Oh Bangla, Oh Melayu

[kredit]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cik Nurul, pelik je tajuk anda kali ni. Bangla dan melayu? Apakah kerana kisah yang mungkin hot sekarang ini gadis melayu jatuh hati or tertawan dengan bangsa asing terutama dari Benua Afrika dan juga warga negara Bangladesh. Apakah kerana itu anda letak tajuk sedemikian rupa?

Ah ha, mungkin ya dan mungkin tidak. Pelik sangat lah wanita melayu sekarang ini, mudah bebenor terikat pada kata-kata manis mereka. Apakah sudah  tidak ada lelaki melayu yang handsome, baik tertarik dan deboom? Insyaallah masih ada, cuma sukar untuk ketemu.

Cakap pula pasal jodoh. Em, siapakah pemilik permata ini? Siapakah golongan adam yang akan menyanyikan lagu 'Permata yang Dicari' kepada patik dimana dia halal bagi patik? Soal jodoh itu, Allah sahaja yang mengetahui. Jika tidak ada disini, disana pasti ada! Insyaallah.

Na~ Kembali kepada bumi yang nyata. Bangla dan melayu? Nak cerita ni. Semasa patik dalam perjalanan untuk kembali ke Alor Star dari Melaka Sentral menaiki bas Intercity yang best gile tu. Ada seorang warganegara asing atau lebih tepat lagi warga negara Bangladesh. Duduk sorang-sorang dia. Ada bersama hanya beg kecil dan handset di genggaman tangannya. Duduk di double sit dan patik single sit sejajar dengan sit beliau. Keadaan yang terpingga-pingga, bahasa melayu ditahap sederhana membataskan dia untuk berkata-kata. 

Dalam keadaan tersipu-sipu, dia bertanya pada penjaga tiket.
 "Ini tempat apa nama?", 
penjaga tiket itu menjawab, "Seremban... Kau nak gi mane?".
"Saya mahu pergi Kota Raya", jawab orang bangla itu tergagap-gagap.
Lalu, jawapan yang mengejutkan patik dari penjaga tiket itu ialah,
"Kota raya tu KL la bangan*, ape ke b*doh sangat kau nih!" dengan suara lantang dan kuat.
Ya Allah, tersentap hati patik. Patik meletakkan diri patik di tempat Bangla tu. Eyh, tak kasar ke ayat panggil bangla saja? huhu..
Orang bertanya cara baik, kita juga seharusnya menjawab cara baik. Na, dalam bus tu bukan hanya ada bumiputra, malahan warga asing dan bangsa lain turut ada. Apa perspektif mereka terhadap budi bahasa rakyat Malaysia juga bangsa Melayu? Ayoyo, dahulu melayu itu megah kerana budi bahasanya. Tapi kini, hilang entah kemana. Dimanakah silapnya?

Walaupun golongan bangsa asing ni melimpah ruah ke ladang gandum, bagi patik, selagi dia menghormati kita, kita juga harus menghormati dia. Tidak salah dan itu dituntut dalam Islam. Keperibadian seseorang muslim itu mampu menjadi medium penarik untuk non-muslim terhadap Islam. Penarik apa Cik Nurul? Penarik Beca di Melaka tu ke? Eh, yeke? Tidak. Bukan itu.. Maksud patik, keperibadian yang baik. Cukup setakat menghormati bukan jatuh hati ye kawan-kawan. Nanti, kelain jadi nya. huhu

Eh, lari tajuk lagi. Kembali pada cerita bangla tadi. Patik kesian tengok dia tersipu-sipu. Mungkin dia nak tanya takut, takut diherdik lagi. Setiap perhentian, dia seolah-olah mahu bertanya. Mukanya resah. Orang lain nyenyak tidur, dia seorang terjaga. Terlintas di hati patik, biar lah dia. Tapi, seriously kesian kat dia. huhu

Patik tertidur...

***

Terjaga, tesergam indah bangunan yang besar-besar. Laluan LRT / Monorail dan sangat sibuk laluan disitu. Jeling kesebelah, "Eh, bangla tadi ada lagi?", bisik dalam hati je. hehe. Ini KL ke? Tanya patik sendiri. Mana ada tempat lain LRT or Monorail, betol lah ni KL. Bus Rapid KL pun banyak kat tempat tu. 
Bangla tadi, melihat 360 darjah suasana tu. Nasib tak putus je leher dia tu. hehe. Dia masih tersipu.
Patik memberi isyarat tangan. Dia toleh ke arah patik. Dengan suara yang serak basah sebab baru bangun tidur patik berkata " Ini Kota Raya". Ringkas. Dengan tangkas dia bangun dan bertanya lagi, 
"Kota Raya?". 
"Ya, kota raya Kuala Lumpur".
Bingkas dia bangun dan meninggalkan bus. Eh, bangla ni tak tanya ke dia kat mana? KL ni bukan kecik. Ayoyo. Patik nak turun bus nak pergi tandas pun takut ini kan turun terus tak naik-naik dah. Macam mana bangla tu nak survive erk? Kalaulah bateri handset dia mati..
Udah-udah lah tu Cik Nurul fikir fasal bangla tu, kisah lama dah. huk3.

***
Ada lagi satu kisah, salah sebuah CC yang terdapat di Telok Mas, Melaka. Patik ingin print dan fotostat dokumen untuk diserahkan kepada beberapa pihak. Semasa menunggu print tu selesai, ada sekumpulan bangla ini bertanya kepada penjaga cc tu, 
"Ini kenapa tidak ada suara?" 
Penjaga tu berkata, "Sori I bukan teknition nak tau segala bagai tu, I ada banyak keje lain dari nak layan kau!" 
Dalam hati patik, garangnya kakak ni~ takot~~
Siap, selesai. "Berapa kak?"
"RM4.90", jawab kakak tu biasa dan ringkas.
"Terima kasih kak". Pintu ditolak dan keluar mendapatkan motor kuning. hehe
"Angah, kenapa tak fotostat kt situ je, bukan ada photostate ke kat situ tadi? Bukan tadi kata nak photostate ke?", tanya adik.
"Angah takooot.... kakak tu garang....", seriously takut sangat.. serem.. huhu
"Hek elleh, tu pun takut. De marah kat bangla tu je lah, kat kite ok je.."
"Yela tu", jawab patik ringkas.   

***
The moral of the story is.. fikir-fikirkan lah ye.
Cerita ini ada pengajarannya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Bahasa Melambangkan bangsa. Hidup bangun sesebuah bangsa itu bermula melalui bahasa.
Kata Si Tuah, "Tak akan Melayu hilang didunia" walaupun dia tu hilang entah kemana. Follow je lah kata-kata si Tuah tu. hehe. Ya, melayu itu tidak akan hilang, tetapi yang akan hilang ialah, budi pekerti bangsa melayu itu sendiri. Walaupun saya orang jawa bercampur bugis, tetapi dalam IC berdaftar sebagai Melayu.
Bangsa itu melayu. Jika Melayu itu, Islam [di Malaysia]. Jika Islam itu, melambangkan muslim seluruh dunia. Jangan kerana bangsa, rosak akhlak agama. Ingat tu.

"Ingatlah wahai bangsaku, jangan mudah lupa lagi" Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Oh Bangla, Oh Melayu Dicoret oleh NH pada hari Sabtu, 4 Ogos 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Oh Bangla, Oh Melayu
 

Lets Join Us