Need

Gambar Dari: Sky Garden, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, Putrajaya
 
Baru pulang dari jaulah sorang-sorang walaupun hakikatnya seramai 33 orang mahasiswa terlibat. Namun, bila kata berjaulah itu erti kata lainnya, jalan-jalan  mengenal Allah. Alhamdulillah, dikesempatan lainnya, walau tidak dapat bersama akhwat berjaulah kerana ada kekangan tugas dunia, hati masih diikat dengan tarbiyah. Bila mana yang lain melihat dan mencari sesuatu perkara yang lebih bersifat keduniaan, tapi saya melihat pada dua sisi yang berbeza. Setiap apa yang diberi, akan dipandang dari satu sisi yang mana hanya mereka yang melihat dan berfikir hasil daripada tarbiyah sahaja akan merasainya.
 
Dalam sepanjang lawatan sambil belajar, pelajar ini ada bertanyakan soalan. Antara soalan yang menarik perhatian saya ialah, mengenai bagaimana kualifikasi pelajar untuk masuk bekerja dalam syarikat berkenaan. Si penceramah menekankan agar pelajar perlulah berusaha lebih untuk mencari ilmu sisi terutama dalam programming yang mana sangat berkait rapat dengan kos yang kami belajar. Perlu 'explore' lebih untuk bersaing dengan graduan lain. Selain daripada itu, beliau juga menekankan agar memenuhi keperluan semasa. Sebagai contoh, sekarang ini pengguna menggunakan telifon pintar sebagai applikasi, maka syarikat akan berusaha untuk lebih mesra pelanggan yang mana informasi diterima lebih cepat dan tepat. Maka programmer perlu membangunkan suatu system applikasi yang mana menghubungkan antara telefon dan system syarikat. Itu pada masa sekarang, namun pada dua tahun akan datang, keperluan pengguna mungkin lebih daripada itu. Maka para pelajar diminta untuk bersedia mencari ilmu lebih tanpa bergantung harap dengan syarahan yang diberikan oleh pensyarah semata-mata. Beliau menekankan bahawa, itu hanya asas, selebihnya perlu cari sendiri.
 
Dari sudut pandangan tarbiyah pula, muncul analogi mudah. Jika kita bersaing untuk diterima bekerja dalam satu syarikat, maka sama juga untuk kita bersaing masuk syurga Allah. Namun masuk ke dalam syurga itu kan beramai-ramai aka bersama-sama. Kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk membuat persediaan menuju matlamat kita yang sebenar. Bila mana kita ingin bekerja, kita akan memasarkan (market) diri kita. Aku adalah aku, dan engkau adalah engkau. Berbeza bagi kita yang ingin ke syurga, aku adalah aku, dan engkau adalah aku. Maknanya disini adalah, kita melakukan amal ibadah untuk diri kita sendiri, dalam masa yang sama, kita mengajak orang lain untuk bersama-sama kita melakukan ibadah.
 
***
 
Di saat akhwat yang lain imannya sedang melonjak-lonjak naik nun disana, bergembira ria menimba ilmu dan mengambil beribu-ribu ibrah yang saya tidak dapat, saya disini sering dan sering dan sering dan sering futur. Betapa Allah menguji diri ini, apakah iman ini mampu dijaga, dipelihara tanpa bi'ah solehah. Allah menguji diri ini, apakah saya ini masih bergantung harap pada bi'ah dan bukan pada Allah. Apakah diri ini masih ingin dimanjakan, dijaga, disuruh oleh akhwat untuk itu dan ini. Ya, diri ini diuji. Diberi kerana semestinya ada hikmah. Mungkin persiapan untuk berhadapan dengan suasana yang lebih menguji kekuatan iman sepanjang cuti semester nanti.
 
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Tidak dicampakkan diri ini bersama mereka pada saat dan detik ini mungkin saya belum bersedia untuk menerima 'perkara' tersebut. Mungkin 'perkara' tersebut berat buat saya untuk saya pikul. Atau Allah akan memberikan yang lebih baik daripada itu atau Allah memberikan kepada saya sesuai dengan kemampuan saya. Ya. Allah adalah sebaik-baik perancang.
 
Namun, betapa diri ini sangat merindui bi'ah yang telah dibina. Bila mana terpisah, seakan-akan nyawa ini hanya tinggal separuh. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Barangkalinya saya belum benar-benar ikhlas berukhwah fillah. Kerana Allah. Perkataan yang sangat halus untuk diungkai panjang. Tersangat mendalam. Jika bersahabat kerana Allah, tiada masalah untuk berpisah.
 
***
 
Hakikat sebenar yang perlu saya akui, hidup ini perlu diteruskan walaupun bergerak sendirian. Perakuan benar tanpa dusta, ana rindu antuna semua. Seriously. Bila mana naqibah memujuk, dan  salah sorang akhwat berkata, "Pertemuan dan perpisahan Allah yang tentukan". Semudah itu kan kata-kata tertulis manis. Diri yang baca mengalir air mata. Indah coretan kata-kata disaat anda sedang bergembira bersama bi'ah solahah yang terchenta. Bila mana anda berada di tempat saya, dan saya kembalikan kata-kata tersebut kepada anda, anda akan rasa apa yang saya rasa. Benar, kata-kata yang keluar dari orang yang tidak seiring perasaan dan situasi, tidak akan sampai kepada penerima kata-kata. 
 
Ibrah untuk saya juga, bila mana kita terlalu bergembira, jangan berkata-kata yang boleh membuatkan orang lain terasa (jelos) dengan keseronokan, kesenangan, kebahagiaan yang kita peroleh. Bila mana kita sedang marah, jangan berkata-kata kerana kata-kata kita itu mampu melulu bicara tanpa pemikiran yang waras kadang lajak hasutan nafsu dalam berkata. Maka, dalam perbicaraan riang gembira itu, saya menjadi penonton tegar as pembaca senyap sambil bercucuran air mata.
 
#Pray4Me agar segera dapat dipulihkan iman yang semakin tenat.
2 #LuahMatiEmakTelanMatiBapak
3 #UkhwahFillahTillJannah
 
UTM_JDT | 17Jun2014
Universiti Tarbiyah Manusia | Jihad Dakwah Tarbiyah

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Need Dicoret oleh NH pada hari Selasa, 17 Jun 2014. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Need
 

Lets Join Us