Hati Ini Merindui


Hati,
Tabahkanlah kekuatanmu,
Kuatkanlah fizikalmu untuk menempuh hari-hari selanjutnya.
Hati, 
Benar-benar kau merindui mereka.
Bergetar sahabatmu itu,
Menahan panahan rindu.
Hati,
Memori-memori simpananmu itu,
hanya itu yang kau punya.
Tataplah dikala kau rindu dan sunyi.
Kuntuman senyuman mereka, 
Gelak tawa mereka,
Hanya pada tatapan vector mata.
Itulah bahan penenang kerasukan rindu pada mereka.
Dahulunya kau inginkan kemenangan.
Kini kau genggam kehendakmu.
Tetapi, apa yang kau punya?
Hanyalah kesunyian, kerinduan yang semakin memuncak.
Kesakitan itu kau dapat walau kemenangan sudah kau genggam erat.
Tiada guna kemenangan itu jika kau terpaksa menangung rindu,
pada mereka.
Kepada mereka semua yang kau cinta, yang kau sayang.
Aku kenal erti sahabat,
melalui mereka.
Aku kenal erti erat,
melalui mereka.
Melalui mereka,
aku kenal erti cinta, sayang, rindu dan kasih.

Hati,
Aku tahu kau sakit,
Sakit menahan panahan,
panahan rindu yang masih tidak terubat.
Sehinggakan permata mula memancarkan sinar,
Namun,
sinar itu tidak mampu mengubat kesakitan yang kau deritai.
Biar ratusan permata yang kau zahirkan,
ia tetap meyirami benihan rindu.
sehingga menyuburkan semaian rindu kepada mereka.
Tapak semaian itu menjadi bukti,
kukuhnya akar cinta dan sayang kau kepada mereka.
Biar datang hujan juga angin,
akar itu masih utuh mencengkam tanah cinta pada mereka.
Tiada taufan yang mampu leraikan akar dari tanah itu.

Hati,
bertahanlah,
Rindu yang disemai itu,
Akan pasti menuaikan sesuatu yang lebih bermakna.
berputikkan kekuatan yang lebih berbungakan cinta.
CInta yang memantapkan kekuatan iman.
Kerana menaburkan baja keikhlasan atas perpisahan.
Semua itu telah tersurat di luh mahfuznya.
Cara menerima itu yang memberikan pahala mahupun dosa.

Jadi,
Duhai hati.
Antara nikmat pahala mahupun derita dosa yang kau pilih.
Kau tahu,
mana yang baik untuk akhiratmu.

Bumi Arau itu indah,
Bumi yang telah menukilkan cerita untuk dikenang.
Bumi itu telah menemukan dia dengan mereka.
Bumi yang telah mengikat hati dia pada mereka.
Bumi yang membuat hati dia menangis kerana mereka,
Bumi yang membuat hati dia bersinar melalui mereka.

Hati,
berterima kasihlah pada Sang Ilahi
Kerana menemukan kau dengan mereka.
Walau hanya 3 tahun cuma,
Tetapi, pengisian itu yang lebih beharga.
Terima kasih kepada mereka,
kerana sudi bersahabat dengan hati ini.
Sesungguhnya hati ini merindui mereka dan tanah bumi mereka berjumpa.

Untuk mereka::> Rotu, Geomass, Ikram Perlis, Mayang, Kesinai 3, dan Dahlia.
Terima kasih untuk semua!

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Hati Ini Merindui Dicoret oleh NH pada hari Khamis, 26 Julai 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Hati Ini Merindui
 

Lets Join Us