[kredit]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dihidupkan selepas mati sementara.Matahari terbit dan terbenam,
siang berganti malam,
hari berganti hari.Itulah lumrah hidup. Jadual hidup saban hari tiada bezanya. Bangun awal pagi,
laksanakan solat, kerja, dan rehat.Tetap sama saban hari. Masa sendiri diurus oleh
orang lain. Mereka yang menetapkan, bila waktu kita bekerja,
berehat dan balik.Dimana hak kita sebagai pemilik masa diri sendiri?
Satu hari itu hanya terdapat 24
jam. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah masa yang sama setiap hari, cuma tempoh
yang diberi berapa hari untuk hidup hayat seseorang itu sahaja yang berbeza. Ada
manusia memberi alasan tak cukup masa, sedangkan masa itu tetap sama. Bila cikgu Tanya,
“Kenapa tidak siapkan kerja rumah?” Lalu anak murid itu menjawab, “Tak cukup masa cikgu”.
Manusia itu sememangnya sering memberikan alasan. Kesalahan sendiri,
tetapi menyalahkan orang lain. Kata pepatah, kuman diseberang nampak. Teringat firman
Allah yang bermaksud, “…Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Sungguh, Allah
Maha kuasa atas segala sesuatu.” [3:165]
Jika kita berterusan menyalahkan pihak lain,
samalah kita seperti syaitan yang
mana menyalahkan manusia itu sendiri jika dimasukkan ke dalam neraka, walhal dia yang
menghasut manusia itu. Ada analogy ringkas yang didengari di television
sebelum ini yang mengisahakan dua orang iaitu anak dan ibu. Ibunya sedang membuat hasil seni sulaman.
Si anakbertanya kepada ibunya, apa yang dibuat oleh ibunya, mengapa tak cantik.
Lalu ibu menjawab ringkas, nanti ibu akan tunjuk setelah siap. Namun,
perasaan ingin tahu anak itu membuatkan dia bertanya lagi, ibu buat apa?
Mengapa jahitan ibu tak kemas? Ibu menjawab dan tersenyum,
nanti ibu akan tunjukkan pada adikya. Selang beberapa minit,
ibu memanggil anak tadi dan menunjukkan hasil sulamannya kepada anak itu. Anak itu begitu teruja melihat hasil sulaman ibunya
yang cantik, kemas dan rapi itu.
Tapi, apakah maksud analogy ini? Ibu yang
mengait itu ibarat perancangan Allah dan anak yang
melihat dari bawah itu ibarat manusia. Allah yang
merancang dari atas telah menyulam sebaik-baik dan seindah-indah perkara untuk hambanya didunia. Namun,
manusia yang melihat perancangan Allah dari bawah itu sentiasa melihat bahawa, apa
yang dirancang Allah itu menyusahkan, berserabut. Mulalah mengeluh, menyalahkan
Allah dan sebagainya. Janganlah terus menyalahkan takdir sedangkan anda sendiri yang
salah mentadbir.
Dalam surah An-Nisa’ ayat 79 menyebut, “
Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apapun yang
menimpamu, itu dari (kesalahan) dirimu sendiri…” Jika mengeluh ditimpa masalah,
beristighfarlah. Jika mengaduh tersimpuh jatuh,
bersabarlah. Jika menangis kerana terkenangkan dosa, teruskanlah kerana air
mata taubat itu lebih disukai Allah. Insyaallah.
Allah itu Maha mengetahui.
“Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menyatakan , Allah
pasti mengetahuinya…” [3:29]. Allah tahu apa yang ada dalam benak hati kita.
Seorang ibu mampu membaca air muka serta lenggok suara anaknya yang mempunyai masalah walhal tidak melihat,
inikan pula Allah yang
menciptakan ibu kita.Pasti lebih Maha mengetahui. Berdoalah kepada Allah, Allah
akan mendengar. Bila dimakbulkan? Berimanlah kepada Allah bahawa sesungguhnya Allah
lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Kita berdoa, Ya Allah, berikan aku keputusan
yang cemerlang. Nah, Allah bagi. Kemudian minta lagi, Ya Allah,
berikan aku pekerjaan. Nah, Allah
bagi. Bila mendapat keputusan cemerlang namun melihat ada orang lain yang
lebih cemerlang, tidak puas hati dengan kurniaan itu. Diberi pekerjaan, tidak puas hati dengan pekerjaan itu.
Ah, gaji tidak setaraf dengan kelulusan. Kerja lebih 1 hari dari orang lain.
Waktu bekerja lebih. Dan
pelbagai macam alasan penambah dosa kerana tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan
Allah pada kita.
Anda meminta gaji sesuai dengan kelulusan anda,
apakah anda akan dapat pekerjaan tersebut dengan mendabik dada,
aku ada ijazah kelas pertama.
Aku berhak dapat gaji sekian-sekian. Sedangkan anda bekerja terkial-kial. Anda,
apakah dengan kelas pertama itu mampu menjadikan anda seorang pekerja yang berjaya
sama seperti anda belajar dulu? Ha, belum tentu. Mungkin anda hebat dari segi teori,
belum tentu praktikal anda hebat
.
Berhentilah memberi alasan, mengaduh,
mengeluh,
selagi kita belum jumpa kemenangan. Kemenangan akan lebih bernilai jika anda mendaki puncak kejayaan dengan kesabaran.
Setiap manusia diberi dugaan, cabaran dan rintangan hidup.Semakin sukar,
semakin matang dan semakin banyak ganjaran, semakin kurang balasan buruk (dosa)
jika anda bersabar.
Mana yang
lebih baik?Berterusan memberi asalan tanpa usaha. Berterusan mengeluh menambah dosa. Berterusan menyalahkan takdi rsedangkan anda
yang salah tadbir? Jika kita rasa kita susah, ada orang yang lebih susah.
Jangan pandang nikmat seseorang, tapi pandang kesusahan seseorang agar
kamu tidak kufur nikmat. Allah
tak akan membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Jangan kata
sampai bila aku harus diuji sebegini? Tetapi,
sampai bila aku harus mengalah pada kelemahan diri sendiri. Bila ditimpa dugaan,
berkatalah, Tahniah! Aku dalam kelompok hamba yang Allah sayang!