Amanah Menjaga Amanah (masa)

Gambar Hiasan (Lokasi: Gunung Ledang)


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setiap insan yang lahir kedunia ini dipikulkan amanah daripada Allah untuk menjadi khalifah didunia ini. Sebelum roh ditiup masuk kedalam jasad, kita sebagai hambanya telah mengakui bahawa sesungguhnya Allah itu adalah tuhan kita dan berikrar akan menurut perintahnya. Inilah amanah pertama yang kita terima sebelum menjejakkan kaki kedunia.


Matahari mula melabuhkan tirainya sementara burung-burung kembali kesarang menanti hari yang mendatang. Bulan terintai malu dan sinar-sinar bintang menyinari langit yang kegelapan. Kadang-kadang terlintas bintang berekor / tahi bintang mengukir lagi kecantikan langit yang hanya beberapa saat menyinari disegenap pandangan. Bulan yang mulanya mengintai malu mula tersenyum gembira disepertiga malam kerana ada hamba tuhannya yang bangkit dari lamunannya untuk bertahajud sujud kepada Penciptanya. Hari berganti hari dan tiba waktu yang telah ditetapkan, lahirlah seorang lagi khalifah dibumi Allah ini. Maka, amanah terhadap ibu bapa pula diterima.


Setiap saat merupakan amanah. Amanah terhadap masa. Masa itu adalah emas. Al-Quran ada terukir perkataan masa iaitu dalam Surah Al-'Ashr yang bermaksud Waktu. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar". (Surah 103 ayat 1-3). Ditekankan disini bahawa masa itu penting kerana manusia itu sesungguhnya dalam kerugian melainkan mereka yang memperingatkan dan bersabar.


Mengapa masa? Masa itu sememangnya sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang mahupun ditukar ganti dengan harta. Sesungguhnya jika diberikan emas setinggi gunung, petroleum sebanyak lautan dunia dan permata berlian seperti bintang bertabuaran di langit juga tidak sama nilainya dengan sesaat masa yang kita punya. Itulah masa. Harta yang paling bernilai. Masa juga tidak boleh diubah dan dikembalikan. Apa yang punya, itu yang kita punya. Tidak kurang dan tidak lebih.


Setiap manusia diberikan masa yang sama cuma cara pengurusan masa yang berbeza. Pengisian masa itu juga berbeza bagi setiap manusia. Pada zaman kanak-kanak kita dahulu, masa dianggap sangat panjang terutama pada bulan puasa. 30 minit itu umpama 30 hari. Itulah waktu kanak-kanak. Mereka mengisikan masa mereka dengan menantikan saat berbuka puasa, bermain dan sebagainya. Susah sekali untuk melihat mereka tidur pada waktu siang. Bangkit tidurnya juga awal kerana tidak sabar menghadapi hari yang baru. Namun, semakin hari semakin dewasa. Didalam tempoh pembesaran itu, pelbagai aktiviti tersedia untuk mereka. Bersukan, aktiviti pasukan beruniform dan sebagainya. Pada waktu malam pula harus mengulangkaji mata pelajaran. Jadi, masa mereka lebih diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan dikira kekurangan masa kerana terlalu banyak perkara yang harus dilaksanakan dalam hari yang sama. Dialam pekerjaan pula, masa lebih diaanggap pendek kerana dek sibuk melaksanakan tugasan yang harus disiapkan dengan kadar yang segera.


Itulah masa. Panjang jika tiada pengisian dan pendek jika terlalu banyak pengisian. Desakan dalam pengisian masa menjadikan masa itu amat panjang. Jika dilaksanakan dengan keikhlasan, masa itu menjadi cukup untuk kita tidak ada kurang mahupun lebihnya. Itulah yang menyebabkan ramai yang berkata "Aku tak cukup masa". Cara pengisian masa itu yang membezakan seseorang itu mempunyai masa banyak mahupun kurang.


Kembali kepada tajuk asal, 'Amanah menjaga amanah'. Amanah yang diketengahkan disini adalah berkaitan tentang permainan masa. Masa itu adalah amanah. Maka wajib bagi kita melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita. Contoh masa itu amanah ialah sesuatu tempoh yang ditetapkan untuk kita. Dalam erti kata lain untuk dijadikan contoh, hantar task pada 12Januari jam 9.00 pagi. Maka, tepat atau awal dari masa tersebut harus dihantar kerana tempoh masa itu adalah amanah. Contoh lain adalah waktu masuk dan balik dari kerja. Jika kita bekerja sendiri itu terserah kita kerana itu adalah hak kita untuk masuk mahupun keluar pada waktu bila. Jika kita didalam sesuatu sektor pekerjaan samaada swasta mahupun kerajaan, jika ditetapkan masa jam 8pg maka kita seharusnya datang pada waktu tersebut tidak boleh lebih. Jika kita mampu datang awal ke tempat kerja, kita dapat ikhlaskan diri kita untuk bekerja pada hari tersebeut. Begitu juga waktu pulang. Jika waktu yang ditetapkan jam 5ptg untuk pulang, maka kita harus akur. Walaupun tiada apa yang boleh dilaksanakan ditempat kerja pada waktu tersebut kerana masih tiada projek yang diterima oleh syarikat, apa salahnya jika tempoh tersebut diisi dengan membaca buku mahupun majalah ilmiah untuk menjadi santapan rohani dan mental kita. Itu lebih elok jika berborak kosong dan mengumpat selain daripada tidur di tempat kerja.


Cuba renungkan jika kita masuk kerja pada jam 8.15 sedangkan masa masuk bekerja ialah jam 8. satu hari 15 minit kita curi. Satu bulan mempunyai 30/31 hari dan satu tahun ada 12 bulan. Hari bekerja ialah 5 hari seminggu. 15minit x 20hari bekerja sebulan x 12 bulan = 3,600 minit bersamaan 60jam bersamaan 6.666 hari bekerja, kita curi masa dalam setahun. Jika gaji kita ialah RM80 sehari, jika kita curi 6hari x RM80 = RM480 setahun. Tanpa kita sedar, duit itu diberikan kepada anak-anak dan mungkin juga menjadi tabungan untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Bukankah untuk melaksanakan ibadah tersebut, segala perkara harus suci, bukan sahaja suci pakaian, hati malah sumber wang untuk melaksanakan ibadah tersebut juga harus suci. Baru ibadah haji itu mabrur. Insyaallah...


Jika seorang pekerja mempunyai amanah masa seperti yang dinyatakan, pelajar juga mempunyai amanah dalam masa. Sebagai contoh, waktu kelas mula jam 9pagi, maka awal dari itu harus sudah siap siaga didalam kelas. Jika kita lewat 5minit sekalipun, kita telah mencuri masa pensyarah juga pelajar lain yang ingin belajar. Sama seperti perkiraan tempoh sebelum ini, jika curi masa 10 minit contohnya, 10minit x 4 mata pelajaran sehari x20 hari x 3bulan = 9,600 minit dalam 1 semester. Ia bersamaan 160jam 6.666hari (24jam). Dalam tempoh itu, boleh dihabiskan lebih dari 5 tajuk. Bukankah itu dinamakan satu pembaziran masa? Sebab itu, kita harus amanah dengan masa. Kerana sesungguhnya masa itu emas. Renung kembali kalam Allah dalam surah al-'Ashr. "Sesungguhnya manusia dalam kerugian…" Jadi, amanahlah pada masa.

Seringkali kita terdengar ungkapan "Masa mencemburui kita". Ya, sememangnya masa itu mencemburui kita. Namun, masa itu akan membuat kita cemburu jika kita yang tidak menghargai pengorbanan masa itu sendiri. Masa itu tanpa penat lelah terus menerus melaksanakan tugasnya. Tanpa tangguh tugasnya walau sedetik. Sama juga malaikat maut yang datang mencabut nyawa setiap hamba allah dimuka bumi ini, dia melaksanakan tugasnya dengan amanah. Jika si polan ditarik nyawanya pada saat itu, maka saat itu jugalah dia dikembalikan. Bayangkan malaikat maut mencuri masa yang ditugaskan selama 15minit. Apakah yang bakal terjadi kepada bakal si mati? Semestinya saat menantikan kematian itu siksa. 15 minit menantikan kematian, bagaimanakah tersiksanya bakal si mati itu? Sedangkan nabi Muhamad kekasih allah itu menahan siksanya sakaratulmaut itu dengan melafazkan "ummati,,, ummati...". Dari Ali bin Abi Talib r.a. ada berkata, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: 'umatku, umatku'. Betapa kasihnya baginda kepada umatnya" kerana apa? Sesungguhnya Kekasih Allah itu sayang akan umatnya dan tidak mahu ummatnya menanggung siksa sama seperti apa yang baginda rasakan semasa berhadapan sakaratulmaut. Renungkan…


Bayangkan jika anda sebagai soarang tentera yang sedang berperang dan anda sebagai ketua untuk pasukan tersebut membawa seramai 1x platun. Dalam peperangan, masa itu amat penting walaupun sesaat. Itu tetap dikira penting. Jika ditetapkan bahawa jam 0700 pasukan anda harus tiada lagi di kawasan tersebut, maka, itu harus dituruti. Tidak boleh lewat walau sesaat kerana pada masa yang sama, akan diturunkan bom dari pesawat pasukan sahabat untuk membersihkan kawasan itu dari musuh. Jika lambat, maka anda bersama anak buah anda turut terkorban kerana terkena bom pasukan sahabat itu sendiri. Ruginya, banyak nyawa terkorban kerana melewatkan masa walau hanya sesaat...


Didunia ini kita mampu tersenyum kerana tidak ada teguran, tindakan yang diberikan kepada sesiapa yang tidak amanah dalam menjaga masa. 5 minit lewat sekalipun, tidak ada siapa yang menegur kerana hanya 5 minit. Namun, ingatlah, kerana angka 5 itulah, menjadi persoalan diakhirat dan menjadi pemberat dimizan kerana tidak amanah dalam menjaga masa. Ubahlah sebelum terlambat. Masa itu amanah. Jagalah masa itu sebaik mungkin. Itulah cermin keperibadian seseorang sama ada dia seorang yang jujur mahupun sebaliknya.


Sesunggunya peringatan ini untuk santapan diri patik sendiri dan diri mereka yang membaca, dalam amanah untuk menjaga amanah. Patik memberi peringatan kepada diri patik yang semakin hari semakin melengahkan masa walau sesungguhnya masa itu tidak boleh dilengahkan. Siapa kita untuk melengahkan masa. Apakah kita tuhan yang maha berkuasa untuk melengahkan masa? Sememangnya tidak. Jadi, berubahlah ke arah yang lebih baik dari berada ditakuk lama dan terus kebelakang. Perubahan yang sedikit lebih elok jika tanpa ada perubahan dan semakin kebelakang. Perkara yang baik akan dimudahkan urusannya oleh Allah. "Dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha) perbuatan kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Baqarah 2: 195). Semuanya bergantung pada niat. Ikhlaslah kerana ikhlas itu yang menjadi perhitungan bukan perlakuan yang berlebihan tanpa keikhlasan.


Perkataan yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri patik sendiri. Wallahualam.

Syukran.






READMORE
 

If... I can... eRm~..

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia.

I try to writing in English but i don't know whether my writing good or poor. While I have made term paper in part 3 with my friends Azariah, she always make correction in my writing. hehe. [nak wat cam na da dapat partner yang tak reti bahasa inggris. hehe. Sori. ]

Today, I would like to share about my expense of my money. [ pelik je bunyi. hehe ]

It was total that I have pays to buy all the equipment to full my needed with my own money. Just some Gadget where the total of it can make me fly to Makkah for done umrah. Masya-allah, I have made a big mistake because expense a lot of money to buy all offs this equipment. Hope, my needed will finish when i will get other needed which is swatch and handset. Amin~


Lets see:

Motorolla Rm190
Nikon Coolpix RM700
Nokia 2600c RM230
Compaq RM1799
No Touch Hardisk 250GB RM189
Earphone Sonic Gear RM25
Casio watch RM55
Sonic Gear Earphone RM53
Nikon DSLR D90 RM3500
MP3 RM59
Samsung Hardisk usb3.0 1TB RM325

Total = RM7125

Stop! Penat lah speaking nie. hehe. Sebagai Orang melayu sejati, aku suka berbahasa melayu. Yeah, hidup melayu! hehe

Kembali kepada tajuk asal,,
Persoalan di sini, bagaimana aku boleh mendapatkan wang sejumlah itu tanpa kerja? Aku pon pelik. huhu.

Sebenarnya, sejumlah wang yang nilainya kecil jika dikumpul-kumpul mampu jadi jumlah yang besar. Jumlah RM7125 itu tidak sebesar mana bagi seseorang yang hidupnya senang mahupun berada, tetapi ia akan menjadi sangat besar bagi orang yang sebaliknya.

Aku kaya ke? Tak, aku tak sekaya mereka yang kaya. hehe. Hidup aku biasa sahaja, mak aku suri rumah, bapa aku buruh ja pon. Mana mungkin boleh memberikan aku kemewahan hidup semewah orang yang kaya-kaya. Cuma satu benda yang aku ingin kongsi apa yang ibu bapa aku buat, mereka mendapat pendapatan isi rumah tak banyak tetapi mereka menyimpan.

Ya, menyimpan. Simpanan aku dari umur aku satu hari. Percaya atau tidak? Ya, dari umur aku satu hari, duit sumbangan orang kampung mak ayah aku simpan hingga aku mencapai syarat cukup umur untuk membuka akaun bank. Jujur mereka memegang amanah itu. Alhamdulillah, dengan simpanan dari umur satu hari itu, aku puas membeli apa yang aku nak dan aku puas berjalan ke destinasi yang aku nak pergi. Sehingga luar negara sendirian! Ala, Indonesia je pon. hehe.

Bangga dengan mereka. Mereka didik aku untuk menyimpan hingga sekarang dan barang yang paling bernilai pernah aku beli menggunakan wang simpanan umur satu hari aku itu ialah Kamera Nikon DSLR D90 yang beharga RM3500. Bila orang tanya pakai duit siapa beli kamera tu, aku jawab duit aku. Ramai tak percaya. Bila orang tanya kau dapat duit mana? Aku jawab duit simpanan aku dari umur 1 hari. Lagi ramai tak percaya. hehe. terserah masing-masing.

Walau apa pun, rezeki datang daripada allah. Duit tu ada juga simpanan dari lebihan biasiswa BKPII dari aku tingkatan 4 dan beberapa wang cenderahati yang diberikan sekolah serta family selepas result upsr, pmr dan spm. Ada juga duit raya dan elaun palapes serta elaun makan juga duit pt yang sempat aku asingkan sebelum berboros. hehe.

Rezeki akan murah jika:
- kita bersedekah dengan ikhlas

bagi aku, ini lah yang membuatkan rezeki kita dilimpah-limpah dan limpah. hehe. Bersedekah boleh dalam banyak cara, senyum pun sedekah. Ada hadis nabi yang menyatakan, bahawa, senyum itu sedekah, malah membuang perkara yang menyakiti di jalan juga adalah sedekah. Mudah kan sedekah ini, semudah ABC. hehe. Kadang-kadang belanja orang makan pon bole. Mungkin dalam apa yang dimakan oleh mereka itu ada keberkatannya. Tangan yang diatas lebih elok dari tangan yang dibawah. Bersedekahlah.

Bersedekah jika dilihat dari pandangan luaran sesuatu perbelanjaan yang sangat sia-sia kerana kita tidak dapat barang, kepuasan luaran dan sebagainya. Namun, pahala yang berganda jika hasil sedekah itu dibelanjakan untuk jalan allah. Contohnya, sedekah kita itu hasilnya dibelikan alquran untuk pelajar tahfiz. Walaupun hanya 10sen, pahala amalan membaca al-quran itu sampai pada kita jika kita ikhlas. Insyaallah.

Jika kita meniggal, semua amalan terputus sama seperti putusnya nyawa dan badan. Namun ada beberapa perkara yang membuatkan pahala sampai pada kita walaupun kita meninggal salah satunya, amalan sedekah. Jadi bersedekahlah. Anda akan merasakan bahawa jika anda kehabisan wang yang tersangat-sangat, insyaallah akan datang rezeki dari sudut lain. Itulah keberkatan sedekah. Insyaallah.

***
Aku minat gadget. Sangup belanja besar untuk benda yang entah papa. Tak ada keuntungan pon. Tapi aku dapat kepuasan. Nasib baek aku bukan jenis suka tukar handset, klu tak hajat nak beli kamera msti tak tercapai. hehe.

Dalam banyak-banyak binatang ternakan aku nie, yang paling aku sayang ialah hard disk aku yang pertama. Kenapa? Banyak kenangan dalam tu, tapi dah rosak. Siapa punya angkara aku pon tak pasti. Sampai-sampai kat tangan aku, data dalm tu semua hilang da. Aku tau benda tu da rosak, aku terus menangis dan menangis. Bukan menangis sebab hardisk tu rosak, tapi menangis sebab data dalam tu hilang. Data itu adalah benda yang paling penting dalam hidup aku. Hilang memori untuk kenangan aku masa akan datang untuk ditatapkan. Aku sayang sangat apa yang ada dalam hardisk tu. Tapi, semua tu tinggal kenangan :( Masa aku menangis, semua orang dalm bilik tu keluar sebab tak pernah nampak aku nangis seteruk itu. hehe

Selepas semua keinginan gadget aku ni tamat dan aku bekerja, impian simpanan aku seterusnya ialah save to pray at Makkah for haji. amin~





READMORE
 

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada tanggal 16 November 1989, lahirlah seorang hamba allah. Apabila mencapai usia kanak-kanak, hamba allah ini dipertemukan dengan hamba lalu bersahabat. Hamba yang datang sebagai seorang perantau ditempat hamba allah ini pada ketika itu hanya mempunyai beliau sebagai sahabat.
Pada waktu usia 1 tahun, hamba telah berhijrah ke bumi Hang Tuah untuk meneruskan hidup sebagai seorang kanak-kanak biasa dan terus menjadi dewasa sehingga sekarang. Hamba tidak pasti bilakah pertama kali berjumpa dengan hamba allah ini, sesungguhnya hamba yakin, hamba allah ini adalah sahabat dunia pertama bagi hamba. Hamba allah ini telah mengajar hamba erti persahabatan kerana beliau sahaja kawan yang hamba punya pada waktu itu. Orang-orang disekeliling hamba langsung hamba tidak kenal sehinggalah hamba menjejakkan kaki ke alam persekolahan pra-sekolah. Baru hamba mempunyai sahabat yang lain. Tetapi, hamba tetap bersama hamba allah ini.

Kisah hamba allah ini pernah dimasukkan pada entry sebelum ini. Tapi, apabila teringat, mesti tangan ini laju menekan kekunci untuk berkongsi cerita. Banyak kisah hamba bersama hamba allah ini, suka duka dikongsi bersama.

Hamba allah yang menjadi sahabat dunia pertama hamba, mesti istimewa. Hampir semua masa yang terluang akan hamba berborak bersama hamba allah ini. Beliau sangat rajin datang umah hamba, dah macam rumah sendiri. Tapi hamba tak rajin datang rumah beliau sebab dah memang tabiat hamba dari dulu, malas keluar rumah. Jadi, dialah yang datang jenguk hamba ni. huhu.

Tapi, sudah 5 tahun hamba allah ini meninggalkan hamba. Suara dia memberi salam, bunyi motor yang selalu beliau naik, senyuman, gelak, semua peribadi dia masih segar dalam ingatan. Kini, tiada lagi dengar suara dia memberi salam, tiada lagi gurauan, tiada lagi senyuman, tiada lagi berjalan-jalan naik motor bersama. Tinggal kenangan.

Beliau yang pertama. Sahabat dunia pertama hamba dan sahabat pertama meninggalkan hamba.
Jika diizinkan allah untuk hamba allah ini panjang umur, mesti umurnya sebaya dengan senior hamba sekarang.

Kenangan yang hamba allah ini tinggalkan untuk hamba ialah, hasil-hasil kerjasama yang kami lakukan sepanjang hidup beliau di waktu terluang kami. Buat nama guna benang, main lukisan pasir, begitu banyak. Lukisan pasir tersebut tersemat di dinding bilik hamba dan nama benang itu tersimpan rapi dalam laci almari study hamba dirumah. Jika hamba balik rumah dan buka laci, mesti nama benang buatan beliau yang hamba lihat dahulu. Jika hamba rindu, hamba lihat gambar beliau berposing bersama hamba dan scout dalam harian metro yang terpapar pada tarih 30 ogos 2005.

Papepon, allah lebih sayangkan hamba allah ini. Jika dipanjangkan umur sekalipun, mungkin sahabat hamba ini mengerang kesakitan kerana terpaksa menangung penyakit jantung berlubang yang dihinggap oleh hamba allah ini sejak lahir. Mudah-mudahan, allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Al-fatihah
READMORE
 

Ready, roll, and Action!


"Ready, roll, Action! ~~ Cut! Bagus."

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini lah ucapan atau ungkapan yang biasa didengar semasa sesi pengambaran lakonan dilakukan. Tapi, apa kena mengena tajuk ni, kenapa dan mengapa? Diri patik sebenarnya berasa bangga setelah beberapa kali kampung patik dijadikan lokasi lakonan. Walaupun kampung patik ni tak ada pon dalam peta topography mahupun google map, tapi dah pernah masuk tv tu. hehe.


Ini kali kedua patik menyaksikan sesi lakonan secara live di kampung patik sendiri. Kali pertama masa sekolah dulu. Kedua-dua lakonan ini berkisarkan latar belakang masyarakat melayu dahulu kala. Tak la dulu sangat, tapi zaman sebelum merdeka. hehe.

Sweet couple ever

Perkara yang membuatkan patik lebih bangga adalah, kedua-dua orang tua patik dengan bangganya jadi pelakon. Walaupun hanya sebagai pelakon tambahan, tetapi, okey la tu sebab bukan senang nak masuk berlakon. Upah diberi sebanyak RM20 seorang. Okey lah tu sebab pengalaman itu lebih beharga dari nilai yang diberikan. Bayangkan jika 25 orang pelakon tambahan kali (x) dengan rm20, berapa jumlahnya? hehe kira sendiri k.

Kereta lembu

Patik sebenarnya tak suka keluar rumah ni terutama keluar jalan-jalan ataupun duduk saja-saja kat luar rumah, tapi entah kenapa diri patik secara disengajakan menjebakkan diri dalam peristiwa menjadi penonton setia. Tujuannya satu sahaja, untuk dijadikan bahan post ke dalam blog ni. Nak cari pengalaman dan gambar untuk dikongsikan sahaja.

Barisan pelakon tambahan
Sememangnya jadi penonton sahaja sudah penat inikan jadi pelakon dan krew. Patutlah ada yang tak puasa masa melakukan pengambaran bulan ramadan dua tahun lepas dulu. Siapa pelakon tu? Rahsia. Barangkali beliau dapat cuti kot, tapi lelaki dapat cuti bulan juga ka? itu yang pelik. huhu.
Barisan pelakon sampingan jugak :0

Cerita ini dilakonkan di kampung patik sendiri iaitu Kampung Paya Tanjung, Umbai Melaka A.K.A Banchong. hehe Sebab tu kat album facebook tulis "Banchong in Action!" hehe. Cuba type nama kampung patik ni di google map, mesti tak jumpa. Tapi akan jumpa umbai dan seantero dengannya. hehe. Tajuk cerita ini kalau tak silap 'Layar Muhibah Anak Merdeka' kot. Entah la, lupa. Mungkin ditayangkan di TV1 atau TV2 insyaallah dua bulan lagi.

Ready for acting

Agak-agak lah, D90 patik boleh dijadikan kamera untuk sesi pengambaran tak? Nanti patik cuba short video. Camera compaq ja boleh inikan kamera slr. huu. Nak try wat la. hehe, Tngu ya.

Semasa acting

Sekian sahaja, tunggu post akan datang ye. Im proud to be Malaysian and Banchong'an walaupun asal pontianan Johoran. hehe
Banchong~ peace yo! [stye AC Mizal Maharajalawak]





READMORE
 

My First Doodle


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Haha, menghabiskan masa dengan sia-sia.Aktiviti yang sepatutnya aku penuhkan dengan buat kerja-kerja rumah atau memasak ke, atau apa2 ja dihabiskan dengan bermain dengan art. Entry sebelum ni ada wat logo baru menggunakan adobe photoshop, tapi kali ini aku beralih ke benda
yang paling simple dan hampir semua komputer mempunyai software ini. Apa? Microsoft Power Point (2010). Tak sangka benda ini menghasilkan hasil seni yang sangat menarik. Tak percaya? Lihat ni,,

Sekarang percaya sudah? hehe. Dan selepas hasil seni ini siap di bulat-bulatkan, aku post ke
adobe photoshop untuk save file kepada .JPEG dan sebagainya. Prinscreen dan paste kat photoshop, cut dan save. Hasilnya dapat dilihat di bawah:

Comel macam saya kan? hahahah..





READMORE
 

Latihan Tahunan Palapes sesi Diploma 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya latihan tahunan palapes tahun 2011 berakhir dengan jayanya. Latihan berterusan selama 1 minggu diikuti latihan khemah tahunan yang diadakan di bumi Arau telah mencatat satu lagi sejarah apabila menjadi tuan rumah untuk kali yang kedua. Sebelum ini diadakan di Uitm Dungun 2010 dan Uitm Pulau Pinang 2009. Alhamdulillah, akhirnya diri ini mampu melaksanakan tanggungjawab setelah tamat semua latihan tahunan dan ujian yang melayakkan diri untuk pentauliahan diraja di Universiti Utara Malaysia tahun 2012 nanti. Insyaallah.
Sepanjang latihan dilaksanakan, hanya 3 cawangan yang terdiri daripada UiTM Arau, UiTM
Dungun dan UiTM Melaka. Ada juga wakil dari UiTM Shah Alam namun hanya seorang. Latihan yang melibatkan 3 peringkat iaitu Junior, Intermediate, dan Senior telah berjaya melalui
semua sesi latihan dengan jayanya.

Pada peringkat junior, mereka didedahkan dengan latihan asas ketenteraan yang penekanan hanya pada peringkat permulaan. Terdapat juga ujian bertulis dan praktikal pada peringkat ini. Senjata yang ditekankan ialah M16 dan fasa medan ialah CIW. Pada peringkat intermediate sudah mula diuji oleh team validasi yang mana mereka diuji ujian senjata, perintah, peta, kawad dan PKT dan juga dua ujian bertulis. Fasa medan ialah fasa mara dan serangan. Mara berjalan kaki sejauh lebih 16km. Manakala pada peringkat senior, mereka juga diuji oleh team validasi. Mereka diuji ujian senjata, perintah, kawad, peta dan dua ujian bertulis. Fasa medan pada peringkat senior ialah fasa pertahanan dan pengunduran.

Terdapat beberapa aktiviti sampingan sepanjang latihan berterusan iaitu, khidmat masyarakat, abselling, pengapungan, jalan laju, lawatan dan ada juga diberi masa untuk 'outing'. Setiap aktiviti adalah mengikut peringkat masing-masing.


Lokasi latihan adalah di UiTM Arau Perlis, Chuping Perlis, dan disekitar Bukit Kayu Hitam,
Kedah pada sesi medan untuk peringkat intermediate dan senior. Sepanjang sesi
pertahanan, penggalian kubu sedalam paras dada harus disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan diikuti lorong perhubungan. Fasa pertahanan adalah fasa yang paling memenatkan jika dibandingkan dengan fasa sebelum ini kerana kerja menggali adalah berterusan. Namun, setelah selesai menggali, rutin adalah seperti biasa.



Setelah selesai latihan dan majlis malam akrab dilaksanakan pada malam selepas majlis penutupan pada hari yang sama. Pada malam itu, persembahan dan nyanyian
dipersembahkan. Malam akrab adalah malam yang ditunggu-tunggu kerana ia adalah aktiviti kemuncak dimana nama-nama dekan dan kadet terbaik setiap peringkat diumumkan.

Lokasi Latihan Khemah Tahunan pada sesi 2012 akan diadakan di UiTM Lendu Alor Gajah Melaka. Untuk batch 32, 33, dan bakal 34, Semoga berjaya untuk Latihan Khemah Tahunan yang akan datang!
I will not be there! ;)




Pengalaman? Yang buruk biar Rahsia. Hanya mampu kata, latihan tahunan tahun ni memang sangat tersangat-sangat best dan gila-gila. huhu Penat tu normal. Tapi memang sangat penat. Mara pon tak sepenat ini. Papepon,, untuk batch 32, selamat menggali dan untuk batch 33, selamat makan angin ;). Good luck inter and junior. Be strong for next annual camp.Kata kawan saya, 3 minggu je. Insyaallah, selepas kepenatan akan ada kepuasan.. Jangan berhenti separuh jalan. Layan~





READMORE
 

Berjaya!


Assalamualaikum wbt, akhirnya setelah beberapa jam menelaah bende alah nie, akhirnya aku berjaya tukar. Senang je sebenarnya, tapi, info atau input yang diterima memeningkan kepala nia. Habis botak kepala dibuatnye. hahaha..

Apa yang dibuat? Bende kecik je. Pasan tak kat ujung tu? tukar simbol da. haha.. Simbol bentuk

haha,, gah tak? Inspirasi daripada logo adobe photoshop cs3.. Nh stand for my real name. hehe.. Bersemangat edit nih, hehe.. nsb bek menjadi. kalau tak, tutup akaun blog ni. huhu.. tahniah untuk diri sendiri.. hehe...




READMORE
 

Lets Join Us