Kata Hati

[kredit]

Ramai orang kata,
"Ikut kata hati, mati"

Kita selalu menolak kata hati kita. Kata ustaz Maulana "Kata hati itu gak akan bisa bohong". Sejauh mana kebenaran kata hati itu?
Tarik nafas panjang. Hati itu raja pada kerajaan pemerintah anggota badanmu. Kekuatan hati itu bergantung pada kekuatan iman yang kita bina. Bukan pada kekuatan fizikal dan mental semata-mata. Ramai anggota tentera bisa dibentuk disiplinnya melalui tekanan fizikal dan mental mereka. Berapa ramai antara mereka yang utuh mendirikan solat 5 waktunya ketika tempoh pelaksanaan itu sesingkat helaan nafas mereka? Pada mereka yang menjaga perkara itu, sungguh, hati itu akan menarik diri dari aktiviti itu kerana sigkatnya waktu untuk melaksanakan tangungjawab sebagai hamba kepada tuhan walau mereka kuat mentaati perintah tuan mereka.

Hati itu lembut fizikalnya, boleh rosak jika tercela. Akan tetapi batin hati itu boleh menjadi selembut sutera juga sekeras batu. Sutera yang lembut apabila disentuh, selesa apabila dipakai. Batu yang keras, boleh retak dan pecah apabila dihentak, boleh berlekuk walau hanya terkena titisan air yang lembut untuk suatu tempoh yang lama.

Hati batu. Cara mendidiknya? Adakah dengan menghentak hingga pecah atau pada lembutnya air untuk melekukkannya?

Apakah kita seorang doctor mampu membaiki penyakit hati? Apakah kita seorang arkitek mampu menstrukturkan semula hati? Apakah kita seorang surveyor mampu mengukur ketepatan iman dihati? Apakah kita seorang akauntan mampu memgimbangi hati untuk dunia juga hati untuk akhirat?
Hati itu lembut, mengapa boleh patah? Hati itu batinnya kuat, mengapa boleh mengaku kalah. Lemah.
Jika kita seorang dermawan, mampukan mendermakan hati kita sedang kita masih buntukannya? Jika kita seorang hartawan, mampukah kita membeli hati baru disaat hati yang sedia ada sudah hancur berkecai?
Muhamad nabiku banyak menekankan soal hati. Antaranya:

'Kaya itu bukanlah pada banyak harta. Tetapi kaya itu kaya adalah kaya hati' [Riwayat Muslim]

Disaat hati lemah, qarin itu datang memujuk. Berkata teman itu, "Lihatlah, disaat kamu perlukan tuhanMu, tuhanMu tidak ada untukmu. Disaat kamu memerlukan kekuatan, tidak ada yang datang membantumu"
Itulah pembisik hati yang paling kejam iaitu syaitan. Peneman hatimu itu ada, cuma dirimu yang menjauhi.

Pernahkah dirasakan, hati itu sunyi. Lantas air mata itu jatuh menjadi simbol bahawa hati itu buntukan kekuatan. Siapa yang datang meneman disaat hatimu kosong? Ada disudut hati itu tuhanmu. Cuma kerana melayan kekosongan hati itu, membuatkan kamu ikutkan kata hati. Kata hati yang kosong itu merupakan dorongan daripada Qarinmu semata. Isikan hati mu yang sedang kosong itu dengan kembali kepada Allah. Tuhanmu. Disaat itu, muncul Allah yang bukan pada wajah diperlihatkan, tetapi pada ketenangan yang memdalam.
Saat hidayah dititipkan kepadamu, hasutan qarin itu menjauhi.

Berilah hati itu kekuatan dengan peringatan. Ingat pada Allah melalui zikrullah. Membaca pesanan Allah melalui Qalamullah.

Allah,
Isikan hati ini dengan iman,
Penuhi hati ini dengan ketakqwaan
Suburkan hati ini dengan kesyurkuran
Tabahkan hati ini dengan keredoan.
Kuatkan hati ini dengan ihsanMu
Terangi hati ini dengan hidayaMu
Suluh hati ini dengan rahmatMu

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Kata Hati Dicoret oleh NH pada hari Selasa, 28 Ogos 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Kata Hati
 

Lets Join Us