Ya Allah,
Sungguh hati ini merindui mereka yang sekian lama terpisah.
Terpisah jasad belum tentu mampu memisahkan hati yang sudah terikat cinta antara kami.
Sungguh, rindu ini menerpa.
Walau teknologi kini tidak menghalang meneruskan ukhwah yang terbina,
Namun, semakin hari, semakin merindui mereka.
Mengapa kau hadirkan orang baru pada aku, tidak sama seperti mereka?
Apakah aku yang menjauhkan atau aku dipinggirkan.
Mengapa aku belum dapat menerima manusia baru dalam hidup aku.
Mengapa begitu sukar aku menerima orang baru dalam hidup aku.
Apakah kerana dia yang sukar menerima keadaan aku atau aku yang terlalu memilih.
Allah,
Sungguh, jika kau takdirkan aku bersama orang baru ini.
Aku reda pada ketentuanmu,
Didiklah aku untuk menerima mereka seadanya,
Cara mereka, lenggok mereka, perbuatan mereka, pertuturan meraka.
Hati acapkali diguris lembut,
Apakah dia tidak sedar, aku ini tersiksa dengan tindakan itu.
Siapa aku dalam hidupmu?
Ajarkan aku untuk menerimanya Ya Allah.
Hati ini sunyi,
Pada keriuhan, keharmonian, kebersamaan, toleransi, memahami,
Aku ingin didengari, diberi perhatian,
Bagaimana harus aku luahkan bebenan hati ini.
Mujur mereka yang jauh sana sudi mendengar apa yang terbenam dipelusuk hati,
Biarlah jauh masih berfungsi, sedang yang dekat tidak ada maknanya.
Cepat-cepatlah sahabatku,
Hadir bersamaku,
Aku masih memerlukan pimpinan tanganmu,
Kerana, aku masih lagi bertatih berjalan dimuka bumi Allah ini.
Maafkan aku sahabat ini,
Kerana aku masih belum dapat biasakan dengan peribadimu,
Masih belajar memahamimu.
Moga cepat aku dapat memahamimu.
Amiiin.
UTM_JB_JDT_27OCT2013_1949H