[kredit]
Assalamualaikum.
17 itu tarikh keramat. Mengubah status dari tiada kepada ada. Dari tiga kepada satu. Bunyi semakin sedikit, tetapi semakin berat dan besar.
Tiada tanggungjawab yg besar kepada tanggungjawab yang jauh lebih besar.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan ini beta tauliahkan, 1284 orang pegawai kadet sebagai Leftenan Muda didalam pasukan simpanan agkatan tentera Malaysia..."
Disaat ungkapan itu dilafazkan, tangan ini sejuk membeku, berdiri kaku, hati menangis, jantung berdegup kencang. Laju. Ingin rebah, tetapi tetap utuh berdiri walau sudah sekian lama tegak tanpa pergerakan.
Hati menjerit, "Alhamdulillah Ya Allah, tugas dan tanggungjawabku sudah selesai. Walau terasa patah dipertengahan jalan yang berliku itu, walau kerap kali ingin menamatkan perjalanan, hati tetap memujuk untuk sampai dipenghabisan walau badannya banyak kali sakit, terseksa. Fikirannya berkecamuk, renyuk.
Perjalanan ku telah tamat. Cukup setakat ini.
Tetapi aku lupa, perjalanan ku itu sebenarnya jauh lebih berliku. Lebih payah. Aku lupa, aku masih punya tanggungjawab selagi tempoh itu belum tamat. Aku masih punya 30 orang yang nyawanya ku pertanggunjawabkan jika negara tercinta ini digegarkan. Nauzbillah.Pinta dijauhkan.
Apakah aku peroleh kemenangan selepas lafaz itu terlaung? Tidak. Aku masih terkapai-kapai. Kemenangan itu masih jauh dan mungkin susah untuk ku gapai.
Apa yang aku kejar? Bukan pada pangkat yang berkilau saat dipakai. Bukan istilah juga panggilan itu yang ku inginkan. Cukup untuk menimba ilmu dan pengalaman. Pangkat yang menghiasi bahuku ini masih belum layak untuk berada pada tanggungjawabku. Pengalaman dan ilmuku masih sedikit dari berjuta ilmu dalam bidang itu.
Aku tidak suka pada panggilan itu. Hati aku mudah berubah, mudah goyah. Panggilan itu mampu menghinggapkan riak dan takabbur dalam diri yang mana itu yang paling aku takuti. Sumpah, bukan pangkat itu yang aku kejar.
Susahnya jalan yang ku pilih ini,
Dugaan, bebanan silih berganti.
Baru sebentar berhenti, ujian hinggap kembali.
Sebelum istilah itu terlafaz.
Pada hari-hari sebelum hari kejadian.
Teringat, pada malam penuh keramat
Tertutupnya buku amalan yang lama,
Lahirnya buku amalan baru.
Disaat yang lainnya mengejar amalan kepada sang Pencipta,
Tetapi aku dan mereka...
Hanya Allah saksinya
Hati ini menangis,
Hati ini meronta.
Badan ini terseksa.
Kasihan anggota ku, lemah. Tidak terdaya.
Hanya hati yang masih tabah.
Anggotaku dipujuk hati.
Ayuh! Kuatkan fizikalmu.
Hanya beberapa detik untuk kau kecapi kemenangan.
3 tahun kau bertatih,
Hanya beberapa saat sahaja untuk kau bertahan.
Alhamdulillah, mulut ini masih mampu tersenyum.
Benci pada dia itu mampu ku buang jauh.
"Ya Allah, buku baru ku ini, aku tidak mahu membenci dan memaki manusia didepanku ini,
juga yang lainnya."
Senyumku itu terasa sangat manis walau zahirku sangat tersiksa. Sangat manis.
Belum pernah ku rasakan manisnya senyumanku sebelum ini. Nikmat.
Aku mampu lemparkan senyuman hakikat senyuman itu tidak layak ku zahirkan pada saat itu.
Sehingga kebanyakan kami mengalirkan air mata kesakitan. Tidak pernah dirasa sebelumnya.
"Allah! Allah! Allah!" batinku menjerit kuat! Kuat sekali!
Tetapi tidak didengari dia.
"Maafkan dia atas kezaliman dia kepadaku juga sahabat-sahabatku ya Allah".
Ungkapan yang tidak pernah lekang dibibirku disaat itu.
"Aku tak mahu melihat senyuman satu daripada kau orang!"
Ayat itu untuk ku dari keramaian yang lain. Benar.
Aku masih senyum,
Kasihan dia...Ampuni dia Ya Allah. Itu yang ku lafaz sedangkan yang lainnya mendoakan kecelakaan untuknya.
Saat itu tamat. Alhamdulillah. Sabarlah hati.
Malam yang seharusnya kau baca Yassin, berganti pada hal yang lainnya.
Seharusnya buku amalan baru itu dipenuhi kebaikan, tetapi lain jadinya.
Ku pulang ke kamar 116.
Kugapai handset yang ku tinggal di kamar,
3 unread message. Ku baca satu persatu.
Barulah hati ini tidak tertahan.
Hati akhirnya kalah memujuk airmata.
Mengalir kesedihan.
"Sahabatku disana, kamu laksanaklah. Aku tidak terdaya. Aku lemah. Aku letih.. Sedih." bisikku sendiri pada pemberi pesanan tersebut.
Pesanan yang berbaur mengimarahkan malam nifsu sa'aban.
Aku menangis, kerana aku tidak termampu untuk melaksanakan 3x bacaan hati al-quran itu walau aku kuat pada tempoh 1jam yang sangat menyakitkan itu
Aku lemah.
Mulanya aku mampu tersenyum, kukuh, kuat.
Tetapi lemah hanya kerana pesanan rohani itu.
Lemah...