Blog Template Tutorial

[kredit : Btemplate]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah, cantiknye template ni. Maka, jari ni pon gatal pi download dan gunakan html code yang diberi. Tapi,, bagaimana hendak menukar gambar pada header tu? Ting3~ persoalan menjelma bersama tompok-tompok awan di atas kepala. 
huh~ mengeluh kecil. "Nampaknya, aku kene study bahasa html lah pulak". Wah, dah macam student bachelor in computer science. haha. Belajar java, c++ bagai tu. hehe. Lepas ni bole continue master n Phd. ha! konon. 

Persoalan nye, bagaimanakah harus mengubah gambar header tu ep? Pening la kepala baca code yang panjang bejela-jela tu. Insyaallah, sedikit pengisian daripada pencarian diri patik. Kekurangan harap dimaafin. 

Hanya ikuti beberapa step 'mudah baca, susah faham' ini. Sebb, sya pon tak tahu sya tulis pa. hehe

PERTAMA: Download template di sini. Kemudian, buka zip folder tersebut melalui extract all dan lain-lain cara yang sesuai. Kemudian anda akan dapati dua folder, satu untuk perisian mac dan satu untuk window. Maka klik lah ikut suke. Saya ambil X5 Shadow. Buka dan akan ada lagi dua dokumen. Maka pilihlah dokument type XML dengan menekan butang kanan, open with word pad. Maka, berduyun-duyun bahasa yang tak difahami keluar. Bahasa planet pluto baragkalinya. hehe.

Membebel je de ni. Maaf, memang suke merapu. hehe.

KEDUA: Pergi ke bahagian templat blog anda dan klilk pada Edit HTML seperti dibawah.

Kemudian klik Teruskan dan tandakan right pada Kembangkan Templat Widget

Maka, bermulalah mood pembelajaran bahasa jawa. eh, java. hee~
Pada kekunci keyboard, tekan ctrl + F untuk sigkatan pada carian 'Find'. Type or copy lebih senang perkataan ini Featured Content Slider Started . 

Ok, perhatikan elok-elok. Jangan gopoh. Relex. 


Sekarang, perhatikan gambar ini. Dibawah tajuk Featured Content Slider Started tu ada banyak perenggan. Lihat pada perenggan yang telah dihighlight dengan warna merah. Ada 5 perenggan yang sepesen je bentuknya. Mungkin susunan tak sama, tapi sama ayat. Melainkan beberapa item yang dihighlight tu je yang tak sama. Eh?. Dah tak faham dengan ayat sendiri. hehe
Ok, ada no dalam gambar tu. 1,2,3,4,5 dan ada a,b,c, kan? Gambar doraemon kecik tu code nya pada perenggan 1, gambar danbo bersama Al-Quran itu codenya pada perenggan 2. Ini untuk gambar-gambar kecil. Untuk gambar-gambar besar di perenggan code yang lain. 

Yang di highlight itu yang harus diubah mengikut citarasa masing-masing. di a pada awalnya ialah featured 1 maka saya mengubahnya kepada Selamat Datang. untuk b tu, bermula daripada 'http// sehingga jpg' ubah kepada code image anda sendiri. Dan c itu pada awalnya Small Thumbnail Featured Post 1 saya ubah menjadi Ahlan Wasahlan. 
Namun perkataan yang diubah pada featured 1 tersebut tidak kelihatan. Kenapa pon tak tahu. Begitu juga untuk gambar-gambar seterusnya. Edit mengikut cara yang sama. 



Ok, sekarang skroll kan kebawah sedikit demi sedikit text box tu. Akan ada perenggan yang bertajuk gambar 1, gambar 2 dan seterusnya hingga gambar 5. Sama seperti perenggan yang atas, cuma kali ini untuk gambar yang besar. Disini, saya ambil contoh gambar yang ke 3. Gambar yang ditanda menggunakan warna ungu itu code image ialah seperti yang di linekan menggunakan warna ungu. Untuk title Tabahkan Hati seperti dalam bulatan merah dan untuk huraian title itu bewarna hijau. Setiap perenggan yang lain, begitu juga caranya. hanya ubah pada apa yang dihighlight seperti code diatas. 

Jangan keliru untuk image kecil dengan image besar. Dan jangan tersalah letak gambar. 

So far, mesti ada pertanyaan dan soalan mengenai,
"Eh, dimana mahu dapatkan code untuk image sendiri?". Pening~ @_@

KETIGA: Mendapatkan code untuk image sendiri.
Na, yang ini mudah, sangat mudah. buka catatan baru dan upload gambar. Seperti kebiasaannya. Dalam penulisan di blogspot ini ada dua mode, iaitu mode Karang dan mode HTML. Ada perasan? Disebelah atas kiri. 
Ok, setelah upload dan gambar terpampang kat text box anda. Setelah itu kemudian seterusnya. haha. Pilih mode HTML. Anda akan dapati gambar tersebut terkena sihir buatan anda sendiri. Menjadi code yang anda sendiri tak boleh baca. haha. Padan muka. 



Bertenang-bertenang. Lihat gambar ini dan belajar perlahan-perlahan. Ok, ada 2mode, sebelum dan selepas terkena sumpahan. Apa yang di highlight itu lah code yang harus anda copy dan replace untuk dimasukkan pada perenggan2 yang sebelum ini. Eh, nak type, tak leh ke? Boleh, tapi jangan menangis kalau tak menjadi. Sedangkan kerja copy pasta pon tak menjadi, inikan pula menaip satu persatu bahasa pelik tuh. hehe. 

Bila sudah berpuas hati walau hati itu tak akan pernah puas jika tidak bersyukur. eh,.
Cubalah tekan butang Pratonton or Preview jika bahasa omputih nye.

Jika gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. Jadi cubalah sedaya upaya hingga berjaya!

Untuk sedikit pengetahuan tambahan. Jika ingin melakukan perubahan pada ayat yang mamat disigner ni buat di ruang bawah seperti dibawah:

Untuk mengubah perkataan tersebut kepada perkataan anda sendiri, bolehlah search perkataan 
Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi. 
Dan ubahlah perkataan tu dengan perkataan anda sendiri. Untuk yang ini, bila preview tak akan menjadi. Save dan lihat blog, insyaallah berhasil. Pekataan lain pon boleh diubah kalau rajin.

Untuk mengubah kelajuan pada slide show tu, boleh lah ubah 2500 kepada nombor yang lebih besar. Hypotisis yang digunakan untuk experiment ini ialah, semakin tinggi nombor, semakin perlahan kelajuan slide show tersebut. [agaknye.hehe]
Mana nak dapat 2500 tu? Seperti biasa, ctrl + F dan type 2500. Change 2500 tu kepada nilai yang anda yakin boleh memuaskan hati anda. hehe

Perhatian! Berhati-hati semasa bermain dengan code ini, dikhuatiri akan membuatkan ada dihinggapi penyakit darah tinggi, sakit jantung, strok, juga mampu ke tahap sewel aka Gila. hehe

Untuk mengubah code image sedia ada kepada code image anda, berhati-hati. Hanya tertambah atau tertambah space atau titik sudah mampu membuatkan anda botak kepala. 
Contoh:

replace apa yang ada dalam tanda ' sahaja. Semasa copy dari code sendiri juga, hanya ambil perkataan dalam " sahaja. Jika tidak, nantikan penampilan terbaru anda, ala-ala inche Haris Iskandar. Ops.



Sekian, sudah jam 0145H dah ni. Sila tinggalkan pesanan selepas bunyi bib. :)



Yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu datang dari diri patik sendiri. Tutup tutorial ini dengan tasbih kafarah dan surah al-asr. 
Amin...


READMORE
 

Jika Itu Suratan

[kredit]


Tangan menaip, 'online uitm' di laluan carian google. Enter. Pergi ke kekunci keputusan. Tangan menaip laju '91011*0155*6'. Enter. 

"To be continue" hehe.
READMORE
 

Kata Hati

[kredit]

Ramai orang kata,
"Ikut kata hati, mati"

Kita selalu menolak kata hati kita. Kata ustaz Maulana "Kata hati itu gak akan bisa bohong". Sejauh mana kebenaran kata hati itu?
Tarik nafas panjang. Hati itu raja pada kerajaan pemerintah anggota badanmu. Kekuatan hati itu bergantung pada kekuatan iman yang kita bina. Bukan pada kekuatan fizikal dan mental semata-mata. Ramai anggota tentera bisa dibentuk disiplinnya melalui tekanan fizikal dan mental mereka. Berapa ramai antara mereka yang utuh mendirikan solat 5 waktunya ketika tempoh pelaksanaan itu sesingkat helaan nafas mereka? Pada mereka yang menjaga perkara itu, sungguh, hati itu akan menarik diri dari aktiviti itu kerana sigkatnya waktu untuk melaksanakan tangungjawab sebagai hamba kepada tuhan walau mereka kuat mentaati perintah tuan mereka.

Hati itu lembut fizikalnya, boleh rosak jika tercela. Akan tetapi batin hati itu boleh menjadi selembut sutera juga sekeras batu. Sutera yang lembut apabila disentuh, selesa apabila dipakai. Batu yang keras, boleh retak dan pecah apabila dihentak, boleh berlekuk walau hanya terkena titisan air yang lembut untuk suatu tempoh yang lama.

Hati batu. Cara mendidiknya? Adakah dengan menghentak hingga pecah atau pada lembutnya air untuk melekukkannya?

Apakah kita seorang doctor mampu membaiki penyakit hati? Apakah kita seorang arkitek mampu menstrukturkan semula hati? Apakah kita seorang surveyor mampu mengukur ketepatan iman dihati? Apakah kita seorang akauntan mampu memgimbangi hati untuk dunia juga hati untuk akhirat?
Hati itu lembut, mengapa boleh patah? Hati itu batinnya kuat, mengapa boleh mengaku kalah. Lemah.
Jika kita seorang dermawan, mampukan mendermakan hati kita sedang kita masih buntukannya? Jika kita seorang hartawan, mampukah kita membeli hati baru disaat hati yang sedia ada sudah hancur berkecai?
Muhamad nabiku banyak menekankan soal hati. Antaranya:

'Kaya itu bukanlah pada banyak harta. Tetapi kaya itu kaya adalah kaya hati' [Riwayat Muslim]

Disaat hati lemah, qarin itu datang memujuk. Berkata teman itu, "Lihatlah, disaat kamu perlukan tuhanMu, tuhanMu tidak ada untukmu. Disaat kamu memerlukan kekuatan, tidak ada yang datang membantumu"
Itulah pembisik hati yang paling kejam iaitu syaitan. Peneman hatimu itu ada, cuma dirimu yang menjauhi.

Pernahkah dirasakan, hati itu sunyi. Lantas air mata itu jatuh menjadi simbol bahawa hati itu buntukan kekuatan. Siapa yang datang meneman disaat hatimu kosong? Ada disudut hati itu tuhanmu. Cuma kerana melayan kekosongan hati itu, membuatkan kamu ikutkan kata hati. Kata hati yang kosong itu merupakan dorongan daripada Qarinmu semata. Isikan hati mu yang sedang kosong itu dengan kembali kepada Allah. Tuhanmu. Disaat itu, muncul Allah yang bukan pada wajah diperlihatkan, tetapi pada ketenangan yang memdalam.
Saat hidayah dititipkan kepadamu, hasutan qarin itu menjauhi.

Berilah hati itu kekuatan dengan peringatan. Ingat pada Allah melalui zikrullah. Membaca pesanan Allah melalui Qalamullah.

Allah,
Isikan hati ini dengan iman,
Penuhi hati ini dengan ketakqwaan
Suburkan hati ini dengan kesyurkuran
Tabahkan hati ini dengan keredoan.
Kuatkan hati ini dengan ihsanMu
Terangi hati ini dengan hidayaMu
Suluh hati ini dengan rahmatMu

READMORE
 

Cara Private Gambar di Facebook

[kredit]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Oleh kerana duduk kat umah ni tak ada kerje, jadi ptk pon explore akaun facebook ptk bersungguh-sungguh. Perkara utama yg ptk cari dri dulu lagi ialah mengprivasikan gambar yang ditag oleh sahabat-sahabat. Susah bebenor nak cari jalan penyelesaian.. Bila google, semua step yg ditunjukkan adalah cara lama ataupun versi facebook yang lama. So, macam mana ni?? Pening2.

Alhamdulillah, berkat bulan ramadan ini, ptk akhirnya berjaya mengprivasikan photo yang ditag kepada beberapa ahli yang difikirkan selamat untuk mereka lihat sahaja. Jadi, sesiapa yang tak dapat nak tengok gambar yang orang len tag kat ptk mean gambar2 yang bukan dari album ptk, maaf. mungkin terlepas pandang dan mungkin disengajakan. hehe. Sapa2 rase tak puas hati dan berkata, "Hey macha! Kenapa aku tak pat tengok gambar hang pon?". Just PM beserta resume. hehe.

Membebel je cik nurul ni, cer ajar sikit. Okeh.. Sebentar ye... 

1. Dekat sebelah home tu ada anak panah kebawah, hah! tekan dan amik Privacy Setting.


2. Kemudian, follow je yang bawah ni.


3. Maka dengan itu, akan terteralah view seperti dibawah ini.
Disini anda boleh lah memilih sama ada kepade sesiapa saje yang boleh melihat, atau kepada kengkawan punya kengkawan, kengkawan saje, dan pada Custom tu bole pilih untuk hide orang dari tengok gambar tu atau kepada yang terpilih saje.. ok? 

Bila pilih pada Custom tu,, akan wujud perkara dibawah.. hehe. Ok, drop ank panah tu, pilih specific People or List... Na, bole lah pilih orang-orang yang dah dilistkan. Contoh, geng smksm, geng kampung, dan sebagainya yang ade korang buat b4 nie. Type kt bawah tu,, nanti akan muncul dengan sendiri list or person kat situ.  Kemmudian, Save Changes > Done

Jadi, berkesan ke? Nak cek cam ne? Ok senang. Klik editing your profile [rujuk gambar step no2, dibawh prgraph Control Privacy When You Post yg kale biru tuh].

4. Next, disebelah kanan atas, klik view as cam gambar kt bawah ne.

5. Ok, disini anda boleh menaip mana-mana nama yang anda suka. Orang tersebut akan melihat profile anda  seperti yang dipaparkan sahaja.. Disitu, anda akan tahu apa yang orang tersebut nampak pada profile anda. Seperti anda adalah orang tersebut untuk melihat profile anda. Apa aku cakap ni? hehe


Gambar kat bawah ni, sebelum dan selepas privasi gambar.
Nampak tak perbezaannya? Na, nampak ?


Bile dah try2 nak private tu, tibe2 ada satu step yg akan anda cari... Macam mana nak wat list friends??
Contoh, geng kampung, geng sekolah tu? Atau yang ladies nak wat list untuk muhrim nya sahaja. achaner tu?? hehe

cam nie..  P mana2 kawan anda, di profile beliau klik pada button Friends > show all list [klu byk list] dan scroll bende tu kebawah. Klik '+New List...'  > type nama list yang anda berkenan dan press enter pada keyboard anda. contoh, Geng Surau dan sebagainya. 

Untuk tambah ahli pada list tu, klik home dan disebelah kiri bahagian Friends akan tertera list yang anda buat tadi. Klik nama list tersebut dan akan tertera disebelah kanan bhagian atas "On this list". Type nama kawan anda yang anda berkenan. Untuk menambah lebih2 orang dalam tu, just klik see all dibahagian yang sama. Ok?


Sekian sahaja kelas kita untuk hari ini, kita tamatkan kelas kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr :)
Selamat mencuba :)






note: cara memprivikasikan gambar yang di tag di facebook




READMORE
 

Kerana Cinta, akalnya singkat

[Kredit]

Love never fails

Cinta tidak akan pernah gagal. Benar?
Cinta itu osem jika,
Cinta pada Sang Ilahi,
kerana cinta itu akan terbalas dan selayak-layak cinta adalah kepada Dia.
Cinta kepada Ilahi adalah cinta yang sangat indah.
Pahit akan terasa manis.

Cinta kepada insan 
Membuatkan manusia itu lupa pada tuhan,
Lupa bahawa cinta manusia itu hanya sementara.

Kerana cinta pada manusia,
akal menjadi singkat,
Terlanjur,
Tidak mampu kan undur.

Apa guna halal ikatan tanpa keredoan?
Ke selatan negara itu dan ke utara negara ini
Ikatan dalam diam,
walau halal namun tiada keredoan.
Lupa pada janji ilahi?
Keredoan Allah teletak pada redo ibu bapa.
Terutama ibu.

Apa penyelesaian pada singkatnya akal?
Ini bukan ikatan permainan zaman kanak-kanak.
Yang boleh terlerai setelah usai permainan.
Ini hidup dan mati.
Hidup hanya sekali,
mengapa jalan yang berduri itu yang dilihat sinar,
lorong yang lurus itu terlihat onar.

Dimana akal setelah tinggi pengajian
Pernahkah difikirkan hal yang bakal mendatang?

Kerana cinta pada insan,
Lupa pada tuhan.
Lupa pada insan yang pernah melahirkan.

Cinta yang indah adalah cinta pada yang mencintai Yang Maha Penyayang.
Yang mampu membuka lorong kebahagiaan berlandaskan iman.
Carilah cinta agung itu,
Cinta yang mampu membawa diri ke syurga,
Tempat kembali cinta adalah syurga
kerana cinta itu lahir dari syurga,
seperti Cinta Adam dan Hawa.

Untuk diri ini,
Itu tembok sempadan,
jangan kau turut merentasi tembok itu,
sanggup berpayah mendaki,
untuk mendapatkan cinta insan,
akhirnya jatuh setelah mendaki,
Indahnya hanya seketika,
ketika berada diatas tembok itu, mampu dilihat indah panoramanya.
Namun, kau akan tetapturun dari tembok itu,
Untuk meneruskan perjalanan disebalik tembok itu.
Walhal, masih ada jalan mencari cinta
Walau ia jauh dan berliku,
Insyaallah akan kau temukan taman cinta 
yang indah selamanya.

yang benar,
Perindu Cinta Agung
READMORE
 

Disaat yang lainnya ...

[kredit]

Assalamualaikum.

17 itu tarikh keramat. Mengubah status dari tiada kepada ada. Dari tiga kepada satu. Bunyi semakin sedikit, tetapi semakin berat dan besar.
Tiada tanggungjawab yg besar kepada tanggungjawab yang  jauh lebih besar.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan ini beta tauliahkan, 1284 orang pegawai kadet  sebagai Leftenan Muda didalam pasukan simpanan agkatan tentera Malaysia..." 

Disaat ungkapan itu dilafazkan, tangan ini sejuk membeku, berdiri kaku, hati menangis, jantung berdegup kencang. Laju. Ingin rebah, tetapi tetap utuh berdiri walau sudah sekian lama tegak tanpa pergerakan.

Hati menjerit, "Alhamdulillah Ya Allah, tugas dan tanggungjawabku sudah selesai. Walau terasa patah dipertengahan jalan yang berliku itu, walau kerap kali ingin menamatkan perjalanan, hati tetap memujuk untuk sampai dipenghabisan walau badannya banyak kali sakit, terseksa. Fikirannya berkecamuk, renyuk.

Perjalanan ku telah tamat. Cukup setakat ini. 
Tetapi aku lupa, perjalanan ku itu sebenarnya jauh lebih berliku. Lebih payah. Aku lupa, aku masih punya tanggungjawab selagi tempoh itu belum tamat. Aku masih punya 30 orang yang nyawanya ku pertanggunjawabkan jika negara tercinta ini digegarkan. Nauzbillah.Pinta dijauhkan.

Apakah aku peroleh kemenangan selepas lafaz itu terlaung? Tidak. Aku masih terkapai-kapai. Kemenangan itu masih jauh dan mungkin susah untuk ku gapai. 

Apa yang aku kejar? Bukan pada pangkat yang berkilau saat dipakai. Bukan istilah juga panggilan itu yang ku inginkan. Cukup untuk menimba ilmu dan pengalaman. Pangkat yang menghiasi bahuku ini masih belum layak untuk berada pada tanggungjawabku. Pengalaman dan ilmuku masih sedikit dari berjuta ilmu dalam bidang itu. 

Aku tidak suka pada panggilan itu. Hati aku mudah berubah, mudah goyah. Panggilan itu mampu menghinggapkan riak dan takabbur dalam diri yang mana itu yang paling aku takuti. Sumpah, bukan pangkat itu yang aku kejar.

Susahnya jalan yang ku pilih ini,
Dugaan, bebanan silih berganti.
Baru sebentar berhenti, ujian hinggap kembali.

Sebelum istilah itu terlafaz. 
Pada hari-hari sebelum hari kejadian.
Teringat, pada malam penuh keramat
Tertutupnya buku amalan yang lama,
Lahirnya buku amalan baru.
Disaat yang lainnya mengejar amalan kepada sang Pencipta,
Tetapi aku dan mereka...
Hanya Allah saksinya
Hati ini menangis, 
Hati ini meronta. 
Badan ini terseksa.
Kasihan anggota ku, lemah. Tidak terdaya.
Hanya hati yang masih tabah.
Anggotaku dipujuk hati.
Ayuh! Kuatkan fizikalmu.
Hanya beberapa detik untuk kau kecapi kemenangan. 
3 tahun kau bertatih,
Hanya beberapa saat sahaja untuk kau bertahan.
Alhamdulillah, mulut ini masih mampu tersenyum.
Benci pada dia itu mampu ku buang jauh.
"Ya Allah, buku baru ku ini, aku tidak mahu membenci dan memaki manusia didepanku ini,
juga yang lainnya."
Senyumku itu terasa sangat manis walau zahirku sangat tersiksa. Sangat manis. 
Belum pernah ku rasakan manisnya senyumanku sebelum ini. Nikmat.
Aku mampu lemparkan senyuman hakikat senyuman itu tidak layak ku zahirkan pada saat itu.
Sehingga kebanyakan kami mengalirkan air mata kesakitan. Tidak pernah dirasa sebelumnya.
"Allah! Allah! Allah!" batinku menjerit kuat! Kuat sekali!
Tetapi tidak didengari dia.
"Maafkan dia atas kezaliman dia kepadaku juga sahabat-sahabatku ya Allah". 
Ungkapan yang tidak pernah lekang dibibirku disaat itu.
"Aku tak mahu melihat senyuman satu daripada kau orang!"
Ayat itu untuk ku dari keramaian yang lain. Benar.
Aku masih senyum, 
Kasihan dia...Ampuni dia Ya Allah. Itu yang ku lafaz sedangkan yang lainnya mendoakan kecelakaan untuknya. 


Saat itu tamat. Alhamdulillah. Sabarlah hati.
Malam yang seharusnya kau baca Yassin, berganti pada hal yang lainnya.
Seharusnya buku amalan baru itu dipenuhi kebaikan, tetapi lain jadinya.
Ku pulang ke kamar 116.

Kugapai handset yang ku tinggal di kamar,
3 unread message. Ku baca satu persatu.
Barulah hati ini tidak tertahan. 
Hati akhirnya kalah memujuk airmata.
Mengalir kesedihan.
"Sahabatku disana, kamu laksanaklah. Aku tidak terdaya. Aku lemah. Aku letih.. Sedih." bisikku sendiri pada pemberi pesanan tersebut.
Pesanan yang berbaur mengimarahkan malam nifsu sa'aban. 
Aku menangis, kerana aku tidak termampu untuk melaksanakan 3x bacaan hati al-quran itu walau aku kuat pada tempoh 1jam yang sangat menyakitkan itu

Aku lemah.
Mulanya aku mampu tersenyum, kukuh, kuat.
Tetapi lemah hanya kerana pesanan rohani itu.

Lemah...

READMORE
 

Makaligtaan Mo

[kredit]

Tut..tut..
"Hello"
"Hellloo..."
"Assalamualaikum"
"Wa'alaikum salam, awat?"
"Eh, solat tak lagi?"
"Dah, tengah mengaji, napa?
"Tak, mana tau tak bangun lagi. huhu"
"Tak lah, bangun dah"
"Ok, teruskan. Assalamualaikum"
"Wa'alaikum salam"

Talian diputuskan. Bacaan al-quran dilanjutkan.
Namun, terbatas. Tidak seperti sebelumnya.
Dada sebak lantas air mata jatuh lalu membasahi beberapa ayat suci itu.
Ya Allah, rindunya... 

Niat asalnya sememangnya mahu mengejut dia bangun subuh, tetapi...
Perasaan rindu itu muncul setelah mendengar suara dia.
Bacaan dibataskan.Cukup setakat 1/2 juzuk untuk subuh ini.
Bacaan doa usai. 
Beristighfar hati ini. Hanya itu ubat penenang.

***

Ketika CInta Bertasbih edisi Ramadan ditayangkan di saluran Pelangi 142.
Lihat info, na sampai pukul 1300 tu. Lamanya. 
huh~ mengeluh sendiri. 
Belum mandi lagi ni. Terikat cerita ni pulak.
Jam 0900 lanjut ke jam 1000.
Stop! Menjerit hati ini.
Mandi dulu, kemudian Dhuha!.
Badan menurut sahaja walau mata masih menatap tv itu. 

Usai mandi terus laksanakan 2 rakaat. Na, selesaikan. Hanya berapa detik daripada 4 jam tayangan itu. Tidak rugi apa kan? Pujuk hati pada badan. 
Kemudian ditatap pula Al-Quran disisi.
Tangan, ambil al-Quran tu. Buka dan baca. 2 mukasurat pun tak mengapa. Jangan sia-siakan waktu ini. Selagi lapang sebelum sempit. Pujuk Hati pada anggotanya yang lain. 
Baca dengan tertib. Telinga masih kedengaran suara Anna dan Azzam dari TV.
Hati masih kuat pada risalah yang dibacanya. 
"Sikit lagi skot!" Kata Ic hati kepada anggotanya.

Ya, bila dah niat bulat, bentuknya bulat. Jika dah niat 2 mukasurat, jadinya 2 muka sahaja. Jadi niat awal harus lebih banyak dari itu. Jadi, jika kurang sedikit dari niat asal tidak mengapa kan? Mood manusia tu senang berubah.

Terus sambung melihat cerita tadi. Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa digandingkan pasangan suami isteri.
Terdetik dihati ini, seronoknya kalau dapat bina rumah tangga berlandaskan syariah..
Terlihat pula Azzam, terbangun dari tidurnya terus mengejutkan isterinya untuk melaksanakan solat tahajjud.
Berjemaah.
Mudah-mudahan, impian membina keluarga berlandaskan syariah tercapai. Amin.

Eyh.. Handset mana? Bisik hati
Handset dicapai, terus menaip.
siap. sent..
Beberapa minit kemudian...
zzzzt~zzt~ vibrate
Ha! Balas pon. Lama dah tunggu.

Entah mengapa, excited sangat-sangat tak seperti sebelumnya.
Kenapa ye? Setelah ditanya, ya. Rupa-rupanya, diri ini juga merindui dia. Mana mungkin bisa menipu hati sendiri.

Kata pada dia, ingin sekali membina keluarga berlandaskan syariah. Eh, dia pun nak juga. Amin insyaallah.

***

Hati ini merindui teman yang sangat dia sayangi. 
Kedua-duanya sangat berharga bagi dia.
Tangan didakapkan kemuka.
"Ya Allah, seandainya hatiku ini mempunyai kekuatan rindu yang lebih  dari rinduku pada teman-temanku kepadaMu dan Rasulullah kekasihMu. Indahnya dunia ini dan akhiratnya pasti jauh lbih indah dari yang dijanggka. Mengapa masih belum ku gapai rindu yang memuncak kepada Mu dan KekasihMu ya Allah?"

Jawapannya kudakap. Kurangnya zikrullah juga selawat kepada kekasihNya. Dating pun belum terlaksana. Sebab itu kurang rindunya.
Mudah-mudahan, hati ini kuat untuk terus beribadah kepadaMu dan memujuk anggota lainnya turut beribadah kepadaMu. Amin~
READMORE
 

Lets Join Us