kredit
Tahukah,
dia kesunyian.
saban hari sendirian.
Tidak punya apa.
Mencari teman berbual,
bagi memecah kesunyian,
Namun dipengakhiran,
Air mata bercucuran.
Tahukah,
Dia memerlukan teman,
saban hari dia kesunyian.
Hidup sendiri,
Tanpa teman.
Berjuta dibelanjakan,
tidak diheran kerana dia tahu,
Pasti akan hilang kesunyian dengan perbelanjaan itu.
Tapi dia silap,
Perbelanjaan yang tidak berbaloi.
Mencari teman,
Untuk dia didengari,
Ungkapan itu umpama duri,
Mencucuk pendengar kata itu.
Bukan niat untuk menyakiti,
Namun tanpa sengaja disakiti.
DIa merasakan,
Dia harus diam.
Bisu dari menyakitkan.
Celiknya dia, tetap buta.
Dengarnya dia tetap pekak.
Berkata dia tetap bisu.
Berteman dia tetap sunyi.
DIa kini sedar,
Sunyinya dia kerana tanpa imannya,
Bisunya dia kerana kurang zikirnya dia,
Butanya dia kerana kurang membaca qalam itu,
Pekaknya dia kerana kurang mendengar ayat suci itu.
Dia silap,
Mencari teman untuk memecah kesunyian hidupnya,
Dia lupa,
Allah itu teman karibnya,
Muhammad itu masih tetap merindui salam dari dirinya.
Ada diari yang masih belum habis dibaca.
Dia lupa,
Allah itu tetap bersama dia.
Di saat dia tersimpuh jatuh,
Bukan nama teman itu disebut,
Namun Allah itu tidak lekang dibibir.
Ya,
Allah itu teman mu!
Jangan berasa sunyi lagi wahai dia,
Hidupkan malammu bersama tuhanmu.
Insyaallah, hidup mu akan celik meskipun kamu buta,
Kamu masih boleh berbicara meskipun kamu bisu,
dan masih boleh mendengar meskipun kamu pekak.
Tidak usah memberi tahu dunia, apa yang kamu rasa dan alami,
Kerana, pemilik dunia dan alam semesta ini lebih mengetahui.
Be stong Nurul,
Allah always behind you,
Don't go far from him,
Because, he is your best 'friend' ever and ever :)
2030H20130121 Darul Khusus