[danbo wit their 1st Al-Quran]
Huh~,
Menghela nafas panjang memikirkan nasib umat Islam di dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Terutama nasib rakan seperjuangan yang masih berjalan didalam usaha mentarbiahkan hati untuk utuh berdiri dengan kaki sendiri.
Gadget berwarna oren itu dicapai dan terus membuat panggilan yang sememangnya diluar jangkaan. Usaha pertama gagal. Namun utuhkan hati untuk terus menekan butang berwarna hijau. Mudah, tetapi payah!
Dari bernada seirama didesingan telinga, tiba-tiba terhenti. Ada suara menyapa.
Otak laju berputar-putar memikirkan apa yang bakal diucapkan. Tetapi gagal berfungsi. Hanya peluh-peluh kecil keluar dari tubuh tetapi berjaya membasahi pakaian yang dipakai. Dirasakan panas tetapi tidak. Hanya berada pada suhu bilik.
Disitu aku lihat, dari peluh-peluh kecil itu mampu membasahkan tubuh. Ya, analogi yang cukup hebat! Usaha yang sedikit mampu menghasilkan keputusan yang diluar jangkaan. Em, nampak seperti tidak ada kenamengena. huhu. Kita tidak mahu peluh, tapi peluh itu keluar juga. Hanya titisan kecil dari rongga yang tidak kelihatan mampu keluarkan sejenis cecair dan mampu membasahkan seseorang seperti baru keluar dari sungai, laut juga kolam renang. Kadang-kadang kita mahukan peluh, tetapi tidak keluar. Apa yang kita inginkan selalunya tidak tercapai. Tetapi apa yang kita fikirkan mustahil, sebenarnya tidak mustahil. Eh~
Ok, saja suruh berfikir, apa kaitan semua ini?hehe.
***
MASIH TIDAK LAYAK
Aku secara tidak sengaja memberikan ceramah percuma kepada 2 orang yang sememangnya tidak asiing bagi aku. Pertama, sahabat dan kedua ialah my sister.
Percuma. Tetapi, seronok+gementar + kecewa = ? [apa]
Seronok kerana berjaya berkongsi. Gementar kerana tidak biasa berkata-kata. Kecewa kerana masih belum cukup ilmu untuk terus berbahasa.
Ilmu aku masih sekecil zarah, tetapi aku cuba berhujah sebesar permata. Kelihatan indah, tetapi payah untuk jumpa. Ya, sekali lagi aku mengeluarkan analogi yang hanya aku yang mengerti apakah makna tersirat disebalik itu.
Kepada my sister, entah mengapa aku bercerita tentang rasul-rasul. Dah macam mengajar anak-anak tadika. heehe. Dalam banyak-banyak perkara aku cerita, aku cukup puas kerana menyampaikan 1 perkara pada dia. Mudah dan ringkas.
"Islam itu datang dalam keadaan terasing, dan akan kembali terasing. Maka beruntunglah orang yang terasing itu" [HR_Muslim]
Lepas sahaja aku ungkap perkataan tu, aku puas. Kerana setelah sekian lama aku menyimpan hadis ini dalam benak hati, akhirnya terungkap. Mungkin penghuni itu tidak faham maksud tersirat hadis itu, tetapi aku berjaya menanti waktu yang sesuai untuk menyampaikan. Alhamdulillah.
Kepada sahabat saya, entah mengapa aku beranalogi tentang rail keretapi. huhu
Tetapi, sedang aku berhujah mengluarkan analogi yang hentah apa-apa, aku terdiam. Terlintas di otak, Ya Allah, aku ni cakap sahaja mudah, melaksanakan itu payah! Aku menahan sebak. Aku takut, apa yang aku katakan itu tidak mampu ku gapai disaat aku berada ditempat dia nanti. Lantas, air mata mengiringi peluh. Membasahi tubuh dan wajahku.
Sekian, harap maaf jika tiada pengisian. :)