Hidup pada akhir zaman ini bukan lah sesuatu perkara yang boleh dipandang enteng dan mudah. Pelbagai fitnah ditabur, seperti yang nabi Muhamad sedia maklum kepada kita mengenai fitnah yang berleluasa pada akhir zaman ini.
Hakikat kita perlu sedar, kita berada pada zaman yang dinyatakan oleh baginda SAW. Kadang-kadang tanpa sedar kita difitnah, kadang-kadang kita yang menfitnah. Paling ditakuti oleh adalah fitnah dalam agama. Pelbagai ajaran yang semakin berleluasa yang mana segala maklumat-maklumat tanpa terbukti kesahihannya disebar luas tanpa dikaji lebih lanjut tentangnya. Ramai ustaz ustazah daripada facebook, tweeter, youtube, blog, dan google. Mereka mempertahankan hujah yang jelas menyuluh bahawa mereka berhujah tanpa ilmu. Hentam semberono.
Pernah terbaca satu komen di salah satu page dakwah di facebook, orang tersebut mempersoalkan tentang doa rabitah mengapa perlu itu dan ini dalam doa tersebut. Mengapa letak Allah pada tengguk musuh-musuh islam, mengapa menggunakan perkataan anjing dalam doa tersebut. Bila diberi penjelasan, dia mempersoalkan dan menyatakan bahawa tidak pernah dia dengar surah tersebut. Bagi saya, sudah jelas lagi bersuluh, dia langsung tidak pernah buka al-Quran barangkalinya. Jika mahu huznuzon sekalipun, mungkin Al-Qurannya tersalah cetak -_-
Ada juga yang menurut dan mengamal tanpa ilmu. Jika kita tanya lebih detail hal tersebut, langsung menjawab ada ayat al-quran nyatakan macam tu dan ini, ada hadis macam itu dan ini. Hakikatnya, apa yang dinyatakan itu bertentangan dengan ajaran ahli sunnah! Jika mahu huznuzon sekalipun, mungkin kita belum hadap kitab yang dia dah hadap -_-
Kerisauan melanda diri bila mana, jika fitnah dalam beragama ini berleluasa, membuatkan orang yang baru untuk mengenal agama jadi terumbang ambing dengan kenyataan yang dikeluarkan, Sewenang-wenangnya memburukkan ulama yang ramai orang sanjung, sewenang-wenangnya meletakkan itu dan ini. Sewenang-wenangnya membuat kesimpulan. Siapa kita? Berapa banyak kitab hadis yang telah kita hafal, al-quran terhafal apa belum? Terlalu taksub pada gerakan yang dibawa sehingga menyalahkan segala gerakan lain. Rujukan hanya pada kitab-kitab, artikel-artikel daripada gerakan dia sahaja.
Satu perkara asas yang perlu kita tahu adalah, Khilafah akan tertegak jika islam tertegak dalam diri. Tidak mungkin akan tertegak terus. Solat itu tiang agama. Jika solat masih dilewat-lewatkan malah diqada solatnya, tahajud seminggu sekali atau mungkin tiada. Bagaimana Negara islam itu mampu terbina? Bilik tak terurus bagaimana mahu urus Negara. Sekecil-kecil perkara tidak mampu dikawal, bercita-cita untuk tegakkan Negara islam terus. Lantang menegakkan Negara islam tetapi dalam diri tidak lantang melawan nafsu tidur, malas dan sebagainya. Masih ber'ilah'kan nafsu. Kita mengucap syahadah, tiada tuhan selain Allah, namun kita masih ber'ilah'kan (bertuhankan) nafsu, harta, dan sebagainya.
Panji-panji syahadah dikibar megah, namun langsung tidak faham maksud syahadah yang sebenar-benarnya. Melakukan perkara tanpa ilmu itu boleh juga dikatakan dungu. Eh. Bila ditanya ini apa, lantang menjawab, ini adalah bendera panji rasulullah yang mana hitam bendera yang dibawa semasa perang, dan putih adalah bendera Negara islam. Hanya setakan itu pemahaman dan asbab dia mengibarkan syahadah? Sesungguhnya, jika kita tahu makna disebalik syahadah itu, maka bergetar jari disaat syahadah dilafazkan dalam solat, bergetar hati! Kalimah syahadah itu diimani bukan dikibari, dilekati bukan letak dikaki tetapi dihati.
Saya bukan penolak para penegak Negara islam, sedang saya juga perjuang untuk menegakkan kembali daulah islamiyah. Namun hakikat yang kita perlu sedar, islam akan tertegak jika islam tertegak dalam diri.
Menulis atas dasar kekecewaan pada diri sendiri kerana tidak melaksanakan syahadatul haq dengan bersungguh-sungguh. :'(
Tidak dapat focus penuh pada apa yang ditulis kerana hati fikir terhadap masalah ummah yang semakin tenat. Esok ada final paper, tetapi kerisauan terhadap masalah ummah itu perlu dihadap kerana itu adalah ujian yang sebenar buat para hambaNya.
Aku hanya abid, aku juga khalifah, sentiasa khilaf. Aseef
Universiti_Tarbiyah_Manusia | J.D.T Jihad_Dakwah_Tarbiyah | 0321H_5June2014 | 6Syaaban1435