Mereka Idolaku


gambar hiasan. Lokasi: masjid selat melaka




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Idola? Apa tu? Cari sendiri maksudnya. hehe. Hampir setiap orang yang pernah hidup diatas muka bumi Allah ini mempunyai idola. Jika dibuat survey siapakah idola mereka, mesti dalam kalangan orang terkenal seperti artis, tokoh, pemimpin, guru dan sebagainya. Namun, pernahkah kita memikirkan insan yang selayaknya menjadi idola kita? Siapakah tingkat paling atas idola kita sepatutnya? Mari kita lihat. Ini berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan.

1. Rasulullah
2. Ibu bapa

Rasulullah seharusnya diletakkan dahulu sebelum yang lain. Rasulullah ialah insan yang terpilih kerana baginda terpelihara daripada sifat maksum. Maksum itu apa? Cari sendiri. Rasulullah sememangnya hebat dan sangat hebat. Baginda mempunyai kekuatan memimpin yang sangat disegani, mempunyai kekuatan zahir yang sangat luar biasa. Iman jauh lebih mulia dari insan biasa. Pengikutnya sangat besar dan kekal sehingga zaman ini. Baginda disegani dan dihormati. Siapa yang tidak kenal dengan rasulullah, sememangnya semua umat Islam itu mengenali baginda dan orang yang bukan islam juga mengenali baginda. Tidak begitu? Jadi tiada yang selayak rasulullah yang harus kita jadikan idola hidup kita. Baginda harus kita turuti dan ikuti amalan dan ajarannya. Bukan artis dijadikan ikutan.

Remaja hari ini semakin menggilai trend-trend dari artis sama ada tempatan, barat mahupun timur. Ada yang menggayakan rambut serupa dengan artis yang diidolakan itu, tidak ketinggalan ada yang meniru gaya cakap artis tersebut. Apa faedah yang kita dapat dalam mengikuti trend-trend mereka. Pahala jauh sekali. Dimana sunnah nabi kita? Mungkin kita juga tidak mengetahui apa itu sunnah nabi.

Tahukah warna kegemaran rasulullah? Tahukah pakaian apa yang sering rasulullah pakai? tahukah apakah cara perbicaraan rasulullah? Cara makan dan sebagainya. Erti kata lain, tahukah kita cara hidup rasullulah? Pernahkah kita ambil tahu cara hidup baginda dan kita ambil itu untuk dijadikan sebagai rutin hidup kita? Jauh panggang dari api barangkali ya? Ajaran rasulullah yang mulia itu ditolak jauh dan amalan yang sia-sia itu diangkat dilonjak. Bagaimana hidup tidak keluh kesah, bermasalah, tertekan dan sebagainya. Ini kerana, tiada kehidupan yang teratur dan keberkatan itu tiada yang membuatkan hidup sentiasa keluh kesah dan sebagainya. Dimana rasulullah dihati kita? Renungkan.

Kemudian, ibu bapa kita. Kenapa dan mengapa? Mereka telah meletakkan diri mereka sebagai contoh teladan yang baik kepada kita. Menjaga dari kecil, susah senang diharungi bersama. Ibu bapa itu walaupun tidak begitu rapat pada kita, mereka tetap ibubapa kita. Jika mereka menzalimi kita sekalipun, mereka tetap ibu bapa kita. Ingatlah, syurga dibawah telapak kaki ibu dan ayah tetap harus kita hormati. Biar mereka menzalimi kita, dan kita siapa untuk menzalimi mereka. Kita tidak punya hak untuk melakukan itu kepada mereka setelah mereka mendidik, menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Apakah pada kezaliman/kesusahan/kesakitan yang sementara itu kita balas dengan sesuatu yang bukan pada tempatnya setelah bertahun-tahun kita hidup bersama mereka. Jika ya, alangkah zalimnya kita melakukan sedemikian kepada mereka. Adilkah kita, setelah mereka mengasuh dan mendidik kita dari kecil hingga sekarang dengan kasih sayang dibalas dengan sesuatu yang tidak sepatutnya? Hanya kerana mereka tidak memahami kita [ kononnya ]. Bukankah mereka melarang, menegur, marah tanda mereka sayang pada kita? Renungkan.

Kembali kepada topik. Siapa idola saya yang seterusnya. Beliau adalah tokoh wanita Islam yang bernama Rabiatul Adawiyah, pemilik cinta agung. Seorang wanita yang hanya dambakan kasih abadinya sehingga akhir hayatnya. Sepanjang 80 tahun hidup sebagai wanita, bibirnya tidak lekang dari berzikir mengigati kekasihnya. Tidak berkahwin walaupun cuba disunting ramai golongan adam termasuk raja di negara beliau. Siapa Rabiatul Adawiyah? Insyaallah pada post yang akan datang.

Seterusnya, bekas timbalan perdana menteri malaysia yang ke 4. Yab Tun Dr Mahathir Mohamad. Mengapa beliau? Bukan ramai yang membenci? huhu. Mereka mempunyi pendapat masing2 untuk menilai. Namun bagi saya beliau seorang pemimpin yang hebat. Mampu membawa negara daripada tahap kritikal ekonomi kepada ekonomi yang stabil sehingga sekarang. Ideologi yang bernas. Seorang yang berkeras tetapi berjaya memandu negara sehingga maju seperti hari ini. Walaupun tidak mencapai tahap negara maju setanding Jepun dan sebagainya, itu menjadi tanggungjawab pemimpin hari ini dan akan datang.

Seterusnya, mereka yang alim [berilmu]. Sederhana perilakunya tetapi berisi pengetahuannya. Walaupun dia lebih muda dari saya, tetapi jika dia lebih berilmu, dia juga idola saya.

Usrati, mereka juga idola saya. Love you all so much!

Pilihlah idola yang terbaik kerana ia mampu mengubah cara hidup anda sama ada menjadi lebih baik mahupun sebaliknya. :)




Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Mereka Idolaku Dicoret oleh NH pada hari Sabtu, 24 Disember 2011. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Mereka Idolaku
 

Lets Join Us