Lautan Pasir

[kredit]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Ibarat lautan pasir. Itulah istilah yang terlintas dalam benak fikiran semasa melangkah masuk kawasan 'daerah baharu' di negeri bersejarah tanah air Malaysia ini. 

Ais di kutub sudah semakin cair, dalam beberapa ratus tahun akan datang, tanah Melaka ini malah mungkin tanah semenanjung ini akan ditengelami air. Itu jika ais di kutub cair. Bagaimana pula jika tanah darat diperluaskan? Sudah tentu paras air laut turut akan naik secara fiziknya. Barangkali tanah bumi bersejarah ini kekurangan luasnya. 

Tergamam melihat pesatnya bumi melaka ini membangun. Bangunan pencakar langit gah termasuk menara taming sarinya yang berputar indah. Susur sungai melaka yang cantik dihiasi lautan lampu yang memukau. Kerasnya batu a'famosa yang kesannya hingga sekarang masih tesergam indah di bumi ini. Replika kapal laut dan udara menjadi santapan mata untuk memory bersejarah kerana pernah menjejakkan kaki di tanah Hang Tuah. 

Lautan pasir. Itulah ungkapan yang layak diberikan untuk 'daerah baru' itu. Tempat letaknya kapal selam atas lautan pasir itu. Kerana apa 'lautan pasir'? Laut semula jadinya yang dahulu nyaman dihirup udaranya, kini panas ibarat berada di Gurun Sahara. Pasir-pasir lembut mengurut kaki kini menjadi kerikil-kerikil batu dan besi. Pantai yang cantik naturalnya dahulu menjadi pantai buatan kini. Kerana kerakusan mengejar arus kemajuan. 

Berapa kilometer persegi ditambak laut itu. Mungkin puluhan kilometer besarnya. Berapa juta liter air laut yang dahulunya menetap disitu kini terpaksa berpindah ke kawasan baru. Bayangkan, laut yang dahulunya hanya beberapa meter dari Longgokan Batu A'Famosa itu kini, lautnya berkilometer jauhnya dari batu itu. Bayangkan, hak laut itu dirampas oleh darat. Mungkin laut itu akan balas dendam dengan sekelip mata. 1/4 darat dan selebihnya adalah air. Kandungan air yang terdapat dalam tubuh manusia dan haiwan, tumbuhan, udara dan gas serta dalam tanah tidak akan berkurang sehingga kiamat. Itu fakta. 3/4 air itu tetap dan 1/4 itu boleh berkurang.

Lautan pasir? Berkunjunglah ke negeri hang tuah yang letaknya kapal selam. Akan terlihat, terbentang luasnya pasir-pasir yang dahulunya adalah lautan selat melaka. Hanya kurang setahun, keluasan tanah negeri ini berubah.

Negeri ini sememangnya pesat membangun. Taraf ekonomi penduduk tempatan stabil kerana pendapatan diperoleh dari pelancong dari dalam dan luar negara.Pusat membeli belah tersergam indah. Bertuahnya rakyat negeri ini.

Walau apa pun.. Melaka memang terbaik! Proud to be Malaccaian.. betol ke?? men hentam saja.. hehe

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Lautan Pasir Dicoret oleh NH pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Lautan Pasir
 

Lets Join Us