Tusukan Itu Membina



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini siapa yang ada terlihat mahupun terbaca status fb aku mesti membacanya tanpa ada apa-apa yang tersirat. Status yang terpahat pada wall aku ialah

"Ramai yg membenci, ramai juga yg menyenangi. Ramai yg menangis, rmai jga yg ktwa, sedrkh kita, baik dn buruk kita adalah diri kita. syangi seadanya kerana diri sbnr kita adalah roh, yg trbaik untuk roh adalh amaln d dunia yg dbwa ke akhirat kelak. tusukn itu amt membina, trima seadanya. krana ia mmpu mngubah apa yg tidk kita lht. terima dgn ikhls, insyaallah tusukn itu mnjdi kepahitan yg mnymbuhkn. :)"

Apa yang membuatkan status ini tercoret? Semestinya ada yang menjadi bahan cernaan minda aku untuk terus berpuisi [ kononnye ]. Peristiwa tusuk menusuk sering kali diaadakan dahulunya.Kini kembali lagi buat pertama kalinya pada semester ini. Satu tempoh yang agak lama dan ditunggu-tunggu oleh seseorang yang inginkan kepuasan berbicara. Juga menjadi tempoh yang paling ditakuti dan digeruni jika dia seorang yang akan dibicarakan. Perbahasan bermula dengan al-fatihah dan mulalah hujah-hujah yang membina.

Dalam perbincangan itu, akan terlihat ramai yang marah, ramai yang ketawa, ramai yang menangis, dan hanya beberapa yang tidak ada perasaan kerana mengantuk menguasai diri. Perbahasan sehingga pagi dari lewat malam itu mempunyai kesan yang sangat mendalam kepada setiap yang hadir.

Setiap golongan itu pernah ditusuk, kebanyakan yang ditusuk itu mengalirkan air mata. Aku juga tidak terlepas sama. Pernah juga ditusuk yang mana seperti jantung ini sudah tidak lagi berdenyut, jari-jemari tidak lagi mengalir darahnya, permata air mata tidak lagi mampu mengeluarkan hasilnya. Seolah-olah, air mata itu sudah kering untuk jatuh kebumi ini. Kesan tusukan itu sangat sakit dan menyakitkan. Namun, aku terima dengan redho dan tusukan itu sebenarnya sangat membina. Ya! Sangat membina.

Kenapa aku katakan tusukan itu membina? Sesungguhnya, apa yang kita perhati pada diri kita tidak akan sama pada pandangan orang lain. Jiwa kita tidak sama dengan jiwa orang lain. Jadi, sebarang kutukan, teguran dari orang lain sesungguhnya adalah menepati dengan kehidupan sekeliling. Bagi kita benar, bagi mereka sebaliknya. Kita hanya 1, mereka melebihi kita. Semestinya kita dipihak yang salah. Barangkali kita tidak sedar apa yang kita lakukan benar mahupun tidak kerana bagi kita, kita sememangnya benar. Rupa-rupanya kita silap. Ramai yang memerhati dan membuat konklusi perilaku kita. Jadi, kita akan ditegur sama ada dengan cara baik mahupun sebaliknya.

Kadangkala kita sedia maklum yang kita sebenarnya salah, namun tiada siapa menegur. Pada masa tersebut, kita akan meyakinkan diri kita sendiri bahawa kita masih benar. Sememangnya tidak. Jadi, teguran harus diberikan kepada kita untuk meyakinkan bahawa diri kita sememangnya salah.

Namun, dalam setiap tusukan yang menyakitkan itu terdapat dakapan kasih sayang antara golongan ini. Ada sahabat aku berkata yang berbunyi lebih kurang, " Aku sayang kau sebab tu aku tegur, kalau aku tak sayang kau, aku akan biarkan kau dengan kesalahan kau. Kadang-kadang, kewujudan kau pun aku tak perasan kerana aku dah tak ada perasaan take care kat kau".

Benar, jika ada perasaan sayang kepada seseorang, akan kita tegur kesalannya. Namun, jika kita tidak tegur, ia seakan meninggalkan dia dengan kesalahan itu kerana dia tidak lagi diambil peduli. Erti kata lain, kau siapa untuk aku amik tahu. Contoh lain, kita lihat seorang budak berjalan tanpa selipar, kita hanya pandang dan mungkin buat-buat tak pandang. Namun jika budak itu adalah orang yang kita kenal, mesti kita tegur, kenapa tidak berselipar. Samalah keadaan seperti yang dinyatakan.

Jadi sesiapa yang pernah ditegur itu, ambillah dengan hati terbuka kerana kita masih lagi disayangi walaupun teguran itu sangat memalukan dan menyakitkan. Ada sahaja orang yang ditegur terus melenting dan langsung tidak bertegur sapa kerana menyatakan dirinya sentiasa betul.Kita ini manusia, mana mungkin boleh sempurna 100%. Jadi ambil pengajaran atas teguran dan jangan melenting dengan teguran yang diberi. Sesiapa yang mengakui dirinya sentiasa betul sebenarnya dia silap. Riak dan takabur menguasai diri jika dia menyangka dia sentiasa betul. Ingat!

Halaqah pembentuk bicara, al-fatihah keberkatan upacara. Tarbiyah menyemburna. Tasbih Kafarah penutup bicara. Dengan keberkatan alfatihah itu, alhamdulillah semua tusukan itu diterima dan sangat membina. Yang mana menegur dan ditegur meminta maaf dan urusan menjadi lebih segar daripada biasa kerana tusukan itu membina.

Dalam sesebuah kumpulan itu, seharusnya diberi satu tempoh yang mana setiap luahan perasaan sama ada suka mahupun sebaliknya dilaksanakan. Barulah dia sedar yang dia silap dan tidak sentiasa benar. Jangan diendahkan tangisan air matanya ketika berbicara kerana itu adalah satu keinsafan. Selesai dari itu, baru dipujuk dan berbaik kembali. Segala ketidak puasan hati hanya takat itu dan tidak dibawa untuk saat yang akan datang.

Ingat, tusukan itu membina seumpama kepahitan yang menjadi ubat untuk sempurna. :)




Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Tusukan Itu Membina Dicoret oleh NH pada hari Sabtu, 24 Disember 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 1ulasan: di posting Tusukan Itu Membina
 

Lets Join Us