Tanah ini Milik Kita


[kredit]


Saudaraku,
Sedetik terleka cuma, 
Hancur sekelip mata apa yang terbina sekian lama.
Berkelahi sesama bangsa dan agama,
Sedangkan yang lain mengintip bersama kuntuman senyuman,
melihat perbalahan perpecahan antara kita. 

Ini tanah milik ku, milik kita,
Islamnya tanah ini,
Kekalkan keislaman tanah ini, serta penghuninya.

Saudaraku,
Apa guna berkelahi sesama bangsa,
Kita bukan sahaja sebangsa bernama melayu,
tetapi kita seagama berlandaskan kitab al-quran,
berimamkan muhammad s.a.w. dan berkiblatkan kaabah.

Apa guna mengkafirkan antara saudara,
sedangkan musuh utama itu kamu tunduk,
Ingat larangan Allah,
Jangan jadikan mereka teman karib mu, kerana mereka itu musuh yang nyata.

Islam kita kerana satu pegangan,
Bersatu kita teguh,
Bercerai kita akan roboh. 
Jangan mengimpikan sesuatu yang besar,
Sedangkan yang kecil dalam genggaman lari berciciran.

Saudaraku,
Bersatulah demi agamamu dan negaramu yang kamu punya,
Tanah ini milik kita,
Akan dijajah oleh penjajah, bukan british juga belanda,
tetapi rakyat tempatan yang menetap lama,
Yang dahulunya menumpang rezeki di tanahmu.
Dimana pentadbiran bukan berlandaskan tuhan yang utama.

Palestin itu resah,
Mati mereka, syurga menanti.
Malaysia itu, indah.
Jangan mati bergadai mimpi,
Tanah yang kita punya,
Dijajah oleh bukan bangsa kita, bukan agama kita,
Jangan itu menjelma.

Melayu bermegah,
Keluar ditengah kota raya,
Berbelanja besar di dalam bangunan membeli-belah yang gah,
Namun bukan milik mereka,
Itu yang mereka banggakan.

saudara,
Peganglah 5 perkara,
bukan rukun negara, tetapi rukun iman yang perlu dijaga.
Barulah Islam kita bukan sekadar nama.

Pejamkan mata,
Jangkaukan minda,
Beberapa tahun akan datang,
Apa nasib anak bangsa dan agamamu?
Masih dapatkah keistimewaan sebagai bumiputera?
Masih terdengar azan di siaran juga di masjid berhampiran?
Masih boleh berarak memegang sepanduk meraikan maulidurrasul?
Masih boleh dapat cuti panjang untuk melaksanakan haji dan umrah
Masih boleh berdakwah secara terbuka tanpa sekatan?
Masih boleh berhijab bagi wanita?
Semua ini bisa terjadi, kerana negara luar telah merakamkannya.
Namun, perlu terjadi di negara bertuah ini?
jangan! jangan biarkan ini berlaku,
Biarlah jatuh dan bangun negaran ini atas tangan bangsa kita sendiri,
Bukan bangsa penetap lama yang kini bergelar, warganegara.

Saya sayang Malaysia! Tapi saya lebih sayang agama saya dari diperintah dari 
golongan yang bukan beragama yang seagama dengan saya.Tak kisah lah siapa yang perintah 
Malaysia kelak, saya hanya mahu, negara saya Malaysia masih berstatus negara Islam!
Amin!!!

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Tanah ini Milik Kita Dicoret oleh NH pada hari Ahad, 20 Januari 2013. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Tanah ini Milik Kita
 

Lets Join Us