[kredit]
Ya Allah,
Aku tidak mampu membeli syurga dengan harta yang ku punya.
Tidak mampu menakluk syurga dengan amalanku untuk kedua mereka menetap disana.
Setinggi gunung emas yang aku miliki, masih belum mampu menghadiahkan syurga untuk kedua ibu bapaku.
Jangan hanya sekecil zarah dosa ku,
Mencampakkan aku dan kedua mereka kedalam tempat seburuk-buruk kembali itu.
Ya Allah,
Amalanku belum penentu syurga untukku,
Hanya rahmatMu juga kami dimasukkan kedalam nikmatMu.
Cukuplah dengan dosa yang tercatit dibahu kiri ini.
Aku menutup bukan untuk menunjuk,
Bukan untuk apa-apa didunia,
Aku lakukan hanya untuk ayah dan abangku
Yang menanggung dosa ku juga.
Walhal, pahala yang diterima hanya untuk aku dan bukan mereka.
Teganya aku, Jika, melihat mereka ku tarik, heret sekali masuk ke NerakaMu.
Aku lakukan untuk mereka juga aku semata-mata.
Ya Allah
Kumpulkanlah keluarga kami ini didalam syurga sepertima kau kumpulkan kebahagiaan kami didunia.
Jangan kau biarkan salah satu antara kami, tersisir lambat mengecapi nikmat syurgaMu
Apalah gunanya, sekiranya hanya aku yang mengecapi nikmat SyurgaMu, sedang ahliku yang lain merintih menderita
Hidayah itu milikMu, maka dengan kekuasaan dan kekuatanMu, Kau tiupkanlah cahayaMu kedalam hati-hati mereka seperti mana kau berikan kepada orang-orang yang soleh
Amin