:: Nothing to Display ::

|kredit|


Penitian,
Penat,
Mencari masih terus mencari.
Sungai itu direntangi.
Berjaya.
Namun tiada apa yang diperoleh.
Terlihat,
Seorang itu, melintas dengan tenang.
Sempurna.
Sedang aku meniti bagai titian itu penuh ranjau duri.

Mencari,
Meniti dalam kegelapan malam,
Berjaya, namun hampa.
Tiada apa yang dia peroleh.
Kosong.

Dia rindu,
Rindu pada jambatan yang indah dan mudah.
Perjalanan melintasi jambatan itu,
Kelihatannya cahaya dan ketenangan.

Sungai itu deras,
Berjaya dirintangi.
Sungai itu tenang,
Namun,
Kaki bergetar miniti.

Dimana dia yang dicari?
Dimana hilangnya dia yang aku rindui.
Mengetahui keindahan dia sudah lama,
Merasai kemasan dia sekelumit cuma,
Mencari kekuatan dia cukup lama,
Dimana dia?
Dimana?

Dia rindu aku,
Aku juga rindu dia.
Bilakah dapat kita bersama semula?

Mencari,
Kumpulan itu,
Mudahkan urusanku.

Siapa kata cuti itu mudah dan indah?
Cuti itu siksa kerana rindu pada sang pencipta!

Rindu Allah!!!

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel :: Nothing to Display :: Dicoret oleh NH pada hari Isnin, 21 Januari 2013. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting :: Nothing to Display ::
 

Lets Join Us