Percutian

[kredit]

MAAF
[post tidak ada kene mengene dengan tajuk. hehe]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Dah lama tak update blog ni. Sibuk mengurus urusan rumah tanggalah katakan. hehe. Almaklumlah, cuti sekolah je duduk rumah. Nak kerja nanti kene minta cuti pula setiap bulan. Nak pergi holiday kat Araustralia. Penat pun ada kerja ulang-alik dari Malaysia ke Araustralia ni.Tapi nak buat macam mana, tugas tetap tugas. Haruslah dilaksanakan dengan jujur dan iklas.Poyo je. hehe.

Apa cerita kali ini erk? [Baru nak fikirkan.hehe].

Ok jumpa.. hehe

Apa perasaan kita bila lihat orang lain dapat jalan-jalan makan angin luar negara macam saya ni? Setiap bulan pergi outstation kat luar negara. Tentu jel0s bukan? hehe. Selain daripada itu, apa perasaan kita bila melihat album kawan-kawan kita difacebook berposing di menara-menara terkemuka dunia ataupun sedang bermain salji atau duduk dibawah pokok yang mengugurkan bunga sakura. Mereka belajar di negara orang. Jel0s bukan? Lebih menambah kejelosan itu bila mereka semua disana ditaja oleh badan-badan kerajaan. Sedangkan kita disini bergelumang dengan hutang. huh~

Setiap orang ada tempat idaman yang nak sangat pergi. Antaranya Korea, Jepun, China, London, dan mana-mana land seantero dunia ini. Macam mana dengan Mekah Al-Muqaramah? Tentu destinasi pelancongan terakhir bagi sesetengah orang bukan? Tapi bagi saya, itu merupakan lokasi pertama luar negara selepas ini. Insyaallah. Bila lihat kawan-kawan dapat peluang melawat tanah suci itu, timbul rasa jelos pada insan tersebut. 

***

Sememangnya diri ini nak sangat belajar di luar negara, tetapi apakan daya SPM main-main dulu. huhu. Sememangnya diri ini nak sangat menghadap kaabah itu, tetapi apakan daya belum ada rezekinya. Sememangnya diri ini ingin sentiasa senyum walau hati penuh tusukan dan hirisan kesakitan menghadapi liku-liku kehidupan. Tetapi apakan daya,desakan nafsu terus menekan mengikut perasaan marah hampir semua orang kena tempiasnya. huhu. Maaf pada sesiapa yang pernah terkena tempias tersebut. hehe.

Namun, syukur. Diri ini masih sihat walafiat walaupun suka-suka hati nak pengsan walau dimana jua diri ini berada. Pengsan aka tidur. hehe. Ini sememangnya penyakit yang sukar dibuang. huh~

Jika impian anda ini diterima oleh orang lain, apa perasaan anda? Ofkoz jelos bukan? Sama macam saya. Hamba Allah ini dapat tajaan belajar luar negara, cool je orangnya, dan baru dapat tahu dia sedang menjalani ibadah umrah! Alhamdulillah. Jelos tetap jelos. Seolah-olah, apa yang saya nak dia totally dapat. 

Namun dalam nikmat tersebut, diberi kecerdikan luar biasa, diberi tajaan untuk belajar luar negara, diberi kekuatan mental yang sangat luar biasa, diberi kesempatan 'date' di tanah suci' dengan sang pencipta, dialah the choosen one. Allah memilih dia untuk diberi dugaan yang sukar untuk diterima oleh kebanyakan orang. Soal hidup dan mati diri sendiri. Saya cuma berharap dia terus dengan semangat dia yang dahulu. 

Dia masih tetap senyum semasa menyatakan dia telah [...]. Hebat kekuatana hati hamba allah ini walaupun hatinya lemah secara batinnya.

Saya berusaha belajar daripada dia, senyum sokmo. Namun, susah, sangat susah. Masalah menutupi hiasan senyuman itu. senyum namun masih teserlah masalah dibait senyuman itu. 

Marilah sama-sama kita doakan agar diberi kesihatan yang baik dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Amin...

"...Ya Tuhan kami, janganlah engau hukum kami apa yang kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana engakau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kami kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir". ( Surah Al-Baqarah 286)

Kepada hamba allah tersebut, be strong ye. Kitorang semua sayang kamu!




Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Percutian Dicoret oleh NH pada hari Rabu, 23 Mei 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 1ulasan: di posting Percutian
 

Lets Join Us