dasar keterpaksaan ibarat habuk yang beterbangan. Tiada makna dan manfaat langsung. Namun, jika diniatkan pada matlamat yang sebenar yakni kerana Allah, insya Allah pahala bersama. Sentiasalah tajdid niat jika niat kita sudah terpesong jauh. 

Manfaatkan setiap masa yang kita kita tak perlu kita berada dalam situasi ini dengan berzikir dan beristighfar kepada Allah. Fikirkan kebesaran Allah. Dalam situasi menjaga hati, anasir luar sangat mempengaruhi untuk melekakan dan melalaikan. Manfaatkan masa terluang daripada terbuang dengan berpesan-pesan dan ingat mengingati. In Sya Allah, program yang pada asalnya tiada apa-apa manfaat, kini menjadi berkat. In Sya Allah. Sekecil-kecil perkara akan dipandang besar kerana niat. Dan sebesar-besar perkara akan menjadi kecil kerana niat juga. Jadi, pilih yang mana. Allah sudah memberi jalan, tinggal kita yang memilih laluan mana yang harus dilalui.

***

[Test programming batal esok. Tadi dah mintak tunda dekat En. Encik kata ok]

"Alhamdulillah, rahmat Allah. Bukan senang encik nak tunda menunda ni"

"Alhamdulillah"

"Perasan tak, ini rahmat Allah. Banyak dah yang Allah tolong kita."

[Semua bersyukur]

***


"Akak penat, semalam sehari suntuk sampai malam program"

"Ha ah. Eh, Asrar. Akak teringat satu ayat ni. Segala kesulitan akan ada kemudahan"

"Ha ah. In sya Allah"

[Tetamu datang membawa makanan berserta lukisan dan nota]

"Akak jangan balik dulu ye, kita makan sama-sama"

"Ye lah. Baik"

Makanan dibuka dan dengan penuh semangat ingin menjamah. 

"Akak, jom makan"

"Ok, eh sebentar. Sebelum makan, cuba tengok dulu, baca ayat apa yang dimaksudkan pada [94:5-8] ni?"

"Ha ah kan. Kejab, saya ambil terjemahan..."

Terjemahan dicapai dan ayat dicari

Sambil tersenyum, "Akak, setiap kesulitan ada kemudahan. Akak,,, ayat ni ayat yang akak bagi tadi..."

"Allahu, sweetnya Allah kan. Baru tadi akak sebut ayat ni, kemudian dapat juga ayat yang sama. Allah tahu kita dalam kesempitan dan kesukaran kan"

"Ha ah kak, sweetnya..."

"Lihatlah, jika kita tolong orang, orang yang sama tidak akan tolong kita, tapi Allah yang banyak tolong kita. Sedikit demi sedikit urusan dimudahkan."

[Masing-masing tersenyum sambil berfikir mengenai ke'sweet'an Allah kepada hambanya.

***

Sentiasalah tajdid niat. 
Sentiasalah memanfaatkan masa sebaiknya
Sentiasalah husnuzon dalam setiapa perkara
Sentiasalah yakin kepada Allah
Jika kita memudahkan urusan orang lain, urusan kita juga akan turut dimudahkan.

Apakah dengan duduk didalam bilik tidak turut serta kerja akan siap? Tidak semestinya, malah bertambah streess. Percayalah. Kadang Allah bagi ilham itu kerja yang bertimbun sebentar sahaja selesai. Bila mana Allah tidak memberi ilham dan kemudahan, menghadap kerja dan study berjam-jam pun tidak ada manfaat.

Always tajdid your niat ;)

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Paksa kepada Paksi Rela Dicoret oleh NH pada hari Isnin, 24 Mac 2014. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Paksa kepada Paksi Rela
 

Lets Join Us