Selamat Hari Lahir |
Setiap orang akan ada tarikh lahirnya. Ya, akan disambut. Sama ada tuan badan ingat mahupun tidak. Saban tahun nilainya akan meningkat. Namun, meningkat tidak bermakna sentiasa meningkat sehingga tiada penghujung. Semestinya akan berhenti pada satu angka yang kita sendiri tidak tahu.
Kita tidak boleh mengucapkan selamat hari jadi kerana kita sememangnya tidak tahu bila kita dijadikan. Tetapi kita boleh mengucapkan selamat hari lahir kerana sememangnya kita tahu tarikh kita dilahirkan. Namun, apakah kita tahu bilakah tarikh kita akan dimatikan?
Semakin hari, usia semakin meningkat. Namun, apakah peningkatan usia kita itu seiring dengan peningkatan amal juga? Apakah kita sedar bahawa kematian itu semakin mendekat bukan semakin menjauh? Tidak kisahlah kita menyambut ulang tahun kelahiran ke 10, 20, 30, dan seterusnya, jangan dikata usia masih muda walhal anda tidak tahu bila anda akan mati. Jika ditakdirkan usia anda cuma 10 tahun sahaja hidup didunia, jika dinisbahkan dengan orang yang mati pada usia 60, nyata umur anda sudah sama taraf dengan orang yang berusia 60 tahun. Maka nisbah usia ialah 1:6.
Ingatlah bahawa setiap yang hidup itu akan pasti merasai mati. Sesuai dengan firmat Allah dalam surah Al-Anbiya; 21:35
Surah Al-Anbiya 21:35 |
Mati itu bila-bila. Tidak akan cepat, tidak juga akan lambat. Walaupun satu saat tidak mungkin bakal tertangguh waktunya.
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatnya. ”
[7:34]
Apa kita lupa bahawa malaikat menjengguk kita setiap hari sebanyak 70 kali walhal tempoh kita mengingati mati kurang dari angka itu. Bilangan kita mengingati Allah juga mungkin kurang daripada itu.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud:
"Bahwa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang memperhatikan wajah seseorang, didapati orang itu ada yang bergelak-tawa. Maka berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT. untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa. "
Berapa angka kita mengingati mati? Berapa angka kita mengingati Allah? Bolehkah dikatakan bahawa setiap kali kita solat itu kita mengingati Allah? Kita diwajibkan solat fardu 5 kali dalam sehari. Bolehkah kita menjamin dalam lingkungan 5 minit solat kita itu kita tumpukan sepenuhnya pada Allah seterusnya mengingati Allah? Barangkali hanya jasad sahaja dihadapkan kepada Allah namun hati jauh sama sekali. Sedar-sedar sahaja sudah salam terakhir? Jadi, bila waktunya kita ingat Allah langsung mengingati mati? Dalam 5 minit itu boleh jamin 1 minit dihadirkan roh dan jasad pada Allah? Mungkin kurang dan mungkin tidak ada! Maka, hanya kurang 5minit dalam sehari kita mengingati Allah jika kita tidak hadirkan sepenuhnya solat kita pada Allah.
Dalam solat belum menjamin kita hadirkan kita kepada Allah sepenuhnya. Kadang kala malah selalunya waktu sedang solat itu fikiran melayang ingin melakukan sesuatu, teringat sesuatu yang dari tadi lupa, berfikir ingin makan apa dan sebagainya. Jadi, masa mananya kita mengingati Allah? Kita akan ingat pada Allah saat kita sukar, susah, sempit, sakit, sesak, semput, senggugut, selsema, dan segala jenis S dan bukan S yang mana dihadirkan oleh Allah untuk menguji kita. Nah, itu baru benar-benar kita hadirkan diri kita untuk Allah. Baru dijentik sikit, baru mahu ingat Allah. Allahu.
Dalam solat belum menjamin kita hadirkan kita kepada Allah sepenuhnya. Kadang kala malah selalunya waktu sedang solat itu fikiran melayang ingin melakukan sesuatu, teringat sesuatu yang dari tadi lupa, berfikir ingin makan apa dan sebagainya. Jadi, masa mananya kita mengingati Allah? Kita akan ingat pada Allah saat kita sukar, susah, sempit, sakit, sesak, semput, senggugut, selsema, dan segala jenis S dan bukan S yang mana dihadirkan oleh Allah untuk menguji kita. Nah, itu baru benar-benar kita hadirkan diri kita untuk Allah. Baru dijentik sikit, baru mahu ingat Allah. Allahu.
Mungkin ada yang gembira bila sudah capai usia tersebut kerana mungkin, sudah tidak bawah umur. Boleh masuk panggung wayang 18SX, boleh kahwin, boleh pergi luar negara tanpa pengawasan ibu bapa, boleh keluarkan wang di akaun bank tanpa tanda tangan ibu bapa, boleh ambil lesen kereta dan sebagainya yang lebih menunjukkan kearah kebebasan. Ingat, kebebasan itu bukan bermakna anda bebas. Anda lebih terikat. Terikat pada hukum agama, terikat pada amanah, terikat pada tanggungjawab yang jauh lebih mencabar dan besar selepas ini. Namun, tidak semua sedar dengan perkara ini. Mereka hanya menyambut hari lahir dengan meniup lilin pada kek dan berhajat serupa amalan orang kafir. Ehem! Kita bukan berhajat tetapi kita berdoa. Kita berdoa bukan setahun sekali semasa ulang tahun kelahiran juga meniup lilin, tetapi kita berdoa paling kurang 5 kali sehari. Lupa?
Tinggalkan budaya orang kafir itu. Ganti menyambut ulang tahun kelahiran dengan sujud syukur kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT nafas dan masih berkesempatan untuk bertaubat dan ditiupkan hidayah. Carilah hikmah dan ibrah. Renung, apakah usia kita selama ini tersia-sia mahupun bermanfaat untuk diri dan agama. Apakah ibadah kita setara dengan usia. Apakah amal kita diterima, taubat kita terampun? Apakah rezeki kita itu bersih dan halal? Apakah kita banyak melakukan dosa mahupun pahala? Bagaimana perancangan kita untuk usia kita yang tersisa?
Usia ku kini sudah 23, namun apa bakti-ku pada diri sendiri, ibu bapa, keluarga? Apa pula bakti-ku pada Rasulku Muhammad dan Allah serta agamaku? Sungguh malu pada Ahmad Ammar, usia 20 sudah diagkat syahid dan diberi penghormatan rakyat Turki kerana dikebumikan di permakaman pahlawan-pahlawan Islam dan para anbiya. Bila mana hari kebangkitan, beliau akan bangkit bersama sebaik-baik raja Sultan Muhamad Al-Fateh serta sahabat nabi Muhammad, Abu Ayub Al-Ansari yang berhijrah menyebarkan Islam ke Constantinople dan syahid di tanah Turki juga. Ciri-ciri jenazah beliau juga menunjukkan bahawa dia orang yang beriman kerana dahinya berpeluh. Allahu. Malu juga pada Ust Don seusia dengan aku namun dia punyai ilmu yang tinggi sehingga menjadi rujukan jutaan ummah. Lebih malu pada adik-adik naqibah kerana semangat jihad dalam menyebarkan dakwah sungguh tinggi serta menjadi rujukan yang lain termasuk mentarbiah golongan doktor walhal usia baru 21. Mengapa adik-adik naqibah? Kerana mereka lebih muda dari ku. Lebih malu pada Ibnu Bathoota Osem (FB) [follow lah beliau]. Punyai pengalaman yang banyak serta ilmu juga banyak. Berdamping dengan ramai ulama, mengembara keserata negara. Walhal usianya baru 24 namun seperti sudah 42.
***
Kad ucapan sanah helwah ini dibuat khas untuk naqibah ku yang genap usianya 21 tahun (bukan hari ini). Buat jam 7.30pm dan siap hampir jam 9pm. Itu jam buat research ayat al-Quran yang sesuai. Itu jam draw khat khufi, itu jam cari backgroud, itu jam cari ayat, itu jam touch up. Alhamdulillah, selesai sebelum beralih pada hari baru. Hasil yang singkat bagiku dan alhamdulillah berpuas hati. Khat itu tertulis "Sannah Helwah Nur Hidayah ke 21. Penin juga menyusun khufi ini bagi memenuhi ruang. Jika kosong kelihatan tidak kemas. 1st try sebenarnya dan dah lama tak hadap Photoshop. Alhamdulillah, Allah beri idea. Moga sifat logam ini dimanfaatkan sebaik mungkin demi menyebarkan syiar Islam!
Khat Khufi | Sanah Helwah | Selamat Hari Lahir
Edit 6:24PM 2/4/2014
Edit 6:24PM 2/4/2014