Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya latihan tahunan palapes tahun 2011 berakhir dengan jayanya. Latihan berterusan selama 1 minggu diikuti latihan khemah tahunan yang diadakan di bumi Arau telah mencatat satu lagi sejarah apabila menjadi tuan rumah untuk kali yang kedua. Sebelum ini diadakan di Uitm Dungun 2010 dan Uitm Pulau Pinang 2009. Alhamdulillah, akhirnya diri ini mampu melaksanakan tanggungjawab setelah tamat semua latihan tahunan dan ujian yang melayakkan diri untuk pentauliahan diraja di Universiti Utara Malaysia tahun 2012 nanti. Insyaallah.
Sepanjang latihan dilaksanakan, hanya 3 cawangan yang terdiri daripada UiTM Arau, UiTM
Dungun dan UiTM Melaka. Ada juga wakil dari UiTM Shah Alam namun hanya seorang. Latihan yang melibatkan 3 peringkat iaitu Junior, Intermediate, dan Senior telah berjaya melaluisemua sesi latihan dengan jayanya.
Pada peringkat junior, mereka didedahkan dengan latihan asas ketenteraan yang penekanan hanya pada peringkat permulaan. Terdapat juga ujian bertulis dan praktikal pada peringkat ini. Senjata yang ditekankan ialah M16 dan fasa medan ialah CIW. Pada peringkat intermediate sudah mula diuji oleh team validasi yang mana mereka diuji ujian senjata, perintah, peta, kawad dan PKT dan juga dua ujian bertulis. Fasa medan ialah fasa mara dan serangan. Mara berjalan kaki sejauh lebih 16km. Manakala pada peringkat senior, mereka juga diuji oleh team validasi. Mereka diuji ujian senjata, perintah, kawad, peta dan dua ujian bertulis. Fasa medan pada peringkat senior ialah fasa pertahanan dan pengunduran.
Terdapat beberapa aktiviti sampingan sepanjang latihan berterusan iaitu, khidmat masyarakat, abselling, pengapungan, jalan laju, lawatan dan ada juga diberi masa untuk 'outing'. Setiap aktiviti adalah mengikut peringkat masing-masing.
Lokasi latihan adalah di UiTM Arau Perlis, Chuping Perlis, dan disekitar Bukit Kayu Hitam,
Kedah pada sesi medan untuk peringkat intermediate dan senior. Sepanjang sesi
pertahanan, penggalian kubu sedalam paras dada harus disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan diikuti lorong perhubungan. Fasa pertahanan adalah fasa yang paling memenatkan jika dibandingkan dengan fasa sebelum ini kerana kerja menggali adalah berterusan. Namun, setelah selesai menggali, rutin adalah seperti biasa.
Setelah selesai latihan dan majlis malam akrab dilaksanakan pada malam selepas majlis penutupan pada hari yang sama. Pada malam itu, persembahan dan nyanyian
dipersembahkan. Malam akrab adalah malam yang ditunggu-tunggu kerana ia adalah aktiviti kemuncak dimana nama-nama dekan dan kadet terbaik setiap peringkat diumumkan.
Lokasi Latihan Khemah Tahunan pada sesi 2012 akan diadakan di UiTM Lendu Alor Gajah Melaka. Untuk batch 32, 33, dan bakal 34, Semoga berjaya untuk Latihan Khemah Tahunan yang akan datang!
I will not be there! ;)Pengalaman? Yang buruk biar Rahsia. Hanya mampu kata, latihan tahunan tahun ni memang sangat tersangat-sangat best dan gila-gila. huhu Penat tu normal. Tapi memang sangat penat. Mara pon tak sepenat ini. Papepon,, untuk batch 32, selamat menggali dan untuk batch 33, selamat makan angin ;). Good luck inter and junior. Be strong for next annual camp.Kata kawan saya, 3 minggu je. Insyaallah, selepas kepenatan akan ada kepuasan.. Jangan berhenti separuh jalan. Layan~