Gambar Hiasan (Lokasi: Gunung Ledang)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setiap insan yang lahir kedunia ini dipikulkan amanah daripada Allah untuk menjadi khalifah didunia ini. Sebelum roh ditiup masuk kedalam jasad, kita sebagai hambanya telah mengakui bahawa sesungguhnya Allah itu adalah tuhan kita dan berikrar akan menurut perintahnya. Inilah amanah pertama yang kita terima sebelum menjejakkan kaki kedunia.
Matahari mula melabuhkan tirainya sementara burung-burung kembali kesarang menanti hari yang mendatang. Bulan terintai malu dan sinar-sinar bintang menyinari langit yang kegelapan. Kadang-kadang terlintas bintang berekor / tahi bintang mengukir lagi kecantikan langit yang hanya beberapa saat menyinari disegenap pandangan. Bulan yang mulanya mengintai malu mula tersenyum gembira disepertiga malam kerana ada hamba tuhannya yang bangkit dari lamunannya untuk bertahajud sujud kepada Penciptanya. Hari berganti hari dan tiba waktu yang telah ditetapkan, lahirlah seorang lagi khalifah dibumi Allah ini. Maka, amanah terhadap ibu bapa pula diterima.
Setiap saat merupakan amanah. Amanah terhadap masa. Masa itu adalah emas. Al-Quran ada terukir perkataan masa iaitu dalam Surah Al-'Ashr yang bermaksud Waktu. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar". (Surah 103 ayat 1-3). Ditekankan disini bahawa masa itu penting kerana manusia itu sesungguhnya dalam kerugian melainkan mereka yang memperingatkan dan bersabar.
Mengapa masa? Masa itu sememangnya sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang mahupun ditukar ganti dengan harta. Sesungguhnya jika diberikan emas setinggi gunung, petroleum sebanyak lautan dunia dan permata berlian seperti bintang bertabuaran di langit juga tidak sama nilainya dengan sesaat masa yang kita punya. Itulah masa. Harta yang paling bernilai. Masa juga tidak boleh diubah dan dikembalikan. Apa yang punya, itu yang kita punya. Tidak kurang dan tidak lebih.
Setiap manusia diberikan masa yang sama cuma cara pengurusan masa yang berbeza. Pengisian masa itu juga berbeza bagi setiap manusia. Pada zaman kanak-kanak kita dahulu, masa dianggap sangat panjang terutama pada bulan puasa. 30 minit itu umpama 30 hari. Itulah waktu kanak-kanak. Mereka mengisikan masa mereka dengan menantikan saat berbuka puasa, bermain dan sebagainya. Susah sekali untuk melihat mereka tidur pada waktu siang. Bangkit tidurnya juga awal kerana tidak sabar menghadapi hari yang baru. Namun, semakin hari semakin dewasa. Didalam tempoh pembesaran itu, pelbagai aktiviti tersedia untuk mereka. Bersukan, aktiviti pasukan beruniform dan sebagainya. Pada waktu malam pula harus mengulangkaji mata pelajaran. Jadi, masa mereka lebih diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan dikira kekurangan masa kerana terlalu banyak perkara yang harus dilaksanakan dalam hari yang sama. Dialam pekerjaan pula, masa lebih diaanggap pendek kerana dek sibuk melaksanakan tugasan yang harus disiapkan dengan kadar yang segera.
Itulah masa. Panjang jika tiada pengisian dan pendek jika terlalu banyak pengisian. Desakan dalam pengisian masa menjadikan masa itu amat panjang. Jika dilaksanakan dengan keikhlasan, masa itu menjadi cukup untuk kita tidak ada kurang mahupun lebihnya. Itulah yang menyebabkan ramai yang berkata "Aku tak cukup masa". Cara pengisian masa itu yang membezakan seseorang itu mempunyai masa banyak mahupun kurang.
Kembali kepada tajuk asal, 'Amanah menjaga amanah'. Amanah yang diketengahkan disini adalah berkaitan tentang permainan masa. Masa itu adalah amanah. Maka wajib bagi kita melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita. Contoh masa itu amanah ialah sesuatu tempoh yang ditetapkan untuk kita. Dalam erti kata lain untuk dijadikan contoh, hantar task pada 12Januari jam 9.00 pagi. Maka, tepat atau awal dari masa tersebut harus dihantar kerana tempoh masa itu adalah amanah. Contoh lain adalah waktu masuk dan balik dari kerja. Jika kita bekerja sendiri itu terserah kita kerana itu adalah hak kita untuk masuk mahupun keluar pada waktu bila. Jika kita didalam sesuatu sektor pekerjaan samaada swasta mahupun kerajaan, jika ditetapkan masa jam 8pg maka kita seharusnya datang pada waktu tersebut tidak boleh lebih. Jika kita mampu datang awal ke tempat kerja, kita dapat ikhlaskan diri kita untuk bekerja pada hari tersebeut. Begitu juga waktu pulang. Jika waktu yang ditetapkan jam 5ptg untuk pulang, maka kita harus akur. Walaupun tiada apa yang boleh dilaksanakan ditempat kerja pada waktu tersebut kerana masih tiada projek yang diterima oleh syarikat, apa salahnya jika tempoh tersebut diisi dengan membaca buku mahupun majalah ilmiah untuk menjadi santapan rohani dan mental kita. Itu lebih elok jika berborak kosong dan mengumpat selain daripada tidur di tempat kerja.
Cuba renungkan jika kita masuk kerja pada jam 8.15 sedangkan masa masuk bekerja ialah jam 8. satu hari 15 minit kita curi. Satu bulan mempunyai 30/31 hari dan satu tahun ada 12 bulan. Hari bekerja ialah 5 hari seminggu. 15minit x 20hari bekerja sebulan x 12 bulan = 3,600 minit bersamaan 60jam bersamaan 6.666 hari bekerja, kita curi masa dalam setahun. Jika gaji kita ialah RM80 sehari, jika kita curi 6hari x RM80 = RM480 setahun. Tanpa kita sedar, duit itu diberikan kepada anak-anak dan mungkin juga menjadi tabungan untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Bukankah untuk melaksanakan ibadah tersebut, segala perkara harus suci, bukan sahaja suci pakaian, hati malah sumber wang untuk melaksanakan ibadah tersebut juga harus suci. Baru ibadah haji itu mabrur. Insyaallah...
Jika seorang pekerja mempunyai amanah masa seperti yang dinyatakan, pelajar juga mempunyai amanah dalam masa. Sebagai contoh, waktu kelas mula jam 9pagi, maka awal dari itu harus sudah siap siaga didalam kelas. Jika kita lewat 5minit sekalipun, kita telah mencuri masa pensyarah juga pelajar lain yang ingin belajar. Sama seperti perkiraan tempoh sebelum ini, jika curi masa 10 minit contohnya, 10minit x 4 mata pelajaran sehari x20 hari x 3bulan = 9,600 minit dalam 1 semester. Ia bersamaan 160jam 6.666hari (24jam). Dalam tempoh itu, boleh dihabiskan lebih dari 5 tajuk. Bukankah itu dinamakan satu pembaziran masa? Sebab itu, kita harus amanah dengan masa. Kerana sesungguhnya masa itu emas. Renung kembali kalam Allah dalam surah al-'Ashr. "Sesungguhnya manusia dalam kerugian…" Jadi, amanahlah pada masa.
Seringkali kita terdengar ungkapan "Masa mencemburui kita". Ya, sememangnya masa itu mencemburui kita. Namun, masa itu akan membuat kita cemburu jika kita yang tidak menghargai pengorbanan masa itu sendiri. Masa itu tanpa penat lelah terus menerus melaksanakan tugasnya. Tanpa tangguh tugasnya walau sedetik. Sama juga malaikat maut yang datang mencabut nyawa setiap hamba allah dimuka bumi ini, dia melaksanakan tugasnya dengan amanah. Jika si polan ditarik nyawanya pada saat itu, maka saat itu jugalah dia dikembalikan. Bayangkan malaikat maut mencuri masa yang ditugaskan selama 15minit. Apakah yang bakal terjadi kepada bakal si mati? Semestinya saat menantikan kematian itu siksa. 15 minit menantikan kematian, bagaimanakah tersiksanya bakal si mati itu? Sedangkan nabi Muhamad kekasih allah itu menahan siksanya sakaratulmaut itu dengan melafazkan "ummati,,, ummati...". Dari Ali bin Abi Talib r.a. ada berkata, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: 'umatku, umatku'. Betapa kasihnya baginda kepada umatnya" kerana apa? Sesungguhnya Kekasih Allah itu sayang akan umatnya dan tidak mahu ummatnya menanggung siksa sama seperti apa yang baginda rasakan semasa berhadapan sakaratulmaut. Renungkan…
Bayangkan jika anda sebagai soarang tentera yang sedang berperang dan anda sebagai ketua untuk pasukan tersebut membawa seramai 1x platun. Dalam peperangan, masa itu amat penting walaupun sesaat. Itu tetap dikira penting. Jika ditetapkan bahawa jam 0700 pasukan anda harus tiada lagi di kawasan tersebut, maka, itu harus dituruti. Tidak boleh lewat walau sesaat kerana pada masa yang sama, akan diturunkan bom dari pesawat pasukan sahabat untuk membersihkan kawasan itu dari musuh. Jika lambat, maka anda bersama anak buah anda turut terkorban kerana terkena bom pasukan sahabat itu sendiri. Ruginya, banyak nyawa terkorban kerana melewatkan masa walau hanya sesaat...
Didunia ini kita mampu tersenyum kerana tidak ada teguran, tindakan yang diberikan kepada sesiapa yang tidak amanah dalam menjaga masa. 5 minit lewat sekalipun, tidak ada siapa yang menegur kerana hanya 5 minit. Namun, ingatlah, kerana angka 5 itulah, menjadi persoalan diakhirat dan menjadi pemberat dimizan kerana tidak amanah dalam menjaga masa. Ubahlah sebelum terlambat. Masa itu amanah. Jagalah masa itu sebaik mungkin. Itulah cermin keperibadian seseorang sama ada dia seorang yang jujur mahupun sebaliknya.
Sesunggunya peringatan ini untuk santapan diri patik sendiri dan diri mereka yang membaca, dalam amanah untuk menjaga amanah. Patik memberi peringatan kepada diri patik yang semakin hari semakin melengahkan masa walau sesungguhnya masa itu tidak boleh dilengahkan. Siapa kita untuk melengahkan masa. Apakah kita tuhan yang maha berkuasa untuk melengahkan masa? Sememangnya tidak. Jadi, berubahlah ke arah yang lebih baik dari berada ditakuk lama dan terus kebelakang. Perubahan yang sedikit lebih elok jika tanpa ada perubahan dan semakin kebelakang. Perkara yang baik akan dimudahkan urusannya oleh Allah. "Dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha) perbuatan kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Baqarah 2: 195). Semuanya bergantung pada niat. Ikhlaslah kerana ikhlas itu yang menjadi perhitungan bukan perlakuan yang berlebihan tanpa keikhlasan.
Perkataan yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri patik sendiri. Wallahualam.
Syukran.