Ilmu Bukan Pada Pointer |
|Diskelimer: Ala-ala encik Gabana punya style gitu :D|
Menjelma cuti semester, semua pelajar akan gembira dan menjerit horrey! Namun, dihujung
pengakhiran cuti semester debaran semakin terasa. Seolah-olah tercabut jantung dibuatnya. Mana
tidaknya, menantikan keputusan yang mungkin mengecewakan, mungkin memberangsangkan, dan
mungking meng'hoyyeh'kan. Jika ada terdapat subjek bunuh (baca: killer) pasti akan bertambah
berdebar terutama mendapat pensyarah yang begitu lurus (baca: strait) dalam memberi markah
pada sistem pemarkahan. Ditambah pula pada markah dibawa (baca: carry mark) adalah cukup-cukup
makan ataupun rendah.
Sebelum sampai pada tahap pendebaran itu, diawal semester semua pelajar akan memasang azam
yang setinggi gunung dan seluas lautan. Namun hari-hari yang dilalui itu tidak langsung
menunjukkan mereka [termasuk saya] menuju kearah tersebut. Tidak langsung berusaha untuk
mencapai azam tersebut kerana memegang alasan 'Bertenang dahulu (Baca:Rilex lu), hari masih
muda, belum sebulan pun masuk sem baharu. Begitulah alasan yang diberikan sampai ke sudah.
Penyudahan alasan tersebut akhirnya membawa satu penyelesaian atas alasan yang mana penyesalan
berpanjangan. Maka mulalah bersuara sedih berkata, "Kalau dari awal sem aku strugle jaga carry
mark, mesti tak jadi macam ini. Sem depan tak mahu buat dah, tak mahu main-main dah". Namun
hakikatnya, sehingga bila dapat scroll sijil / diploma / ijazah mereka berkata kepada adik-
adik yang baru nak naik, "Abang/akak/acik/ dulu belajar rilex je, tapi dapat juga ijazah ni
ha. Rilex sudah" Moral apakah -_-
Itu kebiasaan terjadi kapada para pelajar terutama yang sangat malas untuk belajar. Mulakan
semester baharu dengan azam yang setinggi gunung, berpandangan azam itu seluas lautan. Namun
pengakhirannya setinggi busut pun tak tergapai, seluas lecak pun tak tertumpah. hoohoi lah
pelajar. Kemana menghilangnya kata-kata mu yang begitu indah didengar halwa telinga ibu bapa
itu. Tak kan lari gunung dikejar, tetapi kalau busut pun tak terkejar ini kan pula gunung.
Ada juga lah yang buat tugas yang diberikan dalam minit terakhir (baca: Last minute) yang mana
pada mulanya memegang status 'Bercuti' goyang kaki tanpa mengambil peduli tentang tugasan yang
diberi yang mana mereka terlupa bahawa tugas bakal bertambah hari ke hari. Oleh kerana
memegang prinsip 'Hari Masih Muda' sehingga terlupa bahawa Muda itu akan tetap tua dan tugas
makin bertambah. Maka wujudlah plagarism dalam menghasilkan produk. Salin dan tampal (Baca:
Copy & Paste) dalam tugasan yang mana menunjukkan kualiti yang sangat teruk dan haprak. Tiru
meniru dan lebih parah daripada itu dengan menceroboh masuk leptop kawan dan mencuri tugasan
tersebut dan hantar kepada pensyarah tanpa pengetahuan kawan tersebut. Kesannya, pensyarah
melihat ketersamaan dalam hasil tugasan dan orang yang tidak bersalah turut menjadi bersalah
kerana dirasakan oleh pensyarah sebagai berkompromi. Sesiapa yang gemar melakukan hal itu,
segeralah kembali jalan pulang dan dari balik pintu bilik anda. Jika sesat, sebelum keluar
dari bilik, ambil kedudukan koordinat bilik anda ataupun nilai X,Y nya agar anda mudah untuk
pulang. Bukankah masing-masing sudah mempunyai telefon cedik pandai (Baca:Smartphone).
Kadang-kadang kita berusaha setinggi gunung, namun pencapaian nya setinggi busut yang sudah
dipijak gajah. Kadang-kadang usaha tidak setinggi mana, bagai melepas batuk ditangga, namun
hasilnya setinggi galah yang mampu menjolok buah kelapa untuk dibuat coconut shake. Ada yang
usahanya sedikit namun keputusan yang diterima bukan main hebat mengalahkan orang yang belajar
bukan main nak rak. Ada juga yang menjaga ikhtilatnya demi menjaga hati daripada hitam kerana
ilmu susah untuk masuk jika hati sudah hitam. Menjaga ikhtilat dengan tidak berkasih-sayang
dengan bukan mahramnya. Namun, susah juga untuk menerima keputusan yang cemerlang seperti
empat rata (Baca: 4 Flat). Ada pula yang berkasih-sayang pada yang bukan mahram melebihi usaha
dia dalam menuntut ilmu, namun keputusan yang diterima terlalu gempak. Lihat permainannya?
Bukan permainan saudaraku, ini semua ujian daripada Allah buat hambanya sama ada mereka
bersyukur atau terus tersungkur. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan, jangan tersungkur
dengan ujian yang diberikan kepada kita kerana setiap ujian itu diberi kerana menguji tahap
keimanan kita dan meningkatkan iman kita. Setiap ujian itu adalah dihadirkan untuk
meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan Dia sememangnya rindu untuk mendengan suara kita
kepadaNya. Nabi Ibrahim ada berkata,
"Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat".
[15:56]
Mahukah kita digolongkan dalam golongan yang dikatakan sesat oleh nabi Ibrahim ini? Bukankan
kita sering berdoa agar ditunjukkan jalan yang lurus, jalan orang yang diberi nikmat dan bukan
jalan yang sesat? 17 kali paling kurang. Eh bila? Al-Fatihah itu bukan suatu doa? Lihat
maknanya. Itu semua doa. Surah al-Fatihah itu sememangnya doa dan adab doa ada pada surah itu.
Dimulakan dengan puji-pujian, namaNya, merintih dan meminta kepadanya. Na, itu adab dalam
susunan doa.
Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh namun keputusan masih tidak memberangsangkan. Ingat,
itu ujian. Allah mahu mendengar doa kita, dia rindu pada suara dan air mata kita. Dia ingin
berdating dengan kita. Tapi, mamat tu dah lah berkasih-sayang dengan bukan mahram, keluar
bersama-sama dengan kerapnya, belajarnya entah kemana, namun keputusannya jauh lebih baik dari
saya. Bukankah bila melakukan maksiat itu, hati akan gelap dan ilmu susah nak masuk. Tapi
mengapa dia lebih baik dari saya? Saudara, sedarlah, mamat yang kamu sebutkan itu diuji dengan
nikmat yang lebih dikenali sebagai istidraj. Kembali kepada saudara, jika saudara diuji dengan
nikmat sebegitu, apakah saudari akan kembali kepada Allah menangis-nangis kerana terlalu
bersyukur? Kebarangkalian untuk anda bersyukur hanya seketika dan selebihnya bergembira tak
ingat pencipta.
Jika diberi sabar dan syukur, orang yang bersyukur itu kurang daripada orang yang bersabar.
Benar? Bila diuji anda mampu bersyukur, namun bila anda diberi nikmat, boleh gerenti anda
bersyukur dengan seadanya? Sukar. Jika ada, alhamdulillah.
Dalam mencari ilmu itu, biar jujur. Jangan meniru semasa peperiksaan sama ada test mahupun
final exam. Bila melakukan assigment itu jangan ada aktiviti plagarism. Ilmu itu perlu
keberkatan bukan penghormatan dekan. Jika dia kelas pertama sekalipun namun jika ilmu yang
diperoleh itu dari sumber yang haram, kemana perginya tidak diredhoi. Ingatlah kepada
keberkatan Allah itu. Biar markah itu rendah, yang penting tinggi disisi Allah. Jika meniru
dan melakukan aktiviti yang dilarang dan dengan izin Allah mendapat kelas pertama. PTPTN tidak
perlu dibayar dan mungkin juga mendapat biasiswa kerana mendapat kelas pertama dari hasil yang
pertama-tama sudah haram. Maka haram juga hasil kewangan itu. Kemudian meminta pekerjaan
menggunakan keputusan kelas pertama yang haram itu [sumber haram:meniru]. Dapat gaji pula
menjadi haram kerana asasnya adalah daripada sumber yang haram. Aish, semua haram. Dalil mana
yang anda pakai ini? Saya bukan ahli kitab juga ahli hadis. Tapi fikirlah, benar atau tidak.
Pernah terdengar kisah air tangan orang yang tidak solat? Jika belum sila baca. Apa kaitannya?
Fikir-fikirkanlah.
Apa juga keputusan yang diterima, redho lah. Semua itu atas kehendak Allah juga. Ingatlah,
bahawa Ilmu itu bukan pada dekan, tapi keberkatan. Jika berkat walau pointer tidak setinggi
mana, In Sya Allah, Allah akan bantu dan lorongkan kemudahan dalam pekerjaan dan kehidupan.
Allah tak akan uji seseorang dengan apa yang dia tak sanggup. Rujuk [2:286]. Dan tak
semestinya apa yang kita nak itu baik untuk kita dan juga sebaliknya. Rujuk [2:216]
Moga semester mendatang lebih baik dari sebelumnya. Berserah bukan bererti kalah. Tawakal
bukan bererti berputus asa. Ingatlah formula yang sangat populer ini. Tawakal + Usaha + Doa =
Kejayaan. Kenapa tawakal dihadapan? Kerana kita harus bertawakal kepada Allah dahulu sebelum
melakukan apa-apa pekerjaan kerana setiap apa yang kita bakal lakukan adalah dengan izin
Allah. Berserah kepada Allah dahulu dalam segala urusan. Jika kita sedar bahawa segala perkara
dalam perancangan Allah, maka apabila pengakhirannya, kita masih sedar bahawa segalanya kita
telah serahkan kepada Allah dari Awal. Maka kita tidak akan mempersoalkan kepada Allah,
mengapa kita berusaha namun kita masih gagal. Kita sudah meletakkan Allah yang pertama sebelum
melakukan perkara tertentu.
Mulakan segala perkara dengan niat kerana Allah. Insya Allah ibadah buat kita. Semoga berjaya
untuk masa yang akan datang. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Sungguh, rahmat Allah
itu luas!
UTMJBJDT_12/02/2014_02:13AM
Dekan | 4 Flat | Keputusan Peperiksaan | Ilmu | Redho