WORD

[kredit]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Word, dalam bahasa melayunya ialah perkataan. Perkataan pula yang menurut pada istilah kamus dewan bermaksud ... [ cari sendiri. hehe].

Semua orang ada mulut dan dengan izin Allah boleh berkata-kata. Cuma pada hari kiamat kelak, mulut-mulut ini akan terkunci dari berkata-kata kerana tubuh badan lain yang akan mengistilahkan perbuatan manusia semasa hayat mereka.Perkara ini dirakam sendiri dalam al-Quran surah yasin [ayat berapa saya tak ingat]. Ya, semua orang boleh berkata-kata melainkan jika dia seorang yang bisu. Namun, orang yang bisu juga boleh berbicara melalui bahasa isyarat dan mungkin melalui penulisan. Tiada yang mustahil didunia ini jika manusia itu berusaha. Masing-masing juga diberikan hati, maka hati juga boleh berbicara walaupun mulutnya tidak mampu lantang bersuara.

Semua orang boleh berkata-kata, tetapi berapa ramai yang berkata-kata tetapi dusta? Contoh, memberi nasihat namun dia tidak consisten terhadap nasihat yang diberikan. Sebagai contoh, jangan tinggal baca al-quran, 1 hari seayat pun jadi. Tetapi. kadang-kadang dia sendiri lupa pada nasihat tersebut. [peringatan untuk diri sendiri].

Ramai juga yang berkata-kata bukan dari hati tetapi dari akal dan nafsu.Kesan daripada itu, muncullah adegen-adegen yang mendorong kepada lembah dosa seperti mengumpat, mencaci, mencerca dan sebagainya.

Sering kita dengar dan baca orang berkata, "Alhamdulillah". Contohnya apabila seorang artis berjaya merangkul anugerah artis paling porpuler or terbaik ke, mereka akan berkata/mengucapkan ungkapan "Alhamdulillah, kerana tu dan ini bla..bla..bla...". Tetapi apakah dengan hati yang benar-benar memuji kebesaran Allah? Mungkin ungkapan "Alhamdulillah" itu sekadar perhiasan dalam berbahasan dan pertuturan. Sama seperti garam pada masakan, jika tidak ada maka tak sedap.

Semasa berwirid dan bertasbih selepas solat contohnya. Itu hanya kata-kata.Contoh selepas sembahyang berjemaah di surau dan sebagainya, selepas solat akan ada wirid. Kita kadang-kadang hanya menyuarakan zikir itu dari perut ke  mulut. Bukan dari hati ke mulut. Susah sekali untuk zikir yang terbit dari hati melainkan kita ditimpa musibah/dugaan yang berat. Kita akan menangis, dari hati yang lemah. Jika kita bersyukur setelah menang atasi dugaaan, kita akan bersyukur dan menangis sambil mengucapkan alhamdulillah. Sememangnya, itulah kalimah paling berharga kerana lahir dari hati yang benar-benar bersyukur. Namun ungkapan alhamdulillah itu lebih baik dari tidak ada langsung.

Ucapan terima kasih, mudah bukan? Tetapi berapa ramai yang berterima kasih? Sama seperti sebelum ini, hanya berkata-kata bukan dari hati. Maaf dan sori. Apa perbezaannya? Perbezaannya, sori itu digunakan oleh kebanyakan orang tetapi maaf itu hanya sedikit selain daripada ejaan dan bahasa yang berbeza. Maaf digunakan dalam doa semasa solat.Contoh, "Maafkan aku ya Allah atas kesilapanku..." Ada tak yang kata "Sori ya Allah atas kesilapanku..." Mugkin ada tetapi kelihatan janggal. Bila terlanggar orang kita kata, 'sori', cuma touch and go dan tak singgah kt RnR hati. Bila mintak maaf pada hari raya kita akan kata, "Maafkan aku". bukan kata "Sori". Perkataan maaf itu lebih terkesan berbanding sori kerana apa? Maaf itu bahasa melayu dan sudah sebati dalam diri kita. Tapi, berapa ramai yang kata maaf berbanding sori? Amir raja lawak pun kata, " Im Sori".. :p

Kata-kata juga boleh menjatuhkan dan membangunkan. Sebab itu wujud kata-kata perangsang dan kata-kata semangat. Kata-kata boleh mendatangkan pahala juga sebaliknya. Bergantung pada cara kita berkata-kata. Kata-kata juga boleh menjadikan yang haram kepada halal dan halal kepada haram. Contohnya akad nikah dan lafaz cerai.

Jadi berhati-hati ketika berkata dan menuliskan perkataan.

"Mata pena lebih tajam daripada mata pedang", Saidina Ali

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel WORD Dicoret oleh NH pada hari Rabu, 2 Mei 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting WORD
 

Lets Join Us